[Kemas Kini] 3 Remaja Rakam & Liwat Budak 7 Tahun. Bagaimana Mereka Dapat Idea "LIWAT"?
Bagaimana remaja berusia 13 tahun ini mendapat idea "LIWAT"? Walhal perkataan ini agak jarang-jarang diketahui maksud atau bentuk perlakuannya sebelum ini.
Cuba fikirkan?
Budak ini berusia 13 tahun. Mereka lahir sekitar tahun 1997-1998. Pemecatan DSAI berlaku pada tahun 1998. Semua orang tahu, bahawa pada awal pemecatannya "perkataan "LIWAT" menjadi popular. Orang yang tinggal di ceruk kampung pun dapat mendefinisikan perkataan ini apabila ditanya, walaupun sebelumnya mereka langsung tidak mengetahui maksudnya.
Tuntasnya, sejak remaja-remaja ini lahir sampailah sekarang perkataan "LIWAT" kerap kali dibaca atau didengar sama ada di akhbar, di radio mahupun di kaca televisyen. Seolah-olah kena dengan "timing"nya pula, perkataan "LIWAT" kembali popular sejak belakangan ini. Sana liwat, sini liwat. Pernah kita terfikir bahawa populariti perkataan ini mencetuskan keinginan remaja untuk mengetahui maksud dan nikmat perbuatan tersebut?
Sebagai akibatnya, mereka melakukan "ekperimen" terhadap orang yang lain.
P/s: Saya tidak menafikan peranan video lucah, buku kartun lucah, klip video lucah, internet, laman sesawang lucah, laporan akhbar, ajakan rakan sebaya, filem, dan pelbagai faktor lain sebagai antara punca penularan masalah sosial dalam kalangan remaja hari ini.
Saya petik:
[UM] PULAU PINANG 28 Okt. - Polis menahan tiga remaja berusia 13 tahun kelmarin, setelah disyaki meliwat seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun di sebuah rumah pangsa di Bukit Gambir di sini, Ogos lalu.
Penahanan itu ekoran satu laporan yang dibuat keluarga mangsa di Balai Polis Jelutong, di sini kelmarin.
Kejadian tersebut terbongkar setelah keluarga mangsa menyaksikan satu rakaman klip video aksi seks luar tabii itu yang tersebar di kalangan remaja di kawasan tersebut sejak kebelakangan ini.
Klip video selama kira-kira 30 saat itu dipercayai dibuat di kawasan kaki lima sebuah rumah pangsa oleh salah seorang rakan remaja lelaki terbabit menggunakan telefon bimbit milik seorang lagi rakannya.
Semua remaja itu yang dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, direman empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan kes tersebut.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi di sini hari ini mengesahkan menerima laporan tersebut.
"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 377C iaitu kesalahan melakukan hubungan seks di luar tabii yang dilakukan tanpa kerelaan, secara paksa atau dengan ugutan," katanya.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.