Pejabat UMCO Disimbah Cat Kuning, Carilah Modal Lain!!!
FMT melaporkan Pejabat Umno Bahagian Cheras dan Bandar Razak di Kuala Lumpur disimbah cat kuning dan dilempar bangkai ayam awal pagi tadi.
Pejabat Umno Bandar Tun Razak dilempar enam ekor bangkai ayam - dua semalam dan empat awal pagi tadi. Manakala Pejabat Umno Cheras dilempar empat ekor bangkai ayam selain disimbah cat kuning.
Ketua Umno bahagian, Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, kejadian itu disedari pekerjanya awal pagi tadi.
“Bila mereka datang pejabat mereka ternampak simbahan cat kuning di dinding dan terdapat empat ekor bangkai ayam.
“Pekerja saya telah membuat laporan polis di Balai Polis Pudu,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Syed Ali mendakwa pihak yang tidak bertanggungjawab itu cuba mencetuskan provokasi supaya ahli Umno bertindak balas terhadap Perhimpunan Bersih yang dirancang 9 Julai depan.
P/s: Sudahlah, jangan berlakonlah. Muak!!! Orang ramai tahu niat kamu!!!
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.