Serangan Pertama terhadap Calon PAS di Galas
Semalam PAS mengumumkan calon untuk mempertahankan kerusi DUN Galas. Laporan tentangnya di bawah ini:
[MK] Pemangku yang dipertua PAS Gua Musang, Dr Zulkefli Mohamad telah diumumkan sebagai calon PAS untuk pilihan raya kecil DUN Galas pada 4 November ini.
Pemilihan beliau diumumkan oleh Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat di Dataran Ilmu yang terletak bersebelahan dengan Masjid Faiz di Gua Musang malam ini.
Dr Zulkefli adalah bekas calon PAS yang bertanding menentang Ketua Umno Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dalam pilihan raya umum 2008.Berusia 44 tahun, Dr Zulkefli merupakan anak ketujuh daripada 10 adik beradik.
Beliau adalah lulusan ijazah sarjana muda perubatan dan pembedahan, Universiti Malaya pada tahun 1992.
Dr Zulkefli mengendalikan klinik sendiri di Chiku 3, Gua Musang.
Kerusi DUN Galas kosong selepas kematian penyandangnya, Chek Hashim, 48, akibat barah usus pada 27 September lalu....
Pagi ini, seperti dijangka, blogger UMCO sudah mula "menyerang" calon PAS tersebut. Mereka tidak menuduh, namun menimbulkan persoalan berbentuk fitnah. Mereka mahu menimbulkan persepsi buruk masyarakat terhadap calon ini. Kiriman itu juga bertujuan untuk melaga-lagakan pemimpin PAS negeri dan pemimpin PAS di Galas. Laporan fasal hal itu kini dipautkan/ditampal dari satu blog ke satu blog yang lain. Kandunganya ialah:
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengumumkan Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Gua Musang, Dr Zulkefli Mohamad sebagai sebagai calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) N.45 Dun Galas.Jangan baca sahaja, pemimpin PAS perlu jawab agar kiriman blog seumpama ini tidak mencetuskan persepsi buruk dalam kalangan pengundi muda.
Menurut Nik Aziz, Zulkefli dipilih kerana diyakini mampu meneruskan kerja cemerlang yang telah diusahakan wakil rakyat sebelum ini, Allahyarham Chek Hashim Sulaima.
Zulkefli telah ditonjolkan sebagai penyambung dan pewaris bapanya yang dianggap sebagai ulamak. Sungguhkah imej Islam yang dibawa oleh calun PAS ini?
Dikhabarkan oleh orang setempat Gua Musang bahawa Zulkefli ditangkap khalwat dengan isterinya sekarang, Ramelah Mat Jusoh. Wallahu alam.
Perkara itu mungkin dianggap sebagai perkara lama. Hasil perkongsian mereka pun sudah sampai 10 orang. Adakah calun yang berlatarbelakang yang disyaki yang ingin ditonjolkan oleh PAS sebagai imej Islam dan penyambung warisan ulamak?
Sebenarnya Nik Aziz sudah berbohong kerana orang sebenar yang melakukan kerja cemerlang yang dikatakan adalah hasil usaha Allahyarham Chek Hashim Sulaima adalah Hussein Awang.
Sebagaimana yang telah dedahkan oleh blog Parpukari, Hussein dilihat ramai sebagai lebih layak kerana dia yang menjalankan kerja sepanjang masa arwah Chek Hashim menanggung sakit.
Bukan sahaja, Hussein yang kecewa, seorang lagi yang turut tidak puashati dari senarai calun, ialah Abdullah Husin.
Abdullah telah mengarahkan penyokong-penyokongnya dari kalangan Pemuda untuk mendesak Nik Aziz mencalonnya.
Dia juga telah menghimpunkan Pemuda untuk Majlis malam tadi untuk membantah pencalunan Dr Zulkefli tetapi rancangan itu telah dibatalkan. Sumbernya di sini, tetapi boleh jumpa di merata-rata sekarang.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.