Engkau "Guna" Isteri Aku, Aku "Mahu" Isteri Kau
Saya pernah siarkan cerita yang hampir sama sifatnya sebelum ini. Kisah kali ini bermula apabila Lelaki A mengadakan hubungan sulit dengan isteri Lelaki B. Hasil kecurangan si isteri telah menyebabkannya mengandung anak lelaki tersebut. Lelaki B yang berang dengan tindakan isterinya yang berselingkuh dengan Lelaki A telah mengadu akan hal itu kepada pihak berkuasa. Semasa perbicaraan, Lelaki B meminta Lelaki A menyerahkan isterinya sebagai ganti rugi.
Tak ke gila?
Saya petik:
[BH] JAKARTA: Seorang lelaki dari daerah Pamekasan, Jawa Timur, menghadapi perbicaraan selepas dituduh menjalin hubungan sulit dengan isteri bekas sahabat baiknya.
Khoirul Anwar, 46, menuduh Sugianto, 40, ada hubungan sulit dengan Kamariyah hingga menyebabkan isterinya hamil, lapor akhbar Republika.
Plaintif berkata, hubungan sulit mereka berlangsung dua tahun selepas bertemu ketika berkelah.
Hubungan terlarang itu menyebabkan Kamariyah meninggalkan rumah dan tidak pulang sehinggalah dia mengandung, katanya.
Oleh kerana marah dikhianati, Khoirul mengemukakan aduan dengan polis dan menuduh Sugianto ‘mencuri’ isterinya.
Dalam perbicaraan Khamis lalu, Khoirul meminta Sugianto bertukar isteri dengannya sebagai cara membayar ganti rugi atas perbuatannya. – Agensi
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.