Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label BERSIH. Papar semua catatan

, , , , ,

Rabu, 2 September 2015

BERSIH 4: Guan Eng Putus Untuk Saman Utusan



Akhbar harian milik Umno Utusan Malaysia sekali lagi mengundang masalah dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Lim memutuskan untuk mengambl tindakan undang-undang kepada akhbar itu kerana mengaitkan beliau dengan penganjuran perhimpunan selama 34 jam di Kuala Lumpur hujung minggu oleh Gabungan NGO yang menuntut reformasi sistem pilihan raya BERSIH.

Ratusan ribu rakyat memakai baju T kuning turun ke jalan raya bagi menyokong tuntutan BERSIH antaranya menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan ekoran dakwaan skandal 1MDB dan sumbangan RM2.6 bilion yang didepositkan ke akaun peribadinya.


Lim turur hadir ke perhimpunan itu dan menyampaikan ucapan bersama dengan pemimpin pembangkang yang lain.

Beliau memakai baju T kuning tanpa cetakan tema BERSIH yang dilarang oleh menteri dalam negeri sehari sebelum berlangsungnya himpuan itu.

"Laporan muka depan Utusan hari ini memburukkan nama saya," kata dalam sidang medianya di Komtar hari ini.

"Akhbar itu mahu mencari masalah dengan saya lagi. Kali ini dah keterlaluan kerana saya bukan penganjur himpunan,"katanya yang juga setiausaha agung DAP.

Lim melihat laporan serangan Utusan pada muka depan hari ini, yang menyiarkan gambar beliau dan bapanya Lim Kit Siang, dan pemimpin-pemimpin BERSIH yang lain, termasuk pengerusinya Maria Chin Abdullah, bekas pengerusi bersama Datuk S Ambiga dan Ketua Gerakan Harapan Baru Mohamad Sabu.

Tajuk utama 'Malulah Kamu!', akhbar itu menuduh perhimpunan itu sebagai satu gerakan untuk menggalakkan nilai-nilai anti-nasional. -Malaysia Kini/2/9/15



, , ,

Jumaat, 28 Ogos 2015

GHB Sertai Bersih 4 Sepenuhnya, Ganti PAS yang Boikot



Ketika PAS tidak menyertai Bersih 4, kesemua pemimpin dan ahlinya yang menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB) bakal turun menyertai himpunan kali ini yang akan bermula esok.

Mereka akan ditempatkan di kesemua 5 pusat himpunan utama di tengah-tengah bandaraya dengan Masjid Negara menjadi tumpuan kepimpinan mereka yang dipecahkan mengikut negeri asal.

Pengerusi GHB, Mohamad Sabu bersama timbalannya Salahudin Ayub akan berhimpun di Masjid Negara bersama pemimpin GHB dari Pulau Pinang, Perlis dan Kedah.

Turut sama di kawasan itu Datuk Dr Mujahid Yusuf, Mohd Sany Hamzan, Anuar Tahir, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh.

Peserta dari Johor, Melaka dan Negeri Sembilan pula akan berkumpul di Central Market dengan dipimpin Dr Dzulkefly Ahmad, Suhaizan Kaiat, Mazlan Aliman, Aiman Athirah, Adly Zahari, Zulkefly Mohamad Omar dan Aminolhuda Hassan.

Para peserta dari Wilayah Persekutuan, Selangor dan Pahang pula akan berkumpul di Menara Maybank dengan dipimpin oleh Dr Hatta Ramli, Khalid Samad, Hanipa Maidin, Izeham Hashim dan juga Dr Hamzah Jaafar.

Di Sogo pula, peserta dari Kelantan dan Terengganu akan berhimpun di bawah pimpinan Datuk Kamarul Baharin, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah dan Dr Siti Mariah Mahmud.

Peserta GHB dari Perak pula akan berhimpun di Brickfields dengan dipimpin Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaludin dan Asmuni Awi.

Turut serta bersama pimpinan mereka adalah pasukan Amal Relief (Arif) yang dibentuk GHB bagi menggantikan Unit Amal PAS yang sentiasa memberikan khidmat kawalan sebelum ini.

GHB juga membawa pasukan peguam mereka dalam membantu peserta perhimpunan kali ini.

Himpunan Bersih 4 akan diadakan pada 29 dan 30 Ogos ini di Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu serta beberapa bandar utama dunia.

Ia akan bermula jam 2 petang esok dan akan berlangsung selama 34 jam bagi menuntut lima perkara iaitu bersihkan pilihan raya, wujudkan kerajaan yang bersih, berikan hak untuk membantah, kukuhkan demokrasi berparlimen dan selamatkan ekonomi Malaysia. – The Malaysia Insider/28 Ogos, 2015.


, ,

KDN Haramkan Pakaian Kuning, Perkataan "Bersih 4"


Kementerian Dalam Negeri mengharamkan pakaian kuning serta pakaian dengan perkataan "Bersih 4" dan bahan juga cetak berkaitan dengan perhimpunan yang bakal berlangsung esok dan Ahad di Kuala Lumpur dan beberapa bandar lain.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengeluarkan perintah tersebut di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, yang berkuat kuasa hari ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengeluarkan perintah tersebut di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, yang berkuat kuasa hari ini.

Perintah Mesin Cetak dan Penerbitan (Kawalan Hasil Penerbitan Tidak Diingini) (No. 22) 2015 menyenaraikan sebagai "dilarang sama sekali di seluruh Malaysia" item berikut:

"Mana-mana pakaian berwarna kuning dan yang mengandungi perkataan 'Bersih 4' dan 'Mana-mana bahan bercetak lain dan risalah yang membawa kepada perhimpunan Bersih 4'.

Satu salinan perintah itu dalam Warta Kerajaan Persekutuan boleh didapati dalam talian. Ia bertarikh 27 Ogos dan mula berkuat kuasa hari ini. – The Malaysian Insider/28 Ogos, 2015.


P/s: Lawak! Hahahahahahahahhahaha!!!!!

, ,

Selasa, 25 Ogos 2015

PAS Tidak Kerah Ahli, Penyokong Sertai Bersih 4.0


KUALA LUMPUR - Pas tidak akan mengerahkan anggota dan penyokongnya untuk menyertai perhimpunan Bersih 4.0 di ibu negara.

Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan dalam kenyataan hari ini berkata, tarikh perhimpunan itu yang hanya selang sehari dengan sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos, adalah dirasakan tidak sesuai.

Beliau berkata, Pas hanya akan menghantar wakil ke acara itu.

Anggota Parlimen Kota Baharu itu turut mengingatkan ketenteraman awam serta kestabilan negara mesti dijaga dan ini menjadi tanggungjawab semua pihak. - Bernama/24/8/15


P/s: Pas tidak akan kerah ahlinya sertai ‪#‎Bersih4‬.

Hanya hantar wakil.

Geng pak lebai ini ingat Bersih 4 hanya persidangan, tidak seperti Bersih 1, 2, 3.

Harap maklum, ‪#‎Bersih‬ sebelum ini digerakkan oleh Geng Mat Sabu dan apabila diambil alih oleh geng pak lebai, anda boleh dilihat pendekatan terhadap agenda PR.





,

Isnin, 24 Ogos 2015

Anggar RM200 Ribu, Namun BERSIH Berjaya Kumpul RM1.5 Juta


BERSIH Kumpul RM1.5j, Akan Dedah Akaunnya

Dalam satu kenyataan akhbar hari ini, pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah berkata, sambutan orang ramai terhadap kempen derma BERSIH untuk perhimpunan BERSIH 4 sangat memberangsangkan.

Setakat ini, kata beliau, pihaknya telah menerima lebih RM1.5 juta sumbangan dan jumlah itu jauh melebihi anggaran awal mereka sebanyak RM200,000 memandang masalah ekonomi yang dihadapi rakyat Malaysia.

Walaupun telah mengisytiharkan bahawa sasaran kutipan itu telah melebihi sasarannya, kata Maria, namun masih ada sumbangan yang dibuat.

Maria berkata, dengan lebih banyak dana, bermakna lebih banyak pilihan untuk BERSIH 4, di mana lebih banyak peralatan boleh disewa untuk acara tersebut.

"Ini termasuk tandas mudah alih, peranti komunikasi, sistem bunyi, lampu dan set generator," katanya.

Bagaimanapun, sebahagian besar daripada perbelanjaan akan digunakan untuk membiayai anggota keselamatan dan logistik.

Maria berkata BERSIH juga akan menggunakan wang itu untuk membiayai ikatjamin dan kos tindakan perundangan, jika perlu.

Butiran akaun BERSIH akan didedahkan kepada umum selepas perhimpunan BERSIH 4 yang akan berlangsung hujung minggu ini.

BERSIH 4 bertujuan menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak berundur, ekoran kontroversi 1MDB dan sumbangan derma RM2.6 bilion yang diterima sebagai sebahagian daripada pembiayaan politik. - Malaysia Kini/24/8/15


, ,

Ahad, 23 Ogos 2015

Rakyat Diajak Sertai Kempen Bergambar Sokong BERSIH 4

Warga Malaysia di seluruh dunia diseru memuat naik gambar bersama poster Bersih 4 yang akan disediakan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Ogos, 2015.
Warga Malaysia seluruh dunia kini berpeluang menyatakan sokongan mereka kepada himpunan Bersih 4 yang akan diadakan pada hujung bulan ini dengan memuat naik gambar mereka bersama poster yang disediakan.

Kempen yang dilancarkan bersama Bersih 2.0, Bersih Shanghai dan Global Bersih itu membolehkan mereka yang berada di perantauan untuk sama-sama menyatakan kesediaan mereka menyertai himpunan berkenaan walaupun tidak berada di Malaysia.

"Kita menghasilkan kempen ini bagi membolehkan mereka meluahkan kebimbangan terhadap perkembangan di Malaysia baru-baru ini.

"Kami percaya rakyat Malaysia yang berjiwa patriotik di luar negara akan menyertai kempen ini," kata jurucakapnya, Johnson Chew dari Bersih Shanghai.

Himpunan Bersih 4 akan diadakan selama 34 jam mulai 2 petang 29 Ogos ini di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, dengan menyaksikan penyokong di Kuching, Kota Kinabalu dan beberapa bandar besar serata dunia turut berhimpun di kawasan masing-masing.


Dr Wong Chin Huat dan Johnson Chew menunjukkan poster Bersih 4 yang akan disediakan di Facebook. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 23 Ogos, 2015.

Mereka yang berminat menyatakan sokongan boleh mencetak poster yang boleh didapati daripada laman Facebook "Bersih Global Countdown" dan gambar yang diambil boleh dimuat naik ke laman sama.

Sementara itu, Ivy Josiah dari Global Bersih berkata, Bersih 4 kali ini akan menyaksikan penglibatan lebih 43 lokasi di 20 buah negara di mana bilangannya akan bertambah menjelang hujung minggu depan.

Katanya, walaupun himpunan di luar negara tidak selama 34 jam seperti yang diadakan di Kuala Lumpur, namun ia jelas menunjukkan suara mereka yang berada di luar negara.

"Semasa Bersih 3, kita ada 85 lokasi di 35 buah negara.

"Bersih 4 pada masa ini terdapat 43 lokasi dan makin bertambah di 20 negara. Saya menjangkakan ia mencecah 40 buah hujung minggu depan," katanya.

Aktivis Bersih 2.0 Dr Wong Chin Huat berkata, himpunan Bersih memperlihatkan patriotisme rakyat Malaysia secara bersama yang memiliki latar belakang berbeza.

Katanya, ia menyatukan rakyat Malaysia merentasi sempadan negara bagi mendesak perubahan kepada pentadbiran negara.

"Kita mungkin dipisahkan dengan zon masa tetapi hati dan tindakan kita sama, mahu melihat perubahan," katanya. – The Malaysian Insider/23 Ogos, 2015.


, , ,

Selasa, 4 Mac 2014

Bersih Lancar ‘Kempen Rakyat Sokong Mejar Zaidi’



[KD] KUALA LUMPUR 4 MAC: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) melancarkan ‘Kempen Rakyat Sokong Mejar Zaidi’ untuk menggesa Majlis Angkatan Tentera Malaysia menggugurkan kesemua tujuh tuduhan terhadap Mejar Zaidi Ahmad yang membuat laporan polis mengenai dakwat kekal.

“Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sendiri telah mengaku dalam laporan media mengenai kegagalan dakwat kekal, yang turut dilaporkan oleh ratusan pengundi.

“Jadi kenapa pula tindakan ini diambil terhadap Mejar Zaidi yang berkata apa yang benar demi kepentingan awam?” kata Pengerusi BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah.

Katanya, BERSIH 2.0 menganjurkan Kempen Rakyat Sokong Mejar Zaidi melalui media sosial supaya ribuan rakyat bersatu menyuarakan ketidakpuasan mereka mengenai tindakan mahkamah terhadap Mejar Zaid.

“BERSIH 2.0 percaya bahawa ramai rakyat Malaysia merasakan Mejar Zaidi tidak seharusnya dihukum tetapi disanjungi kerana kejujuran dan keberaniannya untuk menegakkan kebenaran,” kata Maria dalam kenyataan.

Jelasnya, semua penyokong diminta mengambil gambar mereka bersama kad yang menyatakan ‘Gugur pertuduhan Mejar Zaidi’ dan ‘Hukum SPR, bukan Mejar Zaidi’.

Penyokong diminta menerbitkan gambar tersebut dalam Facebook dan Twitter masing-masing dengan hashtag #sokongzaidi sebelum perbicaraan Mejar bermula pada bulan April ini.

Maria turut menyeru orang awam yang prihatin mengenai isu pilihan raya yang bebas dan adil menunjukkan sokongan kepada Mejar Zaidi dengan menghadiri perbicaraan pada 8 April hingga 10 April 2014 di Mahkamah Tentera TUDM Sg Besi, Kuala Lumpur. - 4/3/14





Isnin, 6 Januari 2014

BERSIH 3 Halal


Mahkamah Rayuan Ketepi Pengharaman BERSIH 3.0

[MK] Mahkamah Rayuan hari ini sebulat suara mengetepikan arahan Majistret Kuala Lumpur Zaki Asyraf yang mengharamkan perhimpunan BERSIH 3.0 pada 2012, bawah Seksyen 98 Kanun Acara Jenayah (KAJ).

Panel tiga anggota, diketuai oleh Hakim Datuk Linton Albert, mempertimbangkan perintah arahan itu sebagai cacat, ekoran rayuan oleh Timbalan Presiden PKR Azmin Ali (bawah) dan Ketua PKR Rembau Badrul Hisham Shaharin.


Hakim lain termasuk Datuk Seri Zakaria Sam dan Datuk Wong Dak Wah.

Azmin diwakili oleh Datuk CV Prabhakaran sementara bekas timbalan peguam cara negara Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, yang bersara dan memasuki sektor swasta, serta peguam Sankara Nair mewakili Badrul.

Azmin dan Badrul memfailkan rayuan tahun lepas untuk mengetepikan pendakwaan terhadap mereka bawah Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2012 atas alasan arahan Zaki mengharamkan perhimpunan itu ultra vires kepada PPA.

Alasan lain dikemukakan, arahan majistret yang berkuat kuasa pada 30 Jan 2012 itu melebihi bidang kuasanya. - 5/1/13


, , , , ,

Rabu, 17 April 2013

Seperti Dijangka, Najib Kecut Berhadapan dengan Anwar




Berita Berkaitan:

[MK] Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) menjanjikan satu kejutan kepada hadirin sekiranya pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak atau wakilnya gagal hadir untuk berdebat dengan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu majlis anjurannya pada malam ini.


Ahli jawatankuasa pemandu BERSIH, Maria Chin Abdullah berkata Anwar sudah mengesahkan kehadirannya namun, Najib masih belum memberikan maklum balas positif.

"Kami masih menanti (maklum balas Najib) dan jika sehingga akhir tiada jawapan (dari Najib), kami akan persembahkan satu 'kejutan' buat hadirin forum malam ini," kata Maria sewaktu dihubungi Malaysiakini.

BERSIH mempromosi forum 'Memanifestasikan Harapan Rakyat: Satu Perbualan Bersama' itu bagi membolehkan BN dan Pakatan Rakyat, selaku dua gabungan parti politik terbesar negara ini, untuk membentangkan manifesto masing-masing.

Ia dijadualkan berlangsung pada jam 8.45 malam bertempat di Dewan Himpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur. 

Antara pemimpin BN yang sering tampil untuk menyertai program debat dan forum bersama pemimpin Pakatan sebelum ini adalah tokoh mudanya seperti Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaluddin, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi sementara Datuk Saifuddin Abdullah dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan sementara, Gan Ping Sieu.

Najib, selaku pemimpin tertinggi BN bagaimanapun tidak pernah menyahut cabaran Anwar untuk berdebat namun masih berpeluang untuk berbuat demikian pada malam ini.

Beliau bagaimanapun dijadualkan hadir ke majlis pelancaran manifesto BN Selangor di Shah Alam pada malam ini.


Rabu, 25 Julai 2012

Mahkamah Putuskan BERSIH Entiti yang SAH


[MK] Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membatalkan pengisytiharan Menteri Dalam Negeri pada 1 Julai tahun lepas bahawa Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) adalah sebuah pertubuhan 'haram'.
Hakim Datuk Rohana Yusof dalam penghakimannya pagi ini berkata BERSIH telah berjaya membuktikan kesnya dalam mencabar pengisytiharan kerajaan bahawa ia sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang.

Oleh itu, katanya, mahkamah membenarkan permohonan BERSIH, dengan tiada perintah tentang kos.
 Empat belas jawatankuasa pemandu BERSIH yang diketuai oleh Datuk S Ambiga telah menamakan menteri dalam negeri, ketua polis negara dan kerajaan sebagai responden.

Pada 1 Julai tahun lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah mengisytiharkan gabungan itu sebagai haram, sejurus sebelum perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai.

Dalam penghakiman 30-muka surat itu, hakim menyentuh sejarah permohonan yang mencabar keputusan Hishammuddin mengisytiharkan gabungan NGO itu sebuah pertubuhan haram.

Walaupun perisytiharan itu dibuat, tambahnya, pihak berkuasa masih terus bertemu dengan pegawai BERSIH.

"Terdapat rundingan antara pemohon dan responden (kerajaan) mengenai lokasi perhimpunan pada 9 Julai," katanya.

"Ada majlis mengadap ( Yang di-Pertuan Agong oleh) pemohon pertama (pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga, kanan) dan tiada celaan terhadap BERSIH (dalam menjalankan) aktiviti (perhimpunan 9 Julai 2011) seperti yang dijadualkan."

Mahkamah telah mengambil notis kehakiman bahawa Hishammuddin telah membuat suatu pernyataan awam untuk membenarkan perhimpunan BERSIH 3.0 diadakan pada 28 April tahun ini.

Peguam Kanan Persekutuan Azizan Md Arshad, yang mewakili responden, berkata Peguam Negara akan diberi taklimat dan untuk arahan selanjutnya.

Azizan serta Peguam Kanan Persekutuan Shamsulbol Hassan, mendakwa bahawa keputusan mahkamah itu menjadikan BERSIH balik ke peringkat asalnya (perlu didaftarkan).

Bagaimanapun, peguam BERSIH, K Shanmuga - yang tampil bersama peguam Tommy Thomas dan Honey Tan - berkata keputusan itu bermakna gabungan itu adalah sah di sisi undang-undang.

"... Keputusan menteri dalam negeri adalah tidak rasional kerana, setelah mengisytiharkannya sebagai satu ancaman kepada keselamatan negara, beliau dan pihak berkuasa telah bertemu dengan pegawai BERSIH," kata Shanmuga.

Ambiga tidak hadir di mahkamah kerana beliau di luar negara.

Pengerusi bersama BERSIH yang juga Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said (kiri), ketika ditemui di luar mahkamah berkata: "Proses perundangan ini sepatutnya tidak dijalankan kerana ia membuang masa, tenaga dan dana am.

"Proses ini menyebabkan orang ramai khuatir untuk sokong BERSIH. Org ramai harus ingat bahawa kerajaan masih menggambarkan BERSIH sebagai "kotor" di mana perdana menteri telah menyatakan BERSIH telah membahayakan kuota haji yang diberikan oleh Kerajaan Arab Saudi

"Kami ingin mengingatkan semua pihak bahawa Hakim Datuk Rohana Yusof telah pun melihat percanggahan dalam tindakan pihak berkuasa (apabila) dalam perbicaraan (pada) 26 Jun, kenapa kerajaan layan permintaan BERSIH untuk adakan perhimpunan tersebut (walaupun ia telah diisytiharkan sebagai haram)," tambahnya. [Baca berita penuh]

Sementara itu,  Bernama melaporkan bahawa Hakim Rohana berkata beliau membenarkan petisyen 14 anggota Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0, termasuk Datuk S. Ambiga, untuk membatalkan perintah menteri itu berdasarkan BERSIH 2.0 terdiri daripada gabungan badan berdaftar.
   
Dalam penghakimannya, Rohana memutuskan keputusan mengisytiharkan BERSIH 2.0 sebuah pertubuhan haram dibuat tanpa mengambil kira fakta berkaitan atau mengambil kira fakta yang tidak relevan.
   
"Pada pendapat saya, keputusan itu dicemari kerana dibuat secara tidak rasional," katanya.
   
Rohana berkata alasan mengeluarkan pengisytiharan mengikut Sekysen 5 Akta Pertubuhan 1966, seperti yang dinyatakan dalam pengumuman oleh menteri (responden pertama Hishammuddin), tidak boleh berubah dalam tempoh beberapa hari.
   
"Adalah tidak munasabah bagi sesebuah pertubuhan yang didapati menyalahi undang-undang untuk alasan serius, seperti digunakan bagi maksud memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan negara pada 1 Julai, dan kemudian tidak lagi pada 5 Julai 2011," katanya.
   
Rohana berkata walaupun boleh dikatakan BERSIH 2.0 adalah sebuah pertubuhan yang digunakan bagi maksud memudaratkan keselamatan sebelum perintah itu dibuat, ia tidak boleh menjadi kes seminggu, kerana selepas itu alasan berkenaan tidak lagi sah atau digunakan.
   
Rohana berkata mahkamah juga turut menimbangkan notis kehakiman kenyataan awam menteri (Hishammuddin) yang membenarkan perhimpunan BERSIH 2.0 pada 28 April lepas tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan pihak berkuasa.
   
Beliau menekankan bahawa keputusan untuk mengharamkan BERSIH 2.0 adalah menceroboh hak yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan dan tidak harus dibuat secara sewenang-wenangnya.
   
Selain itu, beliau berkata tiada tindakan diambil di bawah Akta Pertubuhan terhadap pemohon walaupun mereka mengambil bahagian dalam perhimpunan itu selepas menteri membuat pengisytiharan.
   
"Secara ringkas, BERSIH 2.0 tidak boleh menjadi sebuah pertubuhan yang digunakan bagi maksud menjejaskan keselamatan pada 1 Julai 2011, kemudian tidak lagi seminggu selepas itu. Malah sekiranya ia adalah sedemikian, jadi pengisytiharan itu harus diketepikan sewajarnya," kata Rohana.
   
Peguam Kanan Persekutuan Azizan Md Arshad berkata beliau perlu mengkaji penghakiman bertulis itu terlebih dahulu sebelum mendapatkan arahan lanjut  daripada Pejabat Peguam Negara.
   
Sementara itu, seorang peguam pemohon, K. Shanmuga memberitahu pemberita dengan keputusan itu, BERSIH 2.0 bukan lagi sebuah pertubuhan haram. 


, ,

Rabu, 20 Jun 2012

[Video] Debat Salahudin-Saifuddin

Sebanyak 82 peratus pembaca Sinar Harian memilih Salahuddin Ayub sebagai pihak yang mempunyai hujah  konstruktif berbanding dengan Saifuddin dalam Debat Demonstrasi Jalanan: Meruntuh Atau Mengukuhkan Demokrasi.
 
Daripada 2786 peserta tinjauan, sebanyak 2274 daripada mereka memilih Salahuddin manakala hanya 13 peratus atau 363 peserta memilih Saifuddin.

Lima peratus lagi memilih kedua-dua pendebat dalam tinjauan yang bertajuk 'Hujah Siapa yang Anda Lihat Konstruktif'.






 Salahuddin: 'Tiada demo jika kerajaan beri cukup ruang'

[SH] SHAH ALAM - Salahuddin Ayub menegaskan bahawa demonstrasi jalanan tidak akan berlaku sekiranya parti atau pembangkang diberi ruang yang secukupnya untuk memperjuangkan hak kebebasan bersuara mengikut Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Naib Presiden Pas berkata pihak-pihak yang tidak bersetuju dengan kerajaan yang memerintah terpaksa mengambil tindakan seumpama itu apabila ruang untuk bersuara secara aman dan teratur disekat dan dihalang.

"Ruang bersuara ketika pilihan raya kecil dan pilihan raya umum terlalu kecil, maka rakyat yang ada hanya lidah dan gigi ini turun ke jalan raya untuk menuntut hak mereka," kata beliau ketika mengambil bahagian dalam Debat Sinar di Auditorium Kompleks Media Karangkraf di sini, malam ini.

Ahli Parlimen Kubang Kerian berkatal, pemimpin negara tidak sewajarnya berfikiran sempit, sebaliknya perlu melihat demonstrasi jalanan sebagai hak peluang rakyat untuk bersuara.

"Ini setiap kali ada perhimpunan, mesti ada gas, tu yang jadi huru hara," katanya lagi.

Salahuddin berkata, hak asasi manusia tidak boleh dibunuh dalam demokrasi.

Justeru, katanya pemimpin harus urus dan pimpin tangan anak muda tidak secara sempit tetapi secara adil dan seimbang seperti di negara Korea.

Katanya, sekiranya cukup ruang,tidak perlu demonstrasi jalanan dan tidak perlu menyatakan secara jalanan.


Dalam perbahasan ilmiahnya katanya, bagi negara yang berpura-pura dengan keadilan demokrasi, demonstrasi jalanan itulah yang melahirkan demokrasi.

Salahuddin berkata, demonstrasi secara aman boleh dijadikan sebagai alat untuk menghentikan kemelut kepada negara yang impikan demokrasi.

“Jika ada pengasingan kuasa, kerajaan tidak akan jatuh sebaliknya kerajaan penakut sahaja yang takut kepada demonstrasi jalanan.

“ Masalahnya, kami tidak dapat secara lembut (kebebasan bersuara) jadi demontrasi jalanan adalah cara terbaik untuk kukuhkan demokrasi,” katanya.

Salahuddin berkata, perlu diingat ketika zaman Nabi Muhammad SAW, sewaktu perang Badar dan Qubra juga bermula daripada protes.

Maka dalam konteks Bersih 3 katanya, ia perlu dilihat dengan niat yang betul dan diterjemahkan secara jelas.

Sehubungan itu katanya, perlunya ditubuhkan suruhanjaya diraja yang benar-benar bebas untuk menyiasat secara jelas pihak yang mencetuskan provokasi.

"Polis kata ada video, tetapi sampai sekarang tidak juga ditayang. Jika begitu, kami juga ada video dakwaan polis mengasari peserta perhimpunan,” katanya.


Saifuddin: Demo bukan cara kukuh demokrasi
[SH] SHAH ALAM - Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah menolak keras demonstrasi jalanan adalah cara yang terbaik untuk mengukuhkan demokrasi kerana pendekatan sedemikian hanya boleh mengganggu ketenteraman awam dan hak rakyat.

“Demonstrasi jalanan jelas memberi impak negatif kepada orang ramai dan komuniti sekitar kawasan yang terlibat seterusnya menjadi punca kepada kekacauan berlaku apabila demonstrasi jalanan (diadakan),” kata beliau ketika berhujah pada Debat Sinar bertajuk “Demonstrasi Jalanan: Meruntuh Atau Mengukuh Demokrasi" di sini, malam ini.

Beliau memberi contoh insiden yang terjadi ketika perhimpunan Bersih 3.0 April lalu, pelbagai jenis risiko seperti kecederaan boleh berlaku khususnya ke atas mereka yang menyertai demonstrasi jalanan.

Justeru, beliau menyeru kepada orang ramai untuk mengukuhkan demokrasi di kalangan rakyat negara ini melalui pelbagai cara.

“Kita seharusnya menjadi lebih liberal dengan meggunakan medium media baru seperti Twitter, Facebook dan mengadakan perundingan untuk mencapai dan mengukuhkan demokrasi dalam negara kita,” katanya.

Beliau turut bertegas agar rakyat perlu mengukuhkan demokrasi dengan cara menguasai ilmu pengetahuan dan beliau turut mengimpikan agar dapat memajukan anak bangsa Malaysia.

“Walau bagaimanapun demokrasi perlu dikukuhkan dengan cara yang lebih matang dan progresif agar negara kekal aman dan untuk mencapai misi ini, kita mesti mempunyai cara tersendiri,” kata beliau ketika membalas hujah Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub.

Jelas beliau, demonstrasi jalanan tidak sepatutnya diadakan kerana rakyat sendiri perlu tahu menggunakan ruang dan medium lain bagi menyuarakan sebarang perasaan tidak puas hati terhadap kerajaan yang memerintah.

“Jika ada sebarang perbezaan pendapat dalam politik, kita perlu menggunakan cara debat atau berbincang secara baik, jika ada sebarang kesilapan, kita boleh betulkan bersama-sama secara sopan, bukan menggunakan emosi,” tegas beliau.

“Kita menolak sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan ini kerana kerajaan sedia maklum dan bertanggungjawab kepada kebajikan rakyat. Kita tidak mahu gadaikan keselamatan orang awam dengan mengadakan sebarang demonstrasi jalanan,” kata Ahli Parlimen Temerloh ini.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi berkata, beliau sendiri tidak nampak sebarang bentuk penyelesaian masalah dengan mengadakan demonstrasi jalanan ini kerana ia jelas tidak dapat mengukuhkan demokrasi.

Katanya lagi, pilihan raya yang diadakan di negara ini juga merupakan hak dan pilihan rakyat dan oleh itu, kemenangan rakyat menjadi isu pokok, bukan isu kemenangan kepada mana-mana parti politik yang bertanding.

Debat Sinar berlangsung di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam itu dikendalikan oleh Pensyarah Jabatan Strategik dan Antarabangsa, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Profesor Datuk Mohamad Abu Bakar.

Debat Sinar ini, yang kedua dianjurkan oleh Sinar Harian, bertajuk "Demonstrasi Jalanan: Meruntuh Atau Mengukuh Demokrasi".

Debat Sinar pertama diadakan bulan lalu. 


, , ,

Rabu, 13 Jun 2012

Bersih Haram Bukan Fatwa Tetapi Nasihat - Mashitah



[HD] KUALA LUMPUR: Selepas hampir sebulan dimainkan media Umno kononnya Bersih 3.0 difatwakan haram, tiba-tiba hari ini Parlimen diberitahu kenyataan Majlis Fatwa Kebangsaan tempoh hari bukan fatwa, sebaliknya adalah nasihat.

Penjelasan itu dinyatakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim (gambar) di Dewan Rakyat petang ini.

Beliau berkata demikian sebagai jawapan balas kepada ucapan penangguhan oleh Ahli Parlimen Kuala Kedah Ahmad Kassim yang mendakwa fatwa tersebut membawa kekeliruan kepada rakyat.

Ahmad dalam ucapannya juga mendakwa fatwa pengharaman Bersih 3.0 itu juga bertentangan dengan konsep amar makruf nahi mungkar.

Beliau juga turut membawa pandangan ulamak antarabangsa seperti Dr. Wahbah Az Zuhaili dan Dr.Yusuf Al Qaradawi yang berpandangan sebaliknya.

Pada 6 Mei lalu, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang bersidang, memutuskan tindakan individu yang menyertai demonstrasi yang menghasilkan natijah tidak baik termasuk Bersih 3.0 adalah haram.

Pengerusinya, Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin berkata, perbuatan itu juga haram sekiranya ia mempunyai niat untuk menjatuhkan sebuah negara yang sah dari segi undang-undang.


 P/s: Fatwa pun mereka permainkan!



, ,

Rabu, 6 Jun 2012

Ucapan Perasmian Tilawah Al Quran Diselit Ucapan Burukkan Bersih 3.0, Isu Felda Global Ventures Holdings (FGVH), dan gejala LGBT

 
[KD] KUALA LUMPUR 5 Jun: “Tak pernah dalam sejarah seorang pemimpin Umno bercakap soal politik dalam perasmian Tilawah Al-Quran,” kata Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Mohd Nur Manuty.

Beliau berkata demikian mengulas ucapan Datuk Seri Najib Razak ketika merasmikan majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1433H/2012M di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, malam tadi.

Perdana Menteri dalam ucapannya dengan jelas mengutuk perhimpunan Bersih 3.0 dan menyifatkan ia adalah perhimpunan haram yang menjejaskan nama negara dan hubungan baik dengan kerajaan Arab Saudi.

“Kita merasa hairan dengan segelintir rakyat Malaysia yang sengaja menjadikan Tanah Suci Makkah sebagai tempat meluahkan emosi di bawah telunjuk parti tertentu dengan kononnya membawa mesej berhimpun secara aman, bergambar dengan memakai baju kuning sambil memegang kain rentang ‘Bersih 3.0′ dan ditonton oleh seluruh dunia,” demikian ucapan Najib.

Antara lain, Presiden Umno itu turut menyentuh isu penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) dan gejala LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) yang kononnya cuba dipelopori oleh setengah pihak bagi menyebarkan fahaman salah kepada masyarakat.

Bagaimanapun, ucapan beliau itu mendapat reaksi negatif daripada hadirin yang meluat dan menggelengkan kepala ketika mendengar tohmahan berbaur politik itu.

Mengulas lanjut, Dr Mohd Nur menyifatkan tindakan itu merupakan usaha terdesak pemimpin Umno dalam menggunakan segala kesempatan yang ada bagi menarik balik sokongan rakyat.

“Pelbagai propaganda telah mereka (kerajaan) lakukan tapi ternyata rakyat tak termakan umpan kerajaan terutama dalam isu Bersih dan Felda.

“Umno sekarang berada dalam keadaan ‘defensive’ demi mempertahankan kedudukan mereka kerana sedar rakyat sedang menunggu untuk menukar kerajaan,” kata Dr Mohd Nur dihubungi Keadilan Daily.
 
 
 

, ,

Selasa, 5 Jun 2012

[Wajib Baca] Majlis Syura PAS: Demo BERSIH 3.0 Sesuai, Selari Syariat

 
[MK] Majlis Syura Ulama PAS menolak pandangan Majlis Fatwa Kebangsaan yang dilihat bersikap negatif terhadap perhimpunan BERSIH pada 28 April lalu.

Badan tertinggi parti Islam itu berpendapat, perhimpunan pimpinan Datuk S Ambiga itu bukan sahaja tidak bercanggah dengan syariat, malah paling sesuai untuk menentang "kezaliman dan kemungkaran" pemerintah.

"Ia amat selari dengan syariat bagi menegakkan amar makruf dan nahi mungkar," menurut kenyataan majlis yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik itu.

"Bahkan ia menjadi wajib apabila tiada cara lain yang lebih berkesan bagi menyekat kemungkaran dan tindakan Umno dan BN, yang membahayakan keselamatan negara dan terus menerus dengan cara kezaliman dan penipuan yang licik, bukan sahaja kepada PAS tetapi kepada orang Umno itu sendiri."

Majlis Syura Ulama PAS juga berkata, amalan demonstrasi mempunyai asas kuat menurut sunah dan sejarah Islam dan perkara "teknikal" seperti isu bergabung dengan bukan Islam bukan isu selagi tidak menghakis dasar Islam.



,

Isnin, 4 Jun 2012

Kouta Haji: UMNO Lebih Sudu daripada Kuah!

 
[KD] KUALA LUMPUR 4 Jun: Kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) sengaja memperbesarkan isu kuota haji kononnya untuk menggambarkan betapa buruk penganjuran Bersih 3.0 di Arab Saudi.

Biro Pemantapan dan Pemahaman Agama KEADILAN (Bippa), Ahmad Kassim berkata, Umno sebenarnya mahu mencetuskan panik di kalangan bakal jemaah haji, walaupun hakikatnya isu tersebut tidak dipandang begitu serius oleh Kerajaan Arab Saudi.

“Kalau kita kira, tidak sampai 30 orang yang berdemonstrasi. Tak memberi apa-apa signifikan pun…Malaysia yang ‘lebih sudu daripada kuah’.
“Tapi pemimpin Umno ‘lebih-lebih’ tulis surat kepada Kerajaan Arab Saudi. Kemudian mereka dakwa Raja Arab Saudi murka dan kuota haji disekat,” katanya dihubungi Keadilan Daily.

Isu kuota haji mula ditimbulkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom selepas
beberapa rakyat Malaysia di kota suci Mekah dan Madinah memberi sokongan terhadap perhimpunan Bersih 3.0.

Isu itu turut diperbesarkan oleh media pro Umno BN seperti Mingguan Malaysia kononnya Kerajaan Arab Saudi sedang memburu mereka yang terlibat.

Akbar itu mendakwa individu berkenaan diburu kerana dipercayai menyampaikan ucapan dengan tujuan menghasut rakyat Arab Saudi menyertai gelombang Arab Spring dan bangkit menentang pemerintah.

Bagaimanapun, tiada satu pun kenyataan rasmi daripada Kerajaan Arab Saudi disiarkan oleh akhbar pro Umno BN berkenaan isu tersebut.

Mereka hanya memetik sumber yang tidak dinamakan dan kenyataan seorang Penasihat Kerajaan Negeri Terengganu, Abu Backer Sidek yang mendakwa menyaksikan perhimpunan tersebut.

Ahmad berkata, Umno juga semakin terdesak apabila mahu menjuarai isu kuota haji untuk meraih sokongan orang Melayu.

“Mereka sudah kehilangan undi Melayu, jadi sekarang ini mereka menggunakan isu yang boleh menunjukkan mereka memperjuangkan orang Melayu,
” katanya.

Beliau turut menyindir kenyataan Jamil yang mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak campur tangan bagi menyelesaikan masalah isu kuota haji kononnya Najib mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Raja Arab Saudi.

“(Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) lagi rapat dengan Raja Abdullah Abdulaziz Al-Saud. Bukan setakat selesaikan, kalau Anwar nak hubungi baginda untuk minta tambah kuota haji ini pun boleh,” sindirnya.

Sebelum ini, Jamil dilapor mengadakan pertemuan kedua dengan Duta Besar Arab Saudi di Malaysia, Fahad Al Rasid bagi membincangkan kuota jemaah haji Malaysia pada tahun ini.

Jamil dipetik berkata, pertemuannya itu bagi memaklumkan kepada Arab Saudi supaya mengambil perhatian terhadap kebimbangan jemaah haji berhubung kuota Malaysia, khususnya selepas Bersih 3.0 di Mekah dan Madinah.

Walhal, Kerajaan Arab Saudi tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa kouta haji untuk jemaah Malaysia dikurangkan disebabkan demonstrasi Bersih 3.0 di Madinah dan Mekah hujung April lalu.
 
 
 

, , ,

Jumaat, 1 Jun 2012

[Gambar] Bekas "Musuh" di Pejabat Anwar Ibrahim

Bekas ketua pendakwa raya kes Liwat II di pejabat DSAI. Beliau kini mewakili DSAI dalam kes saman kerajaan terhadapnya berkaitan dengan perhimpunan aman BERSIH 3.0.



Sumber tertera pada gambar.

, ,

Selasa, 29 Mei 2012

[Wajib Baca] Mengapa PAS Menyokong Perhimpunan BERSIH? Baca Jawapan Presiden PAS


Memilih pemimpin negara adalah amanah besar dalam Islam, yang disebut Ulil Amri. Al-Quran mengesahkan semua rasul menentang sekeras-kerasnya ajaran yang memartabatkan pemimpin kerajaan sehingga dianggap Maha Suci daripada segala kesalahan.

Di zaman keemasan umat Islam menjadi kuasa besar dunia, setiap Uli al-Amri yang dinamakan Khalifah diharamkan bersikap Maha Suci seperti Tuhan Yang Maha Esa (Allah SWT). Rasulullah S.A.W bersabda: 

“Ketaatan terhadap pemimpin hanya dalam perkara yang baik “.

Ucapan ini adalah menafsirkan perintah Allah yang dihayati di masa baginda sendiri menjadi ketua negara dan wajib diikuti oleh umatnya.

Ucapan Abu Bakar R A apabila dipilih menjadi ketua negara selepas wafatnya Rasulullah SAW: “Wahai tuan-tuan ! saya telah dipilih menjadi pemimpin kamu, padahal saya bukannya orang yang terbaik di kalangan kamu. Sekiranya saya dalam keadaan yang baik tolonglah saya, sekiranya saya dalam keadaan yang buruk perbetulkan saya. Benar adalah amanah, bohong adalah khianat....”

Beginilah juga ucapan setiap pemimpin yang dilantik selepasnya. Amalan sistem pemerintahan Islam yang dibukukan dan dicatit oleh para ulama Islam daripada semua mazhab menjadi kajian para orentalis. Kitab-kitab seperti Muqaddimah Ibn Khaldun, Ahkam Sultaniyyah, Adab al-Wazir dan lain-lain diterjemahkan ke dalam bahasa-bahasa Eropah mempengaruhi perkembangan Demokrasi Moden yang diamalkan oleh negara Barat.

Walaupun mereka menerima dengan fahaman sekularisme yang dianut, memisahkan politik daripada agama, namun pengaruh inilah yang mewujudkan sistem pilihanraya yang adil dengan memberi hak kepada rakyat menjadi hakim terhadap kerajaan dan para pemimpin kerajaan yang boleh dijatuhkan sekiranya berlaku kesilapan atau kelemahan dalam mentadbir negara, rakyat pula diberi hak dalam urusan pemerintahan secara beradab.

Sistem yang adil ini menggantikan revolusi rakyat secara berdarah yang banyak berlaku seperti di England, Perancis dan lain-lain. Akhirnya terciptalah demokrasi moden dengan mewujudkan pilihanraya yang adil.

Bagi mewujudkan penghakiman yang adil oleh rakyat melalui pilihan raya, maka rakyat diberi kefahaman yang benar berkenaan pilihanraya. Mereka benar-benar  memahami hak  mereka dengan larangan tegas secara undang-undang terhadap ugutan, sogokan rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Pihak media diletakkan sebagai saksi yang melaporkan semua pihak kepada rakyat yang menjadi hakim, samada pihak kerajaan yang dituduh atau pihak pembangkang yang menuduh.

Pihak Suruhanjaya Pilihan Raya adalah badan yang bebas bagi mengendalikan urusan pilihanraya mengikut sistem pemisahan kuasa di antara badan kehakiman, perundangan dan pentadbiran yang diamalkan oleh Rasulullah SAW ketika menegakkan negara contoh di Madinah.

Sistem ini diterima oleh semua parti Islam di seluruh dunia termasuk PAS, yang ditubuhkan  daripada gerakan tajdid dan islah kerana demokrasi moden menjadi medan  politik paling sesuai dengan Islam yang mengutamakan secara damai.

Keseluruhan negara Barat dan termasuk negara komunis sekarang telah berubah, menerima sistem demokrasi pilihanraya yang adil, sehingga tidak ada parti dan pemimpin kerajaan boleh mendabik dada bahawa mereka Maha Suci daripada segala sifat kekurangan dan tidak ada kesilapan langsung.

Sistem demokrasi moden ini menjadikan parti kerajaan dan pemimpinnya sentiasa berwaspada dan sedia ditolak dan dihukum oleh rakyat, maka berlakulah perlumbaan yang sihat bagi melakukan yang baik dan menolak yang munkar, menjadikan riadah yang menjadikan hak rakyat dan kerajaan sentiasa sihat, kerana silih berganti apabila berlaku setiap kelemahan dan para pemimpin sangat berhati-hati menunaikan amanah.

Di Amerika pernah dibatalkan kemenangan seorang presiden dalam peristiwa yang terkenal dengan nama skandal Watergate. Di England pula menjatuhkan kerajaan kerana skandal salah seorang menteri kabinetnya dengan pelacur yang berkait dengan perisikan negara asing.

Di India membatalkan kemenangan seorang perdana menteri kerana menyalahgunakan jentera kerajaan dan banyak lagi. Di zaman kini banyak negara yang dibelenggu dengah sistem diktator terpaksa berubah kepada sistem demokrasi pilihanraya yang adil.

Negara kita Malaysia yang tercinta ini mengalami sistem demokrasi menuju ke arah yang lebih buruk dan memalukan. Surahanjaya Pilihan Raya yang tidak bermaya untuk melakukan reformasi demokrasi yang sebenar kerana tidak diberi kuasa yang sebenar mengikut takrif demokrasi dan tidak berlaku pemisahan kuasa yang sebenar.

Kedudukannya berada di bawah siapa parti yang memerintah mengikut arahan secara nyata dan sulit bagi mengekalkan sistem satu parti seperti negara komunis, secara agenda yang diatur begitu rupa. Media arus perdana sebelah pihak yang menutup minda rakyat mengetahui segala kelemahan kerajaan, seolah-olah  menjadikan kerajaan itu Maha Suci sepanjang hayat seolah-olah tidak ada ajal dan tidak ada hari kiamat.

Daftar pengundi yang tidak masuk akal, seperti jumlah isi rumah laksana sebuah kampung dan  penduduk kampung yang ramai laksana satu daerah kerana terlalu gelojoh mangambil pengundi bagi menjamin kemenangan parti yang sedang memerintah walaupun sudah banyak senarai penyelewengan sehingga dilupai yang telah berlaku sebelumnya tanpa tindakan yag adil.

Politik wang yang membarah ke dalam parti kerajaan dan masuk pula ke dalam rakyat, ke lapangan pilihanraya umum. Semua yang berlaku adalah kemungkaran yang mencalarkan imej Islam yang menjadi agama negara mengikut perlembagaan dan banyak kemunkaran yang wajib dicegah dan kezaliman yang wajib disanggah.

PAS wajib menyampaikan risalah Islam kepada seluruh manusia dengan memberi kefahaman yang betul kepada penganut Islam dan memperkenalkan Islam kepada bukan Islam, bagi mengajak kepada makruf dan mencegah kemunkaran kerana Rasulullah SAW mewajibkan kepada setiap orang Islam menyampaikan mesej sebenar, menyatakan yang benar dan mencegah kemunkaran mengikut kemampuan masing-masing dengan tangan, lidah dan perasaan benci dalam hati.

Demonstrasi aman yang menjadi salah satu daripada amalan demokrasi moden adalah salah satu cara menunjukkan kebencian dalam hati.

Rasulullah SAW mengizinkan para sahabatnya keluar beramai-ramai daripada persembunyian mereka di Mekah selepas Islamnya Hamzah dan Umar RA bagi menunjukkan sikap mereka terhadap pamimpin Makkah yang zalim secara terbuka dan aman tanpa senjata.

Ketika berada di Madinah dan telah wujud negara yang berkuasa, tiba-tiba Rasulullah SAW bersabda kepada para sahabatnya, menyebut  peristiwa lama berlaku sebelum dilantik manjadi Rasul: "Aku pernah dibawa oleh bapa-bapa saudaraku ke rumah Abdullah bin Judaan bagi mengadakan Halaf Fudul  (persefahaman dan kerjasama) bagi membela mereka yang dizalimi dan menentang mereka yang zalim secara bersama. Sekiranya perkara ini dibawa kepadaku sekarang nescaya aku menyertainya."

Rasulullah menerima secara positif segala sifat yang baik secara fitrah yang ada dalam diri manusia termasuk bukan Islam, sehingga menghargai keluarga Hatim al-Toei seorang pemimpin kabilah yang suka menolong dan meraikan tamu di zaman jahiliyyah dan banyak lagi contoh yang lain.

BERSIH adalah gabungan kerjasama NGO berbagai agama dan parti-parti politik pelbagai ideologi yang menganjurkan demonstrasi aman bagi membantah pilihanraya yang mengotorkan amalan Demokrasi di Malaysia, ramai kalangan mereka tidak terlibat secara langsung dalam pilihanraya, tetapi sifat fitrah manusia yang bencikan zalim, tipu dan lain-lain.

PAS berpendapat bahawa BN telah banyak menyeleweng daripada konsep demokrasi yang adil. Umno sendiri telah lama merosakkan imej Islam. Ajaran Islam meletakkan politik adalah amanah  besar yang diamalkan para Rasul seluruhnya, tiba-tiba dikotori dengan banyak perkara yang memalukan, seperti menyalahgunakan kuasa secara penipuan dan zalim bukannya bertahan dengan akhlak yang mulia.

Amanah politik dijadikan peluang mengumpul harta dan menaikkan pangkat, bukannya amanah yang wajib ditunaikan. Harta dan kuasa dijadikan senjata mengugut rakyat, laksana dajjal yang zahir di akhir zaman, menawarkan kesenangan untuk pengikutnya sahaja, sesiapa yang tidak mengikutnya menerima padah.

Akhirnya PAS wajib mencegah kemungkaran besar yang sedang berlaku ini, hujah lebih kuat lagi apabila membaca amanat Rasulullah SAW: "Sama ada kamu menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran atau berdiam diri, nescaya orang-orang yang jahat memerintah kamu, lalu orang-orang yang baik berdoa, tiba-tiba doanya tidak diperkenankan oleh Allah."

Sabdanya lagi: "Menyatakan yang benar kepada kerajaan yang zalim adalah jihad paling afdal."

PAS tidak membenarkan para ulamanya menjadi syaitan bisu yang berdiam diri terhadap kebenaran di hadapan mata yang wajib ditegakkan dan kemungkaran nyata yang wajib ditegah, PAS tidak mengizinkan para ulamanya menjadi burung kakak tua yang bercakap hanya mengikut apa yang diajar oleh tuannya sahaja dan tidak mampu menilai sendiri.

Adapun alasan berlakunya kekacauan selepas itu, adalah disebabkan salah laku kerajaan terhadap perhimpunan aman, seperti melarang berhimpun di padang dataran merdeka yang menjadi tempat berhimpun dan provokasi pihak yang diadakan sendiri atau diizin oleh kerajaan sendiri. Sikap tidak adil melantik kumpulan penyiasat yang ditunjukkan oleh satu pihak kerajaan sahaja adalah cara yang tidak bermoral untuk menegakkan keadilan yang sebenar.

Lebih tidak adil lagi apabila adanya tangkapan selepas bersurai dan menyeksa mereka yang ditangkap, dimaki hamun dan sebagainya. Ini bukan cara yang bijak untuk mempertahankan kerajaan, bahkan cara menggali lubang sendiri untuk jatuh dengan cara memalukan. Bukan sahaja menjadi sunnah alam dan nas al-Quran dan hadith, serta doa mereka yang dizalimi pasti diperkenan Allah walaupun daripada seorang yang bukan Islam.

Akhirnya, kalau bangsa Melayu masih bersama Umno yang tidak menegakkan Islam yang sebenar, berlakulah amaran Allah:

Maksudnya: Sekiranya kamu berpaling (tidak mahu menegakkan agama kamu) nescaya Allah menukarkan kaum lain, kemudian mereka tidaklah seperti kamu. (Surah Muhammad: 38) - Datuk Seri Haji Hadi Awang



, ,

Isnin, 28 Mei 2012

Harap Tidak Banyak Orang "Diperbodohkan" oleh Laman FB Bersih 4.0!


[AnakSungaiDerhaka] .... Berbalik kepada Datuk Jamal, adakah beliau begitu bodoh untuk menjadikan sebuah Lamborghini Gallardo model 2009 bernilai RM1.2 juta itu sebagai hadiah utama cabutan bertuah begitu saja tanpa mengharapkan pulangan?

Meskipun beliau berulangkali menegaskan itu adalah sebagai menghargai kepada yang memberikan sokongan kepada gerakan BERSIH 4.0.. persoalannya di sini kenapa perlu berbelanja di Restoran Sekinchan Ikan Bakar miliknya untuk menyertai cabutan bertuah itu?

Kenapa tidak diberikannya begitu saja BMW530 kepada yang menjadi sahabat ke 150,000 dan Lamborghini Gallardo tersebut kepada sahabat yang ke 1,000,000?

Sila baca syarat-syarat yang dikenakannya ini.




Meskipun potongan harga sebanyak 30% iaitu RM15 akan diberikan dari setiap pembelian yang bernilai RM50 di mana-mana cawangan Restoran Sekinchan Ikan Bakar (RSIB) bayangkan jumlah yang Datuk Jamal ini akan kutip dari 150,000 orang yang menjadi sahabat kepada “Fanpage – BERSIH 4.0 Cintakan Keamanan” itu..

150,000 orang didarabkan dengan RM35 = RM5,250,000

RM5.25 Juta itu adalah anggaran untung kasar..

Oleh kerana banyak pihak mengatakan harga ikan bakar di Restoran Sekinchan Ikan Bakar itu mahal gila, kita anggap beliau memperolehi 40% keuntungan dari setiap jualan.

40% dari RM5.25 Juta ialah RM2.1 Juta..

Dengan meletakkan sebuah BMW 530 model 2005 yang bernilai RM225,000, beliau bakal mengaut keuntungan mencecah RM1.9 Juta..

Itu keuntungan yang dikaut beliau andaikata 150,000 berjaya dijadikan mangsa pembodohannya, bagaimana pula jika beliau Berjaya mendapatkan 1,000,000 mangsa.

1,000,000 mangsa yang tertarik dengan Lamborghini Gallardo model 2009 bernilai RM1.2 juta yang ditawarkan sebagai hadiah utama cabutan bertuah.

1,000,000 orang didarabkan dengan RM35 = RM35,000,000

Untung kasarnya ialah RM35 Juta sahaja..

40% dari RM35 Juta pula ialah RM14 Juta..

Lebihkurang RM14 Juta bakal dikaut beliau sebelum akhir bulan jun 2012, jika 1,000,000 orang berjaya diperbodohkannya.


P/s: Ketika artikel ini berlegar-legar di internet, sudah pasti ada yang sudah termakan "umpan" pencacau rumah Ambiga.


, , ,

Jumaat, 25 Mei 2012

[Wajib Baca] Jamal, Ketua Pengacau Rumah Ambiga Kantoi, Kerajaan BN Kantoi!!

Baca:

KL traders: Who on earth is Jamal?
[MM] KUALA LUMPUR: Traders at Jalan Tuanku Abdul Rahman do not know who Jamal Md Yunus is.

Those interviewed by The Malay Mail looked blank when his name was mentioned, somewhat peculiar, considering Jamal, who is also the KL Petty Traders Action Council chairman, had said he operates a stall in the area having received a licence from City Hall, 25 years ago.

Jamal had led 100 traders to protest near Bersih co-chairman Datuk S. Ambiga's house over alleged losses during the Bersih 3.0 rally on April 28.

He led the burger stall protest there on May 10.

Most of the traders at Jalan TAR felt Jamal had either political motives or self-interest for leading the protest. Some potent comments:

Aziz Sulaiman, 26: "I do not know him. If he was sincere, he would have helped us before Bersih 3.0 happened."

Razali Awang, 40: "It's not right. It feels like he's doing this to make himself famous.
Razali and Aziz said their profits had doubled during the rally.

Daiman Mohamad Yunus, 66: "If he was sincere, he would try to help those without licences to get them."

Jamal reportedly owns 18 restaurant outlets under the Sekinchan Ikan Bakar Restaurant chain and a permit to import luxury cars.

He said the protest outside Ambiga's home was purely motivated by the need to reclaim losses incurred by Jalan TAR petty traders during the rally and rejected claims that Umno was supporting the anti-Bersih protest.



P/s: Kantoi-mantoi. Siapa Jamal? Siapa malaon ini? Sila tanya Noh Omar, sila tanya UMNO!

Kepada Kerajaan BN yang menyaman Ambiga dan BERSIH 3.0, sila baca pengakuan peniaga di Jalan TAR ini: Razali and Aziz said their profits had doubled during the rally.

 
Yang pasti:



, , ,

Khamis, 24 Mei 2012

[PANAS] Noh Omar Diminta Nasihati Jamal Md Yunus Jaga Rangkaian Restoran Ikan Bakarnya daripada Mengacau Ambiga

(Restoran Sekinchan Ikan Bakar di Jalan Pahang...hidup segan mati tak mahu)

[HD] KUALA LUMPUR: Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar diminta memberikan nasihat kepada pemilik Sekinchan Ikan Bakar agar menjaga kedainya dari terlibat dengan memperleceh Pengerusi Bersama Bersih,  Datuk S Ambiga.

Hal ini demikian kerana, sejak kebelakangan ini, banyak outlet kedai ikan bakar berkenaan mengalami masalah dan sudah hidup segan mati tak mahu.

Pemilik Sekinchan Ikan Bakar Datuk Jamal bin Yunos dilaporkan menjadi penganjur kepada perhimpunan yang bakal diadakan di depan rumah Datuk S Ambiga hari ini, 24 Mei dan esok.

Restoran Sekinchan Ikan Bakar dikatakan satu perniagaan anak Melayu yang membantu orang Melayu untuk berjaya didalam dunia perniagaan.

Sekinchan Ikan Bakar juga adalah sebuah francais yang mempunyai lebih kurang 25 cawangan di seluruh Malaysia.

Pengasas Restoran Sekinchan Ikan Bakar ini Datuk Jamal dikatakan berhasrat untuk membantu orang Melayu terutamanya anak-anak muda dari sektor ekonomi dan memberi peluang pekerjaan kepada semua.

Namun menurut satu blog, sejak kebelakangan ini pihak restoran ini telah mendapat pelbagai keluhan dari orang ramai mengenai restoran tersebut.

Ekoran itu, pelbagai usaha promosi dibuat untuk menarik orang ramai ke restoran itu, namun belum berjaya sehingga kini.

Restorannya yang terletak berdekatan dengan pejabat Harakahdaily di Jalan Pahang juga mempunyai masalah.

Sejak dari awal pembukaannya ia tidak mendapat sambutan walaupun rekabentuk restoran ini sangat menarik.

Ekoran penglibatan Datuk Jamal mengacau Ambiga, beberapa laman facebook mula membuat kempen memboikot restoran ini.

Ini akan menyusahkan pekerja dan petugas restoran ini.


P/s: 

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH