Video Seks Tiger Woods Palsu.
Sebelum ini, saya ada terjemah berita berkaitan dengan video seks Tiger Woods. Rupa-rupanya video itu palsu. Memandangkan Kosmo sudah menterjemahkan berita itu, maka saya salin dan tampalkannya di sini. Saya petik:
[Kosmo] TAMPA - Seorang lelaki di Amerika Syarikat (AS), Teneal Goyco mendakwa dia dibayar sebanyak AS$1,000 (RM3,108) untuk menyamar sebagai bintang golf, Tiger Woods dalam video seks yang turut dibintangi oleh seorang pelacur, Devon James, lapor sebuah akhbar semalam.
"Saya bersetuju dengan rancangan itu demi wang, selain dapat berasmara dengan seorang wanita cantik," kata Goyco dalam satu wawancara eksklusif dengan laman web hiburan RadarOnline.com baru-baru ini.
Menurutnya, dia diminta memakai pakaian sukan oleh Devon dan suaminya supaya kelihatan seperti Woods.
Wanita itu turut memanggilnya dengan nama Woods sepanjang rakaman adegan seks mereka sebagai cara untuk memperdayakan orang ramai.
Devon sebelum ini mendakwa pernah menjalin hubungan sulit dengan Woods dan turut membuat dakwaan palsu bahawa pemain golf No.1 dunia itu adalah bapa kepada anak lelakinya, Austin T James.
Dia kini mengenakan bayaran AS$25.95 (RM80.70) untuk pembeli membuat tempahan awal satu pita video itu yang akan dihantar mulai 15 November depan.
Pada awal tahun lalu, Woods, 34, terbabit dalam skandal seks dengan beberapa wanita yang membawa kepada perceraian dengan isterinya, Elin Nodegren pada 23 Ogos lalu. - Agensi
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.