Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

▼

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label ajaran sesat. Papar semua catatan

, ,

Selasa, 23 September 2014

Wanita Dipaksa Tidur dengan 1,800 Lelaki


Jacqueline Marling dan Colin Batley
[Harian Metro] Anak seorang wanita yang terbabit dalam satu ajaran sesat berikrar dia tidak akan memaafkan ibunya, Jacqueline Marling, yang kejam kerana memaksanya tidur dengan 1,800 lelaki.

Wanita itu, Annabelle Forest berkata, dia dipaksa melihat ibunya melakukan seks dengan pemimpin ajaran sesat, Colin Batley sebagai sebahagian proses memasukkannya ke dalam kumpulan itu ketika dia berusia tujuh tahun.

Pada usia 11 tahun, dia diperkosa Batley, kejadian yang disifatkannya sebagai ‘paling sakit dan mengejutkan pernah dialaminya.’ Annabelle mendedahkan pengalamannya itu dalam wawancara dengan Wales Online, semalam.

Dia juga menceritakan secara terperinci mengenai pengalaman perit dilaluinya selama 10 tahun dalam buku berjudul ‘The Devil on the Doorstep: My Escape from a Satanic Sex Cult.’ “Selepas diperkosa, dia (Batley) bertanya sama ada saya seronok.

“Saya tahu apa yang perlu saya jawab.

Saya kata seronok.

“Tetapi di dalam hati, saya merasakan seperti hendak mati,” kata Annabelle dalam bukunya itu.

Bagaimanapun, kejadian paling buruk menyusuli apabila dia didera secara seksual oleh ibu kandungnya sendiri ketika berusia 14 tahun.

“Ibu saya wanita jahat dan saya tidak boleh memaafkannya,” kata Annabelle.

Menurutnya, dia dipaksa tidur dengan 1,800 lelaki untuk mengutip dana bagi gereja milik agama itu.

“Saya menjadi pelacur untuk membantu kumpulan itu.

Siang saya ke sekolah.

Malam saya dipaksa melacur,” kata Annabelle di dalam bukunya itu.

Batley dan Jacqueline dipenjara pada 2011 selepas didapati bersalah mendera Annabelle secara seksual.

Fahaman ajaran mereka berdasarkan buku berjudul Book of the Law karangan Aleister Crowley.

Mereka membuat kanak-kanak beranggapan cara mendekatkan diri dengan tuhan ialah dengan melakukan seks. -23/9/14


, , , ,

Isnin, 19 Mei 2014

"Nabi" Guna Kemaluan untuk Sembuhkan Pesakit


[HM] Bulawayo, Zimbabwe: Seorang lelaki mendakwa dirinya ‘nabi’ dihantar tuhan khas untuk menyembuhkan wanita menggunakan kemaluannya dipenjara 17 tahun selepas didapati bersalah merogol jiran.

Lungile Ncube, 32, dari Worringham didakwa mengumpan mangsa dengan memberitahu kemampuannya menyembuhkan sakit perut yang dialami wanita terbabit.

Bagaimanapun, Ncube meyakinkan mangsa bahawa proses rawatan mesti dilakukan melalui hubungan seks. Dalam perbicaraan, majistret Sikhumbuzo Nyathi berkata banyak kes sebegitu terjadi di negara berkenaan. Kata Nyathi, perkembangan itu sangat membimbangkan dan penjenayah harus dikenakan dihukum keras. 

“Ia sangat menjengkelkan apabila tertuduh menyalahgunakan kuasa dan kepercayaan orang ke atasnya,” katanya. 

Nyathi kemudian menetapkan Ncube dihukum penjara selama 17 tahun dan tiga tahun daripadanya akan dikenakan bergantung kepada kelakuannya selepas dibebaskan. 

Menurut hakim itu, memang ramai wanita datang mendapatkan khidmat pawang atau bomoh bagi mengatasi masalah batin masing-masing.

Namun, katanya, apa yang berlaku sangat menyedihkan apabila mangsa ditipu dan diperlakukan begitu.

Pendakwa Masimba Saruwaka memberitahu mahkamah pada 28 Januari Ncube memanggil mangsa ke rumah dan mendakwa sebagai nabi yang menerima wahyu.

Ncube meminta wanita terbabit meminum air dicampur dengan garam sebelum mengarahkannya menanggalkan pakaian. 

Beberapa minit kemudian Ncube kembali bersama baldi yang mengandungi campuran tanah dan air dan mengarahkan mangsa supaya berbaring.

Dia kemudian merogol mangsa.

Apabila wanita terbabit mempertikaikan perbuatan itu Ncube mendakwa ia adalah sebahagian daripada ritual yang perlu diikuti dalam proses penyembuhan. - Agensi/19/5/14


, ,

Selasa, 17 Disember 2013

Tuhan Harun dan Pengikut Berdepan Hukuman Mati


'Tuhan Harun' bersama isteri ketiga dan 2 pengikut dituduh terbabit kes bunuh pegawai kanan Jabatan Agama Islam Pahang
[BH] Kuantan: Ketua kumpulan ajaran sesat, Harun Mat Saat, 47, bersama isteri ketiganya dan dua pengikut, berdepan hukuman mati jika didapati bersalah terbabit dalam kes pembunuhan Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffli Ab Malek, bulan lalu. 

Berkerusi roda 

Semalam, pengasas kumpulan ‘Tuhan Harun’ itu yang dalam keadaan tidak terurus dan berkerusi roda selepas diserang angin ahmar Julai lalu, dibawa ke Mahkamah Majistret, di sini untuk menghadapi pertuduhan bersama isteri ketiganya,Azida Mohd Zol, 30, serta dua pengikut, Sumustapha Suradi, 39, dan Shaizral Eddie Nizam Shaari, 37.-17/12/13


P/s: Tuhan kena strok???

, ,

Rabu, 4 September 2013

Orang Ramai Bunuh & Kerat Kemaluan Pemimpin Ajaran Sesat

Sumber foto di sini.

‘Black Jesus’ Dikasi Selepas Dibunuh Penduduk

[HM] Sydney: Pemimpin ajaran sesat Papua New Guinea yang dikenali sebagai ‘Black Jesus’ dikasi oleh orang ramai yang berang selepas mereka menetaknya hingga mati kerana membunuh remaja perempuan untuk dijadikan korban.

Steven Tari, pesalah rogol yang disyaki memakan mangsanya dibunuh di sebuah kampung terpencil di Papua New Guinea minggu lalu. 

Akhbar National melaporkan dia diburu 80 lelaki sebelum dibunuh, kemaluannya dikasi dan diheret dengan tongkat yang diikat pada lehernya sebelum dicampakkan ke dalam perigi buta. 

Tari menjadi buruan sejak melarikan diri dari penjara di Madang, timur negara itu bersama 48 banduan lain pada Mac lalu.

Mayatnya digali polis, pekerja penjara dan pekerja kesihatan Jumaat lalu. Seorang doktor di Hospital Modilion, Gawi, berkata, mayatnya mempunyai beberapa kesan tetakan.

‘Dia ditetak dan dikelar dengan pisau di lengan, kaki, dada dan perut hingga menampakkan ususnya. Kemaluannya juga dikasi,” kata Gawi. 

Tari, paderi Lutheran yang gagal dan lebih dikenali sebagai Black Jesus didapati bersalah pada 2010 kerana memperkosa remaja perempuan yang menjadi pengikut gerejanya dan dihukum penjara 10 tahun. 

Ketika itu dia mempunyai beribu-ribu pengikut di kampungnya, termasuk askar bersenjata yang bertugas melindunginya. 

Antara ajarannya ialah remaja perempuan perlu ‘berkahwin’ dengannya sebagai mentaati suruhan Tuhan. - AFP - 3/9/13


,

Isnin, 2 September 2013

Ummu Jah Akui Amal Ajaran Sesat


[SH] RAWANG - [Dikemas kini] “Saya mengakui sebelum ini mengamalkan ajaran sesat. Lafaz sumpah taubat secara rasmi masih belum dilaksanakan tetapi kita bersedia melakukannya di hadapan pihak berwajib.

“Tetapi daripada segi dasar saya dan kepimpinan akan kembali kepada fatwa serta menghebahkan kepada ahli untuk berbuat perkara sama,” kata Pengarah Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB), Hatijah Aam atau dikenali Ummu Jah.

Balu pengasas pertubuhan yang diharamkan pada 1994, Al-Arqam, Ashaari Muhammad ini semalam berikrar untuk patuh kepada fatwa dan dengan rela hati meninggalkan ajaran Aurad Muhammadiah.

Beliau juga meminta masyarakat tidak mempersoal atau membuat andaian pengakuannya untuk kembali patuh kepada fatwa sebagai lakonan.

Ummu Jah berkata, tindakan tersebut juga sama seperti memperkecilkan bidang kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang bertanggungjawab memantau pergerakan GISB yang sebelum ini dikaitkan dengan ajaran sesat, Aurad Muhammadiah.

Menurutnya, beliau berharap isu ajaran sesat diselesaikan segera tanpa mengaitkan dengan GISB.

“Kita mahu memperbetulkan akidah dahulu dan kemudian memfokuskan kepada perniagaan untuk memberi keyakinan kepada pelabur dan orang awam.

“Isu ini telah berlarutan dalam tempoh yang lama menunjukkan ia diambil serius oleh pihak berwajib,” katanya.

Katanya, melalui perbincangan bersama Jais sebelum ini tidak wujud isu pengharaman GISB sebaliknya pertemuan hanya bersifat perbincangan isu akidah.

“GISB didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan kita akan membuat pembentangan aset akaun. Sekiranya ia jelas maka tidak akan wujud pembatalan pendaftaran.

“Perbincangan adalah ke arah membantu mengadakan program atau memberikan penjelasan supaya ahli-ahli GISB patuhi fatwa," katanya.

Katanya, masyarakat perlu memberi peluang kepada ahli GISB yang dianggar seramai 4,000 orang untuk memahami fatwa dan kembali ke pangkal jalan.

Mengulas berkenaan dakwaan bekas ahli GISB apabila anak dan isterinya dikuarantin serta disembunyikan, UmmuJah berkata, beliau dalam proses memfailkan kes itu ke mahkamah.

“Semua syarikat mempunyai polisi, dan dakwaan menyembunyikan itu tidak benar sebaliknya ia bersifat melindungi ahli selain mendisiplinkan mereka,” katanya. -2/9/13


,

Selasa, 26 Mac 2013

Pengakuan Lelaki Potong kemaluan Bapa dan Diri Sendiri



[HM] Kuala Terengganu: “Saya tidak tahu apa yang saya sudah buat pada ayah kerana ia berlaku di luar kawalan saya,” kata penyelia kilang berusia 40 tahun yang memotong alat sulit bapanya dalam kejadian di rumah keluarganya di FELDA Kerteh 6, Ketengah Jaya, Dungun, kelmarin.

Dalam kejadian jam 4.15 pagi itu, bapa empat anak itu memotong kemaluan bapanya berusia 67 tahun sebelum memotong kemaluan sendiri bertujuan mengeluarkan ‘semangat Imam Nawawi’ selepas dipercayai terpengaruh dengan ajaran sesat.

Lelaki itu yang ditemui di wad Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, semalam berkata, dia hanya tersedar selepas parah pada kemaluan dan celah kangkang ketika berada di hospital.

“Ketika itu, saya tergamam apabila diberitahu yang saya memukul ayah dan memotong alat sulit kami kerana kejadian itu bukan dalam kawalan dan tidak tahu bagaimana ia terjadi.

“Saya tidak dapat menahan sedih dan perasaan bersalah apabila ayah kini masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU),” katanya yang masih diikat kedua-dua tangan dengan tali di katil wad.

Adik lelaki itu yang enggan dikenali berkata, alat sulit bapa dan abangnya sudah disambung semula menerusi pembedahan kelmarin, namun bapanya masih ditempatkan di ICU berikutan parah.

Harian Metro semalam melaporkan seorang penyelia kilang di Balakong, Selangor, bertindak luar kawalan apabila memotong kemaluan bapanya selepas taksub dengan ajaran sesat yang dipelajari melalui laman web.


,

Ahad, 24 Mac 2013

'Dunia Akan Kiamat', Anak Potong Kemaluan Bapa & Kemaluan Sendiri



[Bernama] DUNGUN: Akibat terpengaruh dengan ajaran sesat yang dipelajari menerusi internet, seorang anak sanggup memotong kemaluan bapanya sebelum bertindak memotong kemaluannya sendiri di Felda Kerteh 6, Ketengah Jaya, di sini awal hari Ahad.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi itu, suspek yang bekerja sebagai penyelia sebuah kilang di ibu negara turut bertindak memaksa abang iparnya memotong kemaluan sendiri namun lelaki tersebut berjaya melarikan diri.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP K. Manoharan berkata suspek yang menetap di Balakong, Selangor pada mulanya pulang untuk bercuti bersama keluarganya di kampung sejak minggu lepas.

Namun selepas lima hari bercuti di kampung, suspek mengambil keputusan menghubungi ahli keluarganya yang lain untuk berkumpul di rumah tersebut bagi menyampaikan 'amanat' yang mustahak.

"Ketika sebahagian ahli keluarga berkumpul sejak petang semalam, suspek mula berkongsi dan berceramah mengenai ajaran sesat yang dipelajarinya dengan mengatakan dunia akan kiamat pada Jumaat.

Bagaimanapun suspek tidak memberikan tarikh sebenar hari kiamat seperti yang didakwa berlaku.

"Suspek kemudiannya secara tiba-tiba bertindak agresif dengan merotan dan memukul bapanya bagi membuatkan warga emas itu menangis untuk 'mengeluarkan semangat Imam Nawawi' daripada badan bapanya, namun gagal," kata Manoharan ketika ditemui di pejabatnya di sini.

Manoharan berkata setelah gagal membuatkan bapa menangis, suspek meminta sebilah pisau dari abang iparnya sebelum meluru masuk ke bilik tidur bapanya dan bertindak memotong kemaluan bapanya sebelum memotong kemaluannya sendiri.

Akibat kejadian itu, suspek dan mangsa yang berusia 67 tahun terpaksa dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini akibat mengalami pendarahan yang banyak.

Beliau berkata suspek dan mangsa kini masih berada dalam keadaan kritikal dan pihak hospital sedang berusaha untuk menyambung semula kemaluan dua beranak itu yang terputus.

"Justeru, kita percaya suspek terpengaruh dengan ilmu sesat yang dipelajari menerusi internet hasil siasatan yang dijalankan," katanya.

Kes disiasat di bawah seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah.

Sementara itu, isteri suspek yang hanya mahu dikenali sebagai Suzi, 33, berkata suaminya mula menunjukkan perubahan sejak dua bulan lalu.

Namun beliau tidak mengesyaki sesuatu yang pelik dan hanya menyangka suaminya ingin berubah dan mendekatkan diri kepada Tuhan.

"Suami telah balik ke kampung sejak lima hari lalu dan dia ada mengajak saya pulang namun saya kata tidak dapat pulang bersamanya kerana anak masih bersekolah.

"Saya tiba di kampung suami kira-kira pukul 5 pagi tadi dan terkejut ketika sampai ahli keluarga menyuruh segera ke Hospital Dungun sebelum mendapati suami dan ayah mertua saya cedera," katanya ketika ditemui di hospital. 




, ,

Khamis, 5 April 2012

Kerana Ketua Ajaran Sesat, Pengikut Sanggup Serah Isteri


[SH] SHAH ALAM - Wajah muda, penampilan menarik, malah petah berkata-kata.

Itu daya penarik dimiliki Ahmad, lelaki didakwa penggerak utama sebuah ajaran diragui hala tujunya dikenali Ajaran Ahmad 100.

Kelebihan dimiliki itu diguna sepenuhnya Ahmad untuk mempopularkan ajarannya yang berpusat di sebuah kediaman di Wangsa Maju, Kuala Lumpur menerusi gerak kerja merekrut pengikut seluruh negara menerusi konsep ceramah berunsur agama dengan dilazatkan dengan kata-kata manis berunsur nasihat.

Bergerak secara sulit menerusi beberapa siri pertemuan rahsia di kediaman terbabit bagi mengelak dihidu pihak berkuasa, misi Ahmad selaku penggerak utama ajaran tersebut ialah mahu melahirkan 25 pengikut yang beriman selain bernafsu menikahi 13 wanita.

Pelik dan meragukan! Malah, menerusi siasatan Sinar Harian berdasarkan maklumat diterima, Ajaran Ahmad 100 banyak mengetengahkan kelicikan dan kehebatan Ahmad bermain kata-kata. Dalam erti kata lain, ‘ayat power’ Ahmad ini berjaya mempengaruhi ramai pengikut hingga ada sanggup menggadaikan isteri semata-mata mahu menjadi pengikut taat dan diberkati.

Berdasarkan pengakuan beberapa bekas pengikut kepada Sinar Harian, mereka sanggup menyerahkan isteri masing-masing sebagai pemuas nafsu Ahmad menerusi perkahwinan batin selepas terpengaruh janji kurniaan keberkatan hidup di dunia dan akhirat.

“Kami jahil agama, kami terpesona dengan ‘kejujuran’ Ahmad 100, tetapi akhirnya kami terpedaya, isteri kami jadi mangsa nafsunya.” Itulah antara luahan kekesalan bekas pengikut termasuk salah seorangnya mengalirkan air mata sedih berbaur kesal dalam satu pertemuan dengan Sinar Harian, baru-baru ini.

Pada pertemuan itu juga, bekas pengikut Ahmad 100 ini juga mendedahkan, isteri masing-masing diserahkan kepada Ahmad untuk dikahwini secara batin dan sekiranya isteri mereka gagal memikat dan menaikkan nafsu syahwatnya, Ahmad akan menceraikannya dan dibuang daripada kumpulan dengan alasan dia tidak layak menjadi pengikutnya.

Paling tidak masuk akal, Ahmad ini juga didakwa mengelirukan pengikutnya apabila mengakui diri sebagai Imam Mahdi yang mempunyai mukjizat boleh bertemu Malaikat, ALLAH serta mendakwa dia adalah pemimpin alam jin menerusi wahyu diturunkan kepadanya.

Rumah tangga hancur lebur

Salah seorang daripada bekas pengikutnya yang dikenali sebagai Abu (bukan nama sebenar), 37, yang kini terpaksa menerima hakikat rumah tangganya musnah gara-gara ajaran sesat itu.

Abu berkata, pada awalnya dia tertarik menyertai kumpulan itu selepas kagum dengan cara Ahmad yang menasihatinya supaya menjadi orang diredai dan dikasihi ALLAH SWT.

“Kami bertemu di sebuah restoran pada mulanya mahu membincangkan bab pengurusan kewangan dan kemudian bertukar ke topik hukum merokok menyebabkan saya yakin dengannya kerana setiap kata-katanya berlandaskan al-Quran malah dia anggap diri saya kafir dan memerlukan bimbingan dan perlu menempuh ujian untuk menjadi seorang yang beriman,” katanya.

Menurutnya, Ahmad yang ketika itu sudah mempunyai dua isteri memberitahu, isteri Abu, Zawiyah, 35, seorang yang baik dan perlu berkahwin dengannya untuk mendapat keberkatan.

“Bermula pada saat itu, saya dan isteri mula dipisahkan secara perlahan-lahan dan licik serta isteri saya tinggal sebilik dengan Ahmad tahun lalu.

“Bagi Ahmad, tidur sebilik dengan isteri saya adalah halal kerana ia adalah satu cara untuk menguji ketaatan dirinya kepada Tuhan dan keadaan itu berlarutan selama setahun sebelum isteri meminta cerai kerana tidak boleh meninggalkan Ahmad,” katanya.

Abu berkata, sebelum berpindah ke Kuala Lumpur, isterinya sering berulang-alik dari rumahnya di Kedah ke Kuala Lumpur untuk menemui Ahmad dengan menggunakan alasan­ belajar agama.

“Keadaan bertambah sukar apabila isteri berubah dan menganggap Ahmad adalah segalanya dan sanggup meninggalkan saya dan ibu bapanya semata-mata kerana lelaki itu,” katanya.

Dia mula menyedari bahawa ajaran­ Ahmad terpesong, namun gagal berbuat apa-apa kerana setiap pergerakan isterinya dipantau pengikut setia Ahmad.

Lebih memeritkan lagi, Ahmad turut memaksa isterinya menggugurkan kandungan yang berusia 10 minggu dan menetapkan dalil bahawa dirinya tidak boleh memiliki zuriat.

Abu berkata, dia turut dituduh membakar dua kereta milik Ahmad gara-gara cuba membawa Zawiyah pulang ke pangkuannya.

Tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku, dua laporan dibuat kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan pada Februari lalu.


P/s: Kadang-kadang kita rasa pelik dan tertanya-tanya. Mengapa begitu mudahnya orang Islam terjerumus dalam ajaran sesat sehingga melakukan perkara-perkara yang bodoh dan merugikan diri. Walhal kesesatan kumpulan ajaran sesat ini amat mudah untuk dikesan. Kalau tuk guru sudah kemaruk beristeri lebih daripada 4 orang, bukankah sudah jelas sesatnya. Kalau tuk guru miang mahu meratah isteri orang, bukankah jelas sesatnya. Tidakkah perkara-perkara asas seperti itu pun masih ada orang Islam yang tidak tahu dan jahil? Apatah lagi jika seseorang itu mengaku sebagai Imam Mahdi, rasul, dan sebagainya!!

Bingai!



, ,

Sabtu, 31 Disember 2011

Selebriti Mengaku RASUL, Siapa?


Saya petik:

[HM] KUALA LUMPUR: Mengaku dirinya rasul, mampu mengampunkan dosa pengikut, tsunami berlaku atas kuasanya dan menafikan kewajiban menunaikan solat serta puasa antara fahaman sesat yang kini didakwa disebarkan seorang selebriti terkenal tanah air.

Selebriti terbabit bukan saja menyebarkan fahaman yang ternyata melanggar hukum syarak, tetapi lebih mengejutkan apabila dia mengakui dirinya mampu memberikan syafaat kepada pengikutnya pada hari akhirat kelak.

Sumber yang juga bekas pengikutnya, hanya mahu dikenali sebagai Fatimah, 30, berkata, penyebaran dakyah menyimpang itu mula dilakukan selebriti terbabit lebih dua tahun lalu selepas mendakwa dirinya mendapat wahyu dan petunjuk daripada Allah.

“Dia juga memberitahu di akhirat kelak, dia bakal ditempatkan di barisan hadapan apabila semua manusia dihimpunkan di Padang Mahsyar,” katanya kepada Harian Metro.

Selebriti lelaki yang terkenal dengan perwatakan warak itu sebelum ini jarang menimbulkan kontroversi sepanjang membabitkan diri dalam industri seni, justeru pendedahan dilakukan beberapa pengikutnya amat mengejutkan.



, , ,

Jumaat, 11 November 2011

Remaja Ditoreh 300 Kali Kerana Ritual Pemujaan Syaitan Berunsur Seks

SUSPEK: Rebecca Chandler and Raven Larrabee

Dua orang gadis di Amerika Syarikat didakwa mengikat dan menoreh seorang remaja lelaki lebih daripada 300 kali semasa ritual permujaan syaitan yang turut berunsurkan seks yang dijalankan selama dua hari.

Menurut berita Agensi, remaja lelaki berusia 18 tahun itu ditemui dalam keadaan berdarah dengan kecederaan  di leher, kaki, lengan dan belakang.

Remaja tersebut dipercayai bertemu dengan Rebecca Chandler, 22, dan Raven Larabee, 20, di internet sebelum bertemu dengan kedua-dua gadis itu di pangsapuri mereka. Remaja itu dikatakan telah dijanjikan habuan seks oleh pasangan itu.

Chandler mendakwa bahawa torehan di anggota badan antara pasangan itu dengan remaja tersebut adalah persetujuan bersama namun kemudiannya "menjadi tidak terkawal."

Antara buku yang dijumpai di apartmen itu termasuklah The Werewolf’s Guide to Life, The Necromantic Ritual Rule Book and Intro to Sigilborne Spirits.

Kedua-dua gadis yang masih belum didakwa itu ditahan atas kesalahan mendatangkan kecederaan. -DCM

Rabu, 29 Jun 2011

Ajaran Sesat: 25 Pengikut Ditahan, Ketuanya Didakwa "Lanyak" Isteri dan Anak Gadis Pengikut


Saya petik:

Laporan 1
[SH] NUSAJAYA - Kerajaan Negeri menerusi Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) giat memantau saki baki ahli kumpulan ajaran sesat yang dikenali sebagai Kumpulan Layar Bahtera yang dikesan bergiat aktif di Masai, Johor.

Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, seramai 25 ahli kumpulan terbabit ditahan iaitu 22 lelaki dan tiga wanita berusia antara 30 hingga 40 tahun di sekitar Taman Rinting pada awal bulan ini kerana mengamalkan ajaran sesat.

Beliau berkata, ajaran berkenaan diketuai seorang lelaki berusia 40 tahun berasal dari Selangor yang sudah diharamkan pada 2010 dan diwartakan pada tahun ini, menyebar fahaman bertentangan dengan ajaran Islam sejak tiga tahun lalu.

“Ketua kumpulan itu yang dipanggil Nakhoda, mendakwa mengetahui segala ilmu dan benda ghaib, menyatakan semua manusia adalah Allah, malaikat adalah manusia yang taat, jin adalah manusia dikurniakan ilmu yang tiada pada manusia biasa serta iblis adalah manusia yang melakukan kemungkaran.

“Selain itu, kumpulan itu juga mendakwa syaitan adalah manusia yang menjadi penghasut, Gunung Tursina di Timur Tengah adalah Gunung Ledang serta mentafsir ayat al-Quran serta hadis mengikut cita rasa sendiri,” katanya pada sidang akhbar selepas Sidang Dewan Undangan Negeri Johor ke-12, di sini, semalam.

Zainal Abidin berkata, kumpulan itu juga tidak mengamalkan sembahyang wajib lima waktu dan sudah mengumpul hampir 40 pengikut sejak lebih tiga tahun lalu.

“Kita juga mengesan kumpulan itu giat menyebarkan fahaman mereka menerusi laman sesawang tetapi kita sudah meminta kerjasama pihak berwajib untuk menutupnya,” katanya.

Katanya, siasatan juga mendapati pengikut kumpulan terbabit kebanyakannya bekerja sebagai mekanik dan pekerja kontrak dan rumah ketua kumpulan terbabit dijadikan markas penyebaran agama sesat.

Kesemua yang ditahan akan didakwa mengikut Seksyen 4(1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997 yang menetapkan hukuman denda RM5,000 atau penjara tiga tahun atau enam kali sebatan atau kedua-duanya. 

Laporan 2
[HM] JOHOR BAHRU: Bukan setakat menyamakan laungan azan umpama anjing menyalak bukit, pengikut ajaran sesat Kumpulan Layar Bahtera diwajibkan membayar ‘zakat’ setiap bulan daripada sebahagian pendapatan bulanan kepada ketua mereka yang digelar Nakhoda.

Pada masa sama, pengikut ajaran sesat terbabit turut mempercayai merokok adalah solat, manakala nikah adalah haram, isteri masing-masing pula boleh digomol dan diperlakukan sesuka hati oleh Nakhoda, manakala suami hanya berperanan sebagai penjaga isteri masing-masing saja.

Bagaimanapun, Nakhoda yang berusia 40-an meletakkan syarat hanya dia saja yang boleh melakukan perkara terbabit terhadap isteri dan anak gadis pengikutnya, tetapi isteri dan anak gadisnya yang dikatakan menggiurkan tidak boleh disentuh sesiapa.

Pendedahan itu dibuat seorang bekas ahli kumpulan berkenaan dikenali sebagai Mail, 22, yang bertaubat selepas menyedari ajaran itu jauh menyimpang.

“Saya menyertai ajaran berkenaan kira-kira setahun lalu selepas mengetahuinya melalui kenalan.

“Pada mulanya ia hanya suka-suka dan sepanjang sebulan, Nakhoda yang tinggal di sekitar Taman Rinting, Masai, mengajar perkara berkaitan ketuhanan....

 P/s: Kadang-kadang kita rasa pelik apabila ada orang yang mudah terpengaruh oleh ajaran sesat. Cetek sangatkah ilmu gama mereka? Kadang-kadang yang terjebak itu bukanlah jahil sangat.


Sabtu, 27 November 2010

Ajaran Sesat Islam Jamaah

Saya petik:
[HM] PUTRAJAYA: Kegiatan ajaran sesat Islam Jamaah (IJ) yang antaranya menghalalkan tulang babi dimakan dikesan bergerak semula di negara ini selepas penahanan 21 pengikutnya selepas mereka melakukan solat Jumaat di surau tanpa tauliah di Sungai Tangkas, dekat Kajang, semalam.

Kegiatan ajaran sesat yang dipercayai didalangi lelaki warga Indonesia itu menjadikan surau berkenaan sebagai markas sejak beberapa bulan lalu sebelum diserbu sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), kira-kira jam 1.40 tengah hari.

Sebelum serbuan, beberapa penguat kuasa Jais menyelinap ke dalam kumpulan terbabit yang taksub mendengar khutbah dalam bahasa Arab yang disampaikan lelaki itu.

Selepas mereka selesai bersolat, penguat kuasa Jais mengepung surau itu dan menahan 21 pengikut kumpulan itu yang turut membabitkan beberapa wanita.

Mereka yang berusia antara 20-an hingga 50-an, sebahagiannya ditahan di dalam sebuah rumah berhampiran surau itu dan kebanyakan mereka warga Indonesia.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohamed Khusrin Munawi, berkata ajaran sesat IJ sudah diwartakan haram sejak 1980-an selepas ia didapati bertentangan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah yang diamalkan di negara ini.

Menurutnya, ajaran itu dibawa dari Indonesia dan disebarkan di kalangan penduduk tempatan yang terpedaya kerana ingin menggunakan jalan singkat bagi mendekatkan diri dengan Allah.

“Antara kepercayaan pengikut kumpulan itu ialah tulang babi halal dimakan, yang haram daging babi saja. Jelas pegangan ini bertentangan dengan ajaran Islam sebenar,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, serbuan semalam dilakukan pihaknya selepas siasatan dan pemantauan Jais mendapati kumpulan ajaran sesat itu cuba mengembangkan ajaran mereka bukan saja di kalangan pendatang Indonesia, tetapi juga kepada penduduk tempatan.

Menurutnya, tindakan pengikut ajaran itu yang mengadakan solat Jumaat dengan jumlah makmum hanya 20 orang satu lagi bukti kesesatan mereka.

Selain itu, kata Khusrin, satu lagi kesalahan mereka yang jelas ialah melakukan solat Jumaat di surau yang tidak pernah diberikan tauliah oleh Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan menjadikan surau itu sebagai markas menyebarkan ajaran sesat terbabit.

“Jais serius untuk memastikan ajaran sesat terbabit tidak terus berkembang. Sebab itu kami menempatkan ‘orang kita’ dalam kumpulan itu ketika mereka melakukan solat Jumaat tadi (semalam).

“Dengan tindakan itu, Jais berharap dapat memiliki bukti kukuh, malah selepas ditahan semua mereka dibawa ke Mahkamah Syariah Kajang untuk didakwa atas kesalahan menjadi pengikut ajaran yang difatwakan sesat,” katanya.

Sementara itu, portal e-Fatwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menjelaskan antara penyelewengan pengikut IJ ialah mendakwa kumpulan mereka saja mengamalkan cara Islam sebenar manakala bukan ahli dianggap kafir.

Pengikutnya juga dibenarkan melakukan solat Jumaat di rumah, menganggap lelaki dan perempuan ajnabi tidak batal wuduk jika bersentuhan, selain mengeluarkan hukum binatang yang mati di perkampungan orang Islam tidak perlu disembelih dan halal dimakan. -Ahmad Shahrul Nizam Muhammad

RAMPAS...pegawai penguat kausa Jais merampas dokumen di surau tanpa tauliah di Sungai Tangkas, dekat Kajang, semalam.
RAMPAS...pegawai penguat kausa Jais merampas dokumen di surau tanpa tauliah di Sungai Tangkas, dekat Kajang, semalam.

SIASAT...pegawai Jais menyoal siasat pengikut IJ.
SIASAT...pegawai Jais menyoal siasat pengikut IJ.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH