[Gambar] Keganasan Polis, Lelaki Ditembak Mati dari Jarak Dekat
![]() |
| Pihak polis tentera Pakistan menembak Sarfaraz Shah. |
![]() |
| Mangsa rebah selepas ditembak beberapa kali. |
![]() |
| Sarfaraz Shah berdarah sehingga mati. |
![]() |
| Ratusan orang yang terdiri daripada kaum keluarga dan sahabar handai menghadiri pengebumian Sarfaraz Shah. |
Hanya kerana dituduh merompak, seorang lelaki mati ditembak oleh polis tentera di Pakistan.
Menurut laporan di DM, lelaki yang dikenal dengan nama Sarfaraz Shah diheret oleh sekumpulan polis tentera di Karachi Pakistan. Dia telah dituduh merompak. Dalam klip video yang berjaya dirakamkan oleh jurukamera sebuah televisyen, Sarfaraz dilihat merayu kepada sekumpulan polis tentera tersebut. Namun, rayuannya tidak diendahkan, malah dia ditembak dua kali - di kaki dan di lengan- dari jarak dekat oleh seorang pegawai polis tentera.
Selepas ditembak, Sarfaraz Shah rebah ke tanah dan menjerit kesakitan. Dia kemudian meninggal dunia kerana pendarahan teruk akibat tembakan. Kumpulan polis tentera yang terlibat dalam kes ini hanya melihat dan berbual-bual di tepi jalan.
Menurut sumber berita, kejadian kejam dan ngeri ini berlaku berhampiran dengan sebuah taman yang dinamakan sempena nama bekas Perdana Menteri Pakistan Benazir Bhutto- yang dilabel oleh dunia sebagai simbol demokrasi. Video ini telah mencetuskan kritikan hak asasi manusia di Pakistan terhadap kerajaan yang tidak popular dalam kalangan rakyat dan dikatakan telah gagal untuk mengawal kuasa polis dan tentera.
Jurukamera yang bertanggungjawab merakam video yang memaparkan keganasan pasukan beruniform Pakistan dan saat-saat kematian Sarfaraz ini telah menerima ancaman bunuh. Hal ini diakui oleh majikan di sebuah stesen TV tempatan.
Manakala Perdana Menteri Pakistan Yousuf Raza Gilani dalam suatu kenyataannya berkata siasatan akan dijalankan selepas insiden ngeri di Karachi ini dan pesalah akan dihukum.

Salah seorang saudara kepada Sarfaraz Shah memberitahu media, "Saudara saya tidak bersalah, dia sedang berjalan-jalan di taman. Seluruh dunia telah melihat apa yang telah terjadi."
P/s: Kejam dan sadis!!!

Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.