Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, ,

Isnin, 21 Mei 2012

[Video/Gambar-Wajib Baca] Kerajaan DAP Anjurkan Program Agama di Pulau Pinang, Kerajaan Islam BN Sekat Program Agama di Putrajaya?



Pada 27 Jamadil Akhir 1433 H bersamaan 19 Mei 2012 yang lalu bertempat di Padang Kota Lama, Pulau Pinang telah berlangsung Wacana Santai bersama dengan Ustaz Azhar Idrus. Selain Ustaz Azhar, selebriti dan tokoh agama lain yang turut serta termasuklah Ali XPDC, Bob Lokman, John Spring, dan Sham Kamikaze. 
Yang menariknya, program seumpama ini rasanya tidak pernah diadakan sebesar dan semeriah ini di Pulau Pinang semasa Gerakan dan UMNO memerintah negeri itu. Kalau diselidik, program berbentuk hiburan lebih banyak diadakan di negeri itu pada masa lalu. Jika ada program berbentuk agama, sambutannya jauh lebih kecil berbanding dengan program yang dianjurkan oleh Kerajaan Pakata Rakyat.

Di bawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat, Ketua Menterinya daripada DAP yang sering dimomokkan anti-Islam oleh pencacai UMNO, program agama yang turut melibatkan solat jemaah Maghrib dan Isyak secara berjemaah berjaya dianjurkan secara besar-besaran. Paling manis, program ini rata-ratanya dihadiri oleh golongan muda yang kini diancam dengan pelbagai masalah sosial. 

Berdasarkan keterangan video, Ustaz Azhar turut memperlihatkan kemahirannya memetik gitar. Selain itu, selebriti undangan turut menyampaikan beberapa buah lagu untuk hiburan pengunjung program.

Kredit: Anak Sungai Derhaka


Sebaliknya, program agama Ustaz Azhar Idrus yang dirancang pada 26 Mei 2012 di PICC, Putrajaya ditangguhkan ke satu tarikh baharu yang akan diumumkan kemudian.

Menurut komen yang dilontarkan di blog DPPWM, penangguhan ini dibuat kerana program Perhimpunan Jutaan Belia juga diadakan di lokasi berhampiran. Kononnya, jika program Ustaz Azhar diteruskan pada tarikh yang sama akan menimbulkan masalah kesesakan lalu lintas dan akan menyusahkan orang ramai. Komen yang memetik kenyataan pihak penganjur turut menyatakan permohonan maaf. 

Walau apa-apapun kita tidak dapat menolak telahan orang ramai bahawa program ini ditangguhkan kerana Barisan Nasional gentar akan pengaruh Ustaz Azhar dalam kalangan generasi muda. Mereka mungkin bimbang program Ustaz Azhar bakal menggagalkan program yang telah dirancang. Berdasarkan sambutan ribuan anak muda yang membanjiri program Ustaz Azhar tidak mustahil program anjuran kerajaan BN akan lesu jika kuliyah perdana melibatkan Ustaz Azhar dianjurkan pada hari yang sama. -DCM


Andaian lain tentang "penangguhan" program ini di sini.


P/s: Program yang diselit unsur maksiat diteruskan, program agama ditangguhkan.

Lihat bagaimana Barisan Nasional menyambut Hari Belia:


Anda mahu anak atau saudara-mara anda menyambut Hari Belia dengan cara begini?

Tepuk dada tanya selera!



Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH