Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, ,

Rabu, 20 Oktober 2010

Mereka Menukar Agama Umpama Menukar Baju


Rianti Rhiannon Cartwright
Mudah-mudahan umat Islam di negara ini tidak semudah itu, sehina itu, selemah itu, sejahil itu, sebodoh itu, sehingga sanggup meninggalkan agama Islam.

Mudah-mudahan fenomena sesat ini tidak semudah itu, serancak itu,  menular di negara ini.

Mudah-mudahan pihak berkuasa tidak semudah itu, selembut itu membenarkan fenomena sesat ini menular di negara ini sehingga mengancam kesucian agama Islam yang juga merupakan agama rasmi di negara ini.

Walaupun angka golongan murtad ini dikatakan telah mencecah ratusan ribu, kita berharap mereka yang memilih jalan gelap itu kembali ke pangkal jalan! Kita berharap pihak berkuasa melakukan sesuatu untuk mebendung dan menghalang fenomena ini daripada terus merebak.

Saya petik:
[HM] SEJAK beberapa bulan lalu, masyarakat Indonesia dikejutkan dengan tindakan beberapa selebriti negara itu menukar agama.

Seorang daripada mereka ialah Pinkan Mambo.

Penyanyi lagu popular, Kekasih Yang Tak Dianggap ini untuk kali keduanya dilapor telah menukar agama dan disahkan ibunya sendiri, Deetje yang nyata kecewa.

Walaupun belum pernah melihat Pinkan pergi ke gereja, Deetje berkata, anaknya sudah mula belajar agama lain sejak April lalu.

Menurutnya, Pinkan yang nama penuhnya Pinkan Ratnasari Mambo banyak berubah sejak kebelakangan ini.

Bagaimanapun, keputusan Pinkan menukar agama tidak menyebabkan Deetje merasa kehilangan anak.

“Anak merupakan titipan Allah dan kita tidak boleh mencintai anak 100 peratus kecuali pada Yang Maha Pencipta,” kata Deetje.

Artis cantik yang juga pernah menjadi VJ MTV Rianti Rhiannon Cartwright juga dikatakan telah meninggalkan Islam dan berkahwin dengan kekasihnya, Cas.

Perkahwinan mereka berlangsung di Gereja Old St Patrick, New York, Amerika Syarikat.

Rianti yang lebih dikenali dengan watak Aisha dalam filem agama, Ayat-Ayat Cinta, dikatakan sudah murtad sebelum berkahwin lagi, berdasarkan risalah yang dikeluarkan sebuah gereja di Jakarta Selatan.

Namun, ketika diminta mengesahkan perkembangan itu, pengurusnya, Adi,
enggan berbuat demikian sebaliknya berkata, dia tidak tahu menahu mengenainya.

“Saya hanya berkomunikasi dengan dia mengenai kerja. Yang lain saya tidak tahu,” katanya.

Dia mencadangkan supaya pengesahan itu didapatkan daripada paderi di gereja yang mendedahkan perkahwinan Rianti dengan penyanyi yang nama lengkapnya Alfoncius Dapot Parulian Nainggolan.

Bagaimanapun, pihak gereja juga enggan mengesahkannya.

Selebriti terbaru Indonesia yang didakwa meninggalkan Islam ialah Happy Salmah.
Happy dikatakan memeluk agama Hindu kerana mahu berkahwin dengan kekasihnya, Tjokorda Bagus yang keturunan raja.

Model dan juga pelakon filem yang dilahirkan di Sukabumi, Jawa Barat itu menjalani upacara pindah agama Hindu, dalam upacara yang dinamakan Sudhi Wadani di Villa Ibah, Ubud, pada 29 September lalu.

Sudhi Wadani adalah upacara dalam Hindu sebagai pengesahan ucapan atau janji seseorang yang secara tulus ikhlas dan hati suci menyatakan menganut agama Hindu.

Upacara yang mengambil masa sehari itu adalah antara syarat yang harus dijalani bila seseorang ingin berkahwin mengikut adat Hindu.

Mereka melangsungkan perkahwinan beberapa hari kemudian di Puri Saren Kauh, Ubud dengan mengikut adat istiadat Hindu dan diikuti dengan majlis di Sukabumi Sabtu lalu.

Mengenai dia menukar agamanya, Happy menegaskan, dia tidak akan berbicara secara terbuka.

“Saya tidak akan bercakap mengenainya,” kata Happy.

Segala hal yang berhubungan dengan keyakinannya, dia berharap menjadi rahsia hubungan perkawinan yang baru mereka jalin.

Isu masyarakat Islam Indonesia, baik lelaki mahupun wanita berkahwin dengan pasangan mereka yang beragama lain adalah perkara biasa sejak era Sukarno dan Suharto kerana sebahagian orang yang mendakwa ulama di negara itu berkata ia dibolehkan.

Namun, apa yang dilakukan oleh Pinkan, Rianti dan Happy ialah mereka memeluk agama lain untuk mengikut agama suami masing-masing.

  1. mereka mengundang kecelakaan di dalam negara meraka dan hasilnya terjadi kucar kacir dan terdapat anak bangsa yang tak terbela

    gravatar Comment by perjalanan pulang @ Rabu, Oktober 20, 2010 12:30:00 PTG      
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH