"...lelaki itu kerap datang ke rumah isteri saya dan tidur di situ.."
Sebelum ini kecoh fasal pengacara program komedi ditangkap khalwat dengan isteri orang. Laporan itu boleh anda di baca di sini. Pengacara yang heboh diperkatakan itu khabarnya salah seorang daripada jejaka dalam gambar di sebelah ini.Semalam, si suami tanpa berselindung menceritakan kecurangan isterinya. Dalam masa yang sama, pengakuan itu memberikan ruang kepada orang ramai menilai kejantanan dan kedayusan si suami.
Mengapa saya berkata demikian? Bayangkan si suami ini berkata " “Dia selamat sebab dia buat hubungan dengan isteri saya. Kalau dia berani pergilah tidur dengan isteri orang lain. Kalau tak patah riuk kena belasah, tak tahulah saya..." Suami jenis apa yang mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa? Errr..!
Saya petik selanjutnya pengakuan si suami:
[UM] ADAM, 31 tahun, menikah dengan ‘P’ sudah empat tahun dan dikurniakan seorang anak perempuan. Rumah tangganya aman damai, sehinggalah isterinya main cinta dengan seorang insan popular bergelar selebriti. Sebagai lelaki, Adam cukup terpukul dengan tindakan selebriti berkenaan yang sanggup menjadikan isterinya sebagai bahan berkongsi kasih sayang meskipun tahu akan status wanita berkenaan. Gara-gara sikap kedua-duanya, runtuhlah sebuah masjid yang dibina atas dasar kasih sayang suatu masa dahulu.
“Saya dapat tahu lelaki itu ada hubungan dengan isteri saya sejak satu majlis anugerah di Genting Highland pada bulan April lalu. Dia kerap SMS isteri saya dan tulis macam-macam. Mula-mula saya masih lagi tak tahu siapakah gerangan lelaki tersebut sehinggalah saya periksa nama dia di internet.
"Oh, inilah lelaki yang kerap SMS isteri saya. Bila kami sekeluarga bercuti ke Melaka, pengacara ini SMS isteri saya ajak keluar. Dia ada rakaman rancangan di Port Dickson, Negeri Sembilan."
"Sebagai suami saya masih lagi sabar, sehinggalah dapat tahu yang lelaki itu kerap datang ke rumah isteri saya dan tidur di situ. Itupun kerana kakak ipar saya yang bagi tau saya perkara tersebut".
“Selama ini saya hanya memendam rasa. Tapi akhirnya Allah buka jalan yang benar buat saya. Kalau saya tak sabar mungkin lain pula yang jadinya”.
Selama ini, dia hanya mendiamkan diri, dan sudah semestinya bukan bermakna takut. Kalau ikut amarah sudah lama perkara yang tak elok akan berlaku.
“Lama mana mereka boleh buat perkara tak elok? Lambat laun Tuhan tunjukkan kebenarannya juga. Apa yang saya pelik kenapa pengacara tersebut masih lagi mahu mengganggu sedangkan dia tahu wanita itu isteri orang? Masih lagi nak rapat dan buat perkara yang tak elok".
Ternyata, lelaki ini cukup terpukul dengan peristiwa itu. Tanpa berselindung dia mengaku terpaksa menelan kata-kata nista rakan-rakannya selama ini.
Pelbagai dakwaan yang dilemparkan terhadapnya termasuklah ada yang melabelnya sebagai dayus. Berkat kesabaran yang ada dalam dirinya telah membuka jalan untuknya melihat kebenaran.
“Dia selamat sebab dia buat hubungan dengan isteri saya. Kalau dia berani pergilah tidur dengan isteri orang lain. Kalau tak patah riuk kena belasah, tak tahulah saya.
Tak perlu saya kata apa akibatnya. Dia boleh fikir apa yang akan terjadi pada dirinya. Cuba dia letakkan dirinya di tempat saya. Apa yang akan dia rasa? Nanti baru dia tahu betapa hancurnya hati saat melalui semua itu".
“Pengacara ini memang tak malu. Kalau dia tak malu pada saya dan keluarga, dia patutnya malu pada Allah. Senang lenang dia masuk rumah isteri orang. Tak cukup dengan itu dia boleh pula tidur di rumah isteri saya. Ini bukan kes kecil. Ini melibatkan maruah dan harga diri. Saya sendiri tak tahu nak cakap apa lagi. Mintalah ampun pada Allah!”....
Tiadalah mahu saya mengulas lanjut. Saya timbulkan persoalan untuk anda fikirkan. Semoga menjadi pengajaran kepada kita semua.
Cakap fasal lelaki dayus, sudah tentu menimbulkan persoalan: siapa lelaki dayus? Saya pernah menyalin artikel tentang lelaki dayus. Kategorinya terlalu luas sehingga kita kadang kala tidak menyedari bahawa kita termasuk dalam golongan lelaki dayus. Selanjutnya, sila rujuk di sini.


Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.