Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Ahad, 24 Oktober 2010

Moga-moga "Gadis-gadis" Ini Sempat Bertaubat Sebelum "Dipanah Petir"


"Di KL mudah cari wang." Itu mungkin ayat standard yang menjadi jawapan setiap kali soalan diajukan kepada "gadis-gadis" di bawah ini.

Memang mudah mencari rezeki di KL, jika kita rajin berusaha. Halal dan haram rezeki yang diperoleh bergantung pada empunya diri yang mencarinya.

Kalau dibaca berita di bawah ini, gadis-gadis yang merantau dari ceruk-ceruk kampung ini cuba memberitahu kita formula mudah untuk memperoleh wang di KL. Mereka "menjual perkhidmatan dan berniaga". Modalnya sepasang tangan dan secebis daging lazat.

Daging lazat itu kini sudah tidak sepenting atau semulia dahulu. Gadis-gadis dahulu sanggup bermati-matian mempertahankan daging lazat ini. Ada yang sanggup membunuh diri apabila daging lazatnya dinodai orang. Hari ini daging lazat itu sudah didagangkan mengikut kehendak dan harga pasaran. Ada yang menjual daging itu serendah RM30 ada juga yang menjualnya dengan harga setinggi RM5 ribu atau lebih.

Tidak perlulah saya menulis panjang. Moga-moga gadis-gadis yang mungkin anak Pak Imam, Pak Siak, Pak Leman, Mak Bidan, Mak Bedah, Kak Siah, dan sebagainya ini sempat bertaubat sebelum "dipanah petir". "Petir" yang saya maksudkan ialah bala. Bala pula boleh dilemparkan kepada mereka dalam pelbagai bentuk. Jangan kerana "sedap" seketika merana seumur hidup.

Saya petik:
[HM] KUALA LUMPUR: Sekali imbas, sebuah rumah di Ampang, dekat sini, kelihatan seperti kediaman biasa dihuni sekumpulan anak gadis dari desa yang merantau ke ibu kota untuk mencari rezeki.

Namun selepas diselidik, rupa-rupanya rumah itu menyimpan pelbagai rahsia penghuninya, termasuk menawarkan khidmat urut tiga dalam satu iaitu urut biasa, batin atau khidmat seks jika bayaran ditawarkan pelanggan memuaskan.

Segala-galanya bermula apabila seorang penghuni rumah itu diperangkap menerusi perbualan di laman sosial selepas Metro Ahad memperoleh maklumat mengenai kegiatan itu.

Siasatan mendapati ‘perniagaan’ gadis itu, Ana, 20, agak unik apabila dia meminta deposit 50 peratus sebagai tempahan dan bayaran itu perlu dimasukkan ke dalam akaunnya.

Selepas wang dimasukkan, dia menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk memberitahu alamat kediamannya, selain menentukan masa perkhidmatan.

Tanpa menyedari dirinya terperangkap, Ana menceritakan aktiviti itu dilakukan untuk mencari wang dengan cara mudah dan selamat.

“Aktiviti ini saya lakukan secara ‘part-time’. Bila ada pelanggan hubungi saya menerusi laman sosial, baru saya melayan. Jika tiada, saya melepak bersama rakan.

“Lagipun, bukan susah untuk mengurut. Kebetulan, saya pandai mengurut. Ada yang mahu saya urut betul-betul. Ada juga yang hanya mahukan urutan batin dan khidmat seks.

“Biasanya saya tidak menyediakan khidmat seks. Namun jika ada yang memujuk dan membayar lebih, saya menerimanya,” katanya yang mampu memperoleh pendapatan hingga RM3,000 sebulan.

Menurut Ana, rakan serumahnya turut melakukan aktiviti sama.

Malah, katanya, setiap pelanggan yang mahukan khidmat berkenaan diberi alamat rumah dan diminta datang ke situ.

“Saya menjalankan aktiviti di rumah. Saya dan rakan menyewa rumah sebagai tempat kediaman tetapi jika mahu khidmat kami, pelanggan akan datang ke rumah.

“Begitupun, saya meminta mereka memasukkan wang ke dalam akaun saya terlebih dulu sebelum memberi alamat dan nombor telefon. Takut nanti mereka memperalatkan saya,” katanya.

Bagaimanapun, Ana hanya menjalankan kegiatan haramnya pada waktu siang ketika waktu pejabat bagi mengelak aktiviti itu dihidu jiran atau pihak berkuasa.

Baginya, tempoh lapan jam itu mencukupi untuk mendapatkan pendapatan ala eksekutif muda setiap bulan tanpa perlu bekerja keras dan hanya menunggu pelanggan di rumah.

“Siapa mampu beri semua ini kepada saya? Jika bukan berusaha sendiri, saya tidak dapat miliki semua ini. Walaupun sekadar separuh masa, pulangannya lumayan.

“Paling banyak saya dapat mengumpul RM3,000 sebulan. Jika diikutkan, ia cukup banyak bagi kerja separuh masa,” katanya.

Selain Ana, Linda, 20, turut menjalankan aktiviti sama. Dia yang terpengaruh dengan rakannya mula berjinak-jinak dengan aktiviti itu seawal usia 19 tahun.

Menurut Linda, rakannya sering menayangkan kemewahan di depannya dan disebabkan perasaan ingin tahu, dia mula bertanya dan kemudian turut mencuba.

“Dulu, saya melayari laman sosial hanya di rumah. Jika ada pelanggan, saya bawa mereka ke rumah rakan. Mula-mula takut juga tetapi bila sudah biasa, ia tidak menjadi masalah.

“Saya mengenakan bayaran RM100 bagi setiap sesi urutan. Begitupun, saya tidak menawarkan khidmat seks. Terpulang kepada pelanggan mahu yang mana satu, urut biasa atau batin,” katanya yang beroperasi di sebuah kondominium di ibu kota.

Pada mulanya, Linda mahu melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, namun apabila terjebak dengan kemewahan cara mudah, impian itu dilupakan.

“Bukan mudah untuk hidup senang sekarang. Bagi saya, pelajaran belum tentu menjamin masa depan. Jadi apa salahnya saya bekerja seperti ini?

“Bezanya, saya mengurut di rumah dan bukan di pusat urutan mahupun spa. Sekurang-kurangnya, saya mendapat bayaran bersih dan tidak menerusi orang ketiga.

“Lagipun, mengurut di rumah lebih selesa. Tidak ramai tahu aktiviti kami dan saya hanya memilih pelanggan yang tidak dikenali. Namun, jika pelanggan mahu urutan melegakan kesakitan, saya tetap melayan,” katanya yang menawarkan khidmat sepenuh masa, termasuk malam.

  1. salam,

    Celaka punya perempuan jalang ini..Daging lazat ini sudah tidak lazat lagi jika sudah diratah oleh banyak lelaki hidung belang...

    Ini satu lagi lahanat yg datang dari kampung nak cari duit cepat... Minta kilat sambar gadis-gadis ini...aminx ya rabbul'alamin.

    Kurang sikit kaum mcm ni!

    Jazakallah khairan.

    gravatar Comment by Captain @ Ahad, Oktober 24, 2010 4:06:00 PTG      
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH