Ingat Rintihan Anak "Luar Nikah" Artis dalam "Melodi" Semalam?
Angelina, remaja berusia 15 tahun muncul dalam siaran gosip hiburan Melodi terbitan TV3 semalam. Dia mendakwa ibu kandungnya yang didakwa seorang artis seolah-olah enggan menerimanya. Remaja ini mendedahkan bahawa ibunya itu hanya menjaganya beberapa hari sebelum menyerahkannya kepada keluarga angkat. Remaja itu mendakwa dilahirkan pada 23.11.1996 tetapi disebabkan kelewatan ibu angkatnya membuat sijil kelahiran, maka tarikh lahirnya telah didaftarkan pada 21.02.1997. Untuk membuktikan bahawa si artis itu ialah ibu kandungnya, remaja ini menegaskan bahawa dia sanggup menjalani ujian DNA.
Melodi yang menapis suara temu bual antara wartawan dengan remaja itu rupa-rupanya tidak perasan meletakkan nama artis yang dikatakan ibu kepada remaja itu pada halaman kredit di penghujung rancangan. Sila rujuk gambar di bawah ini untuk melihat nama artis yang didakwa ibu kepada remaja ini.
Mungkin benar, mungkin tidak.
Semoga dapat dijadikan pengajaran!



(Kredit tertera pada gambar)


Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.