Kos Lawatan Najib-Suami RM17 Juta, Muhyiddin-Isteri RM8 Juta
Perbelanjaan lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dari 2008 hingga 2011 berjumlah RM17,118,650.58 lapor Harakah Daily berdasarkan jawapan yang diberikan di dalam Dewan Rakyat.
Lebih tepat, perkara itu dimaklumkan kerajaan dalam jawapan bertulis terhadap soalan Tian Chua (PKR-Batu). Tian Chua dalam soalannya bertanya kepada Perdana Menteri tentang jumlah perbelanjaan lawatan rasmi beliau dan suami serta Timbalan Perdana Menteri dan isteri mengikut tarikh, lokasi dan tujuan dari tahun 2008 hingga 2011. Beliau juga mahu Dewan Rakyat diberitahu tentang jumlah perbelanjaan mengurus suami Perdana Menteri bagi tempoh sama.
Dalam jawapannya, Najib dan Rosmah membelanjakan RM1,739,332.85 pada tahun 2008, RM4,811,837.48 (2009), RM5,140,307.99 (2010) dan RM5,427,172.26 untuk tempoh sehingga Jun 2011. Tiada perbelanjaan khusus untuk suami PM. Bagi peruntukan khas kepada Rosmah pula, Jabatan Perdana Menteri tidak menyediakan peruntukan khas bagi perbelanjaan mengurus.
Sementara itu, bagi lawatan rasmi Tan Sri Muhyiddin Yasin dan isteri pula, kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM8,020,328.07 untuk tempoh sama.
Sebelum ini, Pakatan Rakyat mempersoal belanja yang ditanggung kerajaan terhadap lawatan Rosmah ke Turki atas kapasitinya sebagai First Lady Of Malaysia (FLOM). Perbelanjaan itu termasuklah lawatan Rosmah ke Turki selama tiga hari dengan ditemani isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Pada 14 Mac lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz memaklumkan bahawa tiada peruntukan khusus oleh kerajaan kepada aktiviti First Lady. Sebelum ini juga, Dewan Rakyat turut dimaklumkan bahawa kos keseluruhan lawatan rasmi isteri Rosmah ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76. Malah, Rosmah didakwa turut berbelanja hampir RM140,000 bagi penginapan hotel mewah, Atlantis di Dubai hanya untuk satu malam.
P/s: Kita bukanlah mempertikaikan lawatan pemimpin ke luar negara. Sudah menjadi tugas mereka untuk melaksanakan tugas yang telah diamanahkan. Kita cuma mempertikaikan jumlah wang rakyat yang dihabiskan untuk tujuan tersebut. RM25 juta itu suatu jumlah yang cukup besar.
Antara persoalan yang timbul: Berapa banyak orang yang mengikuti rombongan PM dan suami? Apakah yang dibelanjakan oleh PM dan suami ketika berada di luar negara sehingga jumlah perbelanjaan itu mencecah nilai yang cukup besar? Berdasarkan angka yang diberikan, sehingga Jun 2011 lebih RM5.4 juta wang rakyat telah digunakan untuk membiayai Najib dan suami di luar negara. Adakah wang yang sama digunakan untuk membiayai urusan peribadi Najib dan suami di luar negara? Misalnya, meraikan konvokesyen anak di AS dan urusan merisik dan pertunangan anak di Kazastan seperti yang hangat diperkatakan baru-baru ini.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.