Wow, Nombor Pendaftaran "粵A 8888Q" Lebih Mahal daripada Porshe!
Bosan dengan cerita politik? Kita cerita fasal hal lain.
Di Wilayah Guangdong, China, nombor pendaftaran "粵A 8888Q telah dibida dan dijual pada harga 1.314 juta Yuan (RM615 300). Nombor pendaftaran itu telah diiktiraf sebagai nombor pendaftaran kenderaan termahal yang dikeluarkan di wilayah itu setakat ini.
Sebelum ini, nombor pendaftaran "粵A 000F1" yang dikeluarkan pada tahun 2007 diiktiraf sebagai nombor pendaftaran termahal di wilayah itu. Nombor tersebut telah dibida pada harga 747,000 Yuan (RM349 800).
Pada majlis bidaan itu, nombor pendaftaran "粵A 6666Q" menduduki tempat kedua yang dijual pada harga 751,000 yuan (RM351,660), diikuti "粵A 3333P" yang dibida pada harga 680,000 yuan (RM318,410). Sebanyak 100 nombor pendaftaran kenderaan dilelong pada majlis tersebut.
Untuk makluman, di pasaran China, nilai nombor pendaftaran "粵A 8888Q" itu lebih mahal daripada Porsche Cayenne 2011 yang dijual pada harga 969,100 yuan (RM453,790).
Wow~!
sala sahabat....
Comment by Captain @ Khamis, Oktober 21, 2010 10:36:00 PTGkat sini kereta tu harga sampai 1 juta...lps ni nak pindah sana pulak!