Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Sabtu, 30 Oktober 2010

Suami "Rela" Isteri Terus Dirogol Guru Tuisyen dan "Rela" Dipukul Isteri Yang Tertekan!


Kes ini bermula apabila si isteri dirogol oleh guru tuisyen anaknya. Oleh sebab takut suami dan masyarakat setempat tahu akan peristiwa itu, si isteri itu sanggup dirogol berulang kali dan menyerahkan wang apabila diminta oleh lelaki durjana ini. Ugutan yang berterusan sejak Disember tahun lalu menyebabkan si isteri tadi hilang pertimbangan dan tertekan. Sebagai akibatnya, dia memukul suami dan anaknya.

Si suami yang mengetahui kejadian itu merelakan dirinya dipukul dan sanggup membiarkan si isteri memukul anak mereka secara menggila demi menyimpan malu dan membiarkan si isteri melepaskan tekanan. Dia juga enggan membuat laporan polis kerana tidak mahu isteri dan keluarganya mendapat malu.

Selepas tidak tahan dipukul manakala isterinya berulang kali dirogol dan ribuan ringgit dikebas lelaki durjana itu barulah si suami mahu membuat laporan polis. Walhal kejadian ini dapat diselesaikan lebih awal jika watak-watak dalam kes ini membuang rasa malu dan membuat laporan polis agar jantan sial itu dapat ditahan dan dikenakan tindakan.

Kerana malu hidup menderita, maruah tercalar, kebahagian diragut!

P/s: Kalau kes ini melibatkan keluarga yang beragama Islam, si suami ini terang-terang seorang yang dayus.

Saya petik:
[HM] KUALA LUMPUR: Walaupun dia dan anak lelakinya berusia sembilan tahun sering dipukul isteri, kasih seorang suami tetap utuh apabila mengetahui wanita itu mengalami tekanan perasaan akibat dihantui kisah silam kerana dirogol guru tuisyen anaknya di rumah mereka di Cheras, di sini.

Difahamkan, dalam kejadian pertengahan Disember tahun lalu, mangsa berusia awal 30-an itu dirogol suspek di hadapan anaknya.

Disebabkan bimbang dan malu jika perkara itu diketahui umum, selain memberi ruang kepada isterinya mencari ketenangan, mereka nekad tidak membuat laporan polis.

Namun, kesempatan itu digunakan sepenuhnya guru tuisyen durjana berusia lewat 30-an itu untuk meminta wang bagi menutup mulut, selain memaksa mangsa melayaninya di ranjang.

Akibat tidak tahan, suami mangsa berusia awal 60-an membuat laporan kira-kira jam 10 pagi di Balai Polis Salak Selatan, di sini, kelmarin, bagi membela nasib isteri dan keluarganya itu.

Menurut sumber, wanita itu akan hilang kawalan sebelum memukul anak lelaki serta suaminya jika dihubungi suspek meminta wang.

“Mangsa memukul suaminya jika tidak dapat menyediakan wang seperti diminta suspek. Malah, mangsa juga membelasah anak itu tanpa belas kasihan,” katanya.

Sumber berkata, semuanya bermula apabila mangsa membenarkan suspek masuk ke rumahnya buat kali pertama bagi mengajar anaknya itu.

“Suspek mulanya berpura-pura mengajar anak mangsa sebelum memanggil wanita itu kononnya mahu menjadikannya model untuk sesi pembelajaran berkenaan.

“Sebaik mangsa menghampirinya, guru itu mendakwa mahu menunjukkan pelajaran yang cukup berguna kepada anaknya.

“Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa bersetuju sebelum dirogol di depan anaknya itu,” katanya.

Katanya, lelaki itu kemudian mengugut mendedahkan perkara itu kepada orang ramai dan suami mangsa.

“Mangsa yang bimbang dimalukan akur dan sejak itu sering diugut,” katanya.

Katanya, sejak itu mangsa tertekan dan melepaskan tekanan itu kepada suami dan anaknya itu.
“Mangsa memberitahu suaminya mengenai kejadian hitam menimpanya itu selain meminta perkara itu dirahsiakan kerana malu jika diketahui umum.

“Suami mangsa yang terlalu sayang dan simpati terpaksa akur sehinggalah isterinya itu teruk membelasah anak mereka selepas diganggu suspek,” katanya. - Mohd Firdaus Ibrahim

  1. Rasanya, kalau suami dayus dan berusia begitu, tentu isterinya lebih jauh muda padanya. Besar kemungkinan lagi, si isteri juga tertekan sebab tak mendapat nafkah batin dari si suami yang dah berusia atau hampir layu (mati pucuk). Maka penyedap si isteri ialah Guru tuisyen tersebut. Bukan mudah nak rogol individu di dalam rumah mereka sendiri, tambahan pula dengan kehadiran anak beliau yang tak kurang juga kecilnya. Kalau memukul suami sebab tak mahu ceraikannya... mungkin ada logiknya juga, sebab kalau dah selalu mendapat nafkah batin tentunya jiwa si isteri akan tenang bersama si pelaku dari hidup bersama si suami yang tak mampu memenuhi keperluan batinnya. Ini cuma pendapat yang realiti, bukan hakiki.

    gravatar Comment by 1Crony @ Sabtu, Oktober 30, 2010 10:35:00 PG      
  2. alasan yang tak munasabah la uhuu

    gravatar Comment by kak mimi @ Jumaat, Oktober 12, 2012 6:20:00 PTG      
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH