Saya petik:
[Kosmo] NAGPUR - Hero Bollywood, Imran Khan (gambar) baru-baru ini berikrar akan mengambil tindakan undang-undang bagi mencabar keputusan pemerintah negeri menaikkan had usia minimum minum arak kepada 25 tahun, lapor sebuah akhbar semalam. Ramai penduduk bandar ini, di negeri Maharashtra, menyokong pendirian Khan berhubung isu tersebut tetapi terdapat segelintir yang menyokong keputusan pemerintah.
"Seseorang individu dibenar mendapatkan lesen memandu pada usia 16 tahun dan berkahwin ketika usia 21 tahun.
Namun, usia untuk minum arak pula dinaikkan kepada 25 tahun. Sepatutnya pemerintah menaikkan had umur untuk mendapatkan lesen memandu (bagi mengurangkan kes kemalangan akibat pemandu mabuk)," kata sekumpulan golongan muda di sini.
Seorang pelajar jurusan kejuruteraan, Vinay Kakde menyifatkan undang-undang itu sebagai kolot.
"Undang-undang ini ibarat kembali ke zaman gelap," katanya. Ramai penduduk di sini berpendapat tindakan pemerintah tidak akan mencapai matlamatnya kerana ia hanya akan menggalakkan pasaran gelap arak. - Agensi
P/s: Siapa yang kolot bingai?
Aku tak layan Bollywood ni, so aku tak tau dan tak kenal Imran Khan ni Islam ke tidak.
Comment by Tsya @ Selasa, Jun 21, 2011 12:38:00 PTGAku ambik pendapat sekumpulan golongan muda di sana yang mengatakan "Sepatutnya pemerintah menaikkan had umur untuk mendapatkan lesen memandu (bagi mengurangkan kes kemalangan akibat pemandu mabuk)".
Yang menyebabkan kemalangan tu pemandu ke, atau pemandu yang mabuk? Mabuk tu pasal bawak kereta atau lepas minum todi?
Bingai jugak aku tengok diorang nih...