Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Isnin, 25 Oktober 2010

TV Islam "Al Hijrah" (HD) Akan Mula Bersiaran Mulai 1 Disember


Menarik! Saya petik:
[TMI] KUALA LUMPUR, 25 Okt – Stesen televisyen definisi tinggi percuma, TV Al-Hijrah akan memulakan operasinya Disember ini dengan peruntukan awal kerajaan RM60 juta manakala Felda dijangka menyalurkan tambahan RM100 juta.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, peruntukan awal kerajaan bagi saluran gaya hidup Islam itu adalah sebanyak RM60 juta dan kos itu dijangka mengalami peningkatan.

“Keseluruhan pembiayaan datang daripada kerajaan tetapi kami berharap pulangan daripada iklan akan berupaya untuk menampung kos operasi stesen ini.

“Pada peringkat awal, kerajaan telah memperuntukkan RM60 juta,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

Operasi stesen ini akan bermula 1 November manakala siaran pula 1 Disember.

Stesen itu dimiliki oleh Alhijrah Media Corporation, syarikat yang diperbadankan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Operasinya diterajui bekas ketua pegawai operasi TV9 Bukhari Che Muda.

Pengerusi Felda Tan Sri Yusoff Nor dilantik sebagai pengerusinya Oktober tahun lalu.

Jamil juga berkata, pihaknya masih mengadakan perbincangan dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk mendapatkan lebih banyak spektrum siaran ke seluruh negara.

Peringkat awal stesen ini akan menyiarkan programnya ke seluruh Lembah Klang, Terengganu, Wilayah utara dan timur Johor, Sabah dan Sarawak.

“Kawasan ini sudah memperoleh spektrum daripada suruhanjaya komunikasi,” kata beliau lagi.

TV Al-Hijrah merupakan saluran televisyen Islam pertama negara Malaysia. Kini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) juga memiliki radio hal ehwal Islam Salam FM.

Menurut maklumat diperoleh dari laman webnya, Al-Hijrah merupakan era baru evolusi maklumat hibur yang menawarkan pengetahuan dan pemahaman dunia Islam.

“Kami merupakan satu keluarga besar yang komited di dalam berkongsi maklumat pendidikan, hiburan dan penyatuan penonton Islam di Malaysia serta di masa yang sama, mendekatkan kepercayaan yang menyatukan kita bersama.

“Kami membawakan anda pertunjukan kreatif di seluruh dunia, program dan rancangan temu bual, siri filem dan drama yang memenangi anugerah, maklumat terbaru secara langsung dan komedi terbaik.

“Dengan teknologi penyiaran terkini, kualiti adalah keutamaan kami, sama ada dari segi visual atau kandungan,” katanya lagi.

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH