Remaja Simbah Cat Pada Surau Hanya Dikenakan Denda
Saya petik:
[Bernama] SEREMBAN: Mahkamah Majistret Sivil Seremban hari ini menjatuhi hukuman denda RM2,000 terhadap tiga remaja lelaki atas tiga pertuduhan berasingan dalam kejadian menyimbah cat dan melempar botol minuman keras di sebuah surau di Taman Pulai Impian, Sikamat, Seremban, Ogos lalu.
Ketiga-tiga mereka juga diperintahkan menjalani bengkel Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebulan sekali selama dua tahun.
Hukuman mengikut Seksyen 93 (1)(b) Akta Kanak-Kanak 2001 itu dibacakan oleh Majistret M Mageshwary.
Remaja pertama berumur 17 tahun, kedua 15 tahun dan ketiga 16 tahun, berasal di sekitar Ulu Temiang dan Sikamat, di sini didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 3 pagi dan 4 pagi, 23 Ogos lalu.
Ketiga-tiga remaja itu mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu ketika mereka dihadapkan di mahkamah pada 27 Ogos lalu.
Bagi pertuduhan pertama, ketiga-tiga remaja itu dijatuhi hukuman denda RM2,000 atau penjara enam bulan serta perlu menghadiri bengkel JKM sebulan sekali selama satu tahun atas dakwaan melakukan khianat dengan membaling botol di surau itu.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh kedua dan ketiga dikenakan bon sebanyak RM3,000 untuk berkelakuan baik serta perlu menghadiri bengkel JKM sebulan sekali selama satu tahun atas dakwaan khianat dengan menyimbah cat di surau yang sama.
Remaja pertama turut dikenakan bon sebanyak RM3,000 untuk berkelakuan baik serta perlu menghadiri bengkel JKM sebulan sekali selama satu tahun atas satu lagi pertuduhan iaitu bersubahat melakukan kesalahan menyimbah cat di surau terbabit.
Ketiga-tiga tertuduh diwakili peguam Datuk Lee Kong Fee, manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mahmud Abdullah.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.