Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, ,

Rabu, 20 Oktober 2010

Mereka Ingat RM5 Bilion itu RM5 Ribu?


Apabila timbul persoalan dan ketidakpuasan hati rakyat tentang cadangan untuk membina Menara Warisan setinggi 100 tingkat, Najib mahupun PNB mengemukakan pelbagai alasan. Najib mengatakan bahawa projek itu ialah cadangan PNB, bukannya rancangan kerajaan atau inisiatif kerajaan. Sejak bila PNB ini begitu berkuasa sehingga rancangan melibatkan pembangunan dengan kos setinggi itu (RM5 bilion) dibuat tanpa melalui PM dan jemaah menterinya? Mereka ingat RM5 bilion itu RM5 ribu?

Kata Najib lagi, pembinaan menara ini tidak akan merugikan kerana menara itu akan menyediakan tapak perniagaan kepada peniaga Bumiputera dan bukan Bumiputera. Cuba tanya Najib, di KLCC berapa kerat peniaga Bumiputera? Walhal KLCC juga diuar-uarkan untuk menjanakan ekonomi rakyat pelbagai kaum di negara ini.

PNB pula menegaskan bahawa pembinaan menara itu tidak melibatkan wang pelabur mahupun kerajaan. Jika begitu, dari mana perbadanan ini memperoleh sumber kewangan untuk membiayai projek mega itu? Jika bukan duit kerajaan, mengapa Najib mengumumkannya dalam Bajet 2011? Siapa kelentong, Najib atau PNB? Kalau guna dana PNB, apa kejadahnya umum dalam Bajet 2011? Mereka ingat RM5 bilion itu RM5 ribu?

Justeru, siapa yang percaya apabila PNB menegaskan bahawa perbadanan itu mampu menyediakan wang sejumlah RM5 bilion tanpa menyentuh wang pelabur mahupun dana kerajaan? Mereka ingat RM5 bilion itu RM5 ribu?

Ingat sebelum ini, PNB melancarkan Amanah Saham 1Malaysia, dan jumlah saham yang disediakan pula besar angkanya. Kata Najib dalam ucapannya, dana ekuiti AS 1Malaysia mencecah nilai RM10 bilion. Wow! Dalam berita di bawah ini pula menjelaskan bahawa PNB mengurus dana pelaburan bernilai RM140 bilion. Wow! Sekali lagi, mereka ingat RM5 bilion itu RM5 ribu?

Saya petik:
[MStar] KUALA LUMPUR: Permodalan Nasional Berhad (PNB)- pemaju mercu tanda baru ibu kota - Warisan Merdeka yang akan dibina di tapak sekitar Stadium Merdeka dengan nilai kos pembangunan RM5 bilion tidak akan menggunakan wang pelabur unit amanah dan juga wang kerajaan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, sebaliknya, projek tersebut akan dimajukan menggunakan wang hasil tabungan mereka sendiri.

Bagaimanapun katanya, PNB sentiasa boleh mencari atau memperolehi pinjaman daripada sumber lain atau pasaran selagi mereka mampu memaksimakan pendapatan mereka.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang akhbar yang diadakan bagi menjelaskan kedudukan sebenar projek tersebut.

Sejak Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengumumkannya dalam pembentangan bajet di Parlimen Jumaat lalu, pelbagai pihak telah mempersoalkan dari manakah pihak PNB akan memperolehi dana bagi membangunkan projek mega tersebut.

Malah Najib sendiri telah menjelaskan bahawa projek tersebut bukanlah sebuah projek inisiatif kerajaan.
PNB yang merupakan sebuah agensi berasaskan pelaburan buat masa ini mengurus dana bernilai lebih RM140 bilion dengan memiliki kepentingan dalam lebih 300 syarikat yang disenaraikan dan juga syarikat persendirian.

Sebahagian daripada projek Warisan Merdeka itu adalah menara setinggi 100 tingkat yang bakal menjadi mercu tanda baru ibu kota.

Kerja-kerja pembinaan projek ini akan bermula awal tahun depan dan dijangka siap sepenuhnya menjelang 2015.

  1. dari membazir buat bangunan tu baik kerajaan gunakan duit tu untuk membina projek rumah PPRT..masih ramai lagi golongan yang tidak berkemampuan untuk memiliki kediaman sendiri..kerajaan perlu peka dan memikirkan pelbagai aspek dari segi -ve atau +ve..banyak je bangunan komersial yg dbangunan dengan tujuan yg sama tapi xdimanfaatkan dengan sebaik2nya...

    ~Aishah Humaira~

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Khamis, Oktober 21, 2010 4:36:00 PG      
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH