Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Selasa, 26 Oktober 2010

Ingatan untuk Artis, Mak Datin yang Gemar ke Itali!


Di Malaysia ada peraturan sebegini? Rasa-rasanya, ada, tetapi jarang-jarang terbaca atau terdengar wanita berpakaian begitu didenda atau ditangkap. Saya pernah terbaca kes sepasang anak dan ibu ditangkap kerana berpakaian tidak sopan beberapa tahun yang lalu. Namun kontroversinya mengalahkan cerita sensasi politik. Banyak pihak yang membantah!

Adakah selepas kontroversi itu, peraturan itu tidak lagi dikuatkuasakan di negara "Islam" ini? Adakah pihak berkuasa gentar  diserbu dan "dimaki" oleh kelompok-kelompok hak asasi manusia yang berkiblatkan kebebasan mutlak? Kumpulan ini bukan sahaja menyokong orang yang melakukan zina, malah orang "main" sesama jenis pun disokong oleh mereka, orang minum arak pun disokong oleh mereka, semuanya disokong oleh mereka atas alasan hak asasi manusia.

Jika peraturan itu sudah disimpan di dalam "kotak", maka hal itu sudah menjawab persoalan "mengapa" setiap kali ke kota, mata saya sering dicabul oleh pemandangan yang boleh meresahkan nafsu syahwat. Di kota, malah di desa, anak-anak bawah umur menayang paha yang mulus, mak cik dan nenek juga tidak ketinggalan menayang paha mereka yang sudah berkedut. Malah ada yang tidak segan silu mengenakan pakaian yang selayaknya dipanggil seluar dalam. Namun, awas, jangan berbuat demikian di Itali kerana jika diterima (cadangan), pakaian seumpama itu boleh dikenakan denda sehingga RM2000.

Jadi bagi artis dan mak datin yang berkemampuan dan gemar ke Itali, jaga-jaga, takut ditangkap oleh pihak berkuasa sana kerana melanggar peraturan berpakaian yang bakal digubal itu. Di Malaysia anda bebas berbuat demikian kerana Malaysia ini berfahaman "Islam Hadhari- Islam Glokal". Cukuplah...sampai esok pun tidak habis jika mahu bicara tentang hal ini!
 
Saya petik:
[HM] NAPLES: Sebuah bandar di pesisir pantai selatan Itali bercadang melarang pemakaian skirt pendek atau pakaian menjolok mata dalam usaha pentadbirannya menjaga akhlak penduduk setempat.
Datuk Bandar Castellammare di Stabia, Luigi Bobbio, berkata jika peraturan itu dilanggar, pesalah boleh dikenakan denda di antara RM97 dan RM2,000.

“Peraturan ini dikhususkan kepada individu yang gemar berperangai buruk atau sukar mengawal diri sendiri,” katanya, semalam.

Castellammare di Stabia adalah bandar terbaru di Itali yang cuba mengawal perlakuan penduduknya daripada kegiatan tidak bermoral, seperti meminum arak di jalanan, bermain bola sepak di tempat awam atau menghina tuhan.

Turut bakal dilarang adalah berjemur di pantai.

Di beberapa bandar lain, amalan bercium dalam kenderaan, memberi makan kucing terbiar dan memotong rumput pada hujung minggu turut dilarang. - Agensi

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH