[Kemas Kini] 1.3 Juta Rakyat Malaysia SOKONG BERSIH?
[KD] KUALA LUMPUR: Tinjauan portal dalam talian The Star Online mendapati 99 peratus daripada sejuta responden menyatakan sokongan supaya Perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai diteruskan.
Menurut Malaysiakini, bilangan responden sebenar tidak dapat disahkan kerana tinjauan itu telah diturunkan sejak tengahari tadi.
Berdasarkan paparan skrin berkenaan yang disiarkan pengguna Facebook, bilangan responden mencecah 1.3 juta pada 12.25, daripada 527,330 yang direkodkan pada 6.11 pagi ini, berdasar petikan dari google cache.
Berdasarkan pertanyaan ‘Apakah pandangan anda tentang cadangan perarakan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini’, seramai 1,312,917 responden menjawab ‘Ia patut dibenar diteruskan’.
Manakala seramai 14,222 responden pula memilih untuk menyatakan “Ia patut dibatalkan’.
Tinjauan itu dibincang secara hangat oleh laman kumpulan Facebook ‘Curi-Curi Malaysia’ yang diwujudkan untuk protes perbelanjaan Kementerian Pelancongan sebanyak RM1.8 juta untuk kempen dalam laman sosial berkenaan.
Bagaimanapun mereka kecewa kerana tinjauan itu ditarik balik portal The Star.
Kemas Kini (22/6):
Khabarnya tinjauan ini telah digodam.
Untuk membayangkan dan menipu rakyat Malaysia yang Perhimpunan Bersih 2.0 sebenarnya mendapat sokongan rakyat negara ini, Malaysiakini menipu lagi rakyat dengan mengeluarkan keputusan POLL @ UNDIAN online yang konon nya di jalan kan oleh The Star Online.
Comment by Tanpa Nama @ Selasa, Jun 21, 2011 6:56:00 PTGMak datuk sampai 1juta lebih rakyat mengundi! Tapi korang pergi la tgk site The Star, mana ada poll ni, dan tgk senarai2 poll yang mereka buat termasuk isu2 hebat seperti Datuk T dan pilihanraya Sarawak, mana ada sampai 200 ribu pun. Kebanyakan poll hanya menarik lebih kurang 20 - 50 ribu orang je.
Tapi tiba2 perhimpunan bersih 1 juta lebih orang mengundi! PENIPU punyer Malaysiakini! Korang tgk gambar kat atas tu, agak2 mana satu yg betul?
Lagi satu pergi la tgk page The Star ni,
http://polls.thestar.com.my/
Cuba cari... ada tak POLL bersih tu?
TAK ADA PUN POLL tersebut. Nilai ler sendiri.