Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Jumaat, 17 Jun 2011

Wow, Al Ustazz Perkasa dan Al Ustazz Jurublog UMCO "FATWAKAN" Utusan Tidak Menghina Hukum Islam!


Beberapa orang cerdik agama ada berhujah dalam blog/portal tentang perbezaan zina dan rogol. Mengapa zina tidak boleh disamakan dengan kes rogol? Mengapa kes zina memerlukan empat saksi, manakala kes rogol memerlukan bukti? Anda boleh baca di sini, di sini, dan di sini. untuk mendapatkan gambaran lanjut.

Saya petik sedikit kata-kata SU Agung Persatuan Ulama Malaysia, “Kartun ini hina Islam sebab dalam kes zina memang rakaman video tidak boleh dijadikan bukti tapi dalam kes rogol ia boleh dipertimbangkan dengan rakaman video itu disahkan dulu. Kes rogol bukan perbuatan zina, saya rasa pelukis ini silap dan tidak faham."

Sebenarnya, kisah penghinaan hukum Islam ini dapat kita baca sejak tersebarnya video fitnah Mac lalu di blog-blog pro-UMCO. Kalau anda rajin menjenguk blog-blog yang "bertuhankan" UMCO, anda tentu biasa membaca artikel yang ditulis berlandaskan logik akal mereka berkaitan dengan hal ini. Sampai ada yang menggantikan 4 saksi kepada DNA, video, dan sebagainya. Baru sebentar tadi, seorang pengunjung memberikan komen pada artikel tentang lelaki lahanat yang merogol anak jiran dan mencabul anak kandungnya. Katanya "bayangkan kalau dia minta 4 orang saksi....mesti lepas punya...". Walhal saya ada memautkan  beberapa artikel yang menyentuh isu perbezaan zina dengan rogol dalam blog ini dalam kiriman sebelumnya, namun orang yang gelap hatinya, yang taksub kepada dakyah jurublog UMCO enggan menerima hujah atau membaca artikel-artikel tersebut.

Hari ini al ustazz Perkasa dan al ustazz jurublog UMCO seperti yang disiarkan oleh keratan akhbar di atas cuba menjustifikasikan penyiaran kartun yang menghina hukum Islam di Utusan. Semalam al ustazzz Zul Kulim telah menulis perkara yang sama di blognya. Tulisannya langsung tidak ubah seperti tulisan pencacai UMCO. Persoalannya, siapa mereka mahu memberikan pandangan? Kata al ustazz Perkasa, karikatur bertajuk Kekeliruan Kes Rogol tidak menghina Islam sebaliknya, mahu menyindir pihak yang terlalu obses serta takut untuk menghukum pemimpin politik yang melakukan zina. Kata SUnya, sindiran tersebut wajar dibuat kerana terdapat golongan yang mendakwa diri mereka sebagai ulama, sanggup membela dan menutup sebelah mata mengenai kesalahan zina, meskipun segala bukti jelas mendedahkan aksi jijik tersebut. 

 Pertama, apa kelayakan si Syed Hassan Syed Ali atau jurublog kaki fitnah ini untuk bercakap soal hukum sedangkan Persatuan Ulama Malaysia yang mempunyai kelayakan sudah menegaskan bahawa kartun itu menghina hukum Allah? Kedua, siapa pemimpin yang dikatakan berzina itu? Jika tuduhan/fitnah dilemparkan kepada DSAI, apa bukti mereka berkata demikian? Sehingga kini, polis masih berdolak-dalik tentang pelaku dalam video itu. Mereka pun tidak berani menyebut nama pelaku video itu. Jika benar polis dapat mengesahkan pelaku dalam video itu, sudah lama PDRM mengumumkan secara rasmi di media. Anda fikir PDRM akan berdolak-dalih jika mempunyai mereka mempunyai bukti yang kukuh mengaitkan DSAI dengan video fitnah itu? Namun sehingga kini, mereka hanya berdolak-dalik! Apa bukti yang mengatakan DSAI berzina, melainkan tuduhan yang dibuat itu hanya fitnah semata-mata? Jika ada bukti, maka buatlah pertuduhan di mahkamah syariah. Apa susah-susah?

Persoalan mudah: Siapa malaon yang berlakon sebagai DSAI pada video yang kononnya dirakam pada 21/2? Sila lihat perbezaan yang terdapat pada gambar!

Manakala jurublog UMCO seperti yang dipetik oleh akhbar itu hanya memeprtahankan karikatur tersebut, tanpa memberikan hujah dari sudut agama.

Yang pelik, sehingga kini, tuan mufti yang ditugaskan menjaga hal ehwal agama langsung tidak bersuara. Walhal isu yang dipersendakan melibatkan hukum Allah. Adakah kerana yang membuat angkara itu akhbar UMCO, maka mereka menikus takut untuk bersuara? Majlis Fatwa Kebangsaan pula apa cerita? Takut juga? Jika begitu halnya, pandai-pandailah menjawab nanti! Kalau orang melabelkan anda sebagai "syaitan bisu", janganlah pula melenting!


Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH