Apa Rasionalnya?
Apa rasionalnya Malaysia bikin Little India sedangkan PMnya ke hulu ke hilir dengan slogan 1Malaysia? Adakah Little India ini akan menjadi hub pendatang haram dari India? Adakah hanya semata-mata untuk kepentingan ekonomi dengan India, kita perlu berbuat demikian? Adakah selepas ini kita akan menyediakan tapak untuk Little China, Little Africa, Little Arab, Little Indonesia, Little segala macam Little?
Apa rasionalnya Malaysia negara berdaulat meminta PM India merasmikan Little India? Mengapa Yang Dipertuan Agong tidak merasmikannya? Walhal rakyat di negara ini di bawah naungan Duli Tuanku. Tidak kiralah India, Cina, Melayu, Kadazan, Iban, Bugis, Orang Asli dan sebagainya. Mengapa PM 1Malaysia terhegeh-hegeh meminta PM India merasmikannya? Adakah Little India itu suatu kawasan jajahan baru negara India?
Begitu juga kita pernah tertanya-tanya rasional tindakan Pak Lah Flip Flop yang meminta menteri dan pegawai Malaysia ke China meminta maaf dan memberi penerangan tentang salah laku polis yang membogelkan tahanan wanita yang dikatakan berasal dari negara tersebut. Walhal, selepas disiasat, wanita itu ialah rakyat Malaysia.Bukan saya mahu menyokong PDRM, kerana tindakan pDRM itu sememangnya salah,tetapi tertanya-tanya tentang daulat negara ini.
Kita sudah merdeka lebih 50 tahun, namun kadang kala kita hairan dengan gelagat dan sikap tidak rasional pemimpin negara yang menjatuhkan maruah dan daulat negara. Lebih menyedihkan, Malaysia tercinta ini juga sering mengalah dengan permintaan pulau kecil di selatan negara baik dari segi politik, ekonomi, dan perebutan kawasan jajajahan.
Apa rasionalnya mereka berbuat demikian?
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.