Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Rabu, 27 Oktober 2010

Hanya Dua Baris Ayat tentang Sejarah Kesihatan Saiful??? Wow!!!


Saya petik:
[TVS] KUALA LUMPUR 27 OKT: Perbicaraan kes Fitnah II Datuk Seri Anwar Ibrahim diteruskan petang tadi dengan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah hari ini menolak permohonan pihak pembela daripada mendapatkan nota klinikal yang ditulis semasa pemeriksaan perubatan dijalankan ke atas saksi utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan di Hospital Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, hakim membenarkan pihak pembelaan untuk mendapatkan laporan awal yang disediakan oleh tiga doktor perubatan yang memeriksa Saiful pada 10 Julai, 2008.

Saksi pendakwaraya, Dr Mohd Razali Ibrahim yang memeriksa Saiful di HKL memberitahu mahkamah bahawa beliau dan dua rakan setugasnya ada mengambil nota semasa pemeriksaan yang dijalankan selama tiga jam di HKL.

Beliau bagaimanapun enggan menyemak nota tersebut untuk jawapan apabila ditanyakan soalan berulang kali oleh peguambela, Karpal Singh mengenai butiran laporan perubatan yang diberikan di mahkamah.

Karpal ditegur oleh hakim kerana bertanyakan berulang kali kepada Razali untuk mengingati dan menyatakan perincian laporan tetapi Karpal menegaskan sekiranya saksi tidak dapat mengingati sesuatu perkara, saksi boleh menyemak apa-apa nota yang diambil.

Hakim menerangkan kepada Razali bahawa beliau boleh menyemak apa-apa nota yang dibuat semasa pemeriksaan dan dengan berbuat sebegitu, pihak pembelaan dapat meminta untuk melihat nota tersebut.

"Walaubagaimanapun, kita tidak boleh memaksa anda menyemak nota tersebut," kata hakim.

"Ya, tetapi kita boleh mempengaruhi anda (Razali) dengan cara yang lembut," kata Karpal, bilik mahkamah riuh sementara dengan gelak ketawa hadirin.

Ditanyakan samada laporan ada dibuat pada 28 Julai, Razali berkata laporan hanya dibuat pada 29 Jun, bukannya 28 Jun, dan laporan awal disediakan pada 10 Julai tetapi tidak diserahkan kerana mendapat laporan analisis kimia selepas itu.

Razali juga memberitahu mahkamah terdapat dua laporan kimia diterima tetapi semasa ditanyakan sebelum ini, beliau menyatakan hanya satu laporan kimia yang diterima.

Beliau menyatakan, walaupun sekiranya mereka menerima beberapa laporan tetapi pada pandangan beliau semua itu bersamaan dengan satu laporan.

"Adakah itu bermaksud kamu menyatakan semua itu satu laporan sebab ada satu 'stack' dokumen? Saya tak faham," tanya Karpal, sekali lagi diikuti gelak ketawa dari hadirin mahkamah.

Karpal seterusnya bertanyakan samada Razali ada membaca laporan perubatan dari Hospital Pusrawi yang dibuat oleh Saiful sebelum diperiksa di HKL, beliau menjawab beliau ada membaca tetapi tidak dapat mengingat kembali secara terperinci.

Mahkamah menangguhkan perbicaraan sehingga esok 8.30 pagi.

Sankara Nair, peguambela Anwar yang ditemui di luar mahkamah berkata walaupun akses kepada laporan perubatan pada 10 Julai telah dibenarkan tetapi nota pemeriksaan itu lebih penting kerana ia dapat memberitahu pelbagai perkara seperti sejarah perubatan Saiful seperti diceritakan kepada Razali pada hari pemeriksaan.

"Yang penting, kita perlu tahu 'bowel movement', satu elemen penting yang tiada dalam mana-mana laporan perubatan. Dalam laporan perubatan yang kita ada sekarang, hanya ada dua ayat mengenai sejarah kesihatan Saiful," jelas Sankara.

Beliau berkata lagi, laporan perubatan yang diterima semalam dan hari ini merupakan laporan yang sama tetapi yang anehnya ialah semalam laporan itu tanpa tandatangan dan hari ini terdapat tandatangan ketiga-tiga doktor yang memeriksa Saiful.

  1. Tabik Singh! Gua banyak solute sama Lu... Lu hantam betul-betul dan Lu main betul-betul ini Melayu Cilaka! Biar dunia semua tahu, ini Melayu suka fitnah dan khianat dia punya Bangsa. Gua sebagai orang Melayu pun sangat geli sama ini orang, bila mau mampus ini keturunan pengkhianat bangsa dan Islam, Gua pun tak tau..

    gravatar Comment by 1Crony @ Rabu, Oktober 27, 2010 9:41:00 PTG      
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH