Kes "Tupai Junior" Menebuk "Putik Kelapa"
Apa nak jadi? Asalnya suka sama suka. Namun apabila dilaporkan kepada polis, kes ini diklasifikasikan sebagai kes rogol. Menurut pengakuan suspek, mereka sering melakukan hubungan seks di rumah remaja perempuan ini.
Yang sedihnya, mangsa itu berusia 13 tahun. Semakin hari semakin muda usia gadis di Malaysia ini kehilangan dara. Bukannya kerana dirogol, tetapi kerana angkara seks bebas.
Ingatan kepada ibu bapa. Ingatan ini bukan yang pertama dan bukan yang terakhir disiarkan di blog ini. Tolong pastikan anak anda tidak menjadi "tupai junior" atau "putik kelapa yang sudah berlubang". Masalah begini semakin membarah dalam masyarakat. Semalam, budak perempuan berusia 12 tahun maut selepas terjatuh dari pangsapuri 6 tingkat kerana mengelak dicekup buat maksiat dengan tiga remaja lelaki.
Saya petik:
[BH] AMPANG: Seorang pelajar lelaki Tingkatan Empat ditahan polis selepas disyaki merogol rakan sekolahnya, pelajar perempuan berusia 13 tahun di rumah mangsa di sekitar Ulu Klang di sini, Jumaat lalu.
Suspek berusia 16 tahun dikatakan melarikan diri ketika sedang melakukan perbuatan terkutuk itu di rumah pelajar perempuan apabila bilik itu diserbu bapa dan bapa saudara mangsa, pada jam 1 tengah hari.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan, berkata mangsa mengaku di hadapan bapa dan bapa saudaranya dia pernah mengadakan hubungan seks dengan suspek beberapa kali sebelum ini.
Berikutan itu, bapa mangsa membuat laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah Ampang Jaya di sini, dan anggota polis menahan suspek di rumahnya di sekitar Keramat, pada hari sama.
“Suspek turut mengaku pernah melakukan hubungan seks dengan mangsa ditahan reman tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
“Pasangan itu mengaku mereka sering menjalinkan hubungan haram di rumah pelajar perempuan itu ketika ibu bapa mangsa tiada di rumah,” katanya di sini, semalam.
Abd Jalil menasihatkan kepada semua ibu bapa supaya menjadikan kes itu sebagai contoh dengan memberikan perhatian lebih kepada anak mereka terutama perempuan dan dinasihatkan tidak meninggalkan anak mereka keseorangan di dalam rumah.- Suhana Roslan
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.