Ingat "Pesta Kutip Syiling Haram"? Polis Minta Pulangkan DUIT HARAM Itu!
Pada masa kejadian, mengapa pihak polis tidak menghalang "kaki kebuloq" ini daripada mengambil duit-duit syiling itu? |
Harian Metro melaporkan Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin meminta orang ramai yang mengambil duit syiling yang bertaburan dalam kemalangan di Kilometer 244, Projek Lebuhraya Utara Selatan (Plus) dekat Rembau Selasa lalu agar memulangkannya semula di mana-mana balai polis berhampiran dengan kediaman mereka.
Menurut laporan akhbar, pesta mengutip syiling HARAM itu dimeriahkan secara beramai-ramai oleh pengguna jalan raya berikutan sebuah Toyota Hilux yang membawa syiling sebanyak RM75 ribu terlibat dalam kemalangan selepas dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta BMW. Kejadian yang berlaku pada pukul 3 petang itu menyebabkan duit syiling 10, 20, 50 sen bertaburan di atas jalan raya.
Pulangkanlah duit haram itu. Tidak perlulah saya menulis soal hukum di sini. Sudah terang lagikan bersuluh statusnya!
Duit haram!!!!! |
* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.