Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Ahad, 31 Oktober 2010

Calon BN Batu Sapi Tidak Fasih Berbahasa Kebangsaan? Awal-awal Lagi Sudah Wajar Ditolak!


Isu ini sudah banyak kali dibicarakan di blog-blog. Saya sudah nampak kelemahannya sewaktu penamaan calon tempoh hari apabila dua calon lain, iaitu wakil PKR dan SAPP lancar menuturkan komen dan pendapat dalam bahasa kebangsaan, namun balu mendiang MP BN di Batu Sapi ini bertutur dalam bahasa Inggeris.

Sehari selepas itu, beberapa blog ada mengulas hal itu. Baru-baru ini, TV3 ada menayangkan laporan tentang kempen pilihan raya yang dijalankan oleh calon-calon yang bertanding di sana. Dalam laporan itu, terselit klip yang memperlihatkan calon BN ini berucap dalam bahasa kebangsaan. Jelas kelihatan, calon BN ini membaca teks dan yang menyedihkan, tutur katanya pelat dan kelihatan seolah-olah "minah salleh" baru belajar bercakap dalam bahasa kebangsaan.

Pertama, sebagai pengundi di Batu Sapi, rakyat di sana perlu mempersoal jati diri calon BN ini yang kelihatan gagal bertutur dengan lancar dan fasih dalam bahasa kebangsaan. Walhal kefasihan berbahasa kebangsaan merupakan ciri penting kepada seseorang warganegara. Antara kriteria utama yang perlu dititikberatkan oleh warganegara asing yang mahu menjadi warganegara Malaysia ialah  kefasihan bertutur dan menulis dalam bahasa Melayu. Sebagai rakyat Malaysia, yang mengaku Malaysia adalah negaranya, layakkah dia bertanding untuk merebut kerusi Parlimen walhal dia sebagai rakyat Malaysia gagal memenuhi kriteria sebagai warganegara Malaysia tulen? Lebih memalukan, saya kira ratusan ribu pekerja asing yang bekerja di negara ini lebih fasih bertutur dalam bahasa kebangsaan berbanding dengan calon BN ini!

Kedua, sebagai pengundi, mereka harus mempersoal tentang kewajaran dia  mewakili suara mereka di Parlimen? Walhal di Parlimen segala perbahasan dan hujah dilakukan dalam bahasa kebangsaan. Jika wakil yang dipilih oleh mereka gagal menguasai bahasa kebangsaan, sampaikah suara mereka di Parlimen nanti, jika kebanyakan masa dia di Parlimen hanya duduk diam melihat MP lain berhujah?

Ketiga, sebagai pengundi, apakah alasan kukuh untuk menolak calon ini sedangkan mereka kegagalan calon itu menguasai bahasa kebangsaan dengan baik sudah melayakkannya, mewajarkannya awal-awal lagi  ditolak. Baik atas alasan patriotisme mahupun kesukaran yang bakal timbul untuk berkomunikasi dengan penduduk dan menyuarakan pendapat di Parlimen.

Ironinya, Pemimpin UMCO yang dilihat begitu patriotik sanggup menutup kelemahan calon BN ini demi memastikan kerusi Parlimen itu kekal milik mereka, walaupun terpaksa bertolak ansur dengan prinsip dan perjuangan mereka. Saya yakin jika calon PKR mahupun SAPP gagal berkomunikasi dengan baik menggunakan bahasa kebangsaan, sudah tentu poin itu akan dijadikan salah satu modal pilihan raya untuk mempengaruhi undi penduduk di Batu Sapi.

* Mungkin atas sebab itu juga, calon ini awal-awal lagi menolak cabaran debat calon PKR.

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH