Saya petik:
Laporan 1
[SH] NUSAJAYA - Kerajaan Negeri menerusi Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) giat memantau saki baki ahli kumpulan ajaran sesat yang dikenali sebagai Kumpulan Layar Bahtera yang dikesan bergiat aktif di Masai, Johor.
Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, seramai 25 ahli kumpulan terbabit ditahan iaitu 22 lelaki dan tiga wanita berusia antara 30 hingga 40 tahun di sekitar Taman Rinting pada awal bulan ini kerana mengamalkan ajaran sesat.
Beliau berkata, ajaran berkenaan diketuai seorang lelaki berusia 40 tahun berasal dari Selangor yang sudah diharamkan pada 2010 dan diwartakan pada tahun ini, menyebar fahaman bertentangan dengan ajaran Islam sejak tiga tahun lalu.
“Ketua kumpulan itu yang dipanggil Nakhoda, mendakwa mengetahui segala ilmu dan benda ghaib, menyatakan semua manusia adalah Allah, malaikat adalah manusia yang taat, jin adalah manusia dikurniakan ilmu yang tiada pada manusia biasa serta iblis adalah manusia yang melakukan kemungkaran.
“Selain itu, kumpulan itu juga mendakwa syaitan adalah manusia yang menjadi penghasut, Gunung Tursina di Timur Tengah adalah Gunung Ledang serta mentafsir ayat al-Quran serta hadis mengikut cita rasa sendiri,” katanya pada sidang akhbar selepas Sidang Dewan Undangan Negeri Johor ke-12, di sini, semalam.
Zainal Abidin berkata, kumpulan itu juga tidak mengamalkan sembahyang wajib lima waktu dan sudah mengumpul hampir 40 pengikut sejak lebih tiga tahun lalu.
“Kita juga mengesan kumpulan itu giat menyebarkan fahaman mereka menerusi laman sesawang tetapi kita sudah meminta kerjasama pihak berwajib untuk menutupnya,” katanya.
Katanya, siasatan juga mendapati pengikut kumpulan terbabit kebanyakannya bekerja sebagai mekanik dan pekerja kontrak dan rumah ketua kumpulan terbabit dijadikan markas penyebaran agama sesat.
Kesemua yang ditahan akan didakwa mengikut Seksyen 4(1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997 yang menetapkan hukuman denda RM5,000 atau penjara tiga tahun atau enam kali sebatan atau kedua-duanya.
Laporan 2
[HM] JOHOR BAHRU: Bukan setakat menyamakan laungan azan umpama anjing menyalak bukit, pengikut ajaran sesat Kumpulan Layar Bahtera diwajibkan membayar ‘zakat’ setiap bulan daripada sebahagian pendapatan bulanan kepada ketua mereka yang digelar Nakhoda.
Pada masa sama, pengikut ajaran sesat terbabit turut mempercayai merokok adalah solat, manakala nikah adalah haram, isteri masing-masing pula boleh digomol dan diperlakukan sesuka hati oleh Nakhoda, manakala suami hanya berperanan sebagai penjaga isteri masing-masing saja.
Bagaimanapun, Nakhoda yang berusia 40-an meletakkan syarat hanya dia saja yang boleh melakukan perkara terbabit terhadap isteri dan anak gadis pengikutnya, tetapi isteri dan anak gadisnya yang dikatakan menggiurkan tidak boleh disentuh sesiapa.
Pendedahan itu dibuat seorang bekas ahli kumpulan berkenaan dikenali sebagai Mail, 22, yang bertaubat selepas menyedari ajaran itu jauh menyimpang.
“Saya menyertai ajaran berkenaan kira-kira setahun lalu selepas mengetahuinya melalui kenalan.
“Pada mulanya ia hanya suka-suka dan sepanjang sebulan, Nakhoda yang tinggal di sekitar Taman Rinting, Masai, mengajar perkara berkaitan ketuhanan....
P/s: Kadang-kadang kita rasa pelik apabila ada orang yang mudah terpengaruh oleh ajaran sesat. Cetek sangatkah ilmu gama mereka? Kadang-kadang yang terjebak itu bukanlah jahil sangat.
balun trus... tpi kn ada otak,telinga dn mata fikiran sendiri. jdi jngan cepat mnghukum. Media cetak sekarang skrng tk ubah mcm mulut kera, main tadah je apa yg masuk kedlmnya janji dpt keuntungan. tanpa dtg bertanya mndengar pndapat dri sebelah pihak lagi. ini sikap g adil yg di ajar oleh rasul dan agama. knpe tk amalkn?...fikir2kn lah...
Comment by Tanpa Nama @ Rabu, Jun 29, 2011 6:42:00 PTG