Tanah Melayu di Pulau Pinang Tinggal 20.41%. Salah DAP yang Memerintah PP Selama 3 Tahun?
DAP memerintah Pulau Pinang lebih kurang 3 tahun. Gerakan dan UMCO memerintah Pulau Pinang sejak negara mencapai kemerdekaan daripada British. Lebih kurang 50 tahun.
Salah siapa tanah Melayu di Pulau Pinang dan Seberang Perai kini hanya tinggal sekitar 20.41%?
Jangan tiba-tiba pihak tertentu menjadi bodoh dalam membuat pertimbangan dan pandangan dalam hal ini. Adakah DAP dengan begitu rakus merampas tanah orang Melayu dalam tempoh 3 tahun?
Selain pemerintah yang diberi kuasa dan mempunyai akses dalam hal ini, saya berpendapat orang Melayu wajar menyalahkan diri sendiri. Banyak orang Melayu yang kemaruk menjual tanah. Pantang ditawarkan harga yang tinggi, mudah benar mata mereka menjadi putih, mudah benar mereka hilang pertimbangan. Tanah orang Melayu tidak akan berpindah tangan jika mereka tidak menjualnya atau pemimpin yang dipertanggungjawab "menyerahkannya" kepada pihak tertentu.
Bercakap soal kemaruk menjual tanah, ingat kisah kemaruk orang Melayu menjual tanah di kawasan yang terletak di dalam dan bersebelahan dengan Wilayah Iskandar Johor suatu ketika dahulu? Yang malangnya, ejen atau pembeli tanah itu pula menjual tanah itu dengan harga yang lebih tinggi kepada pembeli yang lain. Jika berlaku di Johor, adakah orang UMCO akan menyalahkan pembangkang? Pulau Batu Putih dan tanah KTMB terlepas kepada Singapura, adakah UMCO mahu menyalahkan pembangkang?
Saya petik:
[SH] GEORGETOWN - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Muhamad Farid Saad mempertahankan tindakannya mendedahkan masalah tanah orang Melayu di Pulau Pinang bagi menyedarkan mereka daripada terus terlena.
Menurutnya, langkah tertentu perlu diambil bagai memastikan tanah yang ada tidak terus terlepas ke tangan orang lain yang mempunyai kuasa beli tinggi.
“Orang Melayu dihimpit dari pelbagai sudut sama ada oleh Kerajaan Negeri pimpinan DAP dan kuasa beli sektor swasta yang dikuasai kaum tertentu.
“Pelbagai polisi dan cara dilakukan untuk 'menghalau' atau meminggirkan orang Melayu dari tanah mereka sendiri.
“Orang Melayu menjual tanah yang ada kepada pemaju swasta kerana tawaran harga lumayan manakala penduduk berdekatan tidak mampu membeli rumah kerana harga di luar kemampuan mereka,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.
Menurutnya, tuduhan Ketua Menteri, Lim Guan Eng bahawa beliau bersikap rasis dengan membangkitkan masalah itu pada Perhimpunan Agung UMNO di Kuala Lumpur minggu lalu adalah tidak berasas.
“Saya membuat kajian terperinci. Hasilnya saya dapati tanah milik orang Melayu di Daerah Timur Laut hanya 1.16 peratus, Balik Pulau (15.07 peratus), Seberang Perai Utara (44.20 peratus), Seberang Perai Tengah (23.55 peratus) dan Seberang Perai Selatan (18.09 peratus).
“Secara keseluruhannya tanah milik orang Melayu di Pulau Pinang dan Seberang Perai hanya 20.41 peratus sahaja,” katanya.
Katanya, keadaan Melayu di Pulau Pinang kritikal adalah kerana kajian mendapati 7,000 orang akan kehilangan tempat tinggal kerana rumah mereka sekarang ini dibina di tanah milik orang lain seperti Kampung Jalan Pokok Asam, Kampung Binjai, Teluk Kumbar dan Bayan Lepas.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.