[Kemas Kini] Lepas Hudud dan Cerdik Pandai Agama, Maahad "Mangsa" Terkini Utusan Malaysia?
Tiada lagi tindakan diambil oleh pihak berkuasa terhadap maahad yang didakwa terlibat dalam aktiviti keganasan, namun Utusan Malaysia sudah menyiarkan artikel yang dikhuatiri mencetuskan persepsi buruk kepada institusi pendidikan agama di negara ini.
Jika benar sumber risikan itu mempunyai bukti seperti yang didakwa, mengapa sehingga kini tiada tindakan diambil? Belumpun reda isu kartun hina ulama dan hudud, tulisan yang disiarkan pada halaman hadapan akhbar milik UMCO ini mencetuskan persoalan baharu.
Namun, artikel yang memetik kata-kata Menteri Agama UMCO yang disiarkan di Mstar pula mengatakan sebaliknya. Kata Jamil Khir, tiada sekolah agama di negara ini merekrut pelajar sertai JI. Siapa yang kelentong?
Kita wajar mendesak Utusan mendedahkan sumber maklumat artikelnya dan meminta mereka mengemukakan bukti agar pendedahan akhbar itu tidak memburukkan nama institusi pendidikan agama di negara ini.
Kemas Kini (20/6):
Kotak komen blog ini menerima maklumat daripada rakan saya yang bekerja di Utusan. Dia menegaskan bahawa laporan yang disiarkan oleh akhbar itu berasas dan pendedahan itu dibuat untuk menyedarkan orang Melayu tentang fahaman "keras" yang dipromosikan oleh maahad yang didakwa. Katanya, laporan itu tiada unsur politik.
Dalam artikel pendek di atas, saya mempersoal laporan tersebut yang dibuat secara umum. Sebagai ahli masyarakat, yang tidak mempunyai maklumat lanjut, saya mempertikaikan impak artikel itu kepada institusi pendidikan agama. Memandangkan dia berkata bahawa pendedahan itu dibuat bukan atas dasar politik, maka saya telah memadam bahagian-bahagian yang menyentuh soal politik.
Bagi saya, jika benar ada maahad yang mempromosikan keganasan, maka tindakan harus dibuat barulah dihebohkan kepada media. Pada saya cara itu lebih baik daripada mencetuskan spekulasi dan persepsi.
Hari ini Utusan ada membuat laporan lanjut tentang isu tersebut. Gambar maahad yang didakwa mempromosikan keganasan itu juga terpampang di muka hadapan akhbar itu. Maka kini terpulang kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan atau pihak maahad mengambil tindakan untuk membela dan membersihkan nama maahad mereka.
Laporan susulan Utusan berkaitan dengan isu ini. Baca di sini, |
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.