Tabiat Buruk di Masjid/Surau
1
Saya petik:
[HM] KUALA LUMPUR: Kecetekan ilmu dalam bidang agama menyebabkan ramai di kalangan umat Islam bersikap kurang ajar ketika melakukan solat berjemaah dan tidak lagi tahu menghormati kesucian masjid.
Penceramah bebas dan perunding motivasi, Che Nordin Che Ibrahim berkata, ini disebabkan mereka tidak menggunakan rumah ibadat itu untuk beribadah sepenuhnya, sebaliknya untuk bersembang dan mengganggu jemaah lain.
Antara tabiat buruk sesetengah jemaah ialah bersembang dengan kuat ketika imam membacakan khutbah, meninggikan suara ketika dalam solat, lalu di depan orang yang sedang bersolat, selain tidak menghabiskan solat dengan doa.
“Kita melihat perkara ini sebagai isu yang kebanyakannya tidak disedari masyarakat masa kini sedangkan jika diteliti, ia membuktikan ramai antara kita sebenarnya cetek didikan agama dan kurang ajar.
“Paling nyata, kita boleh lihat ada kalangan jemaah ini kurang ajar dengan meninggikan suara ketika solat berjemaah selain berbual sewaktu imam sedang berkhutbah, sekali gus mencerminkan betapa teruknya sikap masyarakat pada hari ini,” katanya ketika ditemui selepas Bengkel Pengukuhan solat yang diadakan di Masjid Al-Ghufran, di sini, semalam.
Program itu anjuran Human Capital Development Services (HCDS) Menurut Che Nordin, walaupun isu terbabit nampak kecil, namun satu perkara yang perlu diberi perhatian oleh umat Islam.
“Memang jika dilihat ia macam isu kecil, tetapi apa yang saya hendak tekankan di sini adalah, apabila perbuatan itu dilakukan maka ia mensia-siakan saja solat yang dilakukan dan boleh mengganggu solat orang lain,” katanya.
Bengkel Pengukuhan Solat anjuran HCDS itu bertujuan memperkasa dan memantapkan lagi ibadat solat sekali gus mendidik peserta mengenai adab untuk melakukan solat, termasuk solat jemaah di masjid.
Dalam program dihadiri 100 peserta, termasuk dua dari Singapura itu, mereka diajar cara tertib bagi melaksanakan solat dan solat dari aspek kesihatan tubuh badan.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.