MIC Bertegas Mahu Kerajaan Gugurkan "Interlok" Sebagai Teks KOMSAS
Palanivel, sudahkah anda membaca sepenuhnya Interlok? |
Seperti yang dilaporkan oleh The Malaysian Insider, MIC melalui Presidennya, Senator G. Palanivel hari ini mendesak Putrajaya untuk mengugurkan Interlok sebagai teks KOMSAS.
Palanivel berkata, partinya tetap berpendirian dengan keputusan yang dibuat oleh wakil-wakilnya yang sebelum ini telah menyeru Interlok digugurkan ketika pertemuan dengan pegawai kementerian Selasa lalu, kerana novel itu menurut mereka mengandungi perkataan yang merendahkan-rendahkan orang India.
"Kami berharap Kementerian Pelajaran memahami dan menghargai keinginan dan perasaan komuniti kami dan membuat keputusan yang cepat dan tegas dalam menyelesaikan masalah ini," kata Palanivel dalam kenyataannya hari ini.
"Meletakkan nota kaki tambahan, glosari, dan panduan tidak akan membantu menyelesaikan masalah ini," tambahnya.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin menyarankan beberapa beberapa solusi untuk menyelesaikan kontroversi Interlok, seperti membuat nota kaki tambahan, glosari dan panduan mengajar pada hari Jumaat.

Muhyiddin juga mendakwa bahawa perbincangan yang berlansung pada hari Selasa itu telah mencapai konsensus bahawa novel kontroversi itu tidak bermaksud untuk merendah-rendahkan masyarakat India.
Muhyiddin telah menyatakan bahawa perbincangan lanjut dengan pemimpin MIC akan dijalankan sebelum memutuskan sama ada teks sastera itu akan digugurkan dari silibus sekolah.
Salah seorang wakil MIC, Dr A. Nagappan menyatakan bahawa kenyataan Muhyiddin berkaitan dengan keputusan konsensus itu tidak tepat.
"Kami telah sepakat bahawa novel ini harus ditarik balik. Tidak ada saranan lain selain untuk meminta novel itu tidak digunakan di sekolah," Kata A Nagappan yang jiga bekas Presiden Hindu Sangam Malaysia.

Interlok mendapat kecaman daripada kelompok MIC dan beberapa NGO India yang mendakwa bahawa isinya mengandungi sistem kasta India dan penggunaan "paria" yang bersifat ofensif.
Cukuplah, saya malas untuk menterjemah sepenuhnya berita di TMI itu. Cuma, sebagai orang yang telah membaca Interlok dan mendapati buku itu tidak berniat merendah-rendahkan kaum India, maka saya menyarankan juga kepada MIC agar meminta kerajaan membakar semua buku yang mengandungi perkataan "paria" atau "kasta" di Malaysia ini. Moga-moga mereka dapat memadamkan sejarah silam.

Dalam hal ini, jelas MIC telah menggunakan sepenuhnya peluang yang ada untuk mempolitikkan isu novel ini demi meraih kembali sokongan masyarakat India. Parti itu yang dilihat sudah dipinggirkan oleh kaum India mula mencari jalan untuk mengukuhkan kembali kekuatan mereka untuk menghadapi PRU13.
Justeru, tidak mustahil Muhyiddin sebagai Menteri Pelajaran akan menuruti keinginan MIC sama ada takut akan pendirian MIC dalam hal ini atau menggunakan helah itu untuk memastikan MIC mendapat sokongan kaum India.
* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.