Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Jumaat, 22 Oktober 2010

Kata Wartawan: Filem 2 Alam Tampil Adegan/Dialog Seks Keterlaluan, Hanya Setaraf Drama!


Kata-kata pada tajuk kiriman ini saya ambil daripada komen wartawan yang menontonnya. Saya tidak mahu komen apa-apa.

Saya cuma berasa "gerun" apabila melihat cara Dr ini mempromosikan filem sulungnya. RM40 juta beb. Jumlah itu ialah kutipan sasaran yang sering kita lihat di akhbar. Pembikin filem lain lazimnya meramal filem mereka mampu mengutip sekitar RM2- RM4 juta, tetapi Dr ini dengan penuh keyakinan menguar-uarkan di media bahawa filemnya mampu mengutip RM40 juta.Wow!  Tidak mengapalah, itu hak dia.

Biarpun begitu, kritikan wartawan yang berpeluang menyaksikan filem itu semasa tayangan perdana Festival Filem Malaysia ke 23 (FFM23) yang lalu mungkin menggambarkan sebaliknya. Rata-rata wartawan tersebut mengganggap bahawa ramalan kutipan filem itu hanyalah fantasi penerbitnya sahaja selain mengkritik adegan/dialog berunsur seks yang tidak sesuai untuk tontonan remaja, malah kualiti filem itu dikatakan hanya setaraf drama.
 
Saya petik:
[Mstar] PETALING JAYA: Penerbit filem 2 Alam, Datuk Dr. Che Rozmey Che Din yang tidak mahu mengadakan tayangan media filem itu kerana bimbang dikritik tentunya kecewa apabila wakil media berjaya menonton filem tersebut sewaktu tayangan perdana sempena Festival Filem Malaysia ke 23 (FFM23) di e@Curve, Damansara, di sini malam Rabu lalu.

Ramai wartawan yang terkejut menonton filem itu selepas menggambarkan angan-angan Dr. Rozmey sebelum ini yang menjangkakan filem berkenaan akan mendapat kutipan pecah panggung dengan kutipan RM40 juta apabila ia ditayangkan serentak di 83 buah pawagam pada 18 November ini.

Pihak media yang menyaksikan filem itu sekadar ingin tahu kenapa selama ini Dr. Rozmey mengelak untuk mengadakan pro-tonton seperti yang dilakukan kebayakan penerbit filem?

Adakah kerana beliau mempunyai strategi tertentu ataupun benarkan filem berkenaan sebuah karya luar biasa daripada individu yang mendakwa kreatif seperti beliau?

Beberapa wartawan yang ditemui memberi pelbagai reaksi selepas menonton filem berkenaan yang kebanyakannya menggelengkan kepala melihat hasil filem itu.

Ketua Editor portal Murai.Com, Ellyana Ali berkata, filem berkenaan tidak sesuai ditonton oleh golongan remaja kerana menampilkan adegan ranjang yang agak keterlaluan.

Katanya aksi di atas katil dan adegan-adegan rogol yang ditonjolkan hanyalah bertujuan untuk menarik perhatian penonton berbanding maksud asal filem itu untuk memberi nasihat mengenai kesan menukar jantina oleh seorang lelaki.

“Ia sama sekali tidak sesuai ditonton oleh golongan remaja kerana adegan-adegan di atas katil yang keterlaluan,” katanya.

Ellyana turut berkata Dr. Rozmey akan mendapat kutipan RM40 juta sekiranya filem itu ditayangkan di pawagam “fantasinya”.

“Saya rasa jika di campur dari 83 buah pawagam dengan pawagam-pawagam fantasinya, mungkin jumlah itu akan menepati sasaran,” katanya menyindir.

Wartawan hiburan Mingguan Malaysia, Arif Nizam Abdullah pula berpendapat kualiti filem 2 Alam tidak setanding dengan sasaran kutipan yang diuar-uarkan.

Tambahnya, berdasarkan kepada pengamatannya, untuk memperoleh RM400 ribu pun belum tentu berjaya kerana filem itu hanya setaraf sebuah drama.

“Filem ini terlalu kerap mengulang babak yang sama. Selain itu, lakonan watak transeksual yang ingin ditonjolkan tidak nampak realistik.
“Apabila melihat hasil filem ini saya rasa ia boleh membuat penonton tertipu dengan sasaran RM40 juta yang diperkatakan oleh beliau,” katanya. Arif Nizam juga menambah, terdapat beberapa babak dalam filem ini tidak sesuai untuk menjadi tontonan umum.

Antaranya ialah adegan panas di atas katil, dalam tab mandi, dalam kereta serta dialog yang berunsur lucah.
Pengarang Hiburan Metro Ahad, Abie Abdullah pula berkata, 2 Alam mempunyai subjek yang baik iaitu tentang keinsafan dan keterlanjuran hidup seorang manusia tetapi persembahan subjek itu dilihat lemah sehingga mengganggu penyampaian sebenar mesej.

Katanya, ada filem lain yang lebih teruk dari 2 Alam tetapi filem ini diperkatakan kerana provokasi yang dilakukan oleh pelbagai pihak.

“Dengan provokasi demi provokasilah membuatkan orang tertanya-tanya tentang filem ini,” katanya.
Sementara itu wartawan hiburan Berita Minggu, Zul Husni Abdul Hamid berkata filem tersebut mempunyai jalan cerita yang menarik tetapi teknik imbas semula (flash back) yang ditampilkan membuatkan 2 Alam menjadi filem murahan.

Dalam masa yang sama gandingan pelakon baru Royadi Madada dan Suhaillah Salam gagal memperlihatkan filem tersebut berkualiti.

Lebih ketara katanya, adegan seks murahan telah menyimpang dari konsep filem yang bertujuan untuk mendidik orang ramai supaya menjadi lebih insaf.

“Filem ini seolah-olah mengaburi mata masyarakat dengan menampilkan adegan dan teknik “flash back” mengenai seks yang keterlaluan,” katanya.

Beberapa wartawan lain yang diminta komen mengenai filem tersebut enggan memberi sebarang ulasan dengan alasan filem berkenaan tidak layak untuk diberi kritikan.

mStar Online pula berpendapat filem ini tidaklah seburuk seperti yang digambarkan tetapi cara penerbitnya melakukan promosi dengan lebih banyak mengkritik pihak-pihak tertentu adalah tidak wajar.

2 Alam turut dilakonkan oleh Aaron Aziz, Sabree Fadzil, Faizal Hussein , Rosnah Johari dan Kuswadinata.
Ia mengisahkan kehidupan seorang lelaki yang menukar jantina serta mempunyai hubungan terlarang.
“Wanita” berkenaan akhirnya membunuh diri menyebabkan mayatnya sukar dikebumikan secara sempurna.

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH