Budak Empat Tahun Kena Saman
Macam-macam! Saya petik:
[BH] NEW YORK: Mahkamah di sini memutuskan seorang kanak-kanak perempuan empat tahun, yang dituduh merempuh seorang wanita tua berusia 87 tahun menggunakan basikalnya di kawasan pejalan kaki di Manhattan, boleh disaman atas alasan cuai.
Insiden itu berlaku pada April 2009, apabila mangsa, Claire Menagh dilanggar oleh dua kanak-kanak berusia empat tahun yang menunggang basikal dikenali sebagai Juliet Breitman dan Jacob Kohn yang jelas berlumba menggunakan basikal mereka di kawasan pejalan kaki East Side.
Menurut satu aduan, ibu kanak-kanak itu Dana Breitman dan Rachel Kohn berada bersama anak masing-masing ketika insiden dan mangsa cedera parah akibat terjatuh selepas dilanggar. Malah, laporan menyatakan wanita itu mengalami patah tulang peha dan menjalani pembedahan. Pihak berkuasa berkata Menagh meninggal dunia tiga minggu kemudian.
Keputusan itu, dibuat secara rasmi oleh Hakim Mahkamah Tinggi Daerah King, Paul Wooten Khamis lalu, mencetuskan perpecahan besar-besaran di kejiranan itu.
Pihak Menagh dan kemudian anak lelakinya menyaman kedua-dua kanak-kanak terbabit dan ibu mereka kerana ‘kecuaian ketika mengendali dan mengawal basikal.’
Bagaimanapun, peguam Breitman, James Tyrie, mempertikai bahawa usia empat tahun terlalu muda untuk bertanggungjawab, memetik hakikat bahawa mahkamah pernah menyatakan pada masa lalu bahawa kanak-kanak di bawah usia empat tahun ‘tidak berupaya melakukan kecuaian.’ – Agensi
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.