Mengapa Bil Katering Majilis Pertunangan Anak Najib Atas Nama Jabatan PM? Siapa Bayar?
Nooryana Najwa kepada Daniyar Nazarbayev, yang mempunyai pertalian dengan Presiden Kazakhstan Nursultan Nazarbayev. |
Pagi tadi saya persoal, siapa bayar kos pertunangan anak Najib di sini.
Dr Tan Kee Kwong kemudiannya menimbulkan persoalan yang sama seperti yang dilaporkan oleh TVS. Siapa yang membiayai bil bagi majlis pertunangan anak Najib yang diadakan di Seri Perdana, Putrajaya malam semalam?
Menurut laporan, majlis tertutup itu dikhaskan kepada kira-kira 800 tetamu istimewa dan terpilih yang terdiri daripada golongan dan kerabat diraja termasuk dari negara asing, ahli politik, tokoh perniagaan dan kenalan rapat yang lain.
“Saya difahamkan nota pembelian daripada sebuah hotel terkemuka itu dikeluarkan atas nama Jabatan PM. Ini menimbulkan soalan, siapa sebenarnya membayar bil katering yang berjumlah RM81 000?” soal Dr Tan.
Mengapa bil atas nama Jabatan PM?
P/s: Belum tanya lagi fasal kos lain?
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.