DAP Akan Pertahankan Islam Sebagai Agama Rasmi Persekutuan. Wow!
Saya tidaklah begitu terkejut atau terlalu kagum apabila membaca kata-kata Ketua Pemuda DAP dalam petikan berita di bawah ini kerana orang lain akan mengatakan bahawa pengakuan tersebut hanyalah cakap-cakap politik. Walaupun mereka menyedari bahawa agama Islam memang terpelihara kedudukannya sebagai agama rasmi Persekutuan. Walhal tanpa pengakuan KP DAP itu, tiada sesiapa pun boleh menafikan atau menggugat kedudukan agama Islam di negara ini, baik DAP atau pihak lain.
Yang membuatkan saya kagum dan teruja ialah DAP yang dicanang-canangkan sebagai parti politik anti-Islam, anti-Melayu sehingga ke ceruk-ceruk kampung membuat pengakuan secara terbuka bahawa parti itu akan mempertahankan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan. Pengakuan itu, berdasarkan pengetahuan saya, tidak pernah keluar dari mulut pemimpin MCA, MIC, GERAKAN, PPP, atau parti komponen BN yang lain.
(Ini soal Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, bukan isu hudud. Jangan belit ke situ.)
Itu sahaja. Selebihnya di bawah ini. Saya petik:
[BO] SETIU - Parti Tindakan Demokratik (DAP) menegaskan parti itu akan mempertahankan agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan sebagaimana yang telah termaktub dalam perlembagaan.
Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata demikian dihadapan lebih 10,000 orang yang menghadiri ceramah perdana yang menjadi acara kemuncak sambutan pra Ijtimak Kepimpinan PAS ke-8 disini semalam, 22 Oktober.
"Pentadbiran (negeri) pakatan rakyat termasuk daripada DAP (Pulau Pinang) tidak sama sekali tidak menghormati Islam dan tidak sama sekali anti Islam, dan kita menghormati agama masing-masing,
"Agama Islam sebagai agama persekutuan akan diperatahankan oleh DAP dan Pakatan Rakyat kerana ini (ia) telah dipersetujui bersama,"ujarnya ketika menyampaikan ucapannya.
Sebaliknya menurut beliau Barisan Nasional (BN) yang sebenarnya anti Islam.
Menurut beliau yang juga Ahli Parlimen Rasah, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah menaikkan peruntukan bagi Hal Ehwal Agama Islam daripada RM12 juta yang diperuntukkan oleh kerajaan BN sebelumnya kepada RM24 juta apabila Pakatan Rakyat memerintah.
"Bawah BN RM12 juta, bawah Pakatan Rakyat RM24 juta, kalau menurut peruntukan ini, siapa yang anti Islam? Yang anti Islam (adalah) Barisan Nasional,'jelasnya .
Beliau berkata DAP tidak mempunyai sebarang masalah dengan agama Islam tetapi yang menjadikannya satu masalah adalah Umno kerana Umno semakin tertekan.
Katanya dalam masa tiga tahun kebelakangan ini, Pakatan Rakyat telah menjadi satu kuasa yang benar-benar dapat mencabar Umno dan BN, yang tidak pernah berlaku sejak 50 tahun yang lalu.
Turut berucap dalam ceramah tersebut adalah Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar negeri Kedah Dato' Seri Ustaz Azizan Razak
Dengar ucapan Anthony Loke melalui Buletinonline Radio
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.