Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label KOMSAS. Papar semua catatan

,

Jumaat, 16 Disember 2011

Akhirnya, Demi Undi dan Desakan Politik, Kerajaan tarik Penggunaan INTERLOK Sebagai Teks KOMSAS



Saya sudah banyak kali menulis komen berkaitan dengan INTERLOK yang dipolitikkan dan dijadikan isu perkauman oleh pemimpin dan NGO India. Tidak perlulah saya ulang apa-apa yang telah ditulis.

Selepas isu ini reda baru-baru ini, tiba-tiba kita dikejutkan dengan pengumuman Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam bahawa kerajaan telah memutuskan untuk tidak lagi menggunakan novel Interlok yang menjadi buku teks KOMSAS bagi mata pelajaran Bahasa Melayu tingkatan lima mulai tahun depan.

Menurut, S. Subramaniam, perkara itu telah diputuskan kerajaan dalam mesyuarat Kabinet baru-baru ini dan berharap keputusan itu akan diumumkan secara rasmi oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam tempoh terdekat.

Beliu berharap penarikan balik novel karya Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain itu dapat diterima oleh semua pihak dan sekali gus menamatkan kontroversi yang ditimbulkan sebelum ini.

"Menteri Pelajaran telah bersetuju tidak akan menggunakan buku ini mulai tahun hadapan dan saya minta pengumuman rasmi mengenainya dapat dibuat dalam tempoh terdekat agar tiada lagi pertikaian dibangkitkan oleh mana-mana pihak,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Bernama.

Jelas penarikan ini ada kaitannya dengan PRU 13 yang akan diadakan tidak lama lagi. Kita kecewa kerana karya yang ada nilai sejarah ini menjadi mangsa pihak-pihak yang mahu melupakan sejarah dan dimanfaatkan pula oleh pihak yang ada kepentingan dalam politik.

Sebenarnya, untuk pengetahuan anda, teks KOMSAS untuk tingkatan tiga yang bakal digunakan tahun depan juga menghadapi masalah yang sama. Salah sebuah teks novelnya terpaksa dirombak kerana salah satu wataknya (bukan Melayu) digambarkan secara negatif. Oleh sebab takut mendapat bantahan kaum watak tersebut, maka novel itu dirombak/ditulis semula agar kontroversi yang berlaku pada Interlok tidak berulang. Anda bayangkan, sampai begitu sekali takutnya pihak kerajaan terhadap isu ini. 

Hal ini disindir secara sinis oleh seorang penulis di Facebook. Katanya, lebih kurang, jika begitu, biarlah watak orang Melayu sahaja yang "jahat", biarlah watak kaum lain baik-baik belaka.

Persoalan yang wajar kita difikirkan: Adakah dengan penarikan Interlok, orang yang melenting dengan novel ini dapat memadamkan sejarah silam? Seperkara lagi, cubalah fikir mengapa hal ini diumumkan secara tidak rasmi oleh MIC? Kalau bukan kerana menagih undi, apa alasan MIC yang kini dilihat sebagai hero?


P/s: Pengumuman ini bukan sahaja menghanguskan wang rakyat yang digunakan untuk menerbitkan buku ini untuk cetakan pertama, cetakan kedua selepas pembetulan, malah merugikan syarikat penerbitan buku silibus di negara ini. Bayangkan berapa banyak buku terbitan syarikat-syarikat tersebut yang terpaksa ditarik semula dan diubah suai selepas penarikan novel ini.

 




, , ,

Khamis, 10 Mac 2011

Pelajar Pulangkan "Interlok" Didakwa Ugut Mahu Bunuh Guru


Saya petik:
[HM] HULU SELANGOR: Tiga pelajar tingkatan lima sebuah sekolah menengah di sini, bertindak samseng dengan mengugut untuk membunuh seorang guru disiplin, kelmarin.

Difahamkan, kumpulan terbabit bertindak demikian kerana tidak puas hati apabila guru terbabit enggan menerima buku teks yang mahu dipulangkan mereka.

Berikutan itu, ketiga-tiga pelajar terbabit ditahan pihak berkuasa sejurus guru lelaki berkenaan membuat laporan polis berhubung insiden berkenaan.

Kejadian itu bermula kira-kira jam 11 pagi apabila tujuh pelajar sekolah berkenaan pergi ke pejabat sekolah bertemu pengetua untuk memulangkan buku teks yang enggan digunakan mereka.

Menurut sumber, tindakan tujuh pelajar itu yang berlagak samseng dengan meluru masuk ke pejabat sekolah tanpa meminta kebenaran bagaimanapun cuba dihalang guru berkenaan.
“Hairan dengan tindakan pelajar terbabit, guru disiplin itu bertanyakan tujuan mereka mahu berjumpa pengetua dan mereka memberitahu mahu memulangkan buku teks yang tidak mahu digunakan lagi.

“Guru itu menjelaskan kepentingan dan salah faham yang timbul mengenai buku berkenaan yang dianggap memberi ilmu pengetahuan kepada pelajar,” katanya.

Namun, pelajar terbabit tidak puas hati dengan penjelasan guru itu dan menganggap dia sengaja menghalang mereka bertemu pengetua dan mula bertindak biadab dengan meninggikan suara.

Sumber berkata, guru disiplin yang tergamam dengan tindakan pelajar terbabit cuba menenangkan keadaan dan menjelaskan perkara sebenar.

“Bagaimanapun, keadaan menjadi kecoh apabila tiga daripada pelajar terbabit mengugut guru itu kerana mendakwa dia menyinggung perasaan mereka,” katanya.

Bimbang keselamatan diri berikutan ugutan pelajar terbabit, guru berkenaan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor, di sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affendy ketika dihubungi mengesahkan penahanan ketiga-tiga pelajar itu. - Raja Noraina Raja Rahim


P/s: Malang kerana pelajar-pelajar ini berkemungkinan tidak pun membaca novel itu, namun terus menerima segala-gala perkara buruk yang dibangkitkan oleh sesetengah pihak.

,

Selasa, 8 Mac 2011

4 Sasterawan Sokong "Interlok", DCM Pun Sama


Saya petik:
[MK] Empat sasterawan negara hari ini tampil mempertahankan novel Interlok, karya, Datuk Abdullah Huseein dan menganggap tidak ada masalah dilihat pada istilah dan lukisan yang digambarkan oleh pengarang dalam novel berkenaan.

Malah keempat-empat mereka - Muhammad Haji Salleh, Datuk Anwar Ridhwan, Datuk Shahnon Ahmad dan Noordin Hassan - menyifatkan tujuan penulis itu cukup mulia, iaitu melukis gambaran kaum-kaum di negara ini, dengan masalah dalamannya sendiri, dan di akhirnya bersatu menerima negara dan harapan baru.

“Kami juga tidak mengesan tujuan untuk menghina mana-mana kaum. Akhiran karya ini menawarkan harapan dan kecerahan. Itulah tujuan terpenting pengarang,” kata mereka dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, keempat-empat sasterawan negara tersebut mengajak rakyat membaca sastera dari pendekatan sastera dan menghormatinya secara wajar dan pintar, supaya dapat dikutip pemikiran dan kearifan sasterawan negara.

“Kami, Sasterawan Negara Malaysia, ingin menegaskan bahawa sebuah teks sastera bukanlah sebuah teks politik, dan bukan juga teks sejarah atau geografi. Sebuah karya sastera ialah sebuah teks yang melukis jiwa manusia, perasaannya, nilai dan kepentingannya dalam konteks zaman dan sejarahnya.

“Yang dilukis didekatkan sehampir mungkin kepada kenyataan di dalam dan di luar diri manusia, kerana karya sastera tidak tercipta daripada kekosongan atau vakum. Peristiwa di luar - peperangan dan kedamaian, kesusahan dan kesenangan, kerusuhan dan ketenangan - dilukis oleh kata-kata dan peribadi pengarang. Ini telah dilakukan sejak beribu tahun oleh semua pengarang, di semua negara,” kata mereka.
Tidak selau rapi dan cantik

Mereka berkata sastera bukan dokumen rasmi pemerintah, atau maklumat yang dirapikan serta dicantikkan untuk disebarkan. Sebaliknya, sastera ialah lukisan kehidupan, dan kehidupan tidak
selalu rapi dan cantik.

“Inilah bahan sastera, dan untuk berlaku adil kepada bahan ini sastera melukis dengan warna berbagai-bagai - ada yang merah, kuning, kelabu dan hitam. Itulah warna kehidupan yang lebih banyak jalurnya. Malah pengarang- pengarang dari benua kecil India, telah turut menyentuh isu dalam Interlok yang oleh segelintir orang di sini disensasikan, kerana sistem sosial masyarakatnya telah dinormakan dalam perjalanan panjang peradabannya,” kata mereka.

Menurut mereka Interlok adalah sebuah novel yang melukis suatu deretan waktu, watak dan latardari 1910 hinggalah sebelum merdeka.

“Tujuan penulis cukup mulia, iaitu melukis gambaran kaum-kaum yang terdapat di negara ini, dengan masalah dalamannya sendiri, dan di akhirnya telah bersatu untuk menerima negara dan harapan baru.

“Inilah tujuan pengarang. Manusia yang dilukiskan juga cukup mulia, terutama Maniam, yang besar hati dan jiwanya, dan masih ingin membantu orang lain, walau pun dia pernah dimangsakan,” kata mereka.
Dicairkan

Sehubungan itu, keempat-empat sasterawan negara berkenaan berkata mereka merasa sangat prihatin sekiranya pengarang terus didesak untuk merubah karya mereka sehingga gagasan awal mereka sudah dicairkan.

“Dan sekiranya perubahan pada lukisan satu kaum hanya dibuat, dan tidak pada kaum yang lain, maka akhirnya terdapat suatu lukisan yang tidak lagi berimbang dan benar – hanya cantik pada suatu kaum dan comot pada yang lainnya,” kata mereka.

Justeru, mereka meminta masyarakat membenarkan penulis negara ini melukis kenyataan Malaysia, walau betapa pun tidak manis kenyataan itu.

“Kerana mereka juga berfikir bagi pihak kita, dengan sudut pandangan mereka sendiri, yang walau pun berlainan, masih diperlukan di negara yang demokratis, yang memberi kebebasan kepada sasterawannya untuk menulis,berfikir dan berpendirian,” kata mereka lagi.

P/s: Sehingga kini, saya masih mahu bertanya, berapa banyak orang yang mempertikaikan novel ini telah membacanya dari awal hingga akhir, sepatah demi sepatah kata, sebaris demi sebaris ayat, dari perenggan ke perenggan yang lain, dan dari bab ke bab seterusnya?

, ,

Ahad, 23 Januari 2011

MIC Bertegas Mahu Kerajaan Gugurkan "Interlok" Sebagai Teks KOMSAS

Palanivel, sudahkah anda membaca sepenuhnya Interlok?

Seperti yang dilaporkan oleh The Malaysian Insider, MIC melalui Presidennya, Senator G. Palanivel hari ini mendesak Putrajaya untuk mengugurkan Interlok sebagai teks KOMSAS.   

Palanivel berkata, partinya tetap berpendirian dengan keputusan yang dibuat oleh wakil-wakilnya yang sebelum ini telah menyeru Interlok digugurkan ketika pertemuan dengan pegawai kementerian Selasa lalu, kerana novel itu menurut mereka mengandungi perkataan yang merendahkan-rendahkan orang India.
 
 
"Kami berharap Kementerian Pelajaran memahami dan menghargai keinginan dan perasaan komuniti kami dan membuat keputusan yang cepat dan tegas dalam menyelesaikan masalah ini," kata Palanivel dalam kenyataannya hari ini. 

"Meletakkan nota kaki tambahan, glosari, dan panduan tidak akan membantu menyelesaikan masalah ini," tambahnya. 


Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin menyarankan beberapa beberapa solusi untuk menyelesaikan kontroversi Interlok, seperti membuat nota kaki tambahan, glosari dan panduan mengajar
pada hari Jumaat.

  Muhyiddin juga mendakwa bahawa perbincangan yang berlansung pada hari Selasa itu telah mencapai konsensus bahawa novel kontroversi itu tidak bermaksud untuk merendah-rendahkan masyarakat India.
Muhyiddin telah menyatakan bahawa perbincangan lanjut dengan pemimpin MIC akan dijalankan sebelum memutuskan sama ada teks sastera itu akan digugurkan dari silibus sekolah. 

 
Salah seorang wakil MIC, Dr A. Nagappan menyatakan bahawa kenyataan Muhyiddin berkaitan dengan keputusan konsensus itu tidak tepat. 


"Kami telah sepakat bahawa novel ini harus ditarik balik. Tidak ada saranan lain selain untuk meminta novel itu tidak digunakan di sekolah," Kata A Nagappan yang jiga bekas Presiden Hindu Sangam Malaysia. 
Interlok mendapat kecaman daripada kelompok MIC dan beberapa NGO India yang mendakwa bahawa isinya mengandungi  sistem kasta India dan penggunaan "paria" yang bersifat ofensif. 

Cukuplah, saya malas untuk menterjemah sepenuhnya berita di TMI itu. Cuma, sebagai orang yang telah membaca Interlok dan mendapati buku itu tidak berniat merendah-rendahkan kaum India, maka saya menyarankan juga kepada MIC agar meminta kerajaan membakar semua buku yang mengandungi perkataan "paria" atau "kasta" di Malaysia ini. Moga-moga mereka dapat memadamkan sejarah silam.

Dalam hal ini, jelas MIC telah menggunakan sepenuhnya peluang yang ada untuk mempolitikkan isu novel ini demi meraih kembali sokongan masyarakat India. Parti itu yang dilihat sudah dipinggirkan oleh kaum India mula mencari jalan untuk mengukuhkan kembali kekuatan mereka untuk menghadapi PRU13.

Justeru, tidak mustahil Muhyiddin sebagai Menteri Pelajaran akan menuruti keinginan MIC sama ada takut akan pendirian MIC dalam hal ini atau menggunakan helah itu untuk memastikan MIC mendapat sokongan kaum India.

Saranan saya, belilah Interlok, baca dan fahaminya! 

 
* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.


,

Rabu, 19 Januari 2011

Luahan Hati Penulis "INTERLOK"


Saya petik:

[Mstar] “BACA secara keseluruhan, baca kesemuanya, baca sampai habis,” demikian pesan berulang-ulang kali Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain, 91, kepada penulis sepanjang perbualan berhubung kontroversi yang menyelubungi novelnya Interlok di Petaling Jaya baru-baru ini.

Bagi Abdullah, polemik yang tidak berkesudahan mengenai novel Interlok yang dihasilkannya 40 tahun lalu berpunca daripada sikap prejudis segelintir pihak yang tidak cuba memahami intipati sebenar karya itu.

Menurut Abdullah, menerusi Interlok beliau hanya menggambarkan bagaimana wujudnya penyatuan di kalangan penduduk peribumi Tanah Melayu iaitu orang Melayu dengan masyarakat Cina dan India yang dibawa masuk oleh Inggeris sebagai pekerja buruh di lombong bijih timah dan ladang getah.

“Tak rasis, saya cerita tentang penyatuan orang Melayu, Cina dan India.

“Hubungan mereka dan penyatuan pada ketika itu yang membawa kepada wujudnya sebuah negara,” katanya penuh bersemangat berkongsi mengenai niatnya yang disalahertikan.

Secara keseluruhannya menerusi Interlok, Abdullah secara halus memaparkan titik tolak bermulanya hubungan antara kaum di Tanah Melayu iaitu sekitar tahun 1910 sehingga 1940-an.

Sasterawan Negera kelapan itu juga berjaya memecahkan tembok pemisah antara ketiga-tiga kaum ini yang dirancang Inggeris menerusi dasar pecah dan perintah sama ada dari segi hubungan sosial mahupun ekonomi.

Namun setelah puluhan tahun novel berkenaan dihasilkan, ia kini secara tiba-tiba menjadi isu hangat bukan sahaja di kalangan peminat karya sastera, malah menembusi pelbagai lapisan dan golongan masyarakat.

Kontroversi mengenainya tercetus apabila wujudnya desakan pihak tertentu yang cuba menafikan sejarah, mahukan novel itu diharamkan daripada dijadikan teks untuk komponen sastera (Komsas) dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.

Malah kira-kira 100 orang kaum India bertindak melampau membakar novel itu dan salinan gambar Abdullah di hadapan Dewan Sentosa, Majlis Perbandaran Klang (MPK) Selangor kerana mendakwa Interlok mengandungi unsur rasis yang menghina kaum itu.

Rupa bangsa
Sungguhpun berada dalam keuzuran, Abdullah yang kini bergerak menggunakan kerusi roda tetap tegas mempertahankan niat murninya iaitu mengangkat sumbangan ketiga-tiga kaum tersebut.

Jelasnya semangat muhibah masyarakat Melayu, Cina dan India pada ketika itu menjadi penyumbang kepada pembentukan ‘rupa bangsa’ Malaysia pada ketika ini.

“Kalau sudah baca sampai habis, pasti nampak maksud sebenar. Saya gambarkan orang Melayu, Cina dan India ada peranan masing-masing.

“Sebenarnya tiga bangsa yang bersatu inilah yang membentuk rupa kebangsaan kita... bangsa Malaysia,” ujarnya yang masih petah berbicara sungguhpun mengalami masalah pendengaran.

Terang Abdullah lagi, beliau faham mengapa masyarakat India begitu marah mengenai karya sastera berkenaan.

Namun jelasnya perkataan ‘paria’ yang terdapat dalam novel tersebut bukan bertujuan menghina atau memperkecilkan kaum India.

“Kena faham betul-betul, ‘paria’ memang ada di India, tapi di Malaysia tak ada... itu bezanya antara di India dan Malaysia.

“Lagipun perkataan itu wujud dalam kamus, tapi orang India di sini mula lupakan mengenai pegangan sistem kasta seperti ‘paria’,” jelasnya.

Legasi perjuangan sosial
Bagi Abdullah, sebagai seorang penulis, beliau mempunyai tanggungjawab yang cukup besar dalam membentuk pemikiran masyarakat menerusi nukilan karya-karyanya.

Justeru, novel Interlok yang diterbitkan Dewan Bahasa dan Pustaka itu merupakan salah satu sumbangannya dari perspektif pembangunan sosial masyarakat.

Menurut Abdullah sekiranya novel berkenaan tetap diangkat menjadi bahan Komsas pelajar sekolah, legasi perjuangannya akan diteruskan oleh golongan pendidik hari ini.

“Guru boleh mainkan peranan mereka, boleh terangkan kepada pelajar mengenai penyatuan orang Melayu, Cina dan India.

“Soal hubungan penyatuan ini mesti selalu diingatkan supaya kita boleh terus hidup dengan baik,” pesannya.
Bagaimanapun seakan sudah pasrah dengan apa yang berlaku, Abdullah menyerahkan nasib karyanya itu kepada Kabinet untuk membuat kata putus.

“Biarlah Kabinet yang tentukan, tunggu apa keputusan mereka,” katanya ringkas.

Ditanya mengenai perasaannya tatkala karyanya kini menjadi mangsa prasangka, beliau termenung sejenak.
Walaupun tanpa linangan air mata, namun dari mata dan raut wajahnya tersembunyi perasaan sedih dan remuk lebih-lebih lagi dituduh sebagai seorang rasis.

“Saya sedih, saya kecewa sebab orang tak faham (intipati) Interlok.

“Orang salah faham maksud saya, saya tak hina orang India... bacalah Interlok sampai habis, baca betul-betul,” katanya mengakhiri perbualan sambil mengalihkan kerusi rodanya masuk ke dalam bilik.


Karya ilmiah
Sepanjang perbualan penulis bersama Abdullah, beliau sentiasa ditemani isterinya, Datin Siti Soraya Basri, 65.

Menurut Siti Soraya, beberapa tahun dahulu Abdullah pernah memberitahunya bahawa sejak dari awal beliau berharap novel Interlok dijadikan bahan rujukan ilmiah.

Katanya, Abdullah menghasilkan novel berkenaan dengan harapan ia dapat dijadikan rujukan untuk pembangunan sosial masyarakat.

“Beliau beritahu saya bahawa Interlok ditulis dengan penuh berhati-hati serta kesungguhan kerana sejak dari awal beliau mahu novel itu dijadikan rujukan masyarakat hari ini dan akan datang.

“Jadi apabila pihak Kementerian Pelajaran putuskan bahawa Interlok akan dijadikan buku teks sekolah, suami saya sangat bersyukur kerana niat yang dipendamnya selama ini menjadi kenyataan,” katanya yang masih aktif menyertai pertubuhan bukan kerajaan.

Menurut Exco Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia itu, beliau bersyukur kerana suaminya diberikan ketabahan oleh Allah untuk mengharungi situasi ini.

Bangga
Jauh di sudut hati, penulis begitu bangga dan kagum dengan semangat Abdullah berdasarkan keadaan kesihatannya ketika ini kerana walaupun hanya boleh membaca soalan-soalan yang ditulis kepadanya, Abdullah tetap bersemangat memberi penjelasan mengenai karyanya itu.

Jika dihayati novel Interlok dengan berlapang dada dan rasional, jelas sekali ia sebenarnya sarat dengan mesej hubungan sosial yang tinggi terutamanya bagi mengingatkan masyarakat hari ini mengenai asas hubungan antara kaum di Malaysia.

Asas kehidupan bertolak ansur dan tolong menolong inilah yang menjadi ramuan penting terhadap keharmonian antara semua masyarakat berbilang kaum di negara ini. - Affifudin Ishak

,

Selasa, 11 Januari 2011

Anwar, Abdullah Hussain: "Interlok" Tidak Bersifat Rasis & Menghina Orang India


Saya petik:
[TMI] PETALING JAYA, 11 Jan — Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, novel Interlok yang menjadi kontroversi dan pertikaian sejak kebelakangan ini sebenarnya tidak membawa elemen “rasis” dan minta pihak-pihak yang mempersoalkannya supaya berbincang menyelesaikan pertikaian mereka.

“Saya dah baca novel ini (Interlok) sudah lama, saya tidak nampak apa-apa yang rasis pun.

“Saya rasa kita perlu adakan perbincangan untuk selesaikan perkara ini,” kata beliau pada sidang media hari ini.

Anwar  yang juga Ketua Umum PKR itu berkata, tulisan Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain itu satu novel yang baik tetapi bukan istimewa.

Saya juga lihat novel ini tidak ada penghinaan kepada mana-mana kaum, jadi saya cadangkan Menteri Pelajaran (Tan Sri Muhyuddin Yassin) perlu dengar setiap teguran,” katanya.

Dalam kenyataannya disiarkan media hari ini, Abdullah mempertahankan novelnya sambil menegaskan beliau tidak bermaksud mahu menghina masyarakat India negara ini.

Sehubungan itu beliau meminta mereka yang mempertikaikannya agar membaca kandungan novel itu dengan mendalam sebelum melahirkan pendirian mereka.

Novel itu yang kini berusia empat dekad telah diputuskan oleh Kementerian Pelajaran untuk dijadikan teks sastera mulai tahun ini.

Baca betul-betul (teks Interlok) apa maksud sebenar saya tulis. (Saya) bukan mahu menghina masyarakat India,” kata beliau.

Semalam lima pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis mengenai insiden pembakaran novel Interlok oleh sekumpulan penduduk di depan Dewan Sentosa, Majlis Perbandaran Klang di Klang, Sabtu lepas.

NGO berkenaan ialah Gabungan Penulis Nasional (Gapena), Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena), Majlis Kebudayaan Negeri Selangor, Majlis Permuafakatan PIBG Nasional dan Persatuan Ikatan Melayu Asli Nusantara.

Kira-kira 100 penduduk berketurunan India mengadakan demonstrasi sambil membakar novel Interlok di hadapan Dewan Sentosa mendesak kerajaan mengharamkan novel tersebut dan menarik balik keputusan menjadikannya sebagai buku teks sastera.

Sebelum ini, Pena menegaskan pihaknya tidak tidak akan berkompromi dengan sebarang usaha mahu meminda atau menarik balik buku teks sastera Interlok tulisan Abdullah, yang menjadi kontroversi setelah 40 tahun digunakan sebagai tulisan sastera.

Malah, Pena bercadang mahu mengadakan pertemuan dengan Muhyiddin dalam tempoh terdekat bagi membincangkan kontroversi tersebut.

Muhyiddin dilapor telah mengarahkan Jawatankuasa Khas Kementerian Pelajaran bagi mengkaji semula penggunaan novel Interlok sebagai buku teks subjek sastera mulai tahun ini.

Menurut timbalannya Dr Mohd Puad Zarkashi, kajian itu perlu dilakukan secara serius supaya penggunaan novel itu tidak mendatangkan pelbagai masalah terutamanya membabitkan keharmonian kaum di negara ini.

Novel Interlok terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka menjadi kontrovesri kerana didakwa mengandungi unsur sensitif yang menyinggung perasaan kaum India pada kandungan muka surat 211 dan 220.
Ada pandangan yang mengatakan aspek kontroversi juga membabitkan kaum-kaum lain.

Interlok memaparkan tema mengenai integrasi tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India seawal tahun 1900-an hingga merdeka.

P/s: Saya tanya lagi, Siapa antara orang yang melenting fasal Interlok ini sudah membaca setiap helaian novel itu? Sila angkat tangan!

,

Sabtu, 8 Januari 2011

PENA Bertegas Pertahan "Interlok"

Saya petik:
[MK] Bagi menyatakan kesungguhan mereka menentang penarikan balik novel Interlok karya Sasterawan Negara Abdullah Hussain, Persatuan Penulis Nasional (PENA) berkata akan memaklumkan pendirian mereka kepada menteri pelajaran serta-merta.

"Hari ini juga kami akan telefon pembantu Tan Sri Muhyiddin Yasssin. Soal angkat atau tidak angkat (telefon), itu hal lain.

"Yang penting, PENA ambil tindakan cepat," kata timbalannya Amirrudin Md Ali Hanafiah.

Dalam sidang media di ibu pejabatnya di Kuala Lumpur hari ini, Amirrudin juga berkata, pihaknya mahu memaklumkan bahawa menteri tidak harus "ikut telunjuk" mana-mana pendesak yang mahukan buku itu ditarik balik sebagai teks sastera tingkatan lima.

Katanya, pendirian itu juga diambil setelah bertemu sendiri dengan Abdullah sendiri bagi mendapatkan kepastian berhubung perkara itu.

Hadir sama dalam sidang media itu Pengarah Penerbit Universiti Sains Malaysia Prof Datuk Md Salleh Yaapar.

Sementara itu, presidennya Mohd Saleeh Rahamad pula berkata, mereka mahu mengadakan pertemuan dengan Muhyiddin yang juga timbalan perdana menteri bagi menyampaikan tentangan mereka tanpa kompromi terhadap cadangan penarikan dan penyuntingan Interlok.

Bimbang komposisi panel
Mengulas tindakan kerajaan menubuhkan jawatankuasa khas bagi mengkaji semula penggunaan novel itu di sekolah menengah, Mohd Saleeh berkata, pihaknya tidak bersetuju dengan perkara itu.

"Kita bimbang bila kaji semula, jawatankuasanya dibarisi (wakil berkepentingan) secara tidak seimbang.

"Kita bimbang ada keputusan lain," katanya yang juga pensyarah pengajian media di Universiti Malaya.

Ditanya sama ada pihaknya akan mempelbagaikan bantahan supaya dan bukan sahaja berorientasikan diplomasi, Mohd Saleeh menjawab perkara itu mestilah dibincangkan dengan persatuan lain terlebih dahulu.

"PENA di (bernaung) bawah Gapena (Gabungan Persatuan Penulis Nasional). Kita kena bincang dengan NGO lain juga. Kalau tak ramai, kalau kami tiga orang sahaja hendak berdemo, tidak jadi juga," katanya.

Sementara itu, Md Salleh pula berkata berkata, tindakan kerajaan mengkaji semula buku itu mungkin disebabkan terdapat kecenderungan untuk mendengar pendapat "sebelah lagi".

Sambil mendakwa, tentangan pada Interlok disebabkan tidak faham, Md Salleh berkata:

"Apa yang disebut (pengarang) semua betul. Apa yang disebut semuanya fakta." - Jimadie

Berkaitan:


,

[Kemas Kini] 100 Orang India Bakar "Interlok" & Gambar Abdullah Hussain. Bolehkah Mereka Membakar Hangus Sejarah dan Fakta?


Saya seboleh-bolehnya tidak mahu menyentuh isu perkauman dan bersifat provokasi kerana isu ini asalnya hanyalah berkisar tentang fakta sejarah dan kritikan sastera yang terkandung dalam novel Interlok. Kritikan dan fakta sejarah itu kemudiannya disalah tafsir dan disensasikan oleh sesetengah pihak selepas novel tersebut diangkat sebagai teks KOMSAS di sekolah. Beberapa pihak cuba menjelaskan isu tersebut dan menyatakan garapan sasterawan itu tidak menghina kaum India malah novel ini digarap untuk menyedarkan masyarakat tentang peri pentingnya bersatu padu dan hormat-menghormati berdasarkan garapan dan gambaran realiti masyarakat pelbagai bangsa sebelum negara mencapai kemerdekaan.

Namun tindakan penduduk berketurunan India di sekitar Klang membakar naskhah Interlok dan gambar Abdullah Hussain hari ini sudah dikira melampau dan biadap. Mereka bukan sahaja enggan menerima hakikat namun seolah-olah mahu membakar hangus sejarah lalu. Bolehkah mereka membakar hangus fakta dan sejarah?

Saya sudah menulis panjang dan memautkan beberapa artikel tentang hal ini. Jadi tidak perlulah menulis lagi dengan harapan orang yang enggan menerima hakikat dan cuba memadamkan sejarah itu membacanya. Karya sastera negara pun tidak pernah disentuh oleh mereka, masakan mereka akan meluangkan masa berhujah dengan pelbagai pihak di majlis dialog, mahupun di blog. Bayangkan selepas 40 tahun diterbitkan, baru ada orang India perasan tentang novel ini.

Yang saya geram apabila kumpulan ini bertindak melulu ini dan tidak mengkaji atau mengkhatam novel agung itu. Saya perturunkan semula halaman yang dianggap mereka menghina orang India:
Di dalam kapal ini dia tidak susah. Sebahagaian besar daripada penumpang dekyang bersama-samanya itu dapat bercakap dalam satu bahasa sahaja, bahasa Tamil. Mereka yang dari arah utara sedikitbercakap bahasa Malayalam atau Telugu, tetapi hampir semuanya tahu bahasa Tamil. Malayalam dan Telugupun berasaldari satu rumpun bahasa Dravidia. Satu perkara besar membuatkan mereka senang bergaul adalah kerana mereka tergolong dalam satu kasta Paria. Mereka tidak perlu takut akan mengotori sesiapa kalau bersentuhan. Mereka juga bebas bergaul. Tempat di dalam kapal itu tidak teratur.Mereka berasak-asak seperti kambing. (halaman 211) 

Salahkah Abdullah Hussain menulis begitu? Sedangkan dalam novel yang sama orang Melayu dan Cina turut dikritik oleh Abdullah Hussain. Jika anda membaca novel itu, masyarakat yang sepatutnya melenting ialah orang Melayu kerana watak Pak Musa dalam novel ini digambarkan begitu bodoh sehingga dipermainkan, dimanipulasi oleh watak Cing Huat demi kepentingan dirinya. Namun, garapan novel itu bukanlah bertujuan untuk menghina atau memprovokasi masyarakat. Novel ini ditulis untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan perpaduan, tolak ansur, membalas budi, dan insaf akan kesilapan yang telah dibuat dengan menyelitkan unsur konflik, fakta sejarah yang  menyentuh perasaan kita.

Pada peringkat peleraian, watak Cina Panjang yang bongkak dan mementingkan diri akhirnya menyesal dan menyedari kepentingan bekerjasama dan bersatu padu. Cing Huat/Cina Panjang menyesal kerana memandang rendah kepada orang Melayu. Maniam yang berhijrah dari India memperoleh kehidupan yang lebih selesa. Maniam yang pada mulanya menjadi kuli di pelabuhan akhirnya berjaya menjadi mandor di ladang, anaknya pula menjadi inspektor. Seman, anak Pak Musa, yang dihalau oleh Cing Huat berjaya mendapat bantuan Maniam yang pernah terhutang budi dengan Pak Musa. Yang menariknya, novel ini turut menggambarkan masyarakat Simpang Empat menentang Malayan Union dan bersama-sama ke bandar untuk menyambut Hari Kebangsaan 1957.

Ayuh, kita beli buku INTERLOK! Mari kita baca dan ambil iktibar yang cuba diungkapkan oleh pengarang!

Saya petik:
[UM] KLANG 8 Jan. - Kira-kira 100 orang penduduk berketurunan India berdemonstrasi dan membakar novel Interlok di depan Dewan Sentosa, Majlis Perbandaran Klang (MPK) di sini petang ini.

Mereka turut membakar salinan gambar penulis novel itu, Sasterawan Negara, Abdullah Hussain.

Kumpulan itu mendesak kerajaan mengharamkan novel itu dan menarik balik keputusan menjadikannya sebagai buku teks mata pelajaran sastera tingkatan lima di sekolah. -Helmie Mohd Foad

,

Khamis, 6 Januari 2011

Jangan Hanya Pandai "Membakar', Datang Berhujah: Dialog "Interlok" di Rumah Pena Sabtu Ini (8 Januari)

Saya petik:
[HD] Seluruh warganegara Malaysia terutama yang tinggal di sekitar ibu negara yang berminat untuk mengikuti dialog mengenai novel Interlok, berpeluang menyertainya pada hari Sabtu, 8 Januari ini.

Peluang tersebut terbuka kepada orang ramai apabila Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena) mengambil inisiatif menganjurkannya dengan mengadakannya di Rumah Pena, Jalan Dewan Bahasa, di sini, mulai jam 10 pagi.

Setiausaha Agung Pena, Syed Mohd Zakir Syed Othman dalam satu kenyataan akhbarnya menjelaskan, majlis tersebut akan dipengerusikan oleh Presiden Pena, Mohamad Saleeh Rahamad, manakala panelnya pula terdiri daripada Dr Ilias Zaidi dan Dr Fatimah Busu.

Menurut beliau, dialog tersebut diadakan bagi menjelaskan isi kandungan novel Interlok secara ilmiah kepada semua pihak dan memberikan kewajaran novel itu dikekalkan sebagai teks Komsas.

Katanya, sehubungan itu, satu sidang akhbar akan turut diadakan oleh pihak Pena pada hari dan tempat yang sama pada jam 12.30 tengah hari.

"Sidang akhbar itu diadakan bagi menyatakan pendirian Pena menyokong novel Interlok dikekalkan sebagai teks Kamsas tanpa sebarang perubahan terhadap mana-mana isi kandungannya," jelasnya.

Interlok merupakan sebuah novel bermutu yang dihasilkan oleh Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussein yang mengambil latar masa sekitar tahun 1910 hingga 1957. Ia mendapat hadiah saguhati dalam peraduan menulis novel sempena 10 tahun merdeka, anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Dalam peraduan itu, novel Sandera terpilih memenangi tempat ketiga, manakala hadiah pertama dan kedua tidak dimenangi sebarang novel.

Novel Interlok adalah satu rakaman sejarah dalam bentuk fiksyen. Ia adalah rakaman realiti semasa yang cukup baik, mengenai masyarakat Malaysia waktu itu iaitu zaman pra merdeka dan ia sangat sesuai dijadikan teks sekolah. Oleh itu, ia tidak sewajarnya menjadi mangsa politik perkauman di negara ini.

Bagaimanapun, kontroversi mengenai Interlok timbul apabila MIC dan Gabungan NGO India memandangnya sebagai sebuah novel yang menghina kaum India, khususnya pada bahagian-bahagian tertentu, sehingga ia dikatakan sebagai karya bentuk 'rasis'.

Lebih jauh dari itu, Pengerusi Gabungan NGO India Malaysia, Datuk A Vaithilingam, dalam kenyataannya, mengancam untuk mengadakan satu upacara membakar novel tersebut sekiranya ia tidak ditarik balik daripada menjadi sebahagian teks sastera SPM.

Tindakan dan bangkangan mereka itu dilihat tidak berasas dan melampau oleh pelbagai pihak. Bagi menjawabnya, semalam, Seniman Paksi Rakyat Malaysia (PAKSI), telah mengadakan sidang medianya di rumah Pena untuk menyuarakan pandangannya dalam mempertahankan novel itu.

Pada sidang media itu, Presiden PAKSI, Dinsman, ketika menjawab soalan wartawan menjelaskan, jika kerajaan Malaysia dan Kementerian Pelajaran gagal mempertahankan novel itu dan gagal menangani masalah itu dengan baik dalam masa terdekat, pihaknya juga turut bercadang untuk mengadakan forum terbuka secara bersiri.

Forum tersebut akan diadakan di tempat yang dikunjungi orang ramai. Dalam konteks semasa, mereka bercadang untuk mengadakannya di Dun Tenang, memandangkan kawasan itu kini menjadi tumpuan orang ramai dari seluruh negara, sempena pilihanraya kecil kawasan itu yang akan berlangsung 30 Januari ini.

Selain itu, beliau yakin, beberapa persatuan penulis lain juga sedang merancang untuk mengadakan tindakan tersendiri bagi menyuarakan pandangan mereka berhubung perkara itu.

P/s: Orang yang mahu membakar novel ini tolong datang, tolong berhujah pada hari itu!

,

Muhyiddin Arah Kaji Penggunaan "Interlok" Semula

Saya petik:
[MK] Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengarahkan Jawatankuasa Khas Kementerian Pelajaran bagi mengkaji semula penggunaan novel bertajuk "Interlok" sebagai buku teks subjek Sastera Bahasa Malaysia tingkatan lima sekolah menengah mulai tahun ini.

muhyiddin pc 200910 02Menurut Timbalan Menteri Pelajaran Puad Zarkashi, kajian itu perlu dilakukan secara serius supaya penggunaan novel itu tidak mendatangkan pelbagai masalah terutamanya membabitkan keharmonian kaum di negara ini.

"Tan Sri Muhyiddin (Menteri Pelajaran) berharap kajian itu akan merumuskan satu keputusan yang baik bagi memuaskan semua pihak," kata Puad kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Gali, Raub hari ini.

Beberapa pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah mengemukakan bantahan kepada kerajaan kerana muka surat 211 dan 220 novel itu didakwa mengandungi unsur sensitif yang boleh menyentuh perasaan sesetengah kaum.
Novel berdasar apa yang berlaku
Sebelum itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T Murugiah mendakwa, buku teks sastera tingkatan lima itu telah ditarik balik kerana dikatakan mengandungi unsur sensitif serta boleh menyinggung perasaan kaum Melayu dan India.

azlanPuad berharap agar semua tidak mempolitikkan isu novel itu kerana niat kerajaan adalah untuk menambahkan pengetahuan di kalangan pelajar dan rakyat negara ini.

"Sepatutnya tidak timbul masalah itu kerana novel yang tulis Abdullah Hussain itu adalah berdasar kepada apa yang berlaku pada masa lampau.

"Sebarang keputusan untuk menentukan sama ada novel komponen sastera itu akan digunakan atau tidak akan diketahui dalam masa terdekat nanti," katanya.

P/s: Novel Interlok dikaji kerana dikhuatiri mengandungi unsur penghinaan selepas 40 tahun diterbitkan. Saya tetap mahu bertanya: Siapa antara mereka yang mahu membakar novel ini telah membaca setiap helaian novel Interlok? Sila angkat tangan!

,

Rabu, 5 Januari 2011

[Wajib Baca] "Interlok": Ulasan Bahagian yang Didakwa Menyinggung Kaum India

Saya petik:
[MK] Lazimnya, jarang sekali karya sastera, khususnya novel Melayu mendapat perhatian sebegitu meluas daripada masyarakat umum di negara ini seperti yang diperoleh Interlok karya Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Husain.

NONETetapi malangnya semua perhatian berkenaan atas sebab yang tidak sepatutnya.

Banyak pihak tampil membidas Interlok yang dipilih sebagai teks Komponen Sastera dalam Pengajaran Bahasa Melayu (Komsas) untuk tingkatan lima. Ia dikatakan sebagai karya berbentuk 'rasis' serta menyemai bibit-bibit unsur penghinaan.

Buku setebal 426 halaman itu bercerita daripada tiga sudut pandang watak utama - Melayu, Cina dan India - tentang situasi hubungan kaum ketika itu yang menghadapi pelbagai rintangan.

Ia dibahagikan kepada empat buku, bahagian pertama bercerita daripada sudut pandang Seman dan keluarganya di kampung, bahagian kedua tentang Cing Huat sekeluarga yang baru datang dari China dan ketiga tentang kehidupan Maniam di estet, sebelum semua itu dirangkum dalam bab terakhir.

Ia juga merangkumi sekurang-kurang tiga generasi yang mengambil latar sekitar 1910 dan berakhir pada latar masa 1957 ketika negara menyambut kemerdekaan.

Walaupun semua keempat-empat bahagian buku itu mempunyai kandungan yang kontroversial, namun bab yang mendapat publisiti meluas sekarang adalah yang berkisar mengenai keluarga Maniam.
India melenting!
Tidak seperti kaum lain di negara ini, yang melenting adalah hanya kaum India!

Bermula dengan bidasan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T Murugiah dan ia diperpanjangkan oleh Timbalan Presiden MIC Datuk S Subramaniam yang mendesak Kementerian Pelajaran menarik balik buku itu.

azlanPersekutuan Pertubuhan India Malaysia (PRIMA) dalam kenyataan medianya mendakwa Interlok memberikan gambaran tidak betul terhadap masyarakat India, terutama ke atas sistem kasta dan perkataan 'paria' yang digunakan.

Buku mengenai Maniam itu bermula apabila lelaki berusia 30 tahun itu yang berbadan tegap dan bertulang rangka besar meninggalkan kampungnya di Tricur, Kerala, India kerana tidak tahan dicengkam kemiskinan.

Di dalam kapal ini dia tidak susah. Sebahagaian besar daripada penumpang dekyang bersama-samanya itu dapat bercakap dalam satu bahasa sahaja, bahasa Tamil. Mereka yang dari arah utara sedikitbercakap bahasa Malayalam atau Telugu, tetapi hampir semuanya tahu bahasa Tamil. Malayalam dan Telugupun berasaldari satu rumpun bahasa Dravidia. Satu perkara besar membuatkan mereka senang bergaul adalah kerana mereka tergolong dalam satu kasta Paria. Mereka tidak perlu takut akan mengotori sesiapa kalau bersentuhan. Mereka juga bebas bergaul. Tempat di dalam kapal itu tidak teratur.Mereka berasak-asak seperti kambing. (halaman 211)

Sekumpulan masyarakat India di negara ini mempertikaikan kebijaksanaan Abdullah yang mengolah ceritanya dengan fakta-fakta sejarah dan hakikat sistem kasta yang membelenggui masyarakat di India ketika itu.

Maniam digambarkan gembira dengan peluangnya mendapat pekerjaan dan begitu serasi bukan sahaja dengan cuaca di Malaya yang hampir sama dengan kampung halamannya, tetapi juga makanan seperti kari yang digemari penduduk tempatan menepati citarasanya.

Di sini, pekerjaan yang membezakan kasta tidak ada.
(halaman 216)

Dia gembira hidup di negeri ini kerana untuk pertama kali dalam hidupnya dia berasa dirinya sebagai manusia seperti orang lain. (halaman 218)

Di negeri ini, orang daripada kasta Brahma memakai punul yang melintang di tubuh, tetapi dia tidak takut menyentuh orang itu.

Dia boleh membeli barang daripada penjaja dengan memberikan wang dari tangan ke tangan; tidak seperti di negaranya, dia mesti meletakkan wang itu di suatu tempat dan penjaja itu akan menyiram wang itu dengan air sebelum diambil dan dimasukkan ke dalam petinya. (halaman 219)
Tidak puas hati
Bagi kumpulan masyarakat India, perenggan-perenggan di atas terlalu sensitif dan mereka tidak berpuas hati denggannya.

Cerita itu disambung mengenai kebahagian yang dikecapi oleh Maniam bagaimapun tidak lama, apabila orang kampungnya, Raman dan Suppiah datang membawa khabar berita, bahawa isterinya Ambika sudah mengikut lelaki lain.

Esakan Maniam berhenti dan dia mengesat air matanya. Barulah Suppiah, orang yang berair muka seperti keanak-anakan itu bercerita. Isteri Mania, Ambika sudah amat melarat hidupnya. Dia sudah mulai makan pucuk-pucuk kayu. Tukang pinjam wang sudah tidak membenarkan dia tinggal di rumah itu lagi kerana rumah itu sudah menjadi haknya dan lembu Maniam itu diambilnya.
(halaman 221)

Malah, Maniam yang tidak berpelajaran, setiap bulan mengirim wang kepada rakannya di India, Pillay supaya diberikan kepada isterinya. Pillay bukan sahaja gagal menunaikan amanah itu tetapi juga melarikan isteri sahabatnya itu.

NONEAkibat tertekan dengan berita itu dan menanggung malu yang besar, Maniam mengambil keputusan meninggalkan Pulau Pinang dan merayau dari satu kebun ke satu kebun sehingga dia tercampak di kebun orang putih di Cangkat Lima.

Dia berjaya mendapat pekerjaan dari tandil kebun kelapa itu - juga seorang India dari Madras, Perumal dan akhirnya berkahwin dengan anak perempuannya Malini dan hidup dengan bahagia, tanpa memberitahu latar perkahwinannya dengan Ambika.

Akibatnya, kebahagian itu tidak berkekalan - Suppiah kemudiannya datang ke kebun itu dan membawa cerita bahawa Maniam pernah berkahwin dan meninggalkan isterinya.

Akibatnya beliau diusir dari ladang itu dan semasa meninggalkan estet berkenaan, Maniam diserang dan cuba dibunuh oleh orang yang tidak dikenali. Mujur kehadiran seorang lelaki tempatan berjaya menyelamatkannya.

Sekilas pandang, tidak dapat dinafikan mungkin ada petikan yang menguris hati dan dikatakan berbaur perkauman, namun kita tidak boleh melihat ayat terpencil atau isu yang diambil di luar konteks novel. Tindakan seumpama itu, hanya menidakkan niat suci dan murni pengarang untuk menyatukan masyarakat Malaysia melalui karyanya itu.
Perlu dibaca menyeluruh
Interlok perlu dibaca secara menyeluruh. Untuk menuduh Abdullah sebagai penulis rasis dan menghina masyarkat India serta membakar karya sasterwan negara itu, sesuatu tindakan melampau.

Pandangan tajam Abdullah Hussain membidas keadaan ketika itu, juga tidak terkecuali ke atas masyarakat Melayu berdasarkan perkataan yang ditulis dalam beberapa halaman, seperti orang Melayu bodoh dan malas.

Setelah guru besar itu berlalu, Pak Musa ketwa terkekeh-kekeh, diikuti oleh Mak Limah. Dia amat gembira kerana menipu guru besar itu.

“Buat apa sekolah? Tengok tu, tahu membaca dan menulis pun aku yang tak bersekolah ini dapat tipu bulat-bulat.”


Masyarakat Cina pula digambarkan bermata duitan dan sentiasa tidak ikhlas serta sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan wang.

Ini jelas dipaparkan dalam Buku Dua - Keluarga Cing Huat. Menghiasi halaman utamanya, dimasukan pepatah Cina yang berbunyi: “Kalau tak berwang, ke mana pergi terbuang.”

azlanLee Kim Lock yang melarikan diri dari tanah besar Cina akibat hasil tanaman mereka diserang belalang sanggup melakukan apa sekali perkerjaan pun termasuk mengangkat najis manusia.

Selain itu, demi wang, ikatan persaudaraan tidak penting. Malah mereka menikam satu sama lain seperti yang berlaku antara Paman Kok Leng yang menipu keluarga Cina yang dibawanya masuk ke Malaya. Hubungan adik-beradik juga menjadi tegang kerana wang.

Yew Hock lebih percayai oleh bapanya. Dia patuh pada ajaran bapanya, menimbang barang selalu kurang, berjual beli selalu bertegang urat.
Watak positif
Di sebalik watak dan nilai negatif yang ditunjukkan pengarang, pada novel ini menonjolkan watak positif untuk memberi keseimbangan dan memperlihatkan nilai terbaik bangsa dimanfaatkan untuk perpaduan kaum.

Dia terlalu memandang rendah kepada orang Melayu. Dia tidak pernah menganggap mereka manusia beradab seperti dia. Dia selalu mengatakan bahawa mereka malas. Dia mahu menarik keuntungan sahaja daripada mereka. Kalau mereka memberi keuntungan wang kepadanya, dia berbuat baik, kalau tidak dia menganggap mereka seperti sampah. Sekarang baru terasa bahawa kata-kata anaknya itu benar. Orang Melayu itu pun manusia juga. Mereka seperti kita, bukan orang biadap.
(Halaman 321)

Satu lagi contoh pada novel ini yang menonjolkan watak positif, bangsa berlainan yang cuba menghormati satu sama lain, boleh dilihat pada petikan ini.

Maniam menyusun jari kedua-dua belah tangannya memberi hormat kepada Mak Limah. Mak Limah tidak tahu apa-apa yang mesti dibuat. Dia melihat Seman dan ketika dia berpaling semula, Maniam telah berjalan jauh sambil menyeret basikalnya.

“Baik orang India tu, Seman,” kata Mak Limah ketika mulai menggobek sirih.


Selain itu, Abdullah Hussain juga cuba memecahkan tembok kasta dengan memperlihatkan bagaimana Maniam diterima bukan sahaja oleh masyarakat India tetapi juga penduduk tempatan.

Setelah bapanya meninggal, di kebun yang jauh dari kampungnya itu dia menemui seorang bangsa asing yang dapat dianggapnya sebagai bapanya. Hanyalah kerana berlainan agama dan bangsa yang memisahkan mereka, tetapi dalam pergaulan sebagai manusia Maniam memperlakukannya sebagai anak dan dia menganggap Maniam sebagai bapanya. (Halaman 316)

Justeru, mendakwa Interlok menghina kaum India bukan sahaja tidak tepat tetapi membawa malapetaka terhadap niat murni sasterawan negara itu cuba menegakkan hakikat bahawa masyarakat india memang tahu mengenang budi.

“Orang perempuan Melayu dari Kampung Nyiur Condong juga ada ditahan di sini. Dia ditahan bersama-sama papa, tapi belum disoal siasat lagi,” kata Ramakrrisynan.
“Anaknya mana?” tanya Maniam.

“Anaknya juga ada di sini, tapi tak ditahan. Dia mahu tolong ibunya.”

“Engkau tolonglah dia, Rama. Dia itu macam saudaraku sendiri. Suaminyalah yang menolong menyelamatkan aku dulu.'
(Halaman 359)
Kaki kayu
Kisah bangsa Melayu, Cina dan India dalam novel ini sebenarnya dibina secara terpisah dan diceritakan dalam bentuk mozaik, tetapi menjurus kepada pertemuan penyatuan bangsa seperti terkandung pada bab akhir.

Cerita diakhiri secara simbolik. Yew Seng yang terpaksa dipotong kakinya.

Waktu Yew Seng masih di dalam rumah sakit beberapa tahun yang lalu, mereka dari pekan itu dan dari kampung sekitarnya telah mengumpulkan wang untuk membeli kaki kayu tersebut, tetapi Cing Huat berkeras menolaknya. Dia mahu membeli sendiri. Dia ada wang. Dia tidak mahu menyusahkan orang ramai kerana anaknya itu, tetapi Lazim dan Raman pun berkeras juga. Mereka mahu menolong Yew Seng. Keputusan terakhir diserahkan kepada Yew seng, dan dia memilih kaki kayu yang akan diserahkan oleh masyarakat Melayu dan India. Masyarakat Cina di pekan itu ikut sama kemudian. Itulah khaki kayu yang digunakan oleh Yew Seng sekarang. (Halaman 418)

P/s: Saya bercadang untuk menyiarkan bahagian-bahagian yang mencetuskan ketidakpuasan hati sesetengah kaum India, namun masih sibuk dengan tugas-tugas lain serta masih lagi membaca buku tersebut. Walaupun belum khatam novel ini namun saya sudah terlibat dengan penerbitan sinopsis, tema, persoalan, nilai dan pengajaran, perwatakan, dan binaan plot novel tersebut.

Hari ini MK sudah menyiarkannya dan ulasannya juga agak menarik. Saya salin dan tampal di sini.

Persoalannya, salahkah fakta yang ditulis oleh Abdullah Hussain (saya pernah menimbulkan dalam kiriman terdahulu kerana waktu itu masih belum membacanya)? Hinakah orang India dengan paparan perenggan-perenggan di atas? Bagaimana pula dengan unsur penyesalan, penyatuan, kerjasama, perpaduan, hormat-menghormati yang terkandung dalam novel ini?

Nasihat saya kepada orang yang mudah sangat melenting, bacalah karya sastera negara terutamanya yang ditulis dalam bahasa kebangsaan tanpa mengira latar belakang kaum dan keturunan anda, jangan mudah terpengaruh dengan cakap-cakap atau provokasi orang. Jangan hanya menyelak halaman tertentu sesebuah novel kemudian menyalak tidak tentu fasal!  

Saya mahu bertanya, dalam banyak-banyak orang yang melenting tentang isi kandungan novel ini, SIAPA ANTARA MEREKA YANG SUDAH KHATAM NOVEL INI?

Sila angkat tangan!

,

Ahad, 2 Januari 2011

"Syair Siti Sainah" dalam Teks KOMSAS "Harga Remaja" Bukan Bersifat Pornografik

Saya baca surat yang ditulis oleh Mrs. Sheela R di blog Lim Kit Siang tentang komennya berkaitan dengan salah satu puisi tradisional yang terkandung dalam Antologi Harga Remaja yang menjadi teks terkini untuk pelajar tingkatan empat. Kata penulis surat, penggunaan kata dalam syair ini kurang sesuai dengan remaja berusia 16 tahun. 

Untuk makluman anda, Antologi Harga Remaja menggantikan teks KOMSAS terdahulu, iaitu Anak Laut.

Sebelum ini, timbul rasa tidak puas hati sesetengah kaum India terhadap novel Interlok yang dipilih sebagai  sebagai teks KOMSAS novel tingkatan lima di zon tengah. Rasa tidak puas hati itu berhubung dengan penggunaan istilah "paria" dan aspek keagamaan Hindu yang didakwa tidak tepat dengan konteksnya. Saya ada mengulas ringkas tentang isu ini sebelum ini.


Saya petik sedikit surat tersebut:
The poem selected for study at the Form four level is an excerpt from his lesser-known literary work entitled “Syair Siti Sianah”. The foreword written in Malay includes an explanation as to whom the poem is intended for and the purported advice it contains. I reproduce this extract below:
“Syair Siti Sianah pula mengandungi nasihat yang tujukan khas kepada golongan wanita supaya mereka sentiasa menjaga maruah diri, etika dan nama baik keluarga serta tidak melanggar ajaran, norma masyarakat dan budaya”.

(Translation: “Syair Siti Sianah” contains advice which is specially directed towards women to always guard their virtue, ethics and uphold their family name whilst not going against the teachings of religion, societal norms and culture”). 

Now, to the poem itself. A total of 11 verses have been selected for inclusion in the text. As an example, I reproduce three verses below with a brief/approximate translation:
Verse 7
“Setengah perempuan yang makan angkat,
Memakai gelang bertingkat-tingkat,
Memandang laki-laki matanya lekat
Dengan jantan suka berdekat”
(Some women bedeck themselves with jewellery and seek to entice men with flirtatious looks)
 
Verse 8
Kaki dan tangan dinaikkan pula,
Pura-pura dikatakan ubat segala,
Hakikatnya diketahui Allah Taala,
Supaya laki-laki berhati gila
(With hands and legs lifted in a lascivious manner they try to seduce men) 
 
Verse 11
Laki-laki perempuan bertindih lutut
Banyak kelakuan yang tidak patut
Sembahyang ibadat sudah bantut
Kerana syaitan duduk di buntut
(Men and women indulge in close proximity, with piety forgotten, for the devil has trapped them, literally in the derriere with lustful behaviour!) 

Exactly how is a poem of this genre expected to encourage sixteen year olds not to “stray from the path of virtue”?

While poetic license is a virtue, poetry that denigrates women and at that too in a highly graphic manner cannot be considered appropriate study material for secondary schoolchildren. After all¸ the study of literature is to educate not titillate.

Benarlah kalau dibaca atau diterjemahkan secara langsung, orang yang tidak mengkaji syair ini membuat kesimpulan bahawa karya itu mempunyai unsur lucah. Namun, karya ini sebenarnya berunsur sindiran dan nasihat untuk mendidik atau memberitahu golongan muda terutamanya remaja perempuan tentang peri pentingnya menjauhi amalan seks bebas dan perilaku buruk yang lain. Umum tahu betapa teruknya moral remaja sekarang yang banyak terjerumus dalam pelbagai bentuk gelaja sosial. Umum juga tahu betapa seriusnya kes pembuangan bayi di negara ini. Jadi, pemilihan syair ini mungkin berpunca daripada situasi semasa moral remaja hari ini.

Bagi saya, penggunaan frasa atau baris seperti "laki-laki perempuan bertindih lutut" menggambarkan perlakuan negatif sesetengah golongan remaja hari ini. Begitu juga penggunaan perkataan "buntut" yang pada saya tidak berunsur lucah seperti yang mungkin terbayang di minda penulis surat tersebut. Dalam karya sastera generasi lama, unsur sindiran lazimnya digunakan untuk membetulkan kebejatan moral masyarakat. 

Bagi yang tidak biasa dengan sastera Melayu, penggunaan frasa "laki-laki perempuan bertindih lutut" samalah dengan penggunaan seks bebas pada hari ini. Bezanya pada waktu Raja Ali Haji, perkataan seks bebas tidak ada lagi dalam kamus kosa kata masyarakat pada waktu itu. Niat Raja Ali Haji adalah untuk menasihati golongan muda agar menjauhi pelbagai amalan negatif yang dapat merosakkan iman dan maruah diri serta bangsa. Malah, syair ini mengajak pembaca agar kembali kepada ajaran agama.

Bagi orang yang masih jahil dengan kritikan yang terkandung dalam karya sastera, gaya bahasa sastera, teks sastera lama, saya cadangkan kepada anda, tanpa mengira kaum, agar meluangkan masa untuk mendalami karya-karya tersebut agar anda tidak mudah mengganggap atau melabelkan sesebuah karya itu sebagai karya pornografik tanpa mengkaji dengan sedalam-dalamnya maksud tersirat dan penggunaan gaya bahasa dalam sesebuah karya.

Saya akan komen dengan lebih terperinci sedikit masa lagi termasuk menyiarkan maksud keseluruhan di balik  syair ini, nilai dan pengajaran yang terkandung dalam syair ini, serta beberapa aspek lain.


P/s: Ironi, orang yang mengkritik karya sastera ini menulis surat tersebut dalam bahasa Inggeris. Fahamkah dia tentang penggunaan bahasa dalam syair tersebut? 

,

Rabu, 29 Disember 2010

Selepas 40 Tahun, Baru MIC Baca "Interlok"?

Antara kulit novel Interlok.
Saya sudah ulas hal ini secara ringkas sebelum ini. Sila baca di sini.

Saya nyatakan jika ada perkataan atau fakta yang salah tentang hal kegamaan yang dibawakan oleh Murugiah kepada pihak kementerian, saya cadangkan, ubahlah bahagian-bahagian yang salah itu kerana fakta tentang hal-hal keagamaan ini perlu tepat konteksnya.

Hari ini seperti yang dilaporkan di BH, Timbalan Presiden MIC, Datuk Dr S Subramaniam, berkata prinsip asas pengunaan buku itu tidak akan tercapai kerana terdapat satu bahagian yang menyentuh isu sensitif dalam kalangan masyarakat India berkaitan sistem kasta. Sistem kasta yang dimaksudkan sudah tentu berkaitan dengan istilah "paria"yang diguna pakai dalam novel ini. Saya tidak pasti sama ada penggunaannya merujuk kepada sistem itu atau dalam bentuk penghinaan.

Pendek kata, MIC terhina dengan istilah tersebut. Justeru mereka meminta agar kandungan novel itu diubah. Saya setuju jika perubahan dilakukan sedikit jika istilah itu berbentuk penghinaan, namun jika merujuk kepada kasta tidak perlulah ditukar kerana itu realiti kerana latar masyarakat yang digarap dalam novel ini berkisar masyarakat imigran dan masyarakat sebelum merdeka.

Lebih terperinci, latar masyarakat novel ini  terdiri daripada latar masyarakat India yang berhijrah dari Tricur Kerala, India; keluarga Cina yang berhijrah dari Tanah Besar China; dan keluarga Melayu yang mempunyai perkaitan dengan keluarga India dan Cina tadi. Latar masanya sudah tentulah sebelum negara mencapai kemerdekaan atau lebih tepat pada zaman penjajahan. Latar tempatnya ialah India, China, Singapura, dan Tanah Melayu. Tema novel ini ialah integrasi antara kaum yang membabitkan kisah yang berlatarbelakangkan sejarah. Apabila menulis kisah berlatarbelakangkan begitu, sudah tentulah novel ini memerihalkan sejarah kedatangan kaum India dan Cina dan sudah tentu juga menyentuh sistem kasta kaum India yang berhijrah ke negara ini. Salahkah apabila Abdullah Hussain pada tahun 1960-an menulis novel yang menyentuh fakta-fakta itu?

Antara kritikan masyarakat yang terkandung dalam novel ini termasuklah kebodohan dan kejahilan Pak Musa sehingga membenarkan Cina Panjang menggunakannya untuk memiliki tanah. Sebagai akibat kejahilannya, anaknya Seman dihalau dari rumah selepas dia meninggal dunia. Dalam novel ini, Cina Panjang/Cin Huat digambarkan sebagai peniaga runcit, seorang yang angkuh, menganggap orang Melayu biadap dan malas, dan suka mengambil kesempatan atas kejahilan orang lain. Namun akhirnya Cina Panjang menyesal kerana bersikap demikian. Cina Panjang sedar akan kepentingan perpaduan dan kerjasama antara satu dengan yang lain. Watak Maniam pula digambarkan sebagai buruh di pelabuhan sebelum bekerja sebagai mandor di sebuah ladang. Maniam membantu Seman, anak Pak Musa mendapatkan pekerjaan di ladang tersebut kerana teringat akan jasa baik Pak Musa yang telah menolongnya selepas dia ditembak dan cedera parah. Anak Maniam dalam novel ini berjawatan sebagai Inspektor polis (hebat).

Antara konflik yang digarap dalam novel ini termasuklah peristiwa Seman yang berdendam dengan Cina Panjang merancang untuk merompak kedai milik Cina Panjang, namun melupakan hasratnya, malah membantu anak Cina Panjang Poh Eng menyelamatkan diri. Pada peringkat peleraian novel, Seman digambarkan bersama-sama dengan penduduk di Simpang Empat mahu ke kota untuk menyambut Hari Kemerdekaan negara. Novel ini juga menunjukkan kesatuan masyarakat menentang Malayan Union malah memupuk kerjasama antara kaum melalui paparan peristiwa orang kampung mengumpul derma untuk membeli kaki palsu untuk Yew Seng.

Inilah antara fakta sejarah dalam bentuk sketsa kehidupan yang digarap dalam novel Interlok. Adakah kisah ini jauh menyimpang daripada realiti/fakta masyarakat dahulu? Adakah sketsa kehidupan yang disampaikan dalam bentuk kritikan ini patut dianggap menyinggung mana-mana kaum?

Jika MIC bertegas mahu mengubah (major) isi kandungan novel ini, dan kerajaan akur dengan desakan itu, maka saya cadangkan agar kementerian memilih novel lain yang sesuai dengan jiwa masyarakat moden Malaysia, masyarakat yang mahu "melupakan" sejarah. Janganlah dirombak isi kandungan novel ini selepas 40 tahun lebih novel ini diterbitkan.

Kita patut bertanya: Mengapa selepas 40 tahun novel ini diterbitkan dan diangkat pula menjadi teks KOMSAS timbul cakap-cakap yang mempertikaikan kandungan buku ini? Adakah mereka faham maksud "interlok"? Adakah panel yang memilih novel ini memenangi Peraduan Mengarang Kemerdekaan 1967 gagal melihat fakta-fakta yang menyinggung masyarakat India dalam novel ini? Adakah panel yang terdiri daripada orang Melayu tidak berasa tersinggung dengan "perlekehan" masyarakat Melayu dalam novel ini?

,

Isnin, 20 Disember 2010

Tarik Balik "Interlok" Keputusan Terburu-buru - Gapena

Saya petik:
[UM] KUALA LUMPUR 17 Dis. - Kementerian Pelajaran digesa mengkaji semula keputusan menarik balik novel komponen sastera dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia bertajuk Interlok karya Abdullah Hussain.

Ketua II Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena), Profesor Datuk Dr. Abdul Latiff Abu Bakar berkata, sebarang keputusan perlu dibuat selepas rundingan dan kajian yang terperinci melibatkan pelbagai pihak termasuk tokoh-tokoh sastera dan akademik.

Malangnya dalam isu tersebut, katanya, pihak kementerian membuat keputusan terburu-buru tanpa memperhalusi mesej yang ingin disampaikan oleh penulis buku itu.

"Saya sudah baca dan teliti novel itu. Tidak ada cacat cela, malah saya puji dan anggap ia satu karya yang bagus. Unsur-unsur yang menyentuh sensitiviti seperti didakwa hanyalah tafsiran dangkal segelintir pihak.

"Apa yang ingin disampaikan adalah realiti masyarakat. Saya percaya ia mampu membantu proses pembelajaran kerana nilai-nilai murni seperti sikap toleransi, tolong-menolong dan hormat-menghormati antara satu sama lain banyak ditekankan dalam novel ini.

"Sehubungan itu, Gapena menggesa kerajaan mengkaji semula keputusan yang dibuat supaya kita tidak rugi dan menyesal di kemudian hari kerana tidak menghargai karya yang baik," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas persetujuan Kementerian Pelajaran dan Jabatan Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menarik balik serta-merta novel bertajuk Interlok yang didakwa menyentuh sensitiviti kaum termasuk mengkritik serta menghina orang Melayu dan India.

Isu tersebut didedahkan sebuah akhbar tempatan berbahasa Tamil Rabu lalu selepas mendapat aduan orang ramai yang tidak berpuas hati dengan kandungan buku itu.

Dalam pada itu, Pensyarah Jabatan Pengajian Media Fakulti Seni dan Sains Sosial Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Dr. Abu Hassan Hasbullah menyifatkan tindakan menarik balik novel Interlok adalah keputusan yang kurang bijak.

"Novel ini hasil karya Sasterawan Negara yang dipenuhi dengan mesej dan kritikan yang membina.

"Justeru, saya ibaratkan tindakan menarik balik novel itu sebagai tidak logik dan agak biadab terhadap dunia sastera sedangkan kita tahu, sastera merupakan asas kepada peradaban manusia pada masa depan," katanya.
Interlok yang diterbitkan oleh DBP telah diedarkan kepada semua sekolah menengah untuk diagihkan kepada pelajar Tingkatan Lima yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi sesi persekolahan tahun depan.

P/s: Kementerian Pelajaran memang dilihat tergesa-gesa menarik semula Intelok yang menjadi teks KOMSAS tingkatan lima mulai 2011.

Sesiapa yang belum membaca novel ini, sila dapatkan di kedai buku. Jangan hanya membaca karya picisan dan meminggirkan karya sastera tulen sehingga anda mudah terpengaruh oleh provokasi orang lain!

,

Khamis, 16 Disember 2010

Teks Baharu KOMSAS "Interlok" Tingkatan 5 Ditarik Balik

Saya petik:
[BH] KUALA LUMPUR: Buku teks subjek Sastera Bahasa Malaysia yang akan digunakan pelajar Tingkatan Lima sekolah menengah tahun depan bakal ditarik balik berikutan dakwaan kandungannya menyentuh sensitiviti kaum, selain mengkritik dan menghina orang Melayu serta India.

Persetujuan menarik balik serta-merta buku teks bertajuk Interlok karya Abdullah Hussain itu dipersetujui Penolong Pengarah Unit Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran, Sairi Adenan dan Pengarah Jabatan Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Abdul Khalik Sulaiman, selepas pertemuan dengan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T Murugiah semalam.

Intelok, novel komponen sastera dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia terbitan DBP itu sudah diedarkan kepada semua sekolah menengah baru-baru ini untuk diagihkan kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebaik sesi persekolahan dibuka awal bulan depan.

Buku teks berkenaan didapati mempunyai unsur penghinaan kepada orang Melayu berdasarkan perkataan yang ditulis dalam beberapa halaman, seperti orang Melayu bodoh, malas selain perkataan paria serta ada unsur menyentuh isu ketuhanan dan keagamaan bagi kaum India.

Murugiah yang juga Pengerusi Biro Pengaduan Awam (BPA), berkata pihaknya menerima aduan orang ramai dari seluruh negara yang meminta BPA mengambil tindakan sebelum orang ramai membuat tindakan drastik dengan membakar buku berkenaan di hadapan Kementerian Pelajaran.

Katanya, isu itu didedahkan sebuah akhbar tempatan berbahasa Tamil semalam selepas mendapat aduan orang ramai yang tidak berpuas hati dengan kandungan buku itu.- Sharifah Salwa Syed Akil

P/s: Novel ini dikarang oleh Sasterawan Negara ke-8, iaitu Datuk Abdullah Hussain.

Mengapa baru sekarang timbul isu ini? Walhal novel ini telah diterbitkan pada tahun 1971 oleh Angkatan Muda. Novel ini sebelum itu telah memenangi hadiah sagu hati Peraduan Mengarang 10 Tahun Merdeka 1967. Novel ini juga telah diulang cetak sebanyak beberapa kali, malah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa. Ironinya, mengapa selepas novel ini diangkat menjadi teks KOMSAS baru kedengaran orang India memprotes kandungannya. Adakah selama ini tiada orang India yang membaca sastera kebangsaan? Mengapa orang Melayu tidak memprotes kandungan buku ini sejak buku ini diterbitkan 39 tahun lalu?

Novel Interlok memaparkan tema integrasi kaum terbesar di Tanah Melayu, iaitu Cina, India, dan Melayu yang berusaha menjalani kehidupan bersama sebelum negara mencapai kemerdekaan. Berdasarkan kandungan, pengarang cuba memaparkan realiti sebenar masyarakat di Tanah Melayu pada ketika itu. Novel dengan ketebalan melebihi 426 halaman ini mengisahkan kehidupan Cing Huat yang berhijrah dari Tanah Besar China ke Singapura sebelum berhijrah ke Tanah Melayu, kehidupan Maniam yang berhijrah dari Tricur Kerala India ke Singapura sebelum membina kehidupan di Tanah Melayu, dan kehidupan Seman, orang Melayu yang mempunyai perkaitan dengan Maniam dan Cing Huat. Untuk cerita lanjut, sila baca novel ini. Anda nilai sendiri.

Mengapa kandungannya dikatakan menyentuh sensitiviti sesetengah orang sehingga ada yang mahu membakar buku ini di depan Kementerian Pelajaran? Logiknya, buku ini ditulis pada sekitar tahun 60-an. Maka latar masyarakat yang dipaparkan sudah tentu latar masyarakat sebenar pada waktu itu. Pengarang menyentuh latar masyarakat India dan Cina yang datang dari negara asal dan bagaimana mereka membina kehidupan baru di Singapura dan kemudiannya di Tanah Melayu. Saya kira pengarang cuba bersikap jujur dengan memaparkan realiti semasa masyarakat pada waktu itu. Hasilnya buku itu ditulis dengan sedemikian rupa.

Oleh itu,  jika benar ada sebarang ayat atau kandungan yang salah dari segi penggunaan, maksud, atau bersifat sensitif maka panel yang memilih novel ini sepatutnya meminda (jika dibenarkan penulis) bahagian tersebut terlebih dahulu agar ayat atau perenggan tertentu novel itu tidak menyinggung mana-mana pihak dan diperbetulkan faktanya (untuk dakwaan menyentuh ketuhanan penganut Hindu). Hal ini demikian kerana ada orang Melayu yang didakwa marah apabila dikritik "malas, dan "bodoh" walaupun realitinya ada yang bersikap demikian pada waktu itu dan pada hari ini. Selain itu, ada orang India yang tidak dapat menerima/tersinggung apabila perkataan "paria" dikaitkan dengan mereka walaupun hakikatnya perkataan itu berkait dengan rapat dengan kelas masyarakat mereka serta sejarah awal kedatangan kaum itu ke negara ini suatu ketika dahulu. 

Persoalannya, sudahkah pihak Kementerian Pelajaran mengkaji bantahan yang dikemukakan oleh Murugiah itu sebelum membuat keputusan menarik semula Interlok? Berdasarkan berita di atas, Kementerian Pelajaran dilihat tidak mengkaji dahulu hal ini dengan teliti, namun mengambil tindakan terburu-buru menarik semula Interlok hanya kerana bantahan yang disuarakan melalui Murugiah dan seolah-olah gentar dengan ugutan pihak tertentu yang mahu membakar novel tersebut di depan bangunan kementerian. Di mana kredibiliti dan ketegasan Kementerian Pelajaran dalam hal ini? 

Dalam sibuk-sibuk orang memprotes, bayangkan berapa kos yang hangus dan perlu disediakan untuk menggantikan teks ini? Bayangkan juga kerugian yang terpaksa ditanggung oleh penerbit yang terpaksa menarik semula buku yang telah dipasarkan?

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH