Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, ,

Selasa, 19 Oktober 2010

Disorok Tunang?


Anak dara hilang, cun pula, sudah tentu si emak risau. Hampir semua media menyiarkan laporan tentang kehilangan gadis ini. Harap-harap gadis cun ini tidak main wayang dengan tunangnya atau si tunangnya membuat onar dengan menyembunyikan gadis cun ini! Mudah-mudahan semuanya selamat!

Saya petik:
[HM] KEMAMAN: Ibu kepada wanita bakal pengantin yang hilang ketika membeli kelengkapan perkahwinannya di Kuantan, tujuh hari lalu, mengesyaki ada yang tidak kena hubungan Rozaliya Mat Lazim, 20, dengan tunangnya, Mohd Helmi Mohd Noor, 24.
Sabariah Mansor, 42, mendakwa Rozaliya sebelum ini pernah mengadu mengenai masalah hubungannya yang mungkin tidak dapat bertahan lama menyebabkan anaknya itu tawar hati selain pernah meminta pertunangannya diputuskan.

“Saya ada menghubungi rakan Mohd Helmi di pejabat untuk mengesahkan sama ada dia benar-benar pulang ke pejabatnya, baru-baru ini ketika meninggalkan anak saya di Kuantan dan dimaklumkan ia tidak benar,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Menurutnya, Rozaliya juga pernah mengadu kepada bapa saudaranya yang Mohd Helmi pernah cuba melakukan perkara tidak baik terhadapnya dan mereka sering bergaduh.

Katanya, sebelum ini, dia sekeluarga berkali-kali cuba menghubungi Mohd Helmi, namun gagal hingga kira-kira jam 5.30 petang semalam apabila Mohd Helmi menjawab panggilan dan mendakwa dia berada di Johor Bahru tetapi apabila dihubungi semula oleh adik Sabariah selepas itu, lelaki berkenaan memberitahu berada di Melaka.

“Saya bingung dengan jawapan diberikan dan kini saya mula mengesyaki yang Mohd Helmi cuba menipu kami kerana keretanya masih berada di sini (Bandar Ceneh Baru), di rumahnya,” katanya.

Sabariah berkata, sejak berita kehilangan anaknya disiarkan akhbar kelmarin, dia menerima beratus-ratus panggilan daripada saudara-mara dan orang ramai yang memintanya bersabar dan berdoa kepada Allah semoga anaknya selamat dan dapat ditemui dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, menurutnya, dia menerima satu panggilan daripada seorang lelaki memberitahu ternampak anaknya sedang makan bersama seorang lelaki di sebuah gerai berhampiran Pasar Besar Kuantan kira-kira jam 12 tengah malam kelmarin. - Suhaidi Mohamed Amin

  1. Budak lelaki tu umur 24 tahun. Kena selidik... dia kerja tu ok ke? berapa hantaran yang diminta? cukup ke simpanannya? Mungkin ada kaitan dengan hal-hal tersebut

    gravatar Comment by mahaza @ Selasa, Oktober 19, 2010 5:18:00 PTG      
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH