Syaitan Betina Tergamak Tikam Bayi Sendiri Sehingga Mati!
Saya petik:
[Bernama] KLANG: Seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan ditemui mati ditikam, dipercayai oleh ibunya di sebuah rumah sewa di Batu 4, Kampung Jawa di sini, Selasa.
Mayat bayi yang berlumuran darah akibat ditikam beberapa kali itu ditemui di atas pelapik plastik dalam bilik air rumah berkenaan.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Supritendan Zahedi Ayob berkata, wanita Myanmar yang mempunyai kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR) dipercayai melahirkan bayi itu kira-kira pukul 9 pagi tadi.
"Wanita berusia 23 tahun itu dikatakan melahirkan anaknya bersendirian dan menyembunyikan diri dalam rumah sewanya.
"Polis mendapat panggilan pada pukul 12.45 tengah hari daripada orang awam yang mengesyaki sesuatu berlaku di rumah suspek," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata wanita itu ditemui dalam keadaan lemah dalam rumah itu dan polis turut menemui sejenis objek tajam yang dipercayai diguna dalam kejadian itu.
Mayat bayi berkenaan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini untuk bedah siasat manakala wanita terbabit yang ditahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi membantu siasatan kes itu, juga dihantar ke hospital yang sama untuk rawatan.
Sementara itu jiran wanita terbabit, Mohamad Salim Nur Syuri, 35, berkata semalam beliau melihat wanita itu masih mengandung.
"Semalam saya lihat perut besar, hari ini sudah kempis dan pagi tadi saya nampak bahagian belakang dia penuh dengan darah," katanya.
* Gambar sekadar hiasan.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.