Tiada Tosai Percuma di Kawasan Rumah Timbalan Ketua Polis Negara Ahad Ini (20/5)
[MK] Protes tose' yang dirancang di luar rumah Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar pada Ahad ini dibatalkan.
Gabungan NGO WargaAman - pihak di belakang rancangan itu - mengambil tindakan itu sebagai respons kepada gesaan tidak memberikan reaksi balas terhadap kumpulan anti-BERSIH.
Pengerusi WargaAman A Rajaretinam (kanan) mengesahkan perhimpunan bantahan itu secara rasminya dibatalkan tetapi mereka akan tetap menghantar tose telur kepada Khalid.
Beberapa anggota WargaAman akan membeli tose telur daripada gerai berdekatan dan menghantarnya melalui serahan tangan ke rumah Khalid pada pagi Ahad ini, katanya dalam sidang media hari ini.
Rajaretinam berkata, keputusan itu diambil setelah mempertimbangkan nasihat pemimpin DAP Lim Kit Siang, bekas menteri besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan Pengerusi Bersama BERSIH S Ambiga.
Rajaretinam memberikan 24 jam kepada Khalid bagi menyatakan sama ada beliau masih mahukan tose supaya mereka tidak menghantarnya.
"Kami batalkan gerai tetapi akan penuhi hasratnya (untuk tose). Dia pelanggan kami," katanya merujuk kepada reaksi Khalid berhubung rancangan acara itu apabila secara berjenaka berkata memesan 'tose telur'.
Salam,
Comment by MOH KEMBARA @ Jumaat, Mei 18, 2012 7:14:00 PTGsib baik tosey telur, telur busuk kalu!?