Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

▼

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label MIC. Papar semua catatan

, , ,

Khamis, 18 April 2013

[Video] BN akan Kalah di Selangor Kata Pemimpin MIC



[TMI] Barisan Nasional (BN) akan kalah di Selangor pada 5 Mei ini jika gabungan tersebut bertegas untuk meletakkan Datuk Zulkifli Noordin di Shah Alam, kata S Vell Paari dari MIC hari ini dalam kiriman pesanan ringkas (SMS) kepada presiden parti Datuk Seri G Palanivel.

Menurut pemimpin MIC itu, dengan meletakkan Zulkifli, BN berisiko untuk kehilangan undi India, yang beliau katakan akan menjadi faktor penentu di negeri seperti Selangor - kini diperintah oleh Pakatan Rakyat (PR).

Menurut SMS yang dihantar ke The Malaysian Insider dari sumber dalaman parti itu malam ini, Vell (gambar) mendesak Palanivel untuk menyampaikan kebimbangannya kepada Datuk Seri Najib Razak dan meminta tindakan dari pengerusi BN itu, memberi amaran "keadaan buruk" jika tiada tindakan diambil.

"Kepada Datuk Seri G Palanival, Zulkifli Noordin sebagai calon di Shah Alam adalah penghinaan kepada orang Hindu di Malaysia. Di mana-mana orang emosi mengenai perkara ini," katanya dalam SMS tersebut yang turut dihantar kepada ahli jawatankuasa pusat MIC.

Anak kepada bekas presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu memberitahu terdapat 15,000 pengundi India di Shah Alam, 31,000 di Kota Raja, 21,000 di Kapar dan 17,000 di Subang, kebanyakkannya menurut beliau marah dengan pemilihan Zulkifli oleh Najib.

"Kira boleh kehilangan hampir 50 peratus hingga 70 peratus undi India yang akan menyebabkan kekalahan calon MIC terutamanya di Selangor dan dengan pengundi India menjadi faktor penentu, ia boleh menyebabkan BN gagal untuk merampas Selangor," katanya dan memberi amaran sentimen tersebut turut merebak ke negeri lain.

"Dato Seri kita tidak boleh berdiam diri dan membiarkan semua orang terlepas dengan memohon kemaafan selepas menghina agama dan komuniti.

"Pemimpin kita di bawah terutamanya di Shah Alam telah didera secara lisan," katanya.

Vell mengakhiri SMSnya dengan mengatakan beliau hanya memerhatikan secara tertib dengan memohon tindakan tentang pencalonan Zulkifli melalui rayuan kepada presiden parti.

"Ini nasihat strategik saya sebagai seorang pengarah strategi," katanya.

Vell kemudiannya mengesahkan kepada The Malaysian Insider beliau telah menghantar SMS tersebut.

Apabila ditanya apakah beliau menerima cabaran DAP untuk meletakkan jawatan parti jika Zulkifli tidak digugurkan sebagai calon BN, pemimpin tersebut tidak memberikan jawapan "ya".

"Saya juga boleh tanya soalan sama kepada DAP. Hari ini PSM mempunyai masalah dengan PR berhubung isu kerusi dan logo. PSM menyatakan ‘PKR menggunakan faktor kaum untuk menafikan kerusi kami'.

"Jadi apakah DAP akan keluar PR kerana penggunaan faktor kaum untuk menafikan kerusi kepada PSM oleh PR? katanya dalam satu SMS.

Najib mengesahkan pencalonan Zulkifli di Shah Alam semasa mengumumkan senarai calon BN Selangor semalam, membenarkan penyandang kerusi Kulim Bandar Baharu untuk bertanding secara langsung di bawah tiket BN.

Keputusan tersebut menyebabkan perdana menteri kerajaan sementara itu dikritik hebat, sebahagian besarnya disebabkan reputasi Zulkifli sebagai seorang Muslim berhaluan kanan, jawatannya sebagai naib presiden Perkasa dan kontroversi terbarunya mengenai penghinaan terhadap penganut Hindu.

Video menunjukkan Zulkifli menggunakan perkataan "Keling", yang masyarakat India rasakan sebagai penghinaan kaum, tersebar baru-baru ini, beberapa hari selepas satu lagi video menyaksikan beliau mempersoalkan seorang peniaga India mengapa tuhan Hindu tidak menyelamatkan kedainya daripada banjir, menyebabkan kemarahan penganut Hindu.

Zulkifli pernah menjadi salah seorang panel peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mempersoalkan kesuciaan Sungai Ganges yang turut dikenali sebagai Ganga di India, dianggap suci oleh penganut Hindu.

Zulkifli menjadi ahli parlimen bebas mesra BN selepas dipecat daripada PKR pada 6 Mac, 2010 disebabkan laporan polis yang dibuatnya kepada penyandang kerusi parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad.

Calon Umno, Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin kalah kepada Khalid pada 2008 dengan majoriti 9,314 undi. Pada 2004, beliau mengalahkan Khalid dengan majoriti 13,410 undi.







,

Rabu, 7 November 2012

[PANAS] MIC Kantoi! Minit Mesyuarat SAHKAN Mereka Sokong Bina Kondo di Batu Caves

Muka depan akhbar The Sun hari ini yang mendedahkan minit mesyuarat MPS pada 29 Nov 2007.

[HD] PETALING JAYA: Minit mesyuarat Majlis Perbandaran Selayang (MPS) pada 29 November 2007 mengesahkan, projek kondominium bersebelahan Batu Caves turut disokong oleh ahli majlis dari MIC.

Antara ahli MPS yang menyokong cadangan pembinaan kondo itu adalah timbalan Menteri Luar, Datuk A Kohilan Pillay yang menjadi ahli majlis dari Gerakan antara 1997 hingga 2007.

Turut menyokong adalah tiga wakil MIC dalam MPS iaitu Rajakupal Sinarthamby, Jayakumaran Govindasamy dan Rajadran Muniandy, lapor muka depan akhbar harian The Sun hari ini.

MIC dan Gerakan baru-baru ini menyalahkan kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat kononnya mereka yang meluluskan pembinaan itu.

Bekas Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu 26 Oktober lepas memimpin tunjuk perasaan membantah pembinaannya dengan alasan akan merosak alam sekitar Batu Caves yang menjadi kuil hindu itu.

Minit mesyuarat yang diperolehi oleh The Sun itu mengesahkan bahawa permohonan untuk pembinaannya turut disertakan dengan pelan lengkap layout dan bangunannya.

Minit itu juga mengesahkan, kebenaran telah diberikan kepada pembinaan 18 unit rumah kedai tiga tingkat dan dua bangunan menara, satu 25 tingkat dan satu lagi 29 tingkat.



P/s: Kantoi gila!


 

, ,

Ahad, 23 Januari 2011

MIC Bertegas Mahu Kerajaan Gugurkan "Interlok" Sebagai Teks KOMSAS

Palanivel, sudahkah anda membaca sepenuhnya Interlok?

Seperti yang dilaporkan oleh The Malaysian Insider, MIC melalui Presidennya, Senator G. Palanivel hari ini mendesak Putrajaya untuk mengugurkan Interlok sebagai teks KOMSAS.   

Palanivel berkata, partinya tetap berpendirian dengan keputusan yang dibuat oleh wakil-wakilnya yang sebelum ini telah menyeru Interlok digugurkan ketika pertemuan dengan pegawai kementerian Selasa lalu, kerana novel itu menurut mereka mengandungi perkataan yang merendahkan-rendahkan orang India.
 
 
"Kami berharap Kementerian Pelajaran memahami dan menghargai keinginan dan perasaan komuniti kami dan membuat keputusan yang cepat dan tegas dalam menyelesaikan masalah ini," kata Palanivel dalam kenyataannya hari ini. 

"Meletakkan nota kaki tambahan, glosari, dan panduan tidak akan membantu menyelesaikan masalah ini," tambahnya. 


Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin menyarankan beberapa beberapa solusi untuk menyelesaikan kontroversi Interlok, seperti membuat nota kaki tambahan, glosari dan panduan mengajar
pada hari Jumaat.

  Muhyiddin juga mendakwa bahawa perbincangan yang berlansung pada hari Selasa itu telah mencapai konsensus bahawa novel kontroversi itu tidak bermaksud untuk merendah-rendahkan masyarakat India.
Muhyiddin telah menyatakan bahawa perbincangan lanjut dengan pemimpin MIC akan dijalankan sebelum memutuskan sama ada teks sastera itu akan digugurkan dari silibus sekolah. 

 
Salah seorang wakil MIC, Dr A. Nagappan menyatakan bahawa kenyataan Muhyiddin berkaitan dengan keputusan konsensus itu tidak tepat. 


"Kami telah sepakat bahawa novel ini harus ditarik balik. Tidak ada saranan lain selain untuk meminta novel itu tidak digunakan di sekolah," Kata A Nagappan yang jiga bekas Presiden Hindu Sangam Malaysia. 
Interlok mendapat kecaman daripada kelompok MIC dan beberapa NGO India yang mendakwa bahawa isinya mengandungi  sistem kasta India dan penggunaan "paria" yang bersifat ofensif. 

Cukuplah, saya malas untuk menterjemah sepenuhnya berita di TMI itu. Cuma, sebagai orang yang telah membaca Interlok dan mendapati buku itu tidak berniat merendah-rendahkan kaum India, maka saya menyarankan juga kepada MIC agar meminta kerajaan membakar semua buku yang mengandungi perkataan "paria" atau "kasta" di Malaysia ini. Moga-moga mereka dapat memadamkan sejarah silam.

Dalam hal ini, jelas MIC telah menggunakan sepenuhnya peluang yang ada untuk mempolitikkan isu novel ini demi meraih kembali sokongan masyarakat India. Parti itu yang dilihat sudah dipinggirkan oleh kaum India mula mencari jalan untuk mengukuhkan kembali kekuatan mereka untuk menghadapi PRU13.

Justeru, tidak mustahil Muhyiddin sebagai Menteri Pelajaran akan menuruti keinginan MIC sama ada takut akan pendirian MIC dalam hal ini atau menggunakan helah itu untuk memastikan MIC mendapat sokongan kaum India.

Saranan saya, belilah Interlok, baca dan fahaminya! 

 
* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.


, ,

Rabu, 26 Mei 2010

Misi Blogger UMNO Melondeh Anak Presiden MIC

Di akhbar Utusan, terpampang kenyataan TPM berkaitan dengan anak S Samy Vellu ini: Anak Presiden MIC biadap-TPM.

Di alam maya (internet), misi melondeh anak Presiden MIC ini diteruskan oleh blogger tegar UMNO.

Semalam heboh mereka menghentam tindakan PM yang menggadaikan harta negara. Alhamdullilah, ada juga blogger UMNO yang tidak buta hati sepenuhnya.

Hari ini ada beberapa blogger mengirimkan kiriman untuk melondeh anak Presiden MIC.

Contoh 1:

...Beliau yang berusia 47 tahun ini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Maika Holdings Berhad yang pernah mengakui bahawa beliau amat rapat dengan pembantu peribadinya, K Sujatha tetapi tidak pernah melakukan hubungan seks. Saya kurang bersetuju apabila orang mengatakan beliau seorang yang biadap apabila membuat kenyataan UMNO adalah dalang di sebalik pembabitan Gerakan Anti Samy Vellu (GAS), yang telah mendesak Presiden MIC terlama di dalam sejarah itu untuk mengundur diri.

S Vell Paari yang saya tahu merupakan seorang yang amat pemurah yang pernah saya dengar. Kenapakah saya berkata demikian? Lihatlah fakta-fakta betapa pemurahnya beliau dengan pekerja beliau (K Sujatha yang merupakan pembantu peribadi beliau):

1. Mendiang Sujatha sering kali melawat rumah Vell Paari dan mereka telah dilihat sentiasa keluar makan malam bersama.
2. Vell Paari telah menemani mendiang Sujatha sebanyak dua kali ke India untuk membolehkan beliau mendapatkan rawatan.
3. Vell Pari telah membiayai pembelajaran mendiang Sujatha di peringkat Diploma dan juga Sarjana di dalam perniagaan.
4. Vell Paari juga membiayai pembelajaran adik-adik mendiang Sujatha di Australia.
5. Vell Paari telah membayar RM220,000 tunai ke atas pembelian satu unit kondominium di mana mendiang Sujatha telah tinggal.
6. Vell Paari telah menjadi penjamin ke atas pinjaman bank yang dipohon oleh mendiang Sujatha sebanyak RM200,000.
7. Vell Paari juga telah menjadi penjamin kemudahan kredit pembelian Mazda RX8 oleh mendiang Sujatha.

Bukankah Vell Paari merupakan seorang warga Malaysia yang pemurah? Mana ada majikan yang sanggup memberikan segala bentuk perhatian dan kemudahan kepada pembantu peribadinya? ...sumber di sini.

Contoh 2:

1. Vell Paari merupakan high school drop-out memegang jawatan CEO Maika Holdings Berhad, sayap pelaburan MIC yang dikatakan telah gagal dan merugikan jutaan ringgit wang pelabur-pelabur. Penulis dapati kes Maika Holdings masih menjadi buah mulut kaum India di negara ini dan mendatangkan rasa marah dan kecewa kepada kaum itu.

Hampir 66,400 pelabur kaum India yang melabur di dalam Maika Holdings tetapi mereka tidak mendapat pulangan seperti yang dijanjikan.

2. Vell Paari juga dikatakan mempunyai skandal dengan artis K. Sujatha yang membunuh diri dengan meminum racun rumput pada 25hb Jun 2007.
 
Ironinya, Vell Paari mengaku telah membiayai pelajaran Diploma dan Master K.Sujatha. Vell Paari juga dengan 'murah hatinya' telah membayar separuh daripada pinjaman kodominium milik K. Sujatha yang bernilai RM420,000 dan juga menjadi penjamin pinjaman kereta RX8 milik K.Sujatha.
 
Pokoknya, Vell Paari sangat 'bermurah hati' dan 'sangat prihatin' kepada seorang artis yang akhirnya membunuh diri. Yang menimbulkan isu ialah terdapat foto perkahwinan Vell Paari dan isterinya yang dijumpai dikoyak di kondominium K. Sujatha!

Vell Paari, lain macam aja murah hati dan keprihatinan anda itu. Dan apakah kematian K. Sujatha ada kena mengena dengan rasa kecewa yang amat sangat terhadap anak Samy Vellu itu?

3. Dan sekarang apabila Vell Paari mendapat sedikit kuasa di dalam CWC MIC, beliau sudah mula berlagak dan angkuh dengan menuding jari kepada parti UMNO, parti majoriti di dalam Barisan Nasional yang masih simpati dan toleransi dengan ketidakmampuan parti tersebut membantu BN semasa PRU-12 yang lepas...sumber di sini.

, ,

Rabu, 21 April 2010

Sanggupkah Melayu UMNO Undi Calon Parti yang Ahli dan Pemimpinnya Pernah Kurang Ajar Kepada Tun M?

Setahu saya, Samy Vellu pernah bertikam hujah dengan Tun M dan setahu saya Timbalan Ketua MIC bahagian Paya Besar, Pahang, M Sukumaran pernah mencadangkan agar potret Tun M dikalungkan dengan selipar kerana campur tangan dalam hal ehwal MIC pada perhimpunan agung MIC yang lalu. 

Hari ini heboh fasal calon BN di Hulu Selangor ini dikatakan antara orang yang beriya-iya mahu mengalungkan kasut pada gambar Che Det. Jika benar, sanggupkah Datuk Ibrahim Ali (beriya-iya menyokong calon MIC kerana calon ini menyokong BN yang ditunjangi UMNO dan Najib -kah kah kah pejuang Melayu tulen? Kah kah kah) dan Melayu UMNO yang berada di Hulu Selangor menyokong dan memangkah calon BN ini? 

, ,

Khamis, 15 April 2010

Calonkan P Kamalanathan, Pulihkah Ketuanan UMNO?

Saya ada nyatakan kemungkinan "pihak ketiga" dinamakan sebagai calon di PRK Parlimen Hulu Selangor dalam kiriman sebelum ini sebagai salah satu cara untuk menyelesaikan kemelut pemilihan calon BN. Biarpun hati saya menjangkakan Palanivel akan bertanding dalam pilihan raya kali ini, namun Samy Vellu telah menerima Ketua Penerangan MIC sebagai calon.

Orang melihat pencalonan pihak ketiga sebagai "win-win situation". Betulkah begitu? Walaupun Palanivel tidak menjadi calon, UMNO gagal mempengaruhi MIC untuk meletakkan calon pilihan mereka. Walaupun P Kamalanathan dipilih sebagai calon, cuba perhatikan apa yang bakal diperoleh Palanivel sebagai tukar ganti. Bukan mengalah tanpa mendapat apa-apa pulangan. Palanivel selepas ini akan bergelar SENATOR dan mendapat jawatan TIMBALAN MENTERI sedangkan wira Pemuda UMNO sendiri, KJ, begitu payah hendak mendapat jawatan dalam Kabinet.

Mugilan yang dikatakan sebagai "anak didik UMNO" tidak dinamakan sebagai calon. Apakah respons ahli UMNO di Hulu Selangor? Akan wujudkah tindakan boikot dalam kalangan penyokong UMNO di sana? Berapa banyak ahli/penyokong UMNO akan mengisi borang dan bertanding sebagai calon bebas? Khabarnya 14 borang pencalonan telah dibeli daripada SPR. Khabarnya juga ada ahli MIC dan pemuda UMNO mengumumkan untuk menjadi calon bebas.

Jadi, hakikatnya Ketuanan UMNO tetap diperlekeh walaupun MIC mengalah dan menerima calon lain dalam PRK Parlimen Hulu Selangor.


* Saya kagum akan kefasihan P Kamalanathan menuturkan bahasa kebangsaan sewaktu ditemu ramah atau menjadi panel rancangan bual bicara.


Lanjut:

Hulu S'gor: P Kamalanathan disahkan calon BN

[MK] MIC dilaporkan bersetuju supaya ketua penerangannya, P Kamalanathan diletakkan sebagai sebagai calon Barisan Nasional bagi kerusi parlimen Hulu Selangor.

Sebelum ini, Barisan Nasional dilaporkan menghadapi jalan buntu mencari calon yang sesuai.

Ini kerana MIC mahu timbalan presidennya, Datuk G Palnivel diletakkan sebagai calon tetapi permintaan itu ditolak oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku timbalan pengerusi BN.

Penyokong akar umbi, khususnya dari Umno sejak kematian ahli parlimen Hulu Selangor, Datuk Zainal Abidin Ahmad pada 25 Mac lalu secara terang-terangan menolak Palanivel.

Mereka mendakwa beliau tidak cekap dan gagal membangunkan Hulu Selangor meskipun menjadi ahli parlimen selama empat penggal.

Sebaliknya, mereka yang menentang Palanivel mencadangkan timbalan ketua pemuda MIC, V Mugilan sebagai gantinya.

Mugilan adalah anak tempatan di Hulu Selangor tetapi pemimpin atasan MIC tidak merestui cadangan itu.
Ini kerana tidak ramai pemimpin atasan MIC memegang jawatan ahli parlimen ataupun ahli dewan undangan negeri dan jika Mugilan menang dia akan mempunyai kelebihan.

Pada mesyuarat tergempar jawatankuasa pusat MIC yang diadakan malam tadi, MIC berkeras mahukan hanya Palanivel sebagai calon mereka.

Jawatan senator, timbalan menteri

Mesyuarat itu juga mengambil keputusan untuk memecat timbalan ketua Pemuda MIC, V Mugilan sekiranya dia dipilih sebagai calon BN dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Samy Vellu berjumpa dengan Muhyiddin awal pagi ini di pejabat timbalan perdana menteri di Putrajaya tetapi Muhyiddin dikatakan terus tidak berganjak dan menolak timbalan presiden MIC itu.

Sebagai kompromi, difahamkan Palanivel akan dilantik sebagai senator dan timbalan menteri kerana bersetuju memberi laluan kepada Kamalanathan....


, ,

Tiada Perpecahan ...kah kah kah!/Pupuskah Ketuanan UMNO Hari Ini?

TIADA PERPECAHAN?

TPM kata:
Tiada perpecahan – TPM


[UM] KUALA LUMPUR 14 April – Tan Sri Muhyiddin Yassin menganggap dakwaan pihak tertentu kononnya wujud pertelingkahan di antara UMNO dan MIC berhubung bakal calon Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor, adalah perkara biasa.
Timbalan Perdana Menteri berkata, khabar angin seperti itu hanyalah satu perkara yang menjadi ‘berita menarik’ untuk diperkatakan pada sesuatu pilihan raya.
“Tiada ada perpecahan. Pada masa seperti ini di mana kita berhadapan dengan pilihan raya kecil, semua perkara menjadi menarik. Semua orang mahu membuat penilaian masing-masing tentang apa-apa pun,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Sidang Kemuncak Pendidikan Malaysia ke-14 bertemakan ‘Pembangunan Minda Generasi Muda - Terhadap Kreativiti dan Inovatif dalam Sistem Pendidikan’ di sini hari ini.

Muhyiddin mengulas dakwaan bahawa kedua-dua parti komponen Barisan Nasional (BN) itu kini bertelingkah berhubung siapa yang bakal menjadi calon bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor....- Faizah Izzani dan Muzdalifah

Samy Vellu kata:

MIC to DPM: Palanivel or bust

[TMI] KUALA LUMPUR, April 15 — MIC president Datuk Seri S. Samy Vellu will meet with Barisan Nasional deputy chairman Tan Sri Muhyiddin Yassin this morning with an ultimatum from the party — Datuk G. Palanivel as the Hulu Selangor candidate or nothing.


Relations between the two senior BN members have been strained by reports that Umno was keen to replace the former four-term Hulu Selangor MP with a new face — MIC Youth deputy leader V. Mugilan — when Muhyiddin announces the candidate this afternoon.

“This has never happened before, but the CWC meeting last night resolved that BN accepts Palanivel or we won’t stand in Hulu Selangor this time; let Umno put a candidate,” a central working committee (CWC) member told The Malaysian Insider.
The party had proposed Palanivel’s name for the April 25 by-election, triggered by the death of PKR MP Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad late last month. The MIC deputy president has been the four-term MP for Hulu Selangor since 1990, before his defeat in Election 2008 by a narrow 198 votes.
But in recent weeks, other names have surfaced — including Mugilan’s, the Hulu Selangor MIC Youth chief, and party information chief, P. Kamalanathan — much to the chagrin of the party, which sees the by-election as a way to promote Palanivel and cement his status as Samy Vellu’s successor.
“Datuk Seri Samy will bring this difficult decision to Tan Sri Muhyiddin ... both were scheduled to meet last night but the meeting was postponed twice and now they will meet this morning,” the CWC member added.
The Malaysian Insider understands the meeting will be held at 8.30am, after previous meetings were called off due to the deputy prime minister’s tight schedule.
An MIC source revealed that the majority of the MIC leadership agreed with the ultimatum in the meeting, after Samy Vellu briefed them on the background of the issue and correspondence with both Prime Minister Datuk Seri Najib Razak and Muhyiddin on the party’s choice.
But it is understood that there were some who believed MIC should accept the final decision of Najib, who is the BN chairman.
The unprecedented late night CWC meeting, however, resolved that MIC will not accept any name other than Palanivel’s.


“Any MIC members who receive an offer to stand as the party representative will be sacked immediately... meaning until now, only one name has been offered by the MIC and no one else can accept the ticket for MIC,” the source said.

Asked if the decision was a threat to the BN leadership, an MIC leader said “it is not a threat but a firm stand to defend MIC’s dignity”.

Samy Vellu had announced early this morning the party was investigating Mugilan, who is also Hulu Selangor MIC Youth chief, for allegedly “stealing” the Hulu Selangor seat from Palanivel....G. Manimaran
 
Kata putus sudah diberikan. "Palanivel or nothing!" Namun, TPM kata tiada perpecahan....kah kah kah!

Lihat video:




PUPUSKAH KETUANAN UMNO HARI INI?

UMNO kini bukan lagi seperti UMNO pada zaman Tun M. UMNO kini mudah sangat diperkotak-katik oleh parti komponen BN. Dahulu UMNO begitu digeruni parti komponen yang lain, hari ini UMNO dipandang sebelah mata oleh parti komponen BN. Semua parti komponen sekarang sudah "berani lawan taukeh". Ketuanan UMNO sudah terhakis sehari demi sehari.
 
Sama juga dengan PERKASA, cakap berapi-api, gertak MCA, GERAKAN, surat khabar berbahasa Cina...Ketua Wiranya Arman Azha Hj Abu Hanifah memberikan tempoh 48 jam kepada Timbalan Setiausaha Pemuda MCA Low Chew Jun, Ketua Gerakan Pulau Pinang Datuk Teng Hock Nam, akhbar Sin Chew Daily dan China Press memohon maaf kerana didakwa melabelkan mereka sebagai "perkauman. Akhirnya,  apa yang berani mereka buat? Datang serah buku Perlembagaan. Cis, buat malu sahaja!
 
Tunggu hari ini, Mugilan atau Palanivel. Kalau pilih Mugilan, BN sudah tentunya melawan PR tanpa sokongan 100% MIC, undi kaum India juga akan berpecah. Kalau pilih Palanivel, maknanya Ketuanan UMNO sudah pupus dan diperlekeh oleh MIC. Biarpun mendapat sokongan majoriti ahli MIC, namun orang Melayu UMNO yang berharap "anak didik UMNO" (istilah anak didik ini hanyalah istilah untuk menyedapkan hati selepas gagal merampas kerusi ini daripada MIC- anak didik ini apa? boneka?) bertanding sudah tentu akan memboikot pilihan raya kali ini. Mereka memboikot kerana sudah tentu calon UMNO tidak bertanding dan kedua kerana Mugilan tidak menjadi calon.
 
Jika Palanivel bertanding...nanti ada blogger penyokong tegar UMNO akan bertanding sebagai calon bebas. Sebelum ini dia sudah bertekad untuk bertanding kerana UMNO gagal merampas kerusi itu daripada MIC. Tiba-tiba "putar punya putar", dia tarik diri kerana katanya Mugilan "anak didik UMNO" akan menjadi calon. Jadi kalau Palanivel yang menjadi calon, beranikah dia menjadi calon bebas? Kah kah kah. Yang ini pun sama dengan spesies PERKASAM!
 
Siapa yang untung? BN atau PR?
 

, ,

Rabu, 14 April 2010

Sebelum Serang Zaid, Tengok "Diri" Dahulu

(Terjegil mata? Marah siapa Dato?)

Serangan terhadap Datuk Zahid Ibrahim (oleh blogger dan pemimpin BN) telah bermula sejak kedengaran ura-ura beliau menjadi calon PRK Parlimen Hulu Selangor. Blog ini ada menyiarkan tentang serangan itu pagi tadi.

Blogger dan pemimpin BN ini hanya pandai menyerang tanpa melihat "diri" terlebih dahulu. "Diri" di sini maksudnya parti mereka atau parti yang disokong oleh mereka.  

Hari ini MalaysiaKini melaporkan:

MIC cadang Palanivel, Umno pilih Mugilan

Penamaan calon kerusi parlimen Hulu Selangor akan berlangsung pada Sabtu ini.

Pakatan Rakyat malam ini dijadual mengumumkan Datuk Zaid Ibrahim daripada Parti Keadilan Rakyat sebagai calon mereka mankala Barsian Nasional pula berjanji akan membuat pengumuman dalam tempoh dua hari lagi.

Bendahari Umno Hulu Selangor, Datuk Zainal Abidin Sakom ketika dihubungi berkata calon BN itu akan diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 15 April ini, jam 4 petang bertempat di markas BN, Bukit Sentosa di Bukit Beruntung.

Lazimnya, BN seringkali mendahului pembangkang dalam menamakan calonnya tetapi kali ini menjelang tempoh kurang 48 jam seperti yang dijanjikan, siapa yang bakal mewakili mereka terus menjadi tanda tanya.

Sumber tertinggi dari MIC, petang tadi, mengesahkan bahawa Muhyiddin akan menamakan Timbalan Ketua Pemuda MIC, V Mugilan sebagai calon di kerusi Hulu Selangor.

Kurang senang
Namun keputusan itu dikatakan kurang disenangi oleh kebanyakan pemimpin atasan MIC.

Mereka tetap mahukan Timbalan Presiden G Palanivel mewakili BN bagi merampas Hulu Selangor.

"Jika Mugilan dinamakan sebagai calon, kepemimpinan MIC akan memecat Mugilan kerana melobi bagi kerusi itu dan juga mensabotaj aktiviti parti serta mencemarkan nama Palanivel,” kata sumber itu.

Menurut beliau lagi, ketika mesyuarat malam semalam di Parlimen, presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu dilaporkan bertikam lidah dengan Muhyiddin berhubung pemilihan calon BN itu.

Sumber itu berkata Muhyiddin berkata Mugilan (kanan) adalah pilihan pemimpin BN tetapi pemimpin MIC yang hadir kurang menyenangi keputusan itu.

“Samy Vellu mempertahankan pemilihan MIC yang mahukan Palanivel dan ini menyebabkan mesyuarat menjadi hangat,” kata sumber itu.

Presiden MIC itu dilaporkan tidak mahu berganjak dengan pilihan partinya kerana persetujuan dikatakan telah dicapai antaranya dengan pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak.
Perdana Menteri berjumpa dengan Samy Vellu (kiri, berdiri) awal minggu lalu sebelum beliau berlepas ke Hanoi dan kemudiannya ke Washington DC.

Moral rendah

“Sekarang ini, moral di kalangan ahli adalah rendah kerana khabar angin dan laporan media yang mendakwa kemungkinan calon pilihan parti akan diubah,” katanya.
Dalam pada itu, ketua bahagian MIC, Puchong yang juga anggota jawatankuasa pusat parti itu, A Saktivel berkata satu sidang akhbar akan diadakan esok.

"Kami mahu calon pilihan parti bukannya yang dipilih oleh Umno kerana perkara ini adalah maruah parti,” kata Saktivel yang akan mempengerusikan sidang media itu yang dijadualkan di ibupejabat MIC.

Beberapa penyokong akar umbi yang tidak mahu identiti mereka didedahkan juga mengugut tidak akan keluar mengundi dan membubarkan jentera parti jika calon pilihan MIC tidak dipilih.

Khabar angin juga tersebar bahawa beberapa cawangan Umno juga sedang melobi pada minit terakhir bagi menyokong Mugilan.

Mugilan dilahirkan di estet Kerling, Hulu Selangor dan adalah seorang ahli perniagaan.
Sila baca bahagian yang dimerahkan pada petikan berita di atas. Belum "berperang" sudah bergaduh semasa sendiri. Berita sebegini sudah tentu "diharamkan" penerbitannya dalam akhbar arus perdana.

Kebimbangan BN kali ini bukan setakat diboikot oleh pengundi Melayu yang mahukan calon Melayu UMNO bertanding di PRK Parlimen Hulu Selangor (mungkin juga melancarkan boikot jika Mugilan yang dikatakan "anak didik UMNO" tidak terpilih), malah kini BN mungkin berhadapan dengan tindakan boikot oleh pengundi MIC yang "marah" jika calon pilihan Presiden MIC tidak terpilih sebagai calon BN di kawasan tersebut. Sudah tentulah Samy Vellu yang dikatakan bertekak dengan Muhyiddin Yassin berasa kurang senang jika anak didiknya Palanivel tidak dicalonkan di Hulu Selangor.

Jadi, calon BN di Hulu Selangor masih lagi belum pasti. Mugilan atau Palanivel? Sebelum ini, ada blogger pro-UMNO (lawak betul blogger ini, cakap berapi-api, habuk pun tarak!) melabelkan Mugilan sebagai "anak didik UMNO". Namun, selain ditolak oleh Samy Vellu, pencalonan Mugilan juga boleh menyebabkannya dipecat daripada MIC.  Berdasarkan perkembangan itu, Timbalan Presiden MIC masih lagi "berpeluang" untuk menjadi calon di PRK Parlimen Hulu Selangor. Macam-macam boleh jadi dalam sehari dua ini!

Sebelum ini Ketuanan UMNO tewas kepada Ketuanan MIC dalam perebutan kerusi Parlimen di Hulu Selangor, tidak mustahil Ketuanan UMNO akan tewas sekali lagi kepada Ketuanan MIC berkaitan dengan calon yang bakal bertanding pada pilihan raya kali ini. Tidak mustahil nama Palanivel akan dicalonkan semula pada pilihan raya kali ini. Siapa tahu? Tuah ayam nampak pada tajinya, tuah Palanivel sudah tentu Samy Vellu yang tahu. Tetapi, tidak mustahil juga nama orang ketiga akan dicalonkan bagi memastikan pihak yang bertelagah puas hati. Namun, jika dilihat kepada respons/desakan (ugutan cara lembut) MIC Selangor seperti yang diberitakan dalam MalaysiaKini di bawah kiriman ini, nama Palanivel  seolah-olah sudah pasti menjadi  calon BN menentang calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim. 

Alahai Ketuanan UMNO, takkan tewas lagi?

Jadi, pemimpin BN dan blogger pro-UMNO sila tengok "diri" dahulu sebelum menyerang orang lain. Selesaikanlah masalah calon BN itu dahulu sebelum mempertikaikan calon parti lawan. Takut-takut kali ini bukan tewas dengan majoriti 198 tetapi tewas dengan majoriti 1980.


Berkaitan:

* MIC S'gor desak BN calon Palanivel

Ketua 18 bahagian MIC di Selangor hari ini tampil mendesak pucuk pimpinan BN supaya mengesahkan pemilihan Datuk G Palanivel sebagai calon pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor, sepertimana yang diperakukan oleh presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu.


Bercakap dalam satu sidang akhbar di ibupejabat MIC di ibunegara, wakil kumpulan tersebut, A Saktivel yang juga ketua MIC Puchong, berkata kesefakatan BN menyatakan bahawa pengerusi BN mesti menerima siapa sahaja calon yang dipilih oleh pemimpin parti komponennya.

MIC mempunyai 22 bahagian di Selangor....

, ,

Khamis, 8 April 2010

Sah Ketuanan UMNO Tewas Lagi


Hari ini UM melaporkan:

Hulu Selangor: BN Letak Calon MIC
SHAH ALAM 7 April – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Barisan Nasional (BN) akan meletakkan calon daripada MIC untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini.
Menurut Perdana Menteri, keputusan itu dibuat atas semangat setiakawan dalam BN memandangkan kerusi Parlimen Hulu Selangor adalah milik MIC sebelum ini.
Bagaimanapun katanya, penentuan calon hanya akan dilakukan selepas beliau selaku Pengerusi BN Selangor mengadakan perbincangan dengan Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu.
‘‘Beri kepercayaan kepada saya untuk pilih calon terbaik. Jangan fikir soal siapa jadi calon tetapi buat kerja. Tolong jangan leka dan malas.
‘‘Saya minta (biar) saya tentukan calon sebab kita hendak menang. Kalau kalah bukan MIC sahaja kalah, tetapi BN kalah. Kalau memang, bukan MIC menang tetapi BN (juga) menang,” katanya ketika berucap menutup Konvensyen BN Selangor di sini hari ini...-Nor Sedek Ismail dan Azian Abdul Aziz
Berderai air mata orang UMNO mendengar pengumuman PM 1Malaysia. Bersorak gembira orang MIC apabila mendengar pengumuman itu. Bagi tokoh UMNO yang teringin sangat hendak menjadi calon di situ, hendak menjadi Isa Samad 2, cepat-cepatlah cabut banner yang direntang di sekitar kawasan Parlimen itu. Masa untuk melobi & "mengugut" cara berlapik sudah tamat. Nanti lebih-lebih akan dicap sebagai penderhaka. Timbul pula persoalan, apakah "ubat" yang bakal diberikan oleh Presiden parti itu untuk mengubat luka kecewa ahli parti itu?

Semalam Ketuanan PERKASA diperlekehkan orang. Hari ini Ketuanan UMNO juga akan diperlekehkan oleh ahli parti sendiri khususnya di Hulu Selangor. Jadi, blogger Ketuanan UMNO, takkan berdiam diri sahaja? Di mana semangat Ketuanan UMNO anda?

Yang menarik sekarang ialah keputusan pilihan raya kecil itu nanti. Adakah orang Melayu UMNO akan memangkah PKR sekali gus memenangkan calon parti itu? Atau adakah orang UMNO yang terlalu bersemangat untuk merampas kerusi Parlimen itu daripada MIC sanggup membelakangi maruah mereka dengan "memaafkan" keputusan yang telah dibuat dan memberikan sokongan penuh kepada calon MIC? Itu semua akan terjawab pada hari pengundian nanti.

Apa yang pasti pihak tertentu dalam UMNO sudah pasti akan memboikot pilihan raya kecil kali ini. Yang menjadi tanda tanya, adakah boikot itu serius atau hanya sekadar boikot untuk melepaskan batuk di tangga.


Berkaitan:
* Tanda-tanda Ketuanan UMNO Tewas Lagi
* Ketuanan UMNO vs Ketuanan MIC. Siapa Menang?

, ,

Rabu, 7 April 2010

Sketsa Ketuanan UMNO dan Ketuanan MIC


Kerabat teman yang duduk di Bukit Beruntung berkata; "Kami penyokong UMNO akan berpaling tadah dan akan sokong PKR kalau BN letak calon dari MIC.


Sahabat teman Krishnan dari Batang Kali pula berkata; "Penyokong MIC sepakat dengan MCA akan tolak BN jika letak calon dari UMNO"...



Sumber Zakri Ali.

Komen saya: Gaduh-gaduh lagi. Biar pening PM 1Malaysia. Hendak diluah kena marah oleh UMNO, hendak ditelan kena marah oleh MIC.

, ,

Selasa, 6 April 2010

Tanda-tanda Ketuanan UMNO Tewas Lagi


Blog ini ada menyiarkan kiriman bertajuk: Ketuanan UMNO vs Ketuanan MIC. Siapa yang Menang beberapa hari yang lalu selepas timbulnya perebutan Kerusi Parlimen Hulu Selangor antara kedua-dua parti komponen BN itu. Hari ini BH melaporkan:


‘Kekalkan MIC bertanding’

Zahid nasihatkan tidak pertikai calon diumum TPM

TELUK INTAN: Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kerusi Parlimen Hulu Selangor harus dikekalkan kepada wakil MIC kerana sudah lama diperuntukkan kepada parti komponen Barisan Nasional (BN) itu.

Justeru, beliau yang juga Menteri Pertahanan menasihatkan semua pihak supaya tidak mempertikaikan calon yang akan diumumkan pucuk pimpinan dalam masa terdekat untuk bertanding pada pilihan raya kecil itu...- Ravale Savarinathan

Sebelum ini, bekas MB Selangor Datuk Seri Khir Toyo sudah menyatakan bahawa calon MIC perlu dikekalkan untuk memudahkan BN merampas kembali kerusi Parlimen tersebut. Hari ini kenyataan yang dibuat oleh Naib Presiden UMNO Datuk Seri Zahid (gagal merampas Kerusi Pengerusi BN Pulau Pinang) di atas seolah-olah dibenarkan/diiyakan pula Naib Presiden MIC melalui kenyataannya di bawah ini:


Subramaniam pasti MIC wakil Barisan Nasional

SEPANG: MIC menyatakan keyakinan bahawa calon dari parti itu akan dipilih bagi mewakili Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini.

Naib Presidennya, Datuk Dr S Subramaniam, berkata ia berdasarkan tradisi kerusi Parlimen itu adalah milik MIC, namun meminta semua pihak menunggu pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 15 April ini.

"Kita (MIC) memang penuh yakin calon akan dipilih daripada MIC. Ada kemungkinan besar dan mengikut tradisi kerusi ini (Parlimen Hulu Selangor) kekal dengan MIC. "...

Kedua-dua pemimpin itu berjawatan Naib Presiden dalam parti masing-masing. Lagi menarik apabila Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Pengerusi BN juga menyatakan bahawa "kemungkinan besar calon MIC" akan diletakkan menjadi calon Palimen Hulu Selangor. Takkanlah tak jadi kot? Orang nombor 2 sudah memberikan klu, lagipun orang ini juga yang bakal mengumumkan calon BN yang bakal bertanding nanti. Desas-desus ini pastinya bakal meruntuhkan impian pelobi-pelobi calon UMNO yang ingin bertanding di Hulu Selangor.

Apa sudah jadi? Ketuanan UMNO mengalah lagi. Tewas di Pulau Pinang, tewas juga di Hulu Selangor? Siapa boneka siapa? Orang UMNO suka sangat perkataan "boneka". Perkataan ini begitu famous di Perak dan di Selangor.

Habis itu, siapa yang mahu mendengar "ugutan" ini?:

'Pilih calon Umno atau sokongan terjejas'

Umno Hulu Selangor masih berharap Datuk Seri Najib Razak mempertimbangkan dengan serius tuntutan mereka - yang mahukan kerusi parlimen tersebut ditandingi Umno - supaya sokongan rakyat terhadap BN tidak terjejas.

Naib ketua bahagiannya Datuk Adnan Buyong berkata, tuntutan yang dibuat mereka melalui satu memorandum pada 30 Mac lalu bukan mewakili hasrat mereka sahaja, tetapi kehendak rakyat Hulu Selangor secara keseluruhannya.

“Sampai sekarang di kedai-kedai kopi, orang bercakap hendak calon Melayu,” katanya ketika diminta mengulas tindakan lanjut mereka bagi memastikan kerusi parlimen tersebut dikembalikan ke pangkuan Umno.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata, “berkemungkinan besar” calon BN di Hulu Selangor dipilih daripada MIC.

Kenyataan itu dilihat hampir mengesahkan pemilihan timbalan presiden MIC G Palanivel (kiri) yang akan berdepan sekali lagi dengan calon PKR dalam pilihan raya kecil pada 25 Mac ini.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Adnan berkata, beliau sendiri berani memberikan jaminan, ahli Umno akan tetapi setia bersama-sama parti walau siapa pun yang diumumkan terpilih mewakili BN pada 15 April ini.

Bagaimanapun, tambah Adnan, mereka hanya mewakili sebahagian kecil penduduk berbanding dengan jumlah pengundi Hulu Selangor keseluruhannya.

'Rakyat didahulukan, pencapaiannya tengoklah nanti'

“Kita akan terima siapa sahaja yang diputuskan parti, tetapi ahli parti hanya mewakili 20 peratus daripada pengundi. Pengundi di sini lebih 63,000.

“Mereka ini, kita tidak tahu (bagaimana sokongannya). Kita (sebagai) orang Umno OK,” katanya.

Ditanya adakan Umno akan hanya akur dan berdiam diri ekoran perkembangan terbaru itu, Adnan menjawab:

“Kita sudah buat semua perkara. Sekarang kita berdoa sahajalah. Tetapi kita tidak putus harap supaya permintaan kita diterima.

“Apa boleh buat, yang buat keputusan bukan kita. Kalau saya yang buat keputusan, senang,” katanya sambil ketawa kecil.

Menurut Adnan lagi, walaupun keputusan berhubung calon yang dipilih masih belum diketahui, berdasarkan kenyataan Najib, kemungkinan besar MIC akan bertanding sekali lagi di kerusi parlimen tersebut.

Dengan nada perlahan dan kecewa, Adnan sempat berseloroh, tetapi sinis:

“Saya pun tidak berapa faham dengan (konsep) 1Malaysia ini. Rakyat didahulukan, pencapaiannya (di Hulu Selangor) kita tengoklah nanti.” - Jimadie Shah Othman

Calon UMNO atau MIC, masih lagi belum dapat dipastikan 100%. Dalam beberapa hari akan datang, macam-macam perkara boleh terjadi. Situasi "hendak ditelan mati mak, hendak diluah mati bapa" pastinya sedang memeningkan kepala bos-bos besar BN. Namun, tanda-tanda Ketuanan UMNO akan tewas dalam perebutan kerusi Parlimen itu semakin terserlah. Tunggu dan lihat!

, ,

Jumaat, 26 Mac 2010

Ketuanan UMNO vs Ketuanan MIC. Siapa yang Menang?

Saya tidak berhasrat hendak menulis/mengulas panjang-panjang. Sekadar memautkan beberapa berita dan menimbulkan persoalan.

Tidak lama dahulu Ketuanan UMNO mencabar Ketuanan Gerakan di Pulau Pinang. Waktu itu Ketuanan UMNO cuba merampas kerusi Pengerusi BN di sana. Keputusannya, Ketuanan UMNO kecundang aka tewas.

Hari ini Ketuanan UMNO cuba merampas kerusi yang diperuntukkan untuk Ketuanan MIC di Parlimen Hulu Selangor. Untuk makluman, kawasan Parlimen ini majoritinya orang Melayu. Siapa yang akan menang? Ketuanan UMNO atau Ketuanan MIC? Adakah Ketuanan UMNO akan gigit jari sekali lagi? Tunggu dan lihat!

Sesetengah blogger seberang sana gemar sangat mengatakan PAS itu boneka DAP, PKR dan sebaliknya. Saya hendak tanya UMNO ini dari dahulu sampai sekarang boneka siapa?

Harap-harap PKR dan PAS tidak mengikut jejak langkah MIC dan UMNO!

Berkaitan:
*
Umno, MIC square off for Hulu Selangor
* Umno: Kami mampu rampas kerusi Hulu S'gor
* Sah: MIC akan calonkan Palanivel


Al-fatihah untuk Allahyarham Datuk Zainal Abidin Ahmad

, ,

Isnin, 14 September 2009

TAHNIAH SAMY, TAKZIAH SUBRA & BN!

Dua berita, satu cerita: MIC. Tahniah kepada Datuk Seri Samy Vellu kerana memegang rekod yang tidak mungkin dipecahkan oleh orang lain dalam MIC apabila perwakilan parti itu memutuskan bahawa pemimpin parti itu boleh memegang jawatan presiden selama tiga penggal berturut-turut. Dengan itu, maka sahlah Samy Vellu akan dinobat dalam Malaysian Book of Rekod sebagai Presiden MIC yang paling lama berkhidmat, iaitu sejak tahun 1981.

Kiralah sendiri. Sehingga kini, tiada tarikh jelas tentang pengundurannya daripada jawatan tersebut. Kemenangan orang pilihannya dalam pemilihan MIC baru-baru ini juga akan memastikan Samy Vellu mengekalkan takhtanya untuk beberapa tahun lagi.

Takziah Datuk Subra kerana tewas buat kali kedua berturut-turut. Usahlah mengeluh kerana perihal politik wang kerana hal itu bukankah suatu kebiasaan dalam BN? Lihat UMNO! Ada orang kata Subra akan dipecat. Ada orang berpendapat bahawa Subra akan menubuhkan sebuah parti baru sehingga ada orang yang membuat andaian bahawa 300 ribu orang India akan menyertainya. Namun, Subra menyatakan, "Saya tahu apa nak buat." Hendak buat apa? Tunggu dan lihat.

Takziah BN kerana tiada apa-apa perubahan yang berlaku dalam MIC. Yang berubah ialah muka pemimpin, namun dasar dan suara halus di belakang mereka ini tetap sama. Kata-kata Tun Che Det bahawa orang India menyampah pada Samy Vellu "gagal" memberikan kesan kepada ribuan perwakilan yang membuat pemilihan pemimpin MIC yang lalu. Ramalan Che Det bahawa BN akan berkubur dalam PRU ke-13 mungkin menjadi kenyataan.

Berita 1:

[BERNAMA] - 12 Sept -- Datuk S.Subramaniam, ketika menerima kekalahannya dalam percubaan untuk merebut kembali jawatan timbalan presiden MIC, mendakwa politik wang sebagai penyebab utama kekalahannya.

Beliau berkata wang diedarkan secara terbuka kepada perwakilan, minimum RM300 kepada setiap wakil.

"Saya terima kekalahan. Ia amat mengecewakan. Saya tidak jangka (kekalahan)," katanya kepada pemberita.

Ditanya sama ada beliau akan menyertai parti lain atau membentuk parti baru atau apakah langkah beliau seterusnya, Subramaniam yang lama berkhidmat sebagai timbalan presiden MIC berkata, "Saya perlukan masa untuk memerikirkan perkara itu (langkah seterusnya)".

Ditanya sama ada "mesej" Perdana Menteri hari ini tidak dipedulikan oleh perwakilan, Subramaniam berkata: "Saya kira Perdana Menteri membuat gesaan yang penting. Saya kira mesej itu hilang begitu saja".

Ditanya tentang kemungkinan tindakan disiplin terhadapnya oleh kerana beliau telah dirujuk kepada lembaga disiplin parti kerana membuat kenyataan mengenai pemilihan parti 1977, Subramaniam berkata beliau tidak kisah tentang itu.

"Saya tahu apa nak buat," kata beliau...


Berita 2:

[BERNAMA] Parti yang mewakili kaum India terbesar dalam negara, menetapkan bahawa seseorang pemimpin parti hanya boleh memegang jawatan presiden parti itu untuk had tempoh selama tiga penggal sahaja, mulai tahun ini.

Ia turut menetapkan tempoh yang sama bagi semua pengerusi bahagian, namun mereka masih boleh bertanding semula selepas selang satu penggal kemudiannya. Tiap satu penggal membabitkan tempoh tiga tahun.

Ini merupakan antara beberapa pindaan kepada perlembagaan parti yang diluluskan oleh pada perhimpunan agungnya yang ke-63, yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Pindaan itu menerima sokongan penuh daripada 1,500 perwakilan, dan ia kemudiannya diluluskan.

Sebelum ini tiada peruntukan yang menghadkan tempoh masa bagi seseorang pemimpin menduduki jawatan tertinggi parti itu, yang ketika ini dipegang oleh Datuk Seri S. Samy Vellu sejak 1981....

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH