"Engkau nak aku cabut tayar motosikal ini, atau bagi aku rogol kau?"
Mungkin itu ugutan yang dilemparkan kepada gadis sunti yang menjadi mangsa rogol abang angkatnya.
Gadis sunti yang gementar/takut akan ugutan itu mungkin menjawab begini:
"Tolonglah bang. Janganlah cabut tayar motosikal saya. Kalau macam tu, rogollah saya."
Mungkin nilai motosikal itu lebih mahal daripada "dara" atau "keperawanan"nya.
Saya tidak mahu membuat kesimpulan dengan mengatakan bahawa gadis ini bertindak bodoh kerana laporan di akhbar mungkin jauh berbeza daripada situasi sebenar. Namun berdasarkan laporan tersebut, jelaslah bahawa ugutan tersebut menjadi punca yang menyebabkan gadis sunti berusia 15 tahun itu merelakan dirinya dirogol.
Pelik dan pelik! Mungkin peristiwa ini akan sentiasa menhantui "gadis" ini. Mungkin 2, 3, 5, 10 tahun lagi "gadis" ini akan teringat dan menyesal kerana merelakan dirinya dirogol hanya kerana takut motosikalnya dirosakkan oleh abang angkatnya. Mungkin kata-kata ini akan bermain di benak hatinya:
"Alangkah bodohnya aku...."
Namun, nasi sudah menjadi bubur dik!
Saya petik:
[SH] Klang - Kerana takut motosikalnya dirosakkan, seorang gadis bersetuju membiarkan dirinya dirogol abang angkatnya di kebun kelapa sawit di Sabak Bernam, dua tahun lalu.
Mangsa terpaksa bersetuju dirogol apabila lelaki itu mengugut mencabut tayar motosikal mangsa.
Pekerja ladang itu merogol remaja itu kira-kira jam 3 petang, 18 Disember 2008, dalam kereta.
Bagaimanapun, lelaki itu ditangkap empat jam selepas kejadian dan dihadapkan ke mahkamah.
Pekerja ladang, Hamiruddin Abd Haris, 27, dijatuhkan hukuman penjara enam tahun kerana merogol adik angkatnya yang ketika kejadian berusia 15 tahun.
Hakim Mahkamah Sesyen, Yong Zarida Sazali memerintah hukuman kuatkuasa semalam.
Dalam rayuannya, Hamiruddin, memohon mahkamah mengambil kira keadaannya yang miskin dan ayahnya yang sakit.
Hamiruddin disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Noorbaya Jamil.
* Gambar sekadar hiasan.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.