Janda & Mat Bangla Kena Cekup, Khalwat Masa Masuk Waktu Solat
Orang pergi ke masjid sembahyang berjemaah, Si Mat Bangla ini berkunjung ke rumah kekasihnya untuk membuat onar.
Yang menariknya, ketika ditanya sama ada mereka akan berkahwin, lelaki itu menolak untuk berkahwin sebaliknya wanita itu bersungguh-sungguh berkata mereka akan berkahwin.
Janda ini kena tipu hidup-hidup oleh Mat Bangla ini. Dosa dapat, bala pun dapat!
Saya petik:
[HM] KULIM: Perbuatan mencurigakan beberapa lelaki warga asing yang sering memasuki rumah seorang jiran berstatus janda akhirnya terjawab apabila rumah berkenaan diperiksa Penguat kuasa, Pejabat Agama Daerah Kulim Kedah (PADK).
Pengadu terbabit yang enggan dikenali berkata, dia tidak tahan melihat lelaki dipercayai warga Bangladesh sering mengunjungi rumah janda itu setiap kali masuk waktu solat Jumaat, Maghrib atau Isyak.
“Ada ketikanya bukan seorang, malah beberapa orang lelaki Bangladesh masuk pada waktu yang sama membuatkan saya curiga,” katanya.
Menurutnya, dia bertambah curiga apabila mengetahui rumah itu dihuni seorang janda berusia 50 tahun, manakala anaknya tidak tinggal bersamanya.
Sementara itu, pemeriksaan Penguat kuasa PADK ke atas rumah itu pada jam 11.15 malam kelmarin menemui seorang wanita berusia 50 tahun dan pasangannya warga Bangladesh berusia 30 tahun di dalam rumah itu.
Bagaimanapun, anggota PADK terpaksa menunggu lebih lima minit sebelum wanita itu membuka pintu rumahnya dan mendapati seorang lelaki warga asing turut berada di dalam rumah itu dipercayai tiada hubungan muhrim dengan wanita itu.
Ketua Unit Penguat Kuasa PADK, Azmi Rejab berkata, mereka bertindak atas maklumat orang awam dan melakukan pemeriksaan ke atas rumah itu.
“Siasatan awal mendapati pasangan itu mengakui sebagai pasangan kekasih, manakala lelaki warga Bangladesh itu memberi alasan kepada penguat kuasa dia menghantar makanan kepada pasangannya.
“Bagaimanapun, ketika ditanya sama ada mereka akan berkahwin, lelaki itu menolak untuk berkahwin sebaliknya wanita itu bersungguh-sungguh berkata mereka akan berkahwin,” katanya....
* Gambar sedar hiasan.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.