Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Jumaat, 17 Jun 2011

Isu Kartun Utusan Hina Hukum Islam: Kenyataan Akhbar Dewan Ulama PAS Pusat



Saya petik:

Kenyataan akhbar Dewan Ulama PAS Pusat (16hb Jun 2011)

Mengutuk Penyiaran Karikatur Utusan Yang Menghina Undang-undang Islam. 
Secara konsisten Utusan secara terus menerus memburukkan lagi imej Islam di kalangan rakyat Malaysia. Utusan terus merelakan dirinya untuk diperalatkan untuk menjadi talibarut dan lidah kepada United Malays National Organisation (UMNO). Nampaknya kelibat UPCO semakin menyerlah dari semasa ke semasa dalam membentuk minda yang negatif terhadap Islam. Tidak cukup dengan memberi amaran tentang bahaya Negara Islam kepada bangsa lain sepertimana yang dilaporkan berlaku dalam salah satu pilihanraya kecil baru-baru ini. Pada kali ini serangan diteruskan lagi terhadap batang tubuh Islam itu sendiri. Kali ini dilakukan oleh salah sebuah institusi akhbar yang mengaku bahawa dirinya mewakili umat Islam di Malaysia. Kali ini sasarannya pula agak berlainan kerana sasaran mereka adalah umat Islam. Mungkin ini adalah pendekatan serapang dua mata Utusan-UMNO iaitu meracuni pemikiran umat Islam dan bukan  Islam terhadap impian perjuangan PAS. Tapi rakyat Malaysia sudah lama tahu tentang permainan jijik utusan-UMNO ini. Dewan Ulama PAS percaya rakyat Malaysia sudah pun cerdik dan bersedia melakukan perubahan secara besar-besaran dalam PRU yang akan datang untuk membalas keceluparandan kebiadapan Utusan-UMNO ini!

Dewan Ulama PAS Pusat memandang serius sikap Utusan-UMNO yang mendalangi penyiaran kartun yang mempersendakan Islam yang disiarkan dalam akhbar tersebut. Daripada karikatur tersebut dapat difahami bahawa utusan seolah-olah ingin menggambarkan bahawa mendatangkan 4 orang saksi dalam kes rogol adalah melambangkan kezaliman. Malangnya ianya di tatapi oleh seluruh umat Islam di Malaysia. Inilah wajah UMNO yang sebenar ! Utusan-UMNO lansung tidak mengambil pengiktibaran terhadap siri karikatur yang menghina Islam di barat suatu ketika dahulu. Di mana umat Islam seluruh dunia menzahirkan kemarahan mereka dijalan-jalan raya terhadap kebiadapan tersebut.

Pihak utusan-UMNO hendaklah sedar bahawa undang-undang Islam adalah teramat adil. Ianya bukan sahaja menjaga hak dan maruah mangsa bahkan juga turut menjaga hak dan maruah pihak yang dituduh.  Sebarang bentuk bukti yang longgar dan tidak kemas tidak akan dianggap sebagai bukti yang kukuh. Untuk mensabitkan kesalahan di dalam Islam mestilah di sokong dengan bukti yang sangat kukuh kerana hukumannya juga adalah tersangat berat.  Sekiranya pembuktian ini dipandang ringan maka akan ramailah yang akan menjadi mangsa pertuduhan palsu sepertimana yang kita saksikan dalam senario politik negara kita sejak mutakhir ini. Penggunaan peralatan teknologi moden mungkin mendedahkan kita kepada pemalsuan dan penipuan yang akhirnya bukan sahaja mengaibkan orang lain bahkan menjatuhkan hukuman kepada orang yang bukan sepatutnya. Oleh kerana itulah mendatangkan penyaksian seramai empat orang saksi adalah suatu perkara yang sangat penting dalam menghukum mereka yang benar-benar bersalah. Sekiranya si pengadu tidak mempunyai pembuktian yang sewajarnya maka si pengadu boleh menyerahkan bukti yang seadanya dan menyalurkan aduan itu kepada pihak yang berwajib agar ianya dapat disiasat secara terperinci oleh mereka yang benar-benar pakar di dalam bidangan terbabit dan akhirnya dapat menjejaki si penjenayah yang sebenar! Adapun sekiranya si pengadu tidak berjaya mendatangkan pembuktian yang kukuh maka di dalam Islam pengadu itu akan terpaksa berhadapan dengan tuduhan qazaf kerana mencemarkan maruah mereka yang tidak berdosa. Seseorang itu tidak dianggap bersalah kecuali dibuktikan sebaliknya. Itulah prinsip Islam yang sebenar dan kerana itulah PAS menentang keras undang-undang menangkap seseorang tanpa perbicaraan dan bukti. Ianya bukan sahaja prinsip Islam tetapi prinsip yang turut diamalkan oleh para pengamal undang-undang seluruh dunia. Sekiranya pengaduan boleh dibuat sesuka hati tanpa bukti yang kukuh nescaya akan rosaklah sistem institusi kemasyarakatan yang mulia ini. Sebahagian kesannya telah pun kita saksikan pada hari ini lantaran tuduhan yang mengaibkan orang lain tanpa bukti. Qaedah Feqhiyyah ada menyebut “ la dharar wala dhirar” yang membawa maksud bahawa Islam bukan sahaja menghalang sesuatu kemudharatan  itu daripada berlaku pada permulaannya  bahkan menghalang agar kemudharatan itu tidak tersebar luas tanpa penghujung dalam sesuatu institusi masyarakat yang akhirnya mengundang ketidakstabilan dalam menjaga hak dan maruah manusia yang mulia.

Dengan itu Dewan Ulama Pas Pusat mengutuk sekeras-kerasnya lakaran kartun yang biadap ini. Dewan Ulama PAS mendesak pihak utusan agar melutut meminta maaf kepada seluruh umat Islam  di Malaysia terutamanya atas tindakan yang sangat biadap ini! Seolah –olah utusan ingin menggambarkan kepada rakyat umum bahawa arahan Allah supaya mendatangkan syarat 4 orang saksi sepertimana yang terkandung di dalam nas Al-Quran yang jelas sebagai satu perkara yang menzalimi manusia dan merupakan undang-undang yang bodoh. Allah telah berfirman di dalam surah al-Baqarah  bermula dari ayat ke 13 ketika memperihalkan tentang tuduhan yang dilemparkan kepada pendokong Islam bahawa mereka adalah golongan yang bodoh( mudahan mereka tidak termasuk dalam golongan tersebut). Allah menerangkan perihal golongan ini yang bermaksud :
“Dan apabila dikatakan kepada mereka: Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman. Mereka menjawab: Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu? Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (13) Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: Kami telah beriman dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula: Sesungguhnya kami tetap bersama dengan kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok dan mempermainkan (akan orang-orang yang beriman). (14) Allah s.w.t pasti akan membalas olokan dan mainan mereka itu serta membiarkan mereka meraba-raba dalam kesesatan mereka (yang melampaui batas itu).

Dewan Ulama PAS menyeru supaya pihak Utusan-UMNO terutamanya pelukis dan penerbit karikatur tersebut segera bertaubat kepada Allah terhadap dosa besar yang dilakukannya itu seterusnya meminta maaf bukan sahaja kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam bahkan juga kepada mereka yang bukan beragama Islam kerana jenayah memberikan imej buruk tentang Islam terhadap mereka. Dewan Ulama PAS juga turut mendesak agar Majlis Fatwa Kebangsaan mengambil tindakan segera serta mendakwa mereka yang terlibat atas penghinaan terhadap Islam, di samping memberikan nasihat dan amaran kepada Utusan dan mana-mana individu atau institusi supaya jangan sama sekali mempersendakan agama Islam ini samada melalui ucapan, tulisan dan tindakan apatah lagi sekiranya jenayah itu dilakukan secara terbuka. Jangan sampai rakyat Malaysia hilang kepercayaan mereka terhadap institusi agama di negara ini dek kerana sikap kita.

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH