Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

▼

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label anak luar nikah. Papar semua catatan

Sabtu, 20 September 2014

Budak 16 Tahun Lahir Anak di Tandas



[Bernama] BERA: Sepasang suami isteri amat terkejut apabila anak perempuan mereka yang baru berusia 16 tahun melahirkan anak lelaki di dalam tandas rumah mereka di Felda Bandar 32 dekat sini awal pagi Jumaat.

Wanita tersebut mendapati anaknya itu berlumuran darah, ketika dia hendak bersolat Subuh kira-kira 5.45 pagi.

Ketua Polis Daerah Bera, DSP Zul Haizal Zainal Abidin berkata bapa pelajar berkenaan kemudiannya membawa anaknya ke klinik kesihatan, sebelum membuat laporan polis kira-kira pukul 7.10 pagi.

Pelajar berkenaan kemudiannya dihantar ke Hospital Sultan Ahmad Shah, Temerloh.
Remaja itu dikatakan sudah mengandung sembulan bulan, tetapi tidak menunjukkan sebarang tanda dia mengandung. -20/9/14




, ,

Jumaat, 18 April 2014

Bapa Bangga Anaknya Berusia 12 Tahun Lahir Anak Luar Nikah


[HM] London: Bapa seorang budak perempuan berusia 12 tahun yang menjadi ibu termuda di Britain berkata semalam dia bangga dengan anaknya.

Pelajar sekolah yang dihamilkan oleh teman lelakinya berusia 13, semasa masih di sekolah rendah ketika berumur 11 tahun, melahirkan bayi perempuan seberat 3.29kg Ahad lalu.

Pada usia 12 tahun dan tiga bulan, dia lima bulan lebih muda daripada ibu termuda Britain sebelum ini.

Murid tahun 7 dan bapa bayi itu, dikatakan dilamun cinta dan menjalin hubungan selama setahun, kini dipercayai ibu bapa termuda Britain.


BAYI yang dilahirkan kanak-kanak perempuan itu dilapor sihat.

Semalam, bapa budak perempuan itu berkata dia akan membantu anaknya mengharung kehidupan.

Bagaimanapun dia mengaku kecewa kerana hanya mengetahui mengenai anaknya akan melahirkan anak bulan lalu.

Lelaki itu berkata: “Anak saya langsung tidak memalukan saya. Saya bangga dengannya. Malu bukanlah masalah di sini.

“Kami tidak mengetahui ini akan terjadi. Kanak-kanak usia sebegini akan membesar dan mempunyai teman lelaki dan sebagainya. 

“Mereka melakukan sesuatu di belakang ibu bapa. Dan kami tidak tahu apa yang mereka lakukan.”

Lelaki itu berasal dari London Selatan sudah berpisah dengan ibu anaknya itu yang kini dalam usia 27 tahun menjadi antara nenek paling muda di Britain.

Dengan menganggap dirinya ‘datuk yang bangga’ dan menggunakan nama samaran untuk melindungi identiti anaknya, dia memberitahu radio LBSC bahawa kedua-dua keluarga akan memberi sokongan kepada pasangan muda itu.

Dia juga menggambarkan teman anaknya sebagai ‘remaja yang hebat.’

“Kami tidak tahu bagaimana ia terjadi. Anda mungkin beranggapan kami mengetahui mereka berasmara di dalam bilik tidur. Tidak.”

Dia berkata dia tidak akan membiarkan seorang lagi anak perempuannya yang berusia tiga tahun dan seorang lelaki berumur sembilan tahun melakukan kesalahan sama pada masa akan datang.

Pasangan kanak-kanak itu berkenalan bertemu pada musim Krismas 2012 di sebuah taman. - Agensi/18/4/14


, , ,

Rabu, 5 Mac 2014

201 Kelahiran Bayi Direkod Di Sekolah Harapan


[Bernama] MELAKA – Pusat perlindungan remaja hamil, Sekolah Harapan di Jasin mencatatkan sebanyak 201 kelahiran bayi sejak penubuhannya pada September 2010.

Exco Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan Melaka Datuk Latipah Omar berkata sehingga kini seramai 216 remaja hamil dari seluruh negara ditempatkan di sekolah berkenaan dengan mencatatkan 14 penghuni pada 2010; 2011 (84); 2012 (51); 2013 (61) dan enam penghuni bagi dua bulan pertama tahun ini.

“Perbelanjaan keseluruhan sekolah adalah ditanggung oleh Majlis Agama Islam Melaka dengan pengisian keagamaan dijalankan pada sesi pagi manakala sesi petang diisi dengan pelajaran akademik,” katanya ketika menjawab soalan Md Rawi Mahmud (BN-Tanjung Bidara) mengenai perkembangan pusat perlindungan itu pada persidangan pertama penggal kedua Dewan Undangan Negeri Melaka ke-13 di sini, Rabu.

Katanya dalam tempoh itu juga sebanyak 28 penghuni mengambil peperiksaan awam dengan 21 orang menjalani peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Penilaian Menengah Rendah (7).

Dalam sidang akhbar selepas itu, Latipah berkata bayi berkenaan kebanyakannya dijaga oleh ibu kandung mereka selain ada yang diserah kepada keluarga angkat.

Katanya pihak Sekolah Harapan turut melakukan pemantauan berkala terhadap remaja terbabit yang kembali kepada keluarga masing-masing setelah habis tempoh berpantang.

“Sehingga kini, kita tidak menerima sebarang aduan mengenai kes pengabaian bayi dan juga tiada laporan mengenai berulangnya kes hamil di luar nikah,” katanya. – 5/3/14


,

Sabtu, 14 September 2013

Pelajar Lahir Anak di Asrama

Sekadar hiasan.

[SH] SETIU - Guru dan pelajar sebuah sekolah menengah di daerah ini gempar apabila seorang pelajar dipercayai bersalin di dalam bilik asrama sekolah berkenaan, pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamed berkata, kehadiran bayi lelaki itu disedari penyelia asrama kira-kira jam 8 pagi di dalam sebuah bilik asrama perempuan sekolah berkenaan.

Menurutnya, ketika melakukan pemeriksaan di dalam sebuah bilik, penyelia itu terkejut apabila mendapati seorang pelajar perempuan berusia 18 tahun terbaring lesu bersama bayi yang masih bertali pusat.

“Penyelia itu segera memaklumkan kejadian berkenaan kepada pengurusan sekolah, sebelum kedua-duanya dihantar ke Hospital Setiu untuk mendapatkan rawatan.

“Ketika ditemui, bayi lelaki dalam keadaan sempurna itu masih bernyawa, tetapi mengalami kecacatan otak dan keadaannya ketika itu agak lemah sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu dan tiba di HSNZ kira-kira jam 1.15 petang untuk rawatan lanjut,” katanya.

Ab Rahman berkata lagi, bagaimanapun bayi malang itu disahkan meninggal dunia kira-kira jam 1.40 petang kerana kecacatan tersebut.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati tiada unsur jenayah atau kecederaan akibat dera pada bayi itu sebelum mayatnya diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumian.

Katanya, ibu bayi itu masih dirawat di Hospital Setiu dan pihaknya akan mengambil keterangannya sebaik pulih bagi membantu siasatan.

"Ibu bapa pelajar terbabit sudah dimaklumkan mengenai kejadian ini. Buat masa ini, kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan jalan membuang mayat secara sulit,” katanya.

Difahamkan, pelajar terbabit amat sedih dengan berita kematian anaknya selepas polis memaklumkan bayinya tidak dapat diselamatkan dan dia mengandung dipercayai hasil hubungan sulit dengan teman lelakinya. -13/9/13



Rabu, 29 Mei 2013

Tomboy Lahir Anak di Belakang Bangunan



[HM] Serdang: Menyayat hati apabila seorang wanita terpaksa melahirkan bayi lelakinya di atas jalan di lorong belakang sebuah bank di Bandar Puteri, Puchong, dekat sini, berseorangan.

Ketika kejadian dia terasa hendak bersalin dan bertindak nekad melahirkan anaknya di belakang premis terbabit, kelmarin.

Bagaimanapun wanita berusia 23 tahun itu tidak bernasib baik apabila kandungannya songsang menyebabkan dia mengalami kesukaran hendak bersalin dan terpaksa bertarung nyawa hampir sejam untuk melahirkan kandungannya tanpa bantuan sesiapa.

Lebih menyedihkan, bayi lelakinya juga gagal diselamatkan apabila kakinya yang terkeluar terlebih dahulu menyebabkan bayi itu kelemasan sebelum meninggal dunia sebaik ibunya selamat bersalin.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, wanita terbabit yang masih belum berkahwin menaiki motosikal berseorangan jam 10.40 malam kelmarin sebelum tiba-tiba dia rasa sakit hendak bersalin.

“Panik dengan situasi itu, mangsa memberhentikan motosikalnya di lorong belakang sebuah bank dan bertindak berani cuba melahirkan anaknya.

“Mangsa yang tidak tahu kandungannya songsang bagaimanapun mengalami kesukaran untuk bersalin, namun selepas berhempas pulas akhirnya dia berjaya melahirkan bayinya itu.

“Bayinya gagal diselamatkan akibat lemas,” katanya.

Sumber berkata, mangsa yang berlumuran darah dan tidak bermaya hanya tersandar di tepi dinding premis terbabit sebelum kebetulan seorang lelaki yang melalui kawasan itu menyedari kejadian terbabit.

“Lelaki itu yang menyangka mangsa ingin membuang bayi terus menghubungi polis memaklumkan kejadian itu sebelum unit peronda polis (MPV) tiba di tempat kejadian mendapati wanita terbabit sebenarnya baru lepas bersalin.

“Polis kemudian membawa mangsa dan bayi yang sudah tidak bernyawa itu ke Hospital Serdang,” katanya.

Sumber itu berkata, ahli keluarga mangsa yang dimaklumkan kejadian itu juga terkejut dengan berita diterima mereka kerana tidak mengetahui anak mereka mengandung.

“Difahamkan wanita terbabit sebelum ini tidak pernah berkawan dengan lelaki kerana dia sering membawa pulang rakan perempuan dipercayai ‘teman wanitanya’ kerana sikapnya yang seperti lelaki,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang Deputi Superintendan Lam Chien Fei ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan pihaknya yang menerima maklumat berhubung kejadian itu bergegas ke tempat kejadian.



, ,

Ahad, 18 Mac 2012

Kalau Tidak Sanggup Jadi Pak Sanggup Jangan Sanggup, Jika Tidak, Terjadi Begini...



[HM] Kuala Lumpur: Badan berbirat akibat dibelasah dengan tali pinggang manakala penampar dan sepak terajang menjadi ‘makanan’ harian seorang gadis sejak kecil, gara-gara dendam tidak berkesudahan lelaki dipanggil bapa.

Seksaan diterima Arisya (bukan nama sebenar), 24, hanya disebabkan lelaki berkenaan tidak dapat menerima hakikat dia terpaksa menjadi ‘pak sanggup’ dengan mengahwini ibunya selepas wanita itu hamil sebelum bernikah.

Menurut Arisya, zaman kanak-kanaknya tidak seperti rakan sebaya lain yang sentiasa disaluti kasih sayang ibu bapa serta kegembiraan.

Katanya, kehidupannya penuh kedukaan kerana didera ‘bapanya’ tanpa belas kasihan setiap kali melakukan kesilapan, biarpun tidak sebesar mana.

Disebabkan sering menerima layanan buruk ‘bapa sendiri’, Arisya sering tertanya-tanya, apakah dosa dilakukannya sehingga diperlakukan sedemikian.

Menginjak usia remaja, dia pernah terdengar pertengkaran besar di antara orang tuanya. Bapanya mengungkit yang dia terpaksa menjadi ‘pak sanggup’ kerana ibunya mengandung benih orang lain.

Akibat dendam kesumat itu, bapanya sering menjadikan ibunya sebagai mangsa deraan apabila cuba menyebelahi Arisya.

“Sebenarnya, ayah seorang yang panas baran terhadap emak, saya mahupun adik-adik. Namun saya paling teruk dibelasah walaupun kerana ingin bergurau, bergaduh kecil atau bermanja dengan adik-adik, seolah-olah melakukan kesalahan sangat besar.

“Saya tak tahu mengapa ayah terlalu baran dengan saya. Penampar yang diberi bertahun-tahun membuatkan jiwa saya tertekan.

“Terakhir ketika saya berusia 14 tahun apabila dibelasah dengan tali pinggang hingga menangis seharian akibat menanggung kesakitan yang amat sangat. Kesan daripada situ, saya membuat keputusan lari daripada rumah tapi tidak tahu ke mana hendak dituju.

“Ketika itu, yang terfikir ialah melarikan diri ke balai polis lalu membuat laporan saya didera ayah kandung. Polis kemudian membuat tangkapan dan ayah ditahan kerana kesalahan mendera berdasarkan laporan kesihatan oleh pihak hospital,” katanya kepada Metro Ahad.

Bagaimanapun, kesan psikologi terhadap Arisya sangat teruk kerana terpaksa melalui dugaan yang bukan sedikit apabila dihantar ke rumah perlindungan kanak-kanak dan berpisah dengan keluarga.

“Ia pengalaman sukar yang terpaksa diharungi bagi remaja yang masih mentah seperti saya. Disebabkan laporan itu ayah dibuang kerja, menyebabkan kebenciannya terhadap saya makin meluap-luap.

“Namun, saya mungkin selamat kerana berada di rumah perlindungan kanak-kanak tapi terfikir juga, apa akan jadi dengan emak dan adik lain sepanjang ketiadaan saya,” kata anak sulung itu.

Apabila ditempatkan di rumah perlindungan bawah pengawasan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kedudukan tempat itu jauh daripada ibu kota dan di situlah bermula episod baru dalam hidup Arisya.

Keindahan hidup diimpikan Arisya tidak seindah disangka walaupun dia diterima masuk ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Ketika menuntut di IPTA, dia terpaut dengan rakan sekuliah dikenali sebagai Izzat (bukan nama sebenar) tetapi berlainan bidang pengajian dan hubungan mereka direstui kedua-dua keluarga.

Sebaik tamat pengajian mereka, Izzat menghantar keluarganya untuk meminang dan keluarga Arisya menetapkan tempoh pertunangan dua tahun kerana masing-masing ingin mengukuhkan kerjaya.

Sekali lagi Arisya diuji dengan peristiwa dahsyat apabila setahun selepas bertunang, Izzat meminta hubungan itu diputuskan tanpa sebab.

Puas memikirkan kesilapan dilakukan dan mendesak tunangnya menjelaskan perkara sebenar, akhirnya Izzat membuat pengakuan dan perkara itu benar-benar melukakan hatinya.

“Sebenarnya, emak Izzat yang meminta pertunangan diputuskan selepas dia mendapat tahu saya anak tidak sah taraf atau bahasa kasarnya, anak luar nikah.

“Bayangkan, luluhnya hati saya saat itu sehingga membuatkan jiwa tertekan, sekali gus jatuh sakit beberapa bulan. Walaupun Izzat meminta saya supaya tabah, apalah ertinya sebab dia sendiri tidak memberi sebarang harapan untuk memujuk emaknya.

“Akhirnya, saya terima hakikat yang Izzat sebenarnya ‘anak emak’ sebab apa saja keputusan ibunya diterima bulat-bulat, walaupun dia tidak mahu hubungan kami diputuskan,” katanya.

Lebih memilukan Arisya, bekas tunangnya berkahwin beberapa bulan selepas itu dengan gadis pilihan ibunya, tetapi sehingga kini lelaki itu masih menghubunginya.

Katanya, Izzat menyatakan rasa kesalnya terhadap apa yang berlaku tetapi lelaki itu kini dianggapnya kawan biasa.

Walaupun jauh di sudut hati, kasih sayang lelaki itu terhadapnya terlalu mendalam memandangkan Arisya cinta pertamanya, segala-galanya terpaksa dikorbankan kerana tidak sanggup memusnahkan rumah tangga Izzat yang dibina atas pilihan orang tuanya.

Kini Arisya tinggal bersama rakan di sebuah kondominium dan semangatnya semakin kuat menempuh setiap ujian hidup serta berhasrat untuk lebih berjaya dalam bidang diceburi walaupun kini belum ada pengganti.

 
ARISYA... dapat ‘ayah’ pendendam dan panas baran

Berkaitan:

Berdosa besar kahwin wanita hamil anak tak sah
[HM] KUALA LUMPUR: Haram dan berdosa besar bagi lelaki yang mengetahui seorang wanita mengandungkan anak luar nikah jikalau menikahi wanita hamil itu.

Pernikahan cuma boleh dilangsungkan selepas wanita terbabit melahirkan anak, malah anak yang lahir tidak boleh dibin atau dibintikan lelaki yang menjadi pak sanggup kerana zuriat berkenaan bukan daripada benihnya.

Dalam Islam, anak yang lahir perlu dibinkan wanita itu sendiri manakala dalam hukum lebih longgar, ia dibolehkan berbin atau binti Abdullah (hamba Allah).

Pendakwah bebas yang juga Pengarah Urusan Telaga Biru, Dr Zahazan Mohamed (gambar), berkata anak berkenaan juga tidak boleh berkahwin dengan lelaki terbabit (pak sanggup) kerana lelaki itu menikahi ibunya.

“Gadis anak zina adalah mahram dengan bapa tiri tetapi bukan mahram dengan lelaki yang berzina dengan ibunya,” katanya.

Menurutnya, dalam budaya masyarakat Malaysia, jika seorang wanita hamil anak luar nikah, dia dan teman lelaki yang membuntingkannya dinasihatkan lekas kahwin bagi menutup aib serta menjaga maruah keluarga.

“Mengikut Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), anak berusia enam bulan ke bawah ketika dalam kandungan, boleh dibinkan lelaki berkenaan. Ini hukum di sisi manusia bagi menyelamatkan maruah,” katanya.

Zahazan berkata, hukum di sisi Allah, seorang wanita penzina tidak layak berkahwin melainkan lelaki penzina (ayat 3 surah an-Nur) dan jika wanita itu ingin bertaubat, anak berkenaan dibolehkan berbin atau berbintikan nama wanita terbabit.



, ,

Ahad, 26 Februari 2012

Mufti Perlis: Kaji Keputusan Penamaan "Ayah" Anak Tidak Sah Taraf Semula


Saya petik:

[HM] KUALA LUMPUR: Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya meminta supaya keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan mengenai penamaan anak tak sah taraf (luar nikah) yang dibin atau dibintikan kepada Abdullah disemak semula kerana didakwa tidak menepati konsep Islam serta mengaibkan.

Katanya, semakan itu perlu kerana keputusan berkenaan berdasarkan perbincangan Muzakarah Fatwa Kebangsaan dan bukan keputusan dicapai Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.

“Sebenarnya ada perbezaan antara Muzakarah Fatwa Kebangsaan dengan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan. Keputusan mengenai penamaan anak luar nikah kepada Abdullah adalah berdasarkan muzakarah atau perbincangan yang dihadiri individu tertentu.

“Untuk menetapkan sesuatu keputusan atau fatwa, ia sebenarnya hanya boleh dilakukan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kerana ahlinya dipilih Majlis Raja-Raja dan barulah ia boleh diguna pakai,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media pada forum ‘Apa Ada Pada Nama’ anjuran Sisters In Islam yang turut dihadiri Ketua Hakim Syariah Terengganu, Datuk Ismail Yahya serta peguam bela dan peguam cara, merangkap peguam syariah, Nizam Bashir.

Menurut Dr Juanda, keputusan fatwa yang diguna pakai itu juga tidak berdasarkan konsep Islam kerana ia kelihatan menindas serta memalukan.

“Saya tidak tahu apa perlunya menamakan seseorang anak luar nikah, termasuk individu yang baru masuk Islam, dengan berbin atau berbintikan Abdullah. Ini seolah-olah kita ingin meletakkan mereka dalam satu kumpulan dengan tujuan tertentu.

“Sebab itu, dalam kebanyakan kes, anak-anak ini kemudian menjadi malu dan menerima aib apabila diketahui mereka anak tak sah taraf, sedangkan ia kesalahan ibu bapa dan tidak sepatutnya ditanggung anak,” katanya.

Dr Juanda berkata, tidak ada dalil atau nas menyatakan anak tidak sah taraf, termasuk golongan mualaf, perlu dibin atau dibintikan dengan Abdullah.

“Jika seorang lelaki datang ingin mendaftarkan nama anak mereka, itu bermakna dia mengaku itu anaknya dan tidak perlu dipertikaikan.

“Walaupun ia anak hasil di luar perkahwinan, hubungan darah antara bapa dengan anak tetap sama, cuma bezanya hasil hubungan sebelum berkahwin.

“Jadi kita sebagai manusia tidak perlu menghukum anak itu kerana kesalahan ibu serta bapa mereka,” katanya.

Sementara itu, Ismail berkata, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) juga sebenarnya tidak mempunyai kuasa untuk menghalang mana-mana ibu atau bapa mendaftar nama anak mereka.

Bagaimanapun, katanya, apa yang berlaku ialah kakitangan di JPN pula sibuk meminta pelbagai dokumen daripada ibu atau bapa, termasuk mempertikaikan taraf perkahwinan seseorang yang tidak sama mengikut waktu kelahiran anak.

“Tugas mereka adalah mendaftarkan nama. Jika ayah serta ibu bapa adalah warga negara, soal tempoh perkahwinan sewaktu melahirkan tidak patut menjadi persoalan.

“Perkara ini sebenarnya di bawah kuasa syarak dan bukan di bawah bidang kuasa pentadbiran. Hukum syarak lebih tinggi daripada pentadbiran,” katanya.

Nizam pula berkata, ibu atau bapa yang ada masalah atau dihalang untuk mendaftarkan nama anak atas sebab tertentu boleh membawa perkara itu ke mahkamah kerana ia melanggar Artikel 358 Perlembagaan Persekutuan mengenai hak kebebasan untuk mendaftar seperti terkandung dalam Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian (Peruntukan-Peruntukan Khas).


, ,

Sabtu, 31 Disember 2011

Bersekedudukan Sehingga Lahir Anak Luar Nikah


Saya petik:

[SH] LEDANG - Tindakan berani sepasang kekasih bersekedudukan selama setahun sehingga melahirkan seorang bayi perempuan mengundang padah apabila mereka dicekup berkhalwat oleh Penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Ledang (PPADL), awal pagi semalam.

Kegiatan mereka itu terbongkar dalam serbuan oleh PPADL, kira-kira jam 12.30 pagi di sebuah rumah di Bukit Gambir di sini, selepas pihak berkuasa menerima aduan daripada orang ramai.

Bayi perempuan berkenaan kini berada dalam jagaan wanita itu yang dilahirkan pada 16 Oktober lalu dan telah didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Daerah Ledang.

Namun, lebih mengejutkan apabila ibu bapa lelaki berkenaan turut bersubahat dan hanya membiarkan anak lelakinya bersekedudukan dengan teman wanita dalam satu rumah yang turut didiami mereka.

Lelaki berkenaan berumur 30 tahun dan pasangannya, 34, ditahan untuk siasatan lanjut.

Malahan, wanita berasal dari Sagil dan tidak pernah berkahwin itu turut mendakwa menyewa rumah berkenaan sejak setahun lalu.

Manakala, lelaki berkenaan yang juga pengawal keselamatan, difahamkan telah berumah tangga dan memiliki empat anak yang kini dalam proses bercerai dengan isterinya.

“Saya sedar kesilapan saya dan kami ada merancang untuk bernikah sebaik menyedari teman wanita hamil.

“Tetapi kerana beberapa halangan termasuk masalah kewangan menyebabkan perancangan ini tergendala begitu sahaja,” katanya ketika disoal penguat kuasa.

Sementara itu, Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin berkata, serbuan di rumah berkenaan dijalankan sepasukan anggota PPADL yang diketuai Pegawai Penguat kuasa, Mohd Zainal Kadiran.

Menurutnya, selepas mengetuk pintu dan memberi salam, bapa lelaki terbabit membuka pintu dan membenarkan pemeriksaan dijalankan meskipun terpaksa menunggu hampir 15 minit.

“Pemeriksaan lanjut menemui seorang wanita memakai baju-T dan berseluar sedang menidurkan bayi perempuan di ruang tamu.

“Manakala, lelaki berkenaan pula sedang tidur dalam bilik dengan hanya berseluar pendek,” katanya.

Sulaiman berkata, pasangan itu kemudian ditahan untuk siasatan lanjut kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hubungan mahram atau suami isteri.

“Mereka dibawa ke Balai Polis Bukit Gambir untuk laporan tangkapan sebelum dibawa ke pejabat agama untuk siasatan lanjut dan dijamin dengan jaminan keluarga masing-masing,” katanya.

Menurutnya, mereka ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) a b, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor, 1997 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” katanya.


P/s: 1Malaysia rosak apabila pendekatan agama dipinggirkan, hukum agama dipersendakan!



, ,

Rabu, 16 November 2011

152,182 Anak Tidak Sah Taraf 2008-2010

Saya petik:

[HM] SERAMAI 152,182 anak luar nikah atau tak sah taraf direkodkan bagi 2008 hingga tahun lalu dengan Sabah merekod kelahiran anak tak sah taraf paling tinggi dengan 41,490 orang.

Selain Sabah, statistik daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) juga mencatat kelahiran anak tak sah taraf tinggi iaitu Selangor (18,983 orang); Sarawak (17,570 orang); Johor (16,298 orang) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (12,095 orang).

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Heng Seai Kie, berkata, kajian pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendapati terdapat pelbagai sebab berlakunya kelahiran anak luar nikah.

Beliau berkata, antaranya pengaruh rakan sebaya, rela melakukan hubungan seks, tidak mempunyai pengetahuan berhubung kesihatan reproduktif dan seksual, kurang perhatian ibu bapa, menonton video dan laman web lucah, kurang didikan agama, perasaan ingin mencuba dan diperkosa saudara sendiri.

“Antara langkah yang dibuat ialah menggubal Dasar dan Pelan Tindakan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial Kebangsaan 2009 bertujuan meningkatkan pengetahuan di kalangan masyarakat khususnya ibu bapa dan remaja berhubung kesihatan reproduktif.

“Kementerian juga bekerjasama dengan media mengadakan kempen bagi memberi kesedaran kepada masyarakat, termasuk kepada pelajar institusi pengajian bagi menangani kelahiran anak luar nikah,” katanya di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau menjawab soalan Datuk Mohd Jidin Shafee (BN-Setiu) yang mahu tahu jumlah anak luar nikah yang direkodkan bagi tahun 2008 hingga 2010 mengikut pecahan negeri dan punca utama berlakunya masalah itu serta inisiatif kementerian bagi membendung gejala itu.

Menjawab soalan tambahan Mohd Jidin, sama ada pelaku dan juga ibu bapa boleh didakwa, Heng berkata, bagi pelaku bukan Islam ia tidak dikenakan tindakan, bagaimanapun bagi pelaku Muslim ia boleh didakwa mengikut Akta Jenayah Syariah Persekutuan 1997.


P/s: Agak-agaknya, berapakah jumlah anak yang lahir daripada ibu yang beragama Islam?



, , ,

Jumaat, 5 Ogos 2011

Kepala Bayi Putus Ditarik Ibu

Saya petik:

[HM] MELAKA: Panik apabila bayi luar nikah yang dilahirkannya berada dalam kedudukan songsang, seorang wanita nekad menarik kaki bayi itu sehingga menyebabkan bahagian kepalanya terputus.

Kejadian itu menyebabkan wanita terbabit yang berusia 24 tahun bertambah panik lalu membuang mayat bayi baru dilahirkannya ke dalam tong sampah di tingkat bawah rumah sewanya di sebuah pangsapuri di Jalan Tun Sri Lanang, dekat sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, kejadian berlaku jam 6 petang Selasa lalu ketika wanita terbabit yang hamil enam bulan melahirkan bayinya bersendirian.

Menurutnya, selepas mengalami pendarahan akibat melahirkan bayi perempuan tidak cukup bulan seorang diri, wanita terbabit kemudian menghubungi ibunya.

“Ibunya kemudian membawa wanita itu mendapatkan rawatan di Hospital Melaka jam 9 malam hari sama. Ketika menerima rawatan, doktor mendapati dia baru bersalin dan mengesyaki ada yang tidak kena lalu terus membuat laporan polis,” katanya.

P/s: Gila!!!!


.

, ,

Isnin, 21 Mac 2011

Azmin dan Anaknya Jalani 2 Ujian DNA Sanggah Isu Anak Luar Nikah Anwar-Shamsidar

Antara poster propaganda yang dibuat oleh jurublog pro-UMCO.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mendakwa bahawa beliau telah menjalani dua ujian DNA untuk menyanggah fitnah pihak tertentu yang mendakwa anak bungsunya, Afifa adalah hasil hubungan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan isterinya Shamsidar.

“Pada tahun 2000, anak saya yang berumur tiga tahun turut difitnah dan kami melakukan dua ujian DNA tetapi keputusannya negatif.

“Saya bawa kes ini ke mahkamah dan mendakwa penulis buku 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri dan akhirnya penulis buku itu dijatuhkan hukuman penjara tetapi dia tidak sempat menerima hukuman kerana meninggal dunia,” katanya kepada hadirin ketika berceramah pada prohram Himpunan Kebangkitan Rakyat Ganti UMNO kedua (PGU2) di belakang Masjid Hadhari, Jertih.

Malah, isu anak bongsu Azmin ini turut menjadi bahan ceramah Ummi Hafilda untuk memburuk-burukkan abangnya dan Anwar Ibrahim. Isu anak bongsu ini juga mnejadi bahan fitnah yang popular dalam kalangan jurublog UMCO. Teori yang paling popular apabila mereka mendakwa Azmin mengambil sampel darah anaknya yang lain untuk menutup skandal Anwar-Shamsidar. Gila! Adakah Azmin masih mahu mempertahankan perkahwinannya jika isterinya berlaku curang? Ada yang menuduh Azmin dibayar sejumlah wang untuk menutup rahsia itu. Gila! Adakah duit dapat menutup maruah Azmin jika benar-benar isterinya berlaku curang?

Yang pasti teori hanya teori apabila mahkamah seperti yang dinyatakan oleh Azmin telah menjatuhkan hukuman kepada penulis 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri kerana isu tersebut.
Dalam ceramah yang sama, Azmin menjelaskan bahawa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) berhubung dengan perbicaraan tuduhan kes liwat yang dihadapinya. Azmin berkata, beliau sering mengingatkan Anwar demikian kerana bimbang, DNA yang diserahkan itu sebaliknya akan dijadikan perangkap oleh pihak tertentu untuk menganiaya Anwar.

"Setakat ini, tidak ada alasan kukuh mengapa Datuk Seri Anwar perlu serahkan sampel DNA sebagaimana tuntutan oleh pihak tertentu supaya beliau berbuat demikian," katanya.


* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.
 

, ,

Rabu, 26 Januari 2011

Banyaknya Anak Luar Nikah di Terengganu!


Saya petik:
623 anak tak sah taraf di Terengganu tahun lalu

[BH] KUALA TERENGGANU: Seramai 623 anak tidak sah taraf dilahirkan di negeri ini tahun lalu, dipercayai akibat pergaulan bebas terutama di kalangan wanita Islam.

Lebih mengejutkan, daripada jumlah itu kadar tertinggi dicatatkan pada Mei tahun lalu dengan 72 kelahiran, diikuti 60 kelahiran pada September. 

Berdasarkan perkiraan kasar, pasangan terbabit dipercayai melakukan perbuatan terkutuk itu sembilan bulan sebelum kelahiran, iaitu sekitar akhir Ogos dan Disember atau lebih tepat lagi pada sambutan Kemerdekaan Negara dan Tahun Baru. 

Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Terengganu, Ghazali @ Suhaimi Muhammad, berkata jumlah kelahiran anak tidak sah taraf itu dicatatkan di sembilan pejabat JPN Terengganu membabitkan bayi pelbagai agama daripada pasangan tempatan dan bukan warga negara.

Katanya, pejabat JPN Kuala Terengganu mencatatkan jumlah anak tidak sah taraf tertinggi dengan 188 kelahiran diikuti Besut (102), Dungun (78), Setiu (68), Kemaman (63), Hulu Terengganu (43), Marang (30), Al-Muktafi Billah Shah (28) dan Kerteh (23).

“Melihatkan perangkaan ini, ia jelas sangat menggerunkan kerana menandakan gejala sosial semakin kronik. Lebih menyedihkan, majoriti bayi dilahirkan beragama Islam dan tidak diketahui siapa bapa sebenarnya.

“Senario ini juga secara tidak langsung membuatkan JPN menjadi beban kepada masalah sosial dan boleh menyebabkan berlaku masalah lain di kalangan masyarakat terutama membabitkan masa depan bayi terbabit.

“Jadi, kita meminta kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri dan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk bersama membanteras pergaulan bebas bagi mengelak mereka terjerumus ke lembah maksiat dan melahirkan anak luar nikah,” katanya selepas Majlis Penganugerahan Taraf Kewarganegaraan Malaysia di pejabat JPN Terengganu, di sini, semalam.

Seramai lima orang menerima sijil warga negara mengikut Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan dan lapan lagi mengikut Perkara 19(1)(a) Perlembagaan Persekutuan dengan lapan berasal dari Kemboja serta masing-masing satu dari Indonesia dan India.

Ghazali berkata, walaupun anak luar nikah mendapat keistimewaan sama rata dari segi kemudahan kesihatan dan pendidikan, namun bayi berkenaan berdepan risiko masa depan tidak menentu.- Faizul Azlan Razak


, , ,

Isnin, 10 Januari 2011

Ingat Rintihan Anak "Luar Nikah" Artis dalam "Melodi" Semalam?



Angelina, remaja berusia 15 tahun muncul dalam siaran gosip hiburan Melodi terbitan TV3 semalam. Dia mendakwa ibu kandungnya yang didakwa seorang artis seolah-olah enggan menerimanya. Remaja ini mendedahkan bahawa ibunya itu hanya menjaganya beberapa hari sebelum menyerahkannya kepada keluarga angkat. Remaja itu mendakwa dilahirkan pada 23.11.1996 tetapi disebabkan kelewatan ibu angkatnya membuat sijil kelahiran, maka tarikh lahirnya telah didaftarkan pada  21.02.1997. Untuk membuktikan bahawa si artis itu ialah ibu kandungnya, remaja ini menegaskan bahawa dia sanggup menjalani ujian DNA.

Melodi yang menapis suara temu bual antara wartawan dengan remaja itu rupa-rupanya tidak perasan meletakkan nama artis yang dikatakan ibu kepada remaja itu pada halaman kredit di penghujung rancangan. Sila rujuk gambar di bawah ini untuk melihat nama artis yang didakwa ibu kepada remaja ini.

Mungkin benar, mungkin tidak.

Semoga dapat dijadikan pengajaran!


gambar credit melodi menunjukan title anak watie
sms yang dihantar kepada angelina
sms yang dihantar kepada angelina

(Kredit tertera pada gambar)

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH