Muzakarah, PAS Bagi Nyawa Politik kepada UMNO Tatkala PRU Semakin Hampir
Tersenyum UMNO apabila pemimpin utama PAS beria-ia mahu mengadakan muzakarah antara kedua-dua parti itu yang sebelum ini terencat kerana ditentang oleh pelbagai pihak. Ironinya, pemimpin PAS yang menentang keras kerjasama yang pernah diusahakan oleh kumpulan kerajaan perpaduan mahu muzakarah ini diadakan sebelum PRU13.Sesuatu yang ditunggu-tunggu oleh UMNO selama ini.
Muzakarah yang dilihat PAS dari sudut lain akan dijadikan oleh UMNO medium untuk menarik sokongan orang Melayu yang mula meninggalkan parti Melayu terbesar itu. Muzakarah kali ini juga akan menjadi tali hayat UMNO yang kini sudah kehabisan wang untuk menambat hati orang Melayu yang sudah muak dengan parti yang menerajui barisan yang terpalit dengan pelbagai salah laku, kontroversi, dan sebagainya. Paling menakutkan, muzakarah ini juga besar kemungkinan menimbulkan konflik antara PAS dengan parti PR yang lain.
Oleh itu tidak hairan jika Tuan Mufti Perak yang terserlah ke-UMNO-annya menyambut baik hasrat itu. Baca di sini. Paling mengejutkan apabila Che Det juga bersetuju dengan idea itu. Baca di sini. Menurut laporan Sinar, Che Det berkata muzakarah itu memberikan peluang kepada kedua-dua parti menyatakan pendapat dan mencari jalan menyatupadukan umat Islam yang berpecah akibat fahaman politik.
Adakah kelicikan UMNO dalam hal ini tidak disedari oleh pemimpin PAS?
Secara peribadinya, tidak ada salah jika PAS mahu mengadakan muzakarah/perbincangan dengan mana-mana pihak. Namun dari kepentingan politik dan keikhlasan pihak yang terlibat, niat PAS mahu mengadakan muzakarah dengan UMNO pada waktu ini bukanlah idea yang bijak. Jika masih tidak berputus asa untuk berdakwah dengan UMNO, muzakarah ini sepatutnya diadakan selepas PRU13.
Dari satu sudut, apakah yang mahu dibincangkan dengan UMNO, sedangkan parti itu juga dibarisi ulama yang sedar tentang kehendak agama, namun hal itu sengaja dikaburi UMNO yang sejak dahulu menolak sesetengah elemen penting Islam termasuk pelaksanaan hudud? Apakah isu Melayu yang hendak dibincangkan dengan UMNO sedangkan kerap kali kita terbaca pengkhianatan UMNO terhadap orang Melayu terbanyak apabila menyerahkan projek/saham yang dikhususkan untuk bumiputera kepada kroni dan keluarga menteri? Ingat Shahrizat, kini ingat Nong Chik. Cuba tonton video ini.
Adakah PAS mahu membincangkan hal ini dengan UMNO? Kalau benar, mintalah UMNO bertaubat dahulu!
Mahukah UMNO bersetuju dengan syarat TG Nik Aziz jika mahu bersatu dan mencapai kesefahaman?
"Kalau Umno nak bersatu (dengan Pas), tukar dasar kebangsaan dia, bubuh (letak) Islam. Bukan buat keputusan secara berseorangan, tetapi perlu buat secara rasmi bahawa Umno tukar dasar kebangsaan kepada Islam.
"Umno kena terima Pas sekali dengan pakatan (pembangkang). Bila Umno dah ubah dasarnya, mereka kena bersama dengan pakatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung ke-37 Pas Kawasan Kuala Terengganu di Markaz Tarbiyyah Pas di Kuala Ibai, dekat sini hari ini.
Kalau UMNO benar-benar bersetuju dengan syarat ini, sudah lama UMNO dibubarkan. Sudah lama Melayu UMNO menyertai PAS. Tidak perlu muzakarah! -DCM
P/s: Tatkala TG Nik Aziz mencadangkan muzakarah dengan UMNO, pemimpin UMNO/dikaitkan dengan UMNO berceramah menghentam PAS, malah ada yang sanggup menggelar TG sebagai wali selipar. Cuba tanya Zahid Mat Arip?
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.