PAS Bayar Kos Balik Kampung Pengundi Luar? Jangan Cari Fasal PAS!
Saya petik:
[MK] PAS akan membayar sehingga RM250 kepada pengundi yang berada di luar DUN Galas bagi menampung kos perjalanan mereka untuk keluar mengundi pada 4 November nanti.Semasa berlangsungnya beberapa PRK yang lalu, kebanyakan blog pro-PR menghentam BN apabila parti itu dikatakan membayar pengundi untuk mengundi parti itu. Kali ini PAS menyatakan bahawa parti itu akan membayar kos balik kampung pengundi luar sehingga RM250. Menurut berita di atas, ada kira-kira 1557 orang pengundi luar. Jika BN sebelum ini dikatakan membeli undi dan PAS pula kini seolah-olah cuba melakukan hal yang sama, tetapi menggunakan pendekatan yang berbeza.
Pengarah jentera pilihan raya PAS bagi pilihan raya kecil itu, Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman berkata, bayaran itu bukanlah satu bentuk rasuah.
Katanya, bayaran tersebut hanyalah untuk memudahkan kumpulan pengundi berkenaan, sejumlah 1557 orang bagi keluar mengundi.
"Kalau pengundi luar ini tidak balik, kita risau juga.
"Kita tisak mahu jumlah keluar mengundi kali ini kurang daripada 81 peratus," katanya.
Sejumlah besarnya merupakan 675 orang pengundi Melayu dan 215 orang pengundi Cina yang berada di luar Kelantan.
Seramai 290 orang pengundi berada di luar kawasan DUN Galas manakala seramai 372 orang pula berada di luar kawasan parlimen Gua Musang, katanya lagi.
"Kita berjanji lepas mereka mengundi kita akan bayar kepada mereka," katanya dalam satu sidang media hari ini.
Apabila PAS berjanji untuk membayar sejumlah wang untuk kemudahan pengundi luar, maka hal ini sudah mewujudkan elemen "terhutang budi" kepada pengundi yang bakal menerima wang tersebut. Logiknya, orang yang terhutang budi lazimnya akan cuba membayar hutang itu dengan cara yang menguntungkan pihak yang berbudi. Justeru langkah itu walaupun kelihatan murni akan dilihat orang sebagai suatu bentuk rasuah.
Jadi sebelum hal ini dijadikan "peluru" dan "bom" oleh blogger dan pemimpin BN, baiklah PAS Kelantan melupakan sahaja hasrat tersebut. Walaupun berniat baik, namun langkah tersebut mungkin akan digunakan oleh pihak yang sentiasa mencari kelemahan dan kesilapan PAS dan sudah tentu hal itu akan menjejaskan peluang parti itu untuk mempertahankan kerusi DUN Galas.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.