Calon PAS di Galas Mendoakan Agar Allah Mengampunkan Blogger UMCO yang Memfitnahnya
Sebelum dilaporkan oleh Malaysia Kini, saya ada menimbulkan soal fitnah blogger UMCO terhadap calon PAS di Galas, Dr Zulkefli Mohamad. Saya tulis di sini.
Petang semalam, Malaysia Kini menyiarkan respons Dr Zulkifli berhubung dengan fitnah tersebut. Yang menariknya, beliau tidak beremosi dalam menjawab fitnah jahat ini. Sebaliknya, beliau dengan rasa rendah diri memohon Allah agar mengampunkan dosa orang yang menimbulkan fitnah tersebut.
Malaysia Kini melaporkan:
Tidak sampai 24 jam selepas diumumkan bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Galas, calon PAS Dr Zulkefli Mohamad menjadi sasaran media rasmi Umno - Umno Online - yang melaporkan bahawa beliau pernah ditangkap berkhalwat.
Media rasmi Umno yang memetik laporan beberapa blog mendakwa Dr Zulkefli pernah ditangkap khalwat dengan 'isterinya' sekarang, Ramelah Mat Jusoh.
Dalam reaksinya terhadap laporan itu, Dr Zulkefli yang juga pemangku Yang Dipertua PAS Gua Musang menafikan perkara itu.
Malah, katanya, Ramelah yang dilaporkan itu adalah ibunya.
Dr Zulkefli, sebaliknya menjelaskan isterinya bernama Zainab Jalar.
"Fitnah semata-mata, - boleh buat semakan di mana-mana pejabat agama di Kelantan dan seluruh Malaysia," katanya dalam jawapannya melalui SMS kepada Malaysiakini.
Selain mendakwa Dr Zulkefli pernah ditangkap berkhalwat, Umno Online juga memperlekehkan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sebelum ini mengenakan syarat untuk menjadi calon adalah bukan perokok dengan memberikan gambaran seolah-olan beliau adalah perokok.
"Saya tidak merokok. Semoga Allah mengampuni dosa mereka yang membuat fitnah," kata Dr Zulkefli.
Dr Zulkefli diumumkan sebagai calon PAS oleh Nik Aziz di Gua Musang malam semalam.
Beliau adalah bekas calon PAS yang bertanding menentang Ketua Umno Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dalam pilihan raya umum 2008 tetapi tewas.
Berusia 44 tahun, Dr Zulkefli merupakan anak ketujuh daripada 10 adik beradik.
Beliau adalah lulusan ijazah sarjana muda perubatan dan pembedahan, Universiti Malaya pada tahun 1992.
Dr Zulkefli mengendalikan klinik sendiri di Chiku 3, Gua Musang....Abdul Rahim Sabri
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.