Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label Ambiga. Papar semua catatan

, , ,

Khamis, 7 Jun 2012

Patutlah Ketua Geng Senaman Jubur Kata Minum 100 Plus Haram Bagi Orang MELAYU




P/s: Kah kah kah!

, , , ,

Jumaat, 25 Mei 2012

Bekas Teman Tapi Mesra Artis Dalang Buat Kekacauan di Luar Rumah Ambiga


[HD] KUALA LUMPUR: Rupa-rupanya pemimpin utama anak muda yang menyerang rumah Datuk S Ambiga semalam adalah CEO Red Carpet, syarikat pengurusan program yang kantul akibat kegagalan 'Karnival Kelantan Fiesta 2010' selepas diserang ribut.

Shahrul Nasrun Kamarudin yang memimpin sekumpulan remaja ke rumah Ambiga semalam, sebelum ini pernah dilaporkan keluar dengan pelakon yang juga janda anak bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Nora Danish.

"Dia ni dajjal, mempertahankan orang murtad, LGBT (lesbians, gays, bisexuals and transgenders)," Shahrul didengar bertempik di depan rumah S Ambiga, Pengerusi bersama Bersih semalam sebelum menyerahkan memorandum.

Sebelum ini, satu persatu Harakahdaily mendedahkan siapakah di belakang penyerang rumah Ambiga.

Antaranya pemimpin 'senaman punggung', Datuk (palsu) Mohd. Ali Baharom yang mengaku membeli gelaran datuk dengan harga RM250,000 manakala Datuk Jamal Md Yunus adalah tauke Restoran Sekinchan Ikan Bakar yang sedang menghadapi masalah dengan restorannya itu.

(Kelantan Fiesta 2010 yang gagal selepas diserang ribut)

Nama Shahrul Nasrum yang memimpin satu NGO yang bernama 'Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia' mula timbul selepas 'Karnival Kelantan Fiesta 2010' gagal dan memalukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Program yang dibuat pada tahun  2010 di perkarangan Stadium Sultan Mohamad ke 1V itu gagal sepenuhnya sehingga Pengerusi Umno Kelantan terpaksa menggunakan 'loud heller' untuk bercakap dengan beberapa tetamu yang hadir selepas kawasan perhimpunan di serang ribut.

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah dilarang oleh pihak penganjur dari menyertai majlis itu.

Lebih menjijikkan lagi, sumbangan kerajaan negeri sebanyak RM200,000 untuk menjayakan program itu dihantar kembali oleh pihak penganjur.

Tuanku Sultan Kelantan juga telah membatalkan penyertaannya ke majlis itu selepas 'gagal mematuhi protokol' yang ditetapkan istana.

Program yang sepatutnya disiar secara langsung oleh RTM itu dibatalkan begitu sahaja.

Kini Shahrul datang dan memekik perkataan yang tidak sewajarnya diucapkan kepada seorang bukan Islam di negara ini di samping membuat bising di kawasan yang dianggap elit itu.



, , ,

[Wajib Baca] Jamal, Ketua Pengacau Rumah Ambiga Kantoi, Kerajaan BN Kantoi!!

Baca:

KL traders: Who on earth is Jamal?
[MM] KUALA LUMPUR: Traders at Jalan Tuanku Abdul Rahman do not know who Jamal Md Yunus is.

Those interviewed by The Malay Mail looked blank when his name was mentioned, somewhat peculiar, considering Jamal, who is also the KL Petty Traders Action Council chairman, had said he operates a stall in the area having received a licence from City Hall, 25 years ago.

Jamal had led 100 traders to protest near Bersih co-chairman Datuk S. Ambiga's house over alleged losses during the Bersih 3.0 rally on April 28.

He led the burger stall protest there on May 10.

Most of the traders at Jalan TAR felt Jamal had either political motives or self-interest for leading the protest. Some potent comments:

Aziz Sulaiman, 26: "I do not know him. If he was sincere, he would have helped us before Bersih 3.0 happened."

Razali Awang, 40: "It's not right. It feels like he's doing this to make himself famous.
Razali and Aziz said their profits had doubled during the rally.

Daiman Mohamad Yunus, 66: "If he was sincere, he would try to help those without licences to get them."

Jamal reportedly owns 18 restaurant outlets under the Sekinchan Ikan Bakar Restaurant chain and a permit to import luxury cars.

He said the protest outside Ambiga's home was purely motivated by the need to reclaim losses incurred by Jalan TAR petty traders during the rally and rejected claims that Umno was supporting the anti-Bersih protest.



P/s: Kantoi-mantoi. Siapa Jamal? Siapa malaon ini? Sila tanya Noh Omar, sila tanya UMNO!

Kepada Kerajaan BN yang menyaman Ambiga dan BERSIH 3.0, sila baca pengakuan peniaga di Jalan TAR ini: Razali and Aziz said their profits had doubled during the rally.

 
Yang pasti:



, , ,

Khamis, 24 Mei 2012

[PANAS] Noh Omar Diminta Nasihati Jamal Md Yunus Jaga Rangkaian Restoran Ikan Bakarnya daripada Mengacau Ambiga

(Restoran Sekinchan Ikan Bakar di Jalan Pahang...hidup segan mati tak mahu)

[HD] KUALA LUMPUR: Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar diminta memberikan nasihat kepada pemilik Sekinchan Ikan Bakar agar menjaga kedainya dari terlibat dengan memperleceh Pengerusi Bersama Bersih,  Datuk S Ambiga.

Hal ini demikian kerana, sejak kebelakangan ini, banyak outlet kedai ikan bakar berkenaan mengalami masalah dan sudah hidup segan mati tak mahu.

Pemilik Sekinchan Ikan Bakar Datuk Jamal bin Yunos dilaporkan menjadi penganjur kepada perhimpunan yang bakal diadakan di depan rumah Datuk S Ambiga hari ini, 24 Mei dan esok.

Restoran Sekinchan Ikan Bakar dikatakan satu perniagaan anak Melayu yang membantu orang Melayu untuk berjaya didalam dunia perniagaan.

Sekinchan Ikan Bakar juga adalah sebuah francais yang mempunyai lebih kurang 25 cawangan di seluruh Malaysia.

Pengasas Restoran Sekinchan Ikan Bakar ini Datuk Jamal dikatakan berhasrat untuk membantu orang Melayu terutamanya anak-anak muda dari sektor ekonomi dan memberi peluang pekerjaan kepada semua.

Namun menurut satu blog, sejak kebelakangan ini pihak restoran ini telah mendapat pelbagai keluhan dari orang ramai mengenai restoran tersebut.

Ekoran itu, pelbagai usaha promosi dibuat untuk menarik orang ramai ke restoran itu, namun belum berjaya sehingga kini.

Restorannya yang terletak berdekatan dengan pejabat Harakahdaily di Jalan Pahang juga mempunyai masalah.

Sejak dari awal pembukaannya ia tidak mendapat sambutan walaupun rekabentuk restoran ini sangat menarik.

Ekoran penglibatan Datuk Jamal mengacau Ambiga, beberapa laman facebook mula membuat kempen memboikot restoran ini.

Ini akan menyusahkan pekerja dan petugas restoran ini.


P/s: 

, , ,

[Wajib Baca] Penjaja Jalan TAR "Sound" Ketua Pengacau Rumah Ambiga dan Geng


[MK] Sekumpulan penjaja di Lorong Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur meluahkan rasa tidak berpuas hati terdapat pihak yang cuba melibatkan mereka untuk berniaga di hadapan rumah Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk  S Ambiga mulai hari ini.

Mereka juga mengambil sikap "berkecuali dan tidak mahu main politik", tidak seperti yang dilakukan oleh Majlis Bertindak Peniaga-peniaga Kuala Lumpur (MBPKL), dan hanya mahu mencari rezeki dengan menjaja di lorong itu setiap Sabtu.

Malah, mereka juga bimbang pelanggan akan lari jika mereka dikaitkan dengan tindakan berniaga di hadapan rumah Ambiga, sehingga boleh menjejaskan pendapatan mereka selepas ini.

"Ini memberi kesan negatif... Kami tidak bersetuju dengan tindakan menjual (di hadapan rumah Ambiga). Ia memberi nama buruk kepada peniaga.


"Jangan guna nama platform penjaja Jalan Tunku Abdul Rahman. Guna nama lain. Kita bebas, tidak berpolitik, kita nak cari rezeki... Kalau nak berpolitik berhenti berniaga dan masuk politik," kata seorang peniaga, yang enggan namanya didedahkan.

Dilaporkan MBPKL yang diketuai Datuk Jamal Md Yunus akan berniaga pelbagai barangan, makanan dan minuman di hadapan rumah Ambiga selama dua hari bermula hari ini bagi menampung kerugian mereka akibat perhimpunan pada 28 April lalu.

'Tak sampai 10 sokong BERSIH 4.0'

Selain menamakan tindakan mereka sebagai "Bersih 4.0 - Mencucikan Bersih 1,2,3", semalam mereka membida tapak perniagaan sehingga mencecah nilai tertinggi sebanyak RM5,000.

Mengunjungi Malaysiakini semalam, kumpulan penjaja itu mendakwa kira-kira 95 peratus daripada kira-kira 300 penjaja di lorong tersebut bersikap berkecuali dengan tindakan majlis Jamal yang mahu berniaga di hadapan rumah Ambiga.

Penjaja itu mendakwa penjaja di situ tidak diajak berbincang dengan rancangan tersebut, sebaliknya hanya mengetahui melalui kain rentang dan risalah yang diedarkan kepada mereka.

"Boleh dikira dengan jari, tak sampai sepuluh orang (penjaja) yang menyokong Datuk Jamal," katanya menjawab soalan berhubung jumlah penjaja yang menyertai rancangan Jamal -  pemilik peniagaan kereta mewah dan restoran.

Sementara itu, menceritakan suasana pada hari demonstrasi, kira-kira 50 peratus penjaja menjalankan aktiviti seperti biasa, tetapi terpaksa menghentikannya selepas polis berpangkat biasa didakwa mengarahkan ia dihentikan sewaktu berlakunya kekecohan di situ.

"Tidak ada arahan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur," kata penjaja itu yang mendakwa tindakan polis dibuat kerana penjaja dikatakan "melindungi" peserta BERSIH.


P/s: Terbaik!

, , ,

[Kemas Kini] Penjaja Nasi lemak Tawar Cabutan Bertuah Kereta BMW dan Lamborghini Untuk Lariskan FB Bersih 4.0


[MK] Kumpulan anti-BERSIH yang merancang untuk berniaga di hadapan rumah Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga mulai esok, kini menawarkan dua kereta mewah untuk cabutan bertuah.

Ketuanya, Datuk Jamal Md Yunus berkata BERSIH 4.0 pencinta keamanan telah membuka halaman Facebook.

Sebagai tanda penghargaan kepada sokongan rakyat, beliau mengumumkan bahawa pelawat Facebook tersebut berpeluang memenangi kereta BMW 530 dalam cabutan bertuah apabila jumlah peminat mencecah 150,000 orang.

Jamal berkata, kereta model 2005 itu bernilai RM225,000.

Sekiranya jumlah peminat Facebook itu mencecah satu juta orang, Jamal berkata, sebuah lagi kereta mewah - 2009-model Lamborghini Gallardo model 2009 bernilai RM1.2 juta - akan ditawarkan dalam cabutan bertuah.


P/s:  Helah PENJAJA NASI LEMAK (pemilik rangkaian Restoran Ikan Bakar Sekinchan, pengendali Kedai Ikan Rakyat 1 Malaysia, dan syarikat menjual kereta mewah) untuk tarik orang ramai ke restorannya yang mula diboikot orang ramai!

Klik untuk baca!

BOIKOT!


, , , , ,

Rabu, 23 Mei 2012

[Video-Bukti] Insiden Baling Batu & Telur di Merlimau Melaka, Mengapa Polis Tidak Bertindak?


Video di bawah ini memaparkan insiden baling batu dan telur di Program Hi-Tea bersama dengan Pengerusi J/K BERSIH, S.Ambiga sehingga mengakibatkan dua kereta ADUN DAP mengalami kerosakan.

Jika dilihat pada video, individu yang menyarung baju Perkasa ini kebanyakannya adalah remaja belasan tahun. Semasa kejadian, beberapa anggota polis sedang mengawal keadaan. Yang dipersoalkan, apa tindakan mereka apabila malaon yang memakai baju Perkasa merosakkan kenderaan ADUN DAP?


Apa respons Ibrahim Ali?

"Kadang-kadang ada orang beli baju-T PERKASA atau uniform dan pakai.

"Kemudian, apabila sesuatu terjadi, orang ramai terus menyalahkan PERKASA,
" kata Ibrahim seperti dipetik oleh MK.

Lawak sungguh kenyataan Ibrahim Ali. Kenyataan yang menggambarkan mentalitinya.

PERKASA Melaka dan Umno Jasin sebelum ini menafikan terlibat dalam insiden di Merlimau itu walaupun terdapat anggota masing-masing menyertai perhimpunan membantah kehadiran Ambiga dalam acara itu.

Apa komen Pak Samad selaku Pengerusi Bersama Bersih 3.0?

"Ketika Ambiga hendak ke Merlimau, lagi dahsyat. Saya dengar lebih kurang 200 samseng di Merlimau sudah menunggu. Ambiga dijemput oleh PAS untuk menghuraikan perjuangan bersih. Itu landas demokrasi.

"Belum pun beliau tiba, teman-teman di sana minta supaya (beliau) jangan datang, sebab samseng sudah ada di negeri Hang Tuah.

"Sudah ada 'Hang Samseng'. Cuba fikirkan, di negari Hang Tuah, ada Hang Samseng,
" katanya seperti yang dipetik oleh MK. -DCM

P/s: Perangai macam lahanat!




, , ,

Ketua Pengacau Rumah Ambiga Ahli UMNO dan Rakan Baik Noh Omar



[FMT] PETALING JAYA: Pengerusi Majlis Tindakan Peniaga Kuala Lumpur Datuk Jamal Md. Yunos yang menganjurkan protes bernama Bersih 4.0 pada hari Khamis dan Jumaat adalah ahli Umno.

“Jamal ialah ahli Umno bahagian Tanjung Karang”, kata pegawai khas Menteri Pertanian dan Asas Tani Datuk Seri Noh Omar, Datuk Ahmad Bhari Abdul Rahman.

Ahmad yang juga bekas ketua bahagian Umno Selayang turut menambah bahawa Jamal rapat dengan Noh.

Jamal, 41, mula mendapat perhatian media pada minggu lepas apabila beliau mengumumkan kepada media bahawa Majlis Tindakan Peniaga Kuala Lumpur akan menganjurkan protes di dalam bentuk pasar malam pada hari Khamis dan Jumaat ini di hadapan rumah Pengerusi Bersama Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih), Datuk S Ambiga di Damansara, Kuala Lumpur.

Protes itu dianjurkan untuk mendapatkan ganti rugi kerana para peniaga terpaksa menutup premis perniagaan mereka pada 28 April lalu ekoran dari protes ‘duduk dan bantah’ Bersih 3.0 yang diketuai Ambiga.

Menurut laporan Utusan Malaysia, Jamal memiliki 25 buah syarikat perniagaan.

Beliau yang memiliki rangkaian Restoran Ikan Bakar Sekinchan mempunyai banyak cawangan khususnya di Lembah Kelang.
 
 
 
P/s: Patutlah menjadi pengendali Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia!!!
 
 
 

, , ,

Selasa, 22 Mei 2012

[Gambar] Ketua Pengacau Rumah Ambiga Bikin Wayang "Penjual Nasi Lemak", Dia Lupa Sekarang Zaman Internet


Dalam satu kenyataan, Jamal Md Yunus, ketua pengacau rumah Ambiga ini mendakwa dia peniaga nasi lemak yang mengalami kerugian semasa BERSIH 3.0. Katanya:

"Kami terdiri daripada peniaga-peniaga. Saya menjual nasi lemak. Jangan kacau periuk nasi kami, Kami mengalami kerugian yang amat besar semasa berlangsung Bersih 1, 2, 3. Siapa yang mahu menanggung kerugian yang kami alami?"

Namun, dia terlupa sekarang ini zaman internet, zaman blog, zaman facebook. orang ramai tidak mudah diperdayakan. Siapa malaon ini? Sila rujuk di sini.

Malah gambar yang dipetik dari sebuah blog ini menunjukkan ketua pengacau ini menyambut hari jadi di sebuah hotel 5 bintang. Tetamu yang hadir juga bukan calang-calang termasuk artis dan selebriti TV.


Gambar lain di sini.
Usahlah bermain wayang kerana kita sekarang hidup dalam zaman teknologi maklumat. Selain menjadi pengendali Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia, malaon ini ialah pemilik rangkaian Restoran Ikan Bakar Sekinchan. Walaupun rata-rata tukang komen di laman FB DCM mendakwa makanan di restoran milik malaon ini tidak sedap dan mahal gila, namun malaon ini tetap maintain pandu Ferrari dan sambut hari jadi di hotel mewah. Mampukah dia menjalani kehidupan begitu dengan hanya menjual nasi lemak di Jalan TAR? -DCM


P/s: TM mendapat tahu bahawa malaon ini merupakan kawan baik Noh Omar. Ada pihak yang mendakwa malaon ini mendapat projek daripada kementerian sahabatnya itu. Agak-agak projek Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia yang dikendalikan oleh malaon ini dikelola oleh kementerian mana?

Cuba lihat gambar di bawah ini dan jawab soalan ini, adakah BERSIH 3.0 merugikan peniaga?


, , ,

Isnin, 21 Mei 2012

[Gambar] Ketua "Pengacau" di luar Kediaman Ambiga Pandu Ferrari, Miliki Kedai Ikan & Restoran Ikan Bakar


Demo di Rumah Ambiga: Penganjur Lelong Petak Penjaja
[MK] Penganjur demonstrasi 24 dan 25 Mei di hadapan kediaman pengerusi bersama BERSIH, Datuk S Ambiga akan melelong salah satu tapak gerai di lorong tersebut pada harga bermula RM2,000.

Pengerusi Majlis Bertindak Peniaga-peniaga Kuala Lumpur Datuk Jamal Md Yunus berkata lelongan itu untuk menampung kos mereka untuk menganjurkan demonstrasi berkenaan.

Katanya, mereka juga akan meneruskan rancangan untuk berniaga di kawasan lorong tersebut walau tanpa kebenaran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).



Katanya, mereka akan bertindak sedemikian memandangkan BERSIH juga mengadakan perhimpunannya pada 28 April tanpa kebenaran pihak berkuasa.

"Kita akan teruskan walaupun DBKL tak beri (kebenaran). Kita lukis petak pada hari ini pun untuk tunjukkan yang kami bersungguh-sungguh untuk buat perniagaan di sini," katanya sambil menambah setiap peniaga perlu membayar RM100 untuk satu tapak.

"Esok kita akan membuat permohonan di DBKL pada pukul 10.30 pagi. Selepas berjumpa dengan Datuk Bandar, di depan bangunan itu juga kita akan membuat cabutan tapak dan juga akan membida tapak di hadapan rumah Ambiga yang harganya bermula RM2,000.



"Saya yakin, harga tapak itu akan tinggi. Tujuan kita membida tapak itu adalah bagi menampung kos majlis bertindak ini. Kami tak ada duit tabung," kata Jamal lagi.

Beliau ditemui pemberita ketika hadir bersama kumpulan yang hadir untuk menanda petak gerai berkenaan hari ini.

Katanya lagi, kumpulan 60 peniaga itu juga merancang untuk terus "berkampung" selepas demonstrasi dengan membuka gerai itu, sehinggalah tuntutan mereka mereka dipenuhi.

Tindakan itu akan diteruskan sehingga Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) menjawab mengenai kerugian yang didakwa dialami peniaga berkenaan.



"Kalau pada 24 dan 25 haribulan tak ada pihak yang jawab siapa yang bertanggungjawab untuk ganti kerugian peniaga pada BERSIH 1.0, 2.0, dan 3.0, kita akan berkampung di sini dan akan berkhemah sama macam pelajar yang tuntut PTPTN dimansuhkan.

"Kita akan terus berkampung sehingga ada pihak yang jawab," katanya yang menganggarkan seramai 10,000 akan hadir dalam demonstrasi "Bersih 4.0 - Mencucikan Bersih 1,2,3" itu.

Kumpulan itu merancang untuk membuka gerai bagi menjual pelbagai barangan, makanan dan minuman dari pukul 3.30 petang sehingga 8 malam pada hari terbabit dengan sasaran untuk mendapatkan pulangan antara RM300 hingga RM500 sehari.


Selagi geng ini membuat kacau di kediaman Ambiga, JOM BOIKOT segala perniagaan dan premis yang ada kaitan dengan malaon ini.






BOIKOT Rangkaian Restoran Sekinchan Ikan Bakar Sdn. Bhd. Baca di sini.


BOIKOT 30 buah Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia (KIR1M) yang dikendalikan oleh Syarikat Restoran Sekinchan Ikan Bakar Sdn. Bhd. Baca di sini.


P/s: DBKL, polis buat apa untuk halang kerja bodoh geng ini? Buat b****???

Jom pakat ramai-ramai BOIKOT segala premis yang ada kaitan dengan malaon dan gengnya!




, ,

Jumaat, 18 Mei 2012

Tiada Tosai Percuma di Kawasan Rumah Timbalan Ketua Polis Negara Ahad Ini (20/5)


[MK] Protes tose' yang dirancang di luar rumah Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar pada Ahad ini dibatalkan.

Gabungan NGO WargaAman - pihak di belakang rancangan itu - mengambil tindakan itu sebagai respons kepada gesaan tidak memberikan reaksi balas terhadap kumpulan anti-BERSIH.



Pengerusi WargaAman A Rajaretinam (kanan) mengesahkan perhimpunan bantahan itu secara rasminya dibatalkan tetapi mereka akan tetap menghantar tose telur kepada Khalid.

Beberapa anggota WargaAman akan membeli tose telur daripada gerai berdekatan dan menghantarnya melalui serahan tangan ke rumah Khalid pada pagi Ahad ini, katanya dalam sidang media hari ini.

Rajaretinam berkata, keputusan itu diambil setelah mempertimbangkan nasihat pemimpin DAP Lim Kit Siang, bekas menteri besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan Pengerusi Bersama BERSIH S Ambiga.

Rajaretinam memberikan 24 jam kepada Khalid bagi menyatakan sama ada beliau masih mahukan tose supaya mereka tidak menghantarnya.

"Kami batalkan gerai tetapi akan penuhi hasratnya (untuk tose). Dia pelanggan kami," katanya merujuk kepada reaksi Khalid berhubung rancangan acara itu apabila secara berjenaka berkata memesan 'tose telur'.

, , ,

Khamis, 17 Mei 2012

“Hanya PONDAN di lorong-lorong atau seorang BACUL sahaja suka menggoyang-goyangkan PUNGGUNG dan ianya amat menjijikkan" - Fauzi Abdul Rahman (Kobat)


[KD] KUALA LUMPUR 16 Mei: Tindakan Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) mengadakan ‘senaman punggung’ depan kediaman Pengerusi Bersama Bersih, Datuk S Ambiga sangat memalukan, kata Datuk Fauzi Abdul Rahman.

Pengerusi Kor Bekas Anggota Tentera/Perajurit (Kobat) KEADILAN Pahang itu menyifatkan, kumpulan yang diketuai Mohd Ali Baharom berfikir menggunakan punggung.

“Tindakan ini sangat biadab, jijik dan meloyakan kerana hanya mereka yang berfikir menggunakan punggung sahaja melakukan aksi tidak bertamadun itu,” katanya dihubungi Keadilan Daily.

Jika PVTM tidak bersetuju dengan Ambiga, persoalan pokok kata Fauzi ialah, adakah aksi yang dilakukan kumpulan itu beradab dan sesuai dengan adat dan tata susila rakyat Malaysia?

“Kami dari Kobat, malah puluhan ribu dari bekas-bekas tentera tidak sedikit pun megah dengan aksi `goyang punggung’ di hadapan seorang wanita untuk membuktikan `kejantanan’ bekas tentera.

“Hanya pondan di lorong-lorong atau seorang bacul sahaja suka menggoyang-goyangkan punggung dan ianya amat menjijikkan,” tegasnya.

Beliau turut melihat tekanan berterusan puak seumpama itu melakukan pelbagai aksi di depan rumah Ambiga untuk mengalih perhatian rakyat yang menuntut pilihan raya bersih dan adil sebagaimana dibuktikan pada Himpunan Bersih 28 April lalu.

“Tentera sepatutnya menyokong Bersih kerana NGO ini bertujuan baik iaitu menuntut pentadbiran Datuk Seri Najib Razak antaranya membersihkan daftar pemilih.

“Daftar pemilih di Malaysia kotor sebab warga asingpun turut mengundi dan dalam hal ini, tentera patut sokong dan bukan menjadi alat Umno,” tegas Fauzi lagi.

Mengenai pengabaian Kementerian Pertahanan terhadap bekas tentera yang lumpuh, beliau turut mengaitkannya dengan aksi senaman punggung itu.

“Sebab itu saya katakan, aksi goyang punggung ini tidak menyelesaikan masalah golongan tentera yang masih ramai hidup susah sebab Najib kekal enggan turunkan harga minyak termasuk abaikan bekas tentera.

“Kobat pula tidak bercadang menggoyang punggung depan rumah Najib dan disaksikan Rosmah Mansor kerana ia tidak menyelesai masalah negara yang menuju bankrap ekoran rasuah Umno dan sekutunya,” katanya sinis.

Sehubungan itu, beliau menyeru tentera dan bekas tentera melakukan perubahan pada Pilihan Raya Umum akan datang dengan menolak Najib yang terus memperalat segelintir bekas tentera demi kepentingan hayat politik Umno.

Fauzi yang merupakan anak saudara kepada Allahyarham Tan Sri General Abdul Hamid Bidin, bekas Yang Di-Pertua Persatuan Bekas Perajurit Malaysia menubuhkan Kobat di Pahang bertujuan membela nasib bekas tentera dan perajurit negara.

Penubuhannya berikutan nasib kumpulan terbabit tidak terbela khasnya di Pahang walaupun Najib pernah menjadi Menteri Pertahanan sebanyak dua kali masing-masing pada 1990 hingga 1995 dan 1999 hingga 2008.
 
 
P/s: Memalukan!
 
 
 

, ,

Rabu, 16 Mei 2012

Siapa Mahu Makan? Tosai Percuma di Luar Kediaman Timbalan Ketua Polis Negara Ahad Ini (20/5)


[MK] Mula-mula burger, kemudian senaman punggung... dan Ahad ini tosai pula.

Mengambil kata-kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar, sekumpulan NGO vokal India memutuskan untuk menyajikan tosai percuma di luar rumahnya di Ampang, dari jam 10 pagi hari berkenaan.

Setiausaha WargaAMAN, S Barathidasan berkata, NGO-NGO tersebut akan bertemu malam ini untuk membincangkan mengenai persiapannya.Bagaimanapun, Barathidasan menegaskan ia bukan satu protes, atau ada sebarang kaitan dengan 'protes burger' di depan rumah Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga minggu lalu.

"Ini sebenarnya satu kempen kesedaran. Tosai adalah makanan yang sihat dan sajian sarapan bagi masyarakat India. Kami mahu mempromosinya," katanya ketika dihubungi.

Kumpulan itu memilih untuk membuka gerai di luar rumah Khalid di Taman Bukit Teratai Khalid kerana mereka "menghormati" beliau.

"Beliau telah berkata bahawa gerai boleh dibuka di hadapan rumah orang dan kami menghormati apa yang beliau katakan".

Barathidasan menambah bahawa kumpulan itu akan memohon permit dari Majlis Perbandaran Ampang Jaya untuk gerai tersebut, dan mungkin meneruskannya juga walaupun ia ditolak.

"Kita hanya mahu beri orang ramai sarapan yang sihat. Kami tidak menjual apa-apa," katanya.


P/s: Terbaik!



, ,

Panglima "Senaman Punggung" Pernah Mengaku Beli "Datuk"...Memalukan!


Kalau tidak percaya klik sini.


Artikel berkaitan dengan senaman punggung aka jubur boleh dibaca di sini dan di sini.


, ,

Selasa, 15 Mei 2012

[Video-Wajib Tonton] Marilah Tonton Wajah/Aksi Bekas Askar Tayang Jubur di depan Rumah Ambiga



P/s: Tontonlah aksi bodoh dan bingai kumpulan bekas tentera yang amat memalukan orang Melayu dan pasukan keselamatan negara. Dengarlah hujah puak ini ketika diajukan soalan dan pernyataan. Jawapan yang diberikan merapu dan menyerlahkan tahap mentaliti mereka.




, ,

[Gambar] Sekumpulan Orang "Pendek Akal" di depan Rumah Ambiga








[MK] Sekumpulan bekas tentera pagi ini mengadakan satu senaman aneh di depan kediaman pengerusi bersama BERSIH, Datuk S Ambiga di Bukit Damansara.

Kumpulan 15 orang daripada Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) itu melakukan gimik demonstrasi yang dinamakan mereka sebagai "senaman punggung" – dengan membongkok dan menggoyang-goyangkan punggung mereka ke arah kediaman Ambiga.

Kumpulan berkenaan diketuai presiden PVTM, Mohd Ali Baharom yang berkata mereka berhak mengadakan demonstrasi tersebut sebagai bantahan terhadap Ambiga.

Mohd Ali berkata, bantahan itu dibuat terhadap Ambiga yang disifatkannya sebagai "musuh negara yang cuba merosakkan nama negara" melalui perhimpunan BERSIH 3.0, 28 April lalu.

Katanya, senaman itu juga sebagai bantahan ke atas Ambiga yang dikaitkannya dengan gerakan seks bebas.

"Kami beri amaran keras kepada Ambiga supaya segera minta maaf kepada rakyat Malaysia berkenaan BERSIH dan seks bebas," katanya ebelum sesi senaman itu bermula pada jam 8.30 pagi.

'Orang Islam, minum air suam'

Kumpulan itu kemudiannya disambut oleh Ambiga yang muncul di pintu pagar rumah tersebut dan menjemput mereka menjamah satu hidangan minuman ringan, apabila gimik tersebut berakhir kira-kira 15 minit kemudian.

Mohd Ali bagaimanapun menolak jemputan Ambiga dan menyerahkan salah satu sepanduk yang dibawa mereka kepada Ambiga.

"Kami orang Melayu orang Islam, kami minum air suam.

"Saya mahu hadiah (kad manila) sama awak, awak serah pada Anwar. Saya beri amaran supaya awak jangan buat lagi masalah kepada negara.

"Kami akan bertindak jika kamu merosakkan nama negara," kata Mohd Ali, yang juga dikenali dengan gelaran 'Ali Tinju', ketika berdepan dengan peguam itu.

Terdahulu, kumpulan tersebut berarak sejauh kira-kira 20 meter ke arah pintu pagar rumah Ambiga dan membawa sepanduk dengan slogan 'Tolak Ambiga Anwar perusuh haram BERSIH 3.0' dan 'Tolak Ambiga Anwar gila kuasa'.

Bercakap kepada pemberita selepas kumpulan itu beredar, Ambiga berkata beliau sering menerima gangguan seperti itu selepas demonstrasi oleh sekumpulan peniaga burger di hadapan kediamannya pada 10 Mei lalu.

Menurutnya, beberapa individu dengan sinis singgah di hadapan rumah beliau dan meminta burger percuma daripadanya.

Gangguan, bukan himpunan aman

Katanya lagi, beliau turut kesal dengan kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar yang menyatakan bahawa tindakan peniaga burger itu dibenarkan selagi tidak mengganggu ketenteraman awam.

"Kenyataan itu tidak bertanggungjawab. Ia membuka ruang kepada sesiapa sahaja untuk berhimpun di luar rumah sesiapa sahaja," katanya.

Katanya lagi, gimik demonstrasi oleh PVTM pagi ini juga merupakan satu bentuk gangguan dan bukan himpunan aman.

Acara senaman PVTM pagi ini merupakan demonstrasi kedua yang diadakan di hadapan rumah pengerusi bersama BERSIH itu dalam masa seminggu, selepas demonstrasi oleh peniaga burger anjuran Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia pada 10 Mei.

PVTM juga sebelum ini hadir bersama NGO Suara Anak Muda 1Malaysia dan Kelab Mahasiswa 1Malaysia turut membuat laporan polis di balai IPD Dang Wangi untuk menuntut kerajaan mengambil tindakan terhadap Ambiga dan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengetuai himpunan BERSIH.
[GALERI FOTO]



P/s: Orang cerdik tidak berkelakuan seperti kumpulan bekas tentera ini. Kumpulan ini hanya mencemarkan imej tentera. Persatuan tentera yang lain sewajarnya mengutuk perbuatan PVTM kerana merendahkan martabat dan maruah tentera.

Sekali lagi TM hendak ulang kata-kata Che Det: "Orang yang cerdik pandai masuk pembangkang". Jika begitu, maka sudah tentu kita tahu parti yang disertai dan disokong oleh orang yang kurang cerdik!


,

Isnin, 14 Mei 2012

Kalau Ikut Pemahaman Polis, Orang Ramai Pun Boleh Berniaga di depan Rumah Pemimpin BN


[BERNAMA] KUALA LUMPUR - Polis tidak akan mengambil tindakan terhadap sekumpulan peniaga termasuk yang menjual burger di hadapan rumah Pengerusi Bersih Datuk S. Ambiga di Bukit Damansara baru-baru ini kerana mereka melakukannya di tempat awam.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata peniaga boleh berhimpun dan berniaga di hadapan rumah ketua badan bukan kerajaan (NGO) itu, selagi mereka tidak mengganggu ketenteraman awam.

"Di bawah Akta Perhimpunan Aman 2011 (APA) semua orang boleh berhimpun asalkan memberi notis dan maklumkan kepada polis di mana boleh berhimpun.

 "Mereka (peniaga) berniaga di hadapan rumah dia (Ambiga) dan mereka buat di 'public space', mereka tidak menganggu orang awam... jadi tidak menjadi kesalahan kecuali jika mereka menimbulkan kekacauan baru kita boleh mengambil tindakan," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Khalid yang ditemui selepas melancarkan kempen derma darah peringkat polis kontinjen Kuala Lumpur, ditanya sama ada polis akan bertindak terhadap laporan polis yang dibuat Ambiga pada 10 Mei lepas, susulan tindakan sekumpulan peniaga berhimpun dan berniaga di hadapan rumahnya.

Kumpulan peniaga itu termasuk seorang yang bertindak membuka gerai burger, dilapor berbuat demikian sebagai tanda marah selepas mengalami kerugian susulan perhimpunan bertukar ganas yang dianjurkan NGO pimpinan Ambiga di ibu kota pada 28 April lepas.

Mengulas lanjut, Khalid turut mencadangkan agar Ambiga mengambil tindakan saman terhadap peniaga burger terbabit jika tindakannya mengganggu privasi. 



P/s: Polis tahu tujuan dan niat kumpulan malaon yang berniaga di depan rumah Ambiga. Namun mereka mengeluarkan kenyataan seolah-olah malaon-malaon itu berniaga demi sesuap nasi. Jika begitu, orang ramai yang berminat berniaga di depan rumah pemimpin BN bolehlah berbuat demikian.



 

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH